Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Saturday, May 19, 2018

Kaitan Antara KEPUTIHAN, Cecair Yang Keluar Dari Faraj & Hukum WUDUK! Wanita ISLAM Kena Ambil Tahu

Kaitan Antara KEPUTIHAN, Cecair Yang Keluar Dari Faraj & Hukum WUDUK! Wanita ISLAM Kena Ambil Tahu



Keputihan merupakan perkara normal bagi kebanyakan wanita. Ia terjadi disebabkan pelbagai faktor dan lazimnya tidak membahayakan selagi tidak berwarna kuning atau kehijauan serta mengeluarkan bau kurang enak. Sebagai umat Islam yang mementingkan kebersihan terutamanya apabila mengerjakan ibadah, lendir keputihan yang keluar adakalanya mengundang rasa curiga dalam diri wanita itu sendiri sama ada wuduk yang diambil adalah sah atau sebaliknya.
Dalam mencari kepastian tentang perkara ini, Prof Dr Imelda dari Pusat Perubatan Universiti Malaya tampil memberi penjelasan. Malah, ia turut disokong oleh Pensyarah Syariah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Yasmin Khaula dan Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif yang mempunyai kelulusan Syariah dari Universiti Al-Azhar yang mengesahkan fiqah wanita berkenaan isu keputihan.
Fatwa Majlis Jordan seperti yang dikongsikan oleh Prof Dr Imelda
PERTAMA:
Segala yang mengalir di dalam tubuh bila keluar di luar badan dinamakan najis seperti darah, kencing, muntah, tahi.
KEDUA:
Jika keputihan, cecair atau lendir itu yang berasal dari luar faraj dan rahim (iaitu bahagian kemaluan di luar yang boleh dibasuh), maka ia bukan najis dan tidak membatalkan wuduk.
KETIGA:
Jika keputihan cecair atau lendir datangnya dari dalam faraj atau rahim tetapi belum lagi keluar dari dalam faraj, ia bukan najis sehingga ia keluar daripada pintu faraj. Tidak ada dalam Islam yang menyuruh kita meruang.
KEEMPAT:
Bila keputihan keluar daripada faraj, ia membatalkan wuduk. Cuci kemaluan dan ambil wuduk semula.
KELIMA:
Jika semasa solat, keluarnya cecair dan kita tidak pasti sama ada cecair itu asalnya datang dari luar atau dari dalam faraj, tidak batal wuduk.
KEENAM:
Jika semasa solat, keluarnya cecair yang datang dari faraj dan kita tidak sengaja sebab ini adalah di luar kawalan wanita, ramai ustaz ustazah berpendapat solat kita tidak batal, tetapi cuci dan ambil wudu semula dan pakai pad/panty liner apabila masuk waktu untuk solat yang kemudian, seperti juga kencing yang tidak lawas.
==================================================


Sekarang saya nak tunjuk pula anatomi wanita yang ramai ustaz ustazah tidak tahu, tetapi ini sebenarnya menyokong pendapat ulama. Sila lihat gambar.
Saya sampaikan pendapat daripada ilmu sains kesihatan wanita yang juga tidak bercanggah dengan pendapat ustaz dan Ustazah. Memang tidak ada kelenjar di dalam faraj yang membuat cecair atau lendir kelembapan faraj. Semua lendir yang bukannya berpenyakit dan bukannya darah (bukan haid, wiladah, nifas dan istihadah) datang dari 3 tempat dan semua wanita yang subur dan sihat mengalaminya:
1) Kelenjar Bartholin’s Gland
Tempatnya di luar faraj dan luar rahim. Ia mengeluarkan lendir dari di pintunya di sebelah permukaan luar dinding faraj. Ia membasahkan permukaan luar Qubul dan dinding faraj. Tidak ada bau dan adakalanya lendir ini keputihan sedikit dan adakala seakan-akan kekuningan sedikit terutamanya jika sudah dibiarkan kering berkerak di seluar dalam, dan ia boleh menjadi lebih melekit jika wanita tak minum air dengan secukupnya (dehydration)
Ini lah dinamakan Ruthubah Al-Faraj atau Rutubatul Farj. Hukumnya BUKAN NAJIS, seperti peluh di badan kita. Tidak membatalkan wudu. Tanpa lendir ini wanita tidak akan selesa membuat hubungan kelamin. Kelenjar Bartholin’s ini mengeluarkan lebih lagi lendir semasa hubungan kelamin.
Ini lah dinamakan MAZI. Sebab ia keluar dalam keadaan shahwat, ia membatalkan wuduk. Kena mandi hadas jika persetubuhan berlaku, walaupun ia datangnya dari kelenjar yang sama yang membuat Ruthubah Al-Faraj. Tugas kelenjar Batholin’s juga menjaga kelembapan faraj sentiasa, melindungi kulit faraj daripada serangan bakteria dan juga air kencing yang datang daripada saluran urethra.
Jika faraj kering, wanita tidak akan rasa selesa apabila terkena air kencing. Sewaktu selesai kencing kelenjar ini akan mengeluarkan lendir keputihan yang melindungi dinding faraj. Inilah yang dinamakan WADI iaitu lendir keputihan yang didapati keluar selepas kencing. Sebab bercampur air kencing, ia dikira NAJIS. Memang pun selepas kencing, kita cuci kemaluan dan ambil wuduk semula.
2) Kelenjar Skene’s Gland itu sekarang dikenali dengan nama baru, iaitu Prostate Wanita. Ia menjadi bengkak dalam shahwat dan mengeluarkan air MANI pada masa persetubuhan, juga di luar pintu faraj. Ia BUKAN NAJIS, tapi sebab keluar dalam shahwat, membatalkan wuduk dan kena mandi hadas.
3) Cervical mucus
Ini adalah lendir atau keputihan yang datang dari pangkal rahim bagi wanita yang subur di antara haid. Ia juga dikeluarkan semasa mengandung dengan tujuan melindungi wanita daripada kemasukan kuman, dan menetapkan pH yang seimbang di dalam faraj.
Bila ia keluar daripada faraj, walaupun ia BUKAN PENYAKIT, ia digelar NAJIS dan membatalkan wuduk. Tak perlu mandi hadas sebab bukan dalam shahwat, tetapi sebab ia NAJIS kena bersihkan seluar dalam atau tukar panty liner.

