Asslamualaikum dan salam sejahtera.
Sengaja saya hendak kongsikan perjalanan seorang penulis ini, dalam menjadi penulis cerpen dan novel.
Ada di antara kata-katanya yang membekas di hati.
Terutama tanggungjawab kita sebagai PENULIS terhadap pembaca, terutama yang masih Rapuh hati, ilmu dan pengalaman.
Salam, selamat pagi dan selamat datang kepada pembaca blog yang sudi menjengah ke mari. Selama menjadi ahli dan admin grup penulisan ,
saya sering dihujani dengan pertanyaan bagaimana hendak menghantar karya ke
rumah penerbitan yang ada di Malaysia, tidak kira majalah, atau untuk
menghantar manuskrip novel yang sudah siap.
Pengalaman saya sewaktu mula-mula menulis, saya selongkar atau beli setiap majalah yang ada ruangan cerpen, saya dapatkan alamat dan terus hantar. Tidak tahu apa syarat-syarat hantar karya? Tidak tahu kena jarak atau tidak? Tidak tahu diterima atau tidak. Berpuluh saya hantar, tiada satupun yang lekat, rupanya salah cara saya menghantar, terlebih muka surat, cerita tak padat, watak tidak jelas, jalan cerita campur aduk.
Saya mula membeli buku cara menulis dan menghasilkan cerpen. Belajar dari situ. Atas kesudian seorang editor Utusan yang telah nampak keinginan dan kesungguhan saya untuk menulis, menjemput saya menghadiri kursus menulis cerpen secara pos. Dr. Wahba ( Wan Hamzah. Waktu itu Internet tidak seperti sekarang. 6 bulan saya belajar menulis, barulah faham apa yang diingini oleh sebuah rumah penerbitan atau pihak majalah. Barulah karya saya terpilih, lagi dan lagi, semakin ghairah menulis dan menulis. Timbul dalam hati ingin jadi penulis novel pula.
Tahun 1999 saya memberanikan diri menghantar karya ke Alaf 21, waktu itu ilmu tentang dunia penulisan novel memang cetek. Saya beli karya-karya mereka, cuba selongkar apa yang diinginkan oleh penerbit, waktu itu Alaf 21 tidak segah sekarang Waktu itu penulis mereka adalah Sharifah Abu Salem, Sri Diah Shaharuddin, Fatilahannas, antara penulis karya mereka menjadi pilihan saya untuk belajar menulis novel. Cubaan pertama gagal kerana tidak cukup tebal hanya 160 muka surat. Waktu itu saya menulis tentang kahwin paksa. Cerita seperti itu kurang diminati ketika zaman tersebut, Sekarang kedebom . Karya tersebut ditolak, saya jatuh, kecewa dan hampa. Ketika itu tiada siapa yang sudi memujuk dan memberi kata semangat. Hati hancur terus lupakan keinginan untuk menjadi penulis novel. Hati terubat apabila cerpen demi cerpen yang saya hantar terbit di dada akhbar dan majalah keluaran Utusan.

Tahun 2000, cuba nasih lagi,
karya yang ditolak saya perbaiki dan panjangkan. Sayangnya rezeki saya masih belum bersama
Alaf 21. Ditolak buat kali kedua, hati
dirundum kecewa. Tidak mahu lagi
menghantar karya ke mana-mana rumah penerbitan.
Tidak mahu jadi penulis novel.
Namun dalam masa yang sama saya terus menulis cerpen dan menghantar
karya untuk sayembara dan sebagainya.
Ilmu penting rupanya untuk menjadi penulis yang baik. Tanpa ilmu kita bagaikan ada lampu tetapi
tiada minyak untuk menyalakan lampu tersebut.
Berjayalah saya menjadi penulis cerpen sahaja.
