MENGETAHUI
sejarah Ahlul Bait atau keturunan keluarga Rasulullah SAW ialah kunci
bagi memahami tamadun, warisan, rahsia dan kekuatan masyarakat silam di
alam Melayu.
Ahlul Bait amat jarang dibincangkan di pentas wacana intelektual meskipun mereka membentuk jaringan ulama agung dan pendakwah unggul yang banyak menyumbang kepada kegemilangan masyarakat Melayu.
Pengkaji yang banyak menerbitkan buku berkaitan sejarah alam Melayu dan Ahlul Bait, Tun Suzana Tun Othman, berkata kunci paling tepat untuk memahami masyarakat Melayu adalah dengan kembali menjejak sejarah Ahlul Bait.
"Untuk Melayu kembali kepada asas kemelayuan adalah dengan melihat semula sejarah ulama daripada warisan silam kita yang kebanyakannya keturunan Rasulullah SAW.
"Hal inilah yang saya alami ketika mengkaji Ahlul Bait sehingga daripada menghasilkan sebuah buku mengenainya, dalam tempoh enam tahun, ia berkembang kepada 15 judul yang mendedahkan aspek warisan Melayu, jati diri dan kefahaman agama Islam.
"Ia mendorong saya untuk terus mengkaji termasuk pada era pra-Islam, zaman Islamisasi dan kedatangan penjajah terutama British di alam Melayu," katanya pada BH di Yayasan Restu, Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam, baru-baru ini.
Beliau berkata demikian selepas Seminar Rantaian Ahlul Bait Di Alam Melayu Dari Perspektif Agama, Sejarah dan Ketamadunan anjuran Akademi Kajian Rantau Nusantara dengan kerjasama Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam (KEMUDI).
Tun Suzana berkata, misi dakwah Rasulullah SAW tidak pernah terputus, bahkan diteruskan oleh ulama daripada kalangan sahabatnya yang mengembara ke seluruh dunia termasuk ke alam Melayu untuk menyebarkan Islam.
"Manuskrip Hikayat Raja-Raja Pasai mencatatkan wasiat misi dakwah di Samudera-Pasai yang kebenarannya dapat dilihat melalui kedatangan Ahlul Bait ke alam Melayu.
"Ulama berwibawa, Prof Hamka dalam bukunya ada menyebut sebelum abad ke-15, laluan perniagaan di Lautan Hindi melalui pulau Melayu keseluruhannya dikuasai orang Arab, bahkan lebih awal sebelum kedatangan penjajah Portugis, Alfonso de Albuquerque.
"Islam yang dibawa oleh Rasullullah SAW membawa ajaran, tamadun dan budaya Islam secara berperingkat ke jaluran dagangan dunia Arab di Timur Tengah yang kemudian dilanjutkan ke Benua India, China dan Alam Nusantara," katanya.
Menariknya, kedatangan Ahlul Bait ke alam Melayu kira-kira 900 tahun lalu bukan saja dengan misi menyebarkan Islam, bahkan membentuk tamadun dalam lingkungan kebudayaan Islam dengan pelbagai cara antaranya menerusi perkahwinan dengan anak Raja-raja Melayu yang kemudian memeluk Islam.
Katanya, sejarah kedatangan Ahlul Bait ke alam Nusantara boleh dijejaki seawal abad ke-9 Masihi dan banyak faktor yang mendorong kepada kemunculan mereka terutama kedatangan itu atas titah Khalifah atau Syarif Mekah untuk mengislamkan negeri tertentu.
"Kemunculan Ahlul Bait di alam Melayu boleh diklasifikasikan kepada dua gelombang, iaitu gelombang pertama dan kedua, namun pada permulaan bilangannya agak kecil dan semakin berkembang secara besar-besaran di rantau ini.
"Pada kurun ke 13 Masihi, Pasai diiktiraf sebagai kesultanan Islam atas perintah Syarif Mekah pada era pemerintahan Sultan Al-Malikus Saleh dan baginda menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan di Arab.
"Keadaan ini bukan saja memesatkan Pasai sebagai pusat perdagangan Islam yang terkenal, bahkan turut menerima ramai pengunjung dari dunia Arab, Parsi, India dan China serta berkembang sebagai pusat dakwah," katanya.
Bagaimanapun, katanya, keunggulan Pasai sebagai empayar Islam terunggul tidak bertahan lama sebelum diambil alih oleh Kesultanan Melayu Melaka bagi menyambung legasi yang tersedia.
"Kesultanan Melaka meletakkan ulama Ahlul Bait pada satu jawatan agama paling tinggi dan penting, antaranya Sayyid Abdul Aziz yang mengislamkan Raja Melaka dengan nama Sultan Muhammad Shah dan menjadi guru agama peribadi kepada baginda selama lapan tahun.
"Agama Islam acuan Ahlul Bait yang bersifat lembut, ehsan dan berseni serta cenderung kepada kesufian itu akhirnya membentuk jati diri bangsa Melayu yang unik.