Thursday, March 29, 2018

Siapa cipta Pencipta?


Sumber: http://titian-sebenar.blogspot.my/2012/01/siapa-pencipta-allah.html




Pelikkan soalan ini? 

Inilah persoalan yang sering dijadikan ‘umpan’ untuk mempertikaikan kewujudan 
pencipta kepada alam semesta

Setiap kali muslim berjaya membuktikan kewujudan Allah melalui bukti penciptaan 
alam, maka ternyata golongan anti-Tuhan akan  sewenang-wenangnya berkata, 
‘ Kalau semua benda  ada pencipta, maka siapa cipta Allah??

InsyaAllah, dalam artikle ini kita akan membincangkan persoalan ini

Definisi Allah menurut al-Quran

 Sebelum kita menjawab persoalan ini, ada baiknya kita mengetahui definisi asas 
bagi Allah
Al-Quran telah memberikan penjelasan yang mudah lagi ringkas berkenaan dengan 
-sifat Allah
Allah  menerangkan sendiri akan diriNYA  dalam surah al-Ikhlas 112:1-4

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2)
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3)
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ((4

Terjemahan: Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah
 Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tidak 
pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia

Dari ayat di atas, Allah mendefinikan diriNYA sebagai Tuhan yang satu, tempat 
tumpuan hajat bagi makhluk dan sama sekali tidak sama dengan makhlukNYA

Allah juga menyatakan diriNYa sebagai yang awal dan akhir yakni tidak dicipta
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (3)
Terjemahan: Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Maka, sifat Allah tidak sama dengan sifat makhluknya, makhluk dicipta sedangkan Allah tidak tercipta

Bahasa mudahnya, selagi mana sesuatu itu tercipta, ia tidak dikenal sebagai Allah kerana definisi Allah bermaksud tidak tercipta


Pertanyaan yang bercanggah dengan logik dan tidak berkesudahan

Setelah kita faham definisi Allah, maka tidak timbul siapa yang mencipta Allah. Persoalan tersebut jatuh dalam persoalan yang salah kerana bercanggah dengan definisi

Sebagai contoh, kita tidak akan tanya kepada seorang lelaki, ‘berapa hari anda mengalami haidh?? atau sejak bila anda mengalami kanser ovari? 

Soalan-soalan ini tidak relevan kerana secara lazimnya lelaki yang normal tidak mengalami haidh ataupun mempunyai ovari

Ataupun soalan seperti ‘apakah warna bagi muzik rock itu?? Bagaimana mungkin kita menjawab persoalan ini  sedangkan muzik tidak mempunyai warna?

Kegagalan menjawab soalan-soalan ini tidak mengaibkan kita kerana soalan-soalan itu sendiri salah

Tambahan, jika kita cuba juga menjawab persoalan tersebut walaupun ia tidak logik, ia akhirnya akan membawa kepada persoalan yang tidak berkesudahan

Sebagai contoh, katakan kita jawab ‘A’ sebagai pencipta Allah, maka soalan seterusnya yang pasti timbul ialah siapa cipta A? Katakan pula kita jawab “B” yang mencipta ‘A’, maka timbul pula persoalan siapa yang mencipta ‘B”? 