Peredaran zaman dan teknologi semakin canggih. Dunia internet diletupkan dengan Face Book yang membuka ruang untuk manusia saling berinteraksi, kawan lama bertemu kembali, keluarga yang sudah lama tidak berhubung, berjumpa kembali. Kekasih lama datang kembali. Saya mula membuka akaun FB, bertemu semula dengan kawan-kawan sekolah lama. Seronok tidak terkata. Waktu itu tidak tahu tentang grup penulisan yang sudahpun diwujudkan. Saya mula berfb dengan kawan-kawan yang suka memasak, menyibukkan diri mengupload resepi dan gambar masakan. Sehinggalah satu hari saya menghantar cerpen setelah bertahun-tahun saya berhenti menulis kerana kekangan waktu dan masa. Ingin tahu sama ada masih berbakat atau tidak menulis lagi. Betullah bakat itu kurniaan ILAHI, tanpa bakat semuanya tidak akan menjadi. Bakat dan ilmu perlu seiring baru segalanya berjalan lancar dan yang paling penting tidak kenal putus asa.

Saya mula menguar-uarkan
di akaun FB saya tentang cerpen yang
keluar dalam Majalah Fardhu Ain. Oh, terasa di hati, aku masih mampu
menulis. Cuma perlu diasah kembali. Grup penulisan yang pertama saya di add masuk
adalah Salam- Karya Siti Rozilah. Di
situ saya mengenali Siti Rozilah seorang
penulis yang ramah dan mesra. Beliaulah yang
memberi semangat untuk saya menulis dan menulis. Saya mula add rakan-rakan penulis, mula
berjimba dan berbual dengan mereka.
Kemudian mengenali Azilah Wahab,
kebetulan saya memang minat membaca, karya-karya mereka, kagum dengan kebolehan
mereka. Waktu itu saya sudah mula
menulis sebuah novel yang diberi tajuk SESALAN TIDAK TERUCAP. Siti Rozilah menggalakkan saya post di wall
grup. Malu dan segan sebenarnya. Kemudian saya di add masuk ke GrupHaiza Najwa Cinta Novel Malaysia, Ad
Rahman yang dikenali di Grup Salam Karya
mengajak saya ke grup itu kerana di situ karya penulis baru akan
dinilai. Karya saya boleh dibaca di
situ.
Teguran seorang penulis dan pensyarah yang saya kenali tulisannya di dada akhbar dan majalah keluaran Utusan, Ana Balqis mengatakan karya saya kaku dan tidak mesra pembaca. Saya tidak faham, terus bertanya, beliau memberi tips-tips yang berguna dan mengajar beberapa perenggan untuk membaik pulih mutu penulisan saya. Rupanya sebuah karya yang baik apabila dibaca terasa dekat di hati pembaca. Bukan kaku dan seperti bercerita. Karya perlu hidup agar pembaca mampu menghayati jalan cerita dan berasa berada di dalamnya.
Mereka yang menghantar karya di situ diperkenalkan dengan Portal ILHAM yang diwujudkan oleh Puan Sri Diah, saya menghantar karya SESALAN TIDAK TERUCAP ke situ. Mulalah buat promo ke sana ke sini mengharapkan ada yang sudi membaca, karya yang tidak seberapa itu. Mula mengenali ramai penulis berbakat besar dan tidak sombong memberi kata semangat dan tunjukajar. Tetapi tidaklah saya bertanya soalan-soalan remeh yang mampu membuatkan orang marah dan terasa betapa ceteknya fikiran kita. Perlu bijak mengungkapkan soalan yang hendak ditanya. Perlu tahu penggunaaan tanda bacaan dan tatabahasa serta ejaan yang betul dalam berkarya. Itu semua saya belajar melalui buku yang dibaca dan grup penulisan yang ada di FB. Karya saya lahir bersama portal ILHAM.