"Dalam naskhah Sejarah Melayu sendiri ada memaparkan kisah tokoh sufi Ahlul Bait yang menunjukkan status mereka yang amat tinggi dan berpengaruh serta dimuliakan di istana Melaka, antaranya termasuk seorang ulama sufi yang membantu Sultan Mansur membantutkan cita-cita kerajaan Siam untuk menyerang Melaka," katanya.
Berbicara mengenai gelombang kedua kemunculan Ahlul Bait di alam Nusantara, Tun Suzana berkata, ia bermula sekitar awal abad ke-18 hingga abad ke-20 Masihi dalam suasana Islam sedang berkembang pesat dan sedang melalui proses kematangan.
"Apa yang membezakan di antara Ahlul Bait gelombang kedua dengan yang pertama adalah kemunculan saudagar-saudagar ulama keturunan Rasulullah SAW yang dalam diam membantu menyediakan dana untuk kos pembinaan institusi agama seperti madrasah dan pondok.
"Ia adalah sumbangan yang amat besar khususnya pada zaman penjajahan kerana Belanda dan British menyediakan infrastruktur pendidikan sekular, selain menghasut dan menekan Raja-raja Melayu supaya menganaktirikan sistem pendidikan tradisi termasuk sekolah agama rakyat yang dianggap sebagai ancaman.
"Pada ketika gelombang pertama masalah ini tidak wujud kerana Raja-raja Melayu memerintah secara mutlak dengan menyediakan segala kemudahan untuk alim ulama," katanya.
Bercerita lanjut, katanya gelombang ketiga kedatangan Ahlul Bait adalah daripada penghijrahan kelompok yang datangnya dari Hadhramaut, Yaman kerana ancaman diterima daripada puak Saudi Wahabi dari kaum Arab Badwi yang mempunyai agenda untuk kepentingan politik hingga membuat pelbagai tuduhan seperti ajaran dibawa sebagai bidaah.
"Akibat daripada ancaman puak Saudi Wahabi ini, ramai Ahlul Bait yang berhijrah kerana terdedah kepada ancaman penindasan dan penganiayaan seperti yang pernah berlaku pada zaman datuk dan nenek mereka dalam pergolakan dengan Dinasti Umayyah dan Abbasiyyah.
"Sebahagian mereka memilih untuk berhijrah ke rantau ini atas kesedaran bahawa bumi Nusantara dihuni kaum kerabat mereka yang ramai bermastautin di sini sejak beratus tahun dulu, malah kesultanan di alam Nusantara kebanyakan adalah daripada dinasti Bani Hasyim sendiri," katanya.
Beliau yang pernah menetap di Hadhramaut selama tiga tahun berkata, banyak budaya di sana yang mempunyai persamaan dengan masyarakat di Alam Melayu antaranya budaya memakai serban jenis lillitan, pemakaian kain sarung untuk lelaki, pembacaan surah Yasin pada malam Jumaat dan penganjuran majlis Maulidurrasul bagi memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.
Sementara itu, pengasas Akademi Kajian Rantau Nusantara (AKAR), Mohd Khalid Yahya berkata, seminar yang membincangkan peranan Ahlul bait di alam Melayu itu julung kali diadakan dengan matlamat menanggapi pelbagai persepsi dan salah faham mengenai ulama dalam kalangan masyarakat hari ini.
"Objektif utama kami dengan penganjuran seminar ini untuk memberi pencerahan, penjelasan dan peluang kepada khalayak, selain mereka juga berpeluang untuk bertanya secara langsung kepada ahli panel terhadap persoalan yang diragui.
"Hari ini media sosial dengan penyebaran maklumat secara bebas sedikit sebanyak menjejaskan nama ulama terutama dalam kalangan Ahlul Bait yang menerima tempiasnya, disebabkan itu kami cuba menghimpunkan pengkaji serta ulama berketurunan Ahlul Bait untuk bersama-sama dalam satu acara bagi memurnikan semula institusi penting ini.
"Ahlul Bait sebenarnya adalah komponen penting dalam sejarah ketamadunan Alam Melayu, justeru kami cuba menarik perhatian masyarakat terhadap peranannya begitu besar dalam pelbagai aspek dan perlu ditelusuri semula dengan sebaiknya," katanya.
Mohd Khalid berkata, AKAR juga sedang merencana dokumentari bertajuk Daulah Melayu yang membongkar asal-usul Melayu termasuk menjejak sejarah isteri nabi Ibrahim, Keturah yang dikatakan pernah sampai ke Kemboja.
Beliau juga bakal melancarkan buku kajiannya bertajuk Nusantara Emas Khazanah Yang Hilang yang turut menyorot tamadun Melayu, selain bakal tampil dengan kajian terbaharu yang boleh dikategorikan sebagai sejarah alternatif kerana tidak dihuraikan dalam teks sejarah sama ada peringkat rendah, menengah atau universiti.
https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:_lezpBTcezQJ:https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/07/66736/tiga-gelombang-bawa-ahlul-bait-ke-alam-melayu+&cd=8&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firefox-b-d

No comments:
Post a Comment