Akhirnya persoalan ini akan menjadi tidak berkesudahan sampai bila-bila. Persoalan yang tidak berkesudahan ini akhirnya tidak membawa apa-apa manfaat

Bidasan anti-Tuhan

Golongan anti-Tuhan mengemukakan dua bidasan kepada hujah-hujah diatas.

Mereka katakan:

Pertama: penciptaan alam tidak berlaku kerana penciptaan Allah tidak berkesudahan. 

Bayangkan contoh berikut,  A ingin membunuh B, tetapi A perlukan izin dari C, C pula perlukan izin D, D pula perlukan izin E dan seterusnya sampai tidak berkesudahan. Persoalannya, jika jalinan ini berterusan, apakah A akhirnya boleh membunuh B??? Sudah tentu tidak kerana keizinan itu bersifat infiniti
Oleh kerana penciptaan Allah bersifat tidak berkesudahan, maka penciptaan alam ini juga tidak berlaku. Bagaimana Allah boleh mencipta alam sedangkan penciptaan diriNYA sendiri tidak berkesudahan?? Inilah juga bukti Allah tidak wujud kerana penciptaanNYA yang tidak diketahui

Kedua: klaim yang sama boleh diberikan kepada alam itu sendiri
 
Jika golongan yang menyakini Allah mengatakan Dia wujud dengan tanpa dicipta, maka golongan anti-Tuhan juga boleh membuat klaim yang sama. Bahkan dengan mudah kami menggantikannya dengan nama seperti spaghetti monster, unicorn dan sebagainya. Apa bukti ia adalah Allah?


Bantahan kepada hujah anti-Tuhan

Pertama: Kegagalan memahami definisi Allah dan analogi yang rapuh

Penciptaan Allah dan penciptaan makhluk tidak sama dari sudut definisi. Bahkan penciptaan Allah tidak berlaku sama sekali kerana definisi Allah ialah tidak tercipta. Sedangkan penciptaan makhluk memang sesuai dengan definisi makhluk itu sendiri. Mengaitkan penciptaan makhluk dengan penciptaan Allah adalah kesalahan fatal dan kegagalan memahami definisi

Sebagai contoh, bagaimana Allah dianggap tidak tercipta dan tercipta dalam masa yang sama??

Sepatutnya, menggunakan analogi anti-Tuhan itu sendiri membuktikan tiada pencipta bagi Allah dan bukannya Allah tidak wujud!! Yakni kegagalan menerangkan siapa pencipta Tuhan menunjukkan pencipta Tuhan tidak wujud!!

Solusi mudah untuk menyelesaikan soalan yang tidak berkesudahan itu ialah dengan mengatakan Allah adalah pencipta mutlak dan terakhir. Maknanya tiada lagi pencipta kepada Allah. Ia bukan asumsi mentah semata-mata sebaliknya bersesuai dengan definisi yang disebutkan di atas

Kedua: Kewujudan Allah tidak bergantung kepada “PenciptaNYA”

Allah telah menjelaskan bahawanya diriNYa tidak sama dengan makhluk, dia telah ada dan sentiasa ada tanpa perlu kepada pencipta. Dialah pencipta mutlak

Andaikata kita tidak mengetahui siapa pencipta kepada Allah, apakah itu bermaksud DIA tidak wujud??
Bayangkan contoh berikut, anda pergi ke sebuah syarikat multinasional, dalam fikiran anda, dah tentu syarikat ini mempunyai pemilik mutlaknya. Sekiranya anda tidak kenal kepada pemilik mutlaknya, apakah itu bermaksud pemilik mutlak itu tidak wujud??  

Contoh lain, jika anda terlibat dengan penggalian purba di tempat yang bersejarah, anda terjumpa artifak berusia jutaan tahun. Anda dengan pasti menyatakan tempat tersebut pernah diduduki manusia. Persoalannya, hanya anda tidak tahu dengan pasti siapa mereka, apakah itu bermaksud tempat itu tidak pernah diduduki manusia?

Ternyata ketidaktahuan kepada pencipta Allah tidak mencacatkan sifat Allah itu sendiri ataupun menafikan kewujudanNYA

Ketiga: Pernyataan Allah tidak tercipta hanya unik bagiNYA

Mengapa kita tidak boleh mengumumkan sifat ini kepada selain Allah yakni seperti unicorn, flying spaghetti monster dan sebagainya?? Jawapannya mudah, kesemua figure-figur tersebut adalah makhluk dan tercipta sedangkan definisi Allah hanya unik kepada diriNYA.

Alam ini terlingkup dengan masa dan ruang sedangkan Allah tidak terlingkup dengan sifat-sifat makhluk tersebut

Kesimpulan

Pertanyaan ‘Siapa pencipta Allah’ adalah pertanyaan yang tidak logik, bercanggah dengan definisi Allah itu sendiri. Allah wujud tanpa bergantung dan memerlukan kepada sesiapa.