Manuskrip SESALAN TIDAK TERUCAP
disiapkan dalam masa 4 bulan. Penghujung
bulan Februari 2013 karya itu saya hantar ke tangan editor Alafa 21, Kenapa
Alaf 21? Sedangkan syarikat itu sudah berkali-kali menolak karya saya. Kerana hati saya tertarik dan sejak sekian
lama bercita-cita ingin menjadi penulis Alaf 21. Bukan kerana syarikat tersebut besar, mungkin
salah satu sebabnya. Tetapi kerana hati
dan perasaan saya memang sudah lama jatuh cinta dengan karya-karya dari Alaf
21. Alhamdulillah 2 bulan selepas itu
mendapat lampu hijau daripada pihak penerbit mengatakan karya saya
terpilih. Tajuknya ditukar menjadi AKU TURUT BAHAGIA. Kisah poligami yang amat digeruni oleh Kaum
Hawa.
Kepada para penulis baru di luar
sana. Galilah ilmu sebanyak-banyaknya
sebelum bergelar penulis. Banyak grup,
kumpulan atau individu yang mengadakan kelas penulisan kreatif kepada mereka
yang berminat hendak jadi penulis.
Rajin-rajinlah selongkar file grup kerana kadang-kala admin sudi berkongsi ilmu penulisan di dalamnya. Banyakkanlah membaca, kerana membaca
membuatkan kita menjadi matang bertindak dan berfikir serta soalan yang
dilontarkan melambangkan kecerdikan dan kematangan kita. Belilah kamus, buku atau apa sahaja tentang
dunia penulisan. Selalu juga saya
melihat promo tentang buku-buku belajar menulis dan menghasilkan karya
kreatif. Baca dan bacalah, ikutilah
bengkel penulisan yang diadakan. Buatlah pelaburan, jangan kedekut. Dunia penulisan adalah dunia perniagaan. Untuk mendapatkan hasilnya kenalah keluarkan
modal, kadang-kadang sedikit, kadang-kadang banyak. Jangan risau, hasilnya pasti akan datang
kepada anda dan pasti ada keuntungan dari pelaburan yang dibuat.
Bacalah semua karya rumah
penerbitan yang terdapat di Malaysia, baru anda tahu apa kehendak rumah
terbitan yang ingin anda diami. Jadilah penulis yang jujur, ikhlas dan
bertanggungjawab dalam memartabatkan bahasa ibunda BAHASA MALAYSIA. Oleh kerana kita menulis di MALAYSIA, dan
menghasilkan karya untuk ORANG MALAYSIA, cubalah menulis sepenuhnya dalam
BAHASA MALAYSIA. Jangan kita jadi
perosak bahasa yang semakin menjadi-jadi
di luar sana atas nama bebas berkarya dan menganggap itulah cara orang sekarang
bercakap. SALAH tanggapan kita. Ramai menjadi perosak bahasa sebelum menjadi
bahan untuk para penulis, menulis menggunakan gaya bahasa yang benar-benar
salah belaka. Ditambah pula tajuk yang
berbahasa English untuk novel berbahasa
Malaysia. Kepada pencinta bahasa
tentulah mereka kecewa. Kepada para penulis, ala, ada aku kisah!
Jangan segan belajar atau beranggapan anda sudah hebat kerana ramai
suka karya anda walaupun hanya membacanya di
blog. Pembaca suka tidak
semestinya penerbit atau editor
suka. Penerbit lebih tahu apa yang
disukai oleh para pembaca. Walaupun saya
sudah menghasilkan berbelas cerpen, satu novel namun saya tetap dalam proses
belajar dengan penulis-penulis tersohor tanahair. Masih mengali ilmu kerana masih berasa
kekurangan diri, masih menelaah kamus sebab masih banyak perkataan yang tidak
saya ketahui, masih kekurangan kosa kata di dalam karya-karya saya. Jangan anggap apabila kita sudah ada karya yang berjaya diterbitkan proses belajar
akan berhenti, jika itulah anggapan yang ada di dalam fikiran anda, baiklah
berhenti jadi penulis Dunia penulisan
bukan dunia glamor tetapi dunia yang penuh tanggungjawab sosial.
Pernah dengar ungkapan ini MATA
PENA LEBIH TAJAM DARI SENJATA! Memang
benar, setiap perkara yang kita hasil dan garapkan ke dalam karya kita akan
menjadi santapan dan bacaan mata para pembaca yang minat membaca terutama
novel-novel yang kian melambak di pasaran.
Ke mana dan apa sebab kita menulis, tanyalah kepada diri anda
sendiri. Kalau setakat untuk terkenal
dan mendapatkan keuntungan dari
penulisan anda itu sebenarnya anda adalah pengedar yang lebih teruk daripada pengedar
dadah. Anda tidak kisah apa yang anda
tulis di dalam karya anda. Sedangkan
anda tahu yang membaca karya-karya tersebut adalah anak-anak muda yang masih
rapuh jiwanya.
Boleh sahaja kita bercakap, AKU SURUH BACA SAHAJA, BUKAN IKUT! Kalau itu terjadi tepuk dada tanya selera. Di mana pengakhiran kita nanti? Mahukah kita menjadi penulis yang karya kita dibaca sehingga 30 tahun lagi sedangkan karya tersebut hanya sesuai di letakkan di telapak kaki. Jujurlah dengan diri sendiri, hasilkanlah karya yang mampu membina jati diri bangsa dan menjadikan anak muda kita berwawasan dan bercita-cita besar. Bukan tidak boleh menulis kisah cinta tetapi biarlah cinta yang mampu membawa pembaca ke alam nyata. Cuba elakkan kisah cinta yang tiada batasan agama, kita orang melayu ada tatasusilanya. Cukup, cukuplah apa yang ada di luar sana, hiburan yang tidak bermata, yang merosakkan anak muda kita ke dalam kealpaan dan leka. Hilang minat belajar lantaran asyik dengan dunia hiburan.

Saya teringat waktu di zaman
sekolah, buku yang sering menjadi tatapan mata dan bibir saya untuk membaca
adalah 5 SEKAWAN, NANCY DREW, HARDY BOY’S yang telah dialih bahasa kerana yang menulis
buku itu adalah penulis luar negara. Hampir
kesemua tajuk saya baca. Teringat sehingga kini. Karya tersebut mematang diri untuk menjadi
manusia dan pelajar yang baik. Kenapa
kita tidak mampu menghasilkan karya tersebut?
Kerana kita mengejar kehendak pembaca dan penerbit yang kadang kala lupa
tentang tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat di luar sana.
Adik-adik yang benar-benar ingin
menjadi penulis. Isikan diri anda dengan
ilmu penulisan. Janganlah bertanya
soalan yang membuatkan orang bertanyapun marah.
Rapuh dan remeh sehingga terasa malasnya hendak layan penulis ini. Ilmu di hadapan mata hanya perlu rajin dan
pandai menggalinya.
Jika rezeki anda belum ada sekarang, tidak mustahil 10 tahun lagi rezeki itu akan muncul. Sama seperti saya, sudah lewat melintasi waktu umur menulis dan diterima sebagai novelis, namun tidak pernah kenal putus asa dan terus berusaha, bukan setakat menulis tetapi belajar menulis. Semoga berjaya dengan dunia yang ada pilih dan jadilah penulis yang BERTANGGUNGJAWAB, JUJUR DAN IKHLAS. Setiap dari kita akan dibalas ALLAH SWT dengan apa yang kita perbuat. JANGAN sampai TANGAN yang mencoret membuatkan diri TERHUMBAN ke NERAKA ALLAH SWT. Nau’zubillah…. SALAM SAYANG KEPADA PARA PEMBACA BUDIMAN.

https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:7WebiDCHTd8J:https://pnasmahhashim.blogspot.com/2014/04/ingin-jadi-penulis.html+&cd=16&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firefox-b-d
No comments:
Post a Comment