Seharusnya bagi seorang muslim apabila diajukan dengan soalan ini beriman dengan hadith sahih berikut

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لَا يَزَالُ النَّاسُ يَتَسَاءَلُونَ حَتَّى يُقَالَ: هَذَا 
خَلَقَ اللهُ الْخَلْقَ، فَمَنْ خَلَقَ اللهَ؟ فَمَنْ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا، فَلْيَقُلْ: آمَنْتُ بِاللهِ "

Terjemahan: Dari Abu Huraira, katanya: Berkata Rasulullah sallahu a’laihi wassalam, ‘Manusia akan terus bertanya sehinggalah dikatakan, ‘ Ini diciptakan Allah, maka siapa yang mencipta Allah? Barangsiapa yang mendapati sesuatu dari (soalan) itu, maka katakanlah, ‘Amantu Billah ( Aku beriman kepada Allah) 

Rujukan: Sahih Muslim, Bab Penjelasan Was-Was dalam Iman dan apa yang perlu dikatakan apabila mendapatinya, no 212

Dalam riwayat yang lain juga disebutkan tambahan, ‘Aku beriman kepada Allah dan Rasulnya’ dan disarankan untuk berta’awudz.

waAllahu a’alam


coretan fisabilillah: bolehkah istikharah kita tersilap ?

Sumber:http://coretanfisabilillah.blogspot.my/2009/10/bolehkah-istikharah-kita-tersilap.html


Sabtu, 17 Oktober 2009

bolehkah istikharah kita tersilap ?



Soalan :
assalamualaikum
kakak, apa pendapat kakak tentang istikharah?
bolehkah istikharah kita tersilap?
mind to explain?
thanks kakak

Jawapan :

Bismillah…

Terlebih dahulu akak minta maaf sangat-sangat kepada adik kerana lewat menjawab soalan adik.. akak sangat-sangat sibuk dengan urusan lain.. maaf sekali lagi..

Soalan 1 : pendapat tentang istikharah

1. Jawapan istikharah itu tidak semestinya melalui mimpi
Terus terang akak katakana tak ada satu keterangan pun yang menjelaskan bahawa hasil solat istikharah ialah sebuah mimpi..

2. Istikharah membuka hati seseorang dalam melakukan sesuatu
beberapa orang imam termasuklah Imam Nawawi menyatakan bahawa hasil solat istikharah tu, orang tersebut akan dibukakan hati untuk menerima atau melakukan sesuatu hal..
Ada juga ulama yang menentang pendapat ni..

3. istikharah memberi ketetapan hati melakukan sesuatu yang telah diazamkan.
Antaranya ialah Al- ‘iz ibn Abdis-Salam, Al-Iraqi dan Ibnu Hajar.. Menurut mereka orang yang telah bersolat istikharah hendaklah melakukan perkara yang telah mereka azamkan tanpa mengira samada hati mereka terbuka atau tidak.. kerana sesungguhnya kebaikan ada pada kebaikan yang perkara yang mereka lakukan meskipun hati mereka tidak terbuka..

*untuk lebih jelas sila rujuk kitab Thabaqat Asy-Syafi’iyah oleh Ibnu As-Subki pada jilid 9 halaman 206*

Akak nak tekankan bahawa solat istikharah bukan satu-satunya kaedah pertimbangan yang kita gunakan dalam membuat sesuatu keputusan..

Akak ambil contoh dalam konteks jodoh.. kita tidak boleh hanya pejam mata, solat istikharah dan kemudian menunggu jawapan dari Allah.. Yang ini bukanlah ajaran yang diajar Rasulullah saw..

Kita perlu menggunakan akal kita dalam menimbangkan latar belakang agamanya, paras rupanya, keturunannya dan hartanya.. berilah keutamaan kepada yang beragama supaya kita selamat..

Soalan 2 : bolehkah istikharah kita tersilap?

Istikharah itu tidak tersilap.. tetapi kita yang salah faham terhadap konsep istikharah itulah yang tersilap…  ini kerana sebelum kita istikharah kita kene fikir dan pertimbangkan sesuatu menurut akal yang rasional.. kemudian kita memohon diberi yang terbaik melalui istikharah.. dan tak semua perkara yang kita sukai dan nampak indah itu adalah yang baik untuk kita… bila Allah telah memilih kita menerima kesudahan yang pahit, itu bukanlah bermakna istikharah itu tersilap.. itu membawa makna kepahitan itu adalah yang lebih baik untuk kita pada pandangan Allah…
di sini akak sertakan doa istikharah ini..click pitcure untuk besar.. nampak jelas sikit nanti.. ;)


Wallahualam..

p/s: syukran kpd org yg bagi saya buku yang telah di scan ini.. jazakallah...

Sunday, March 4, 2018

Kanser Sembuh?

Posted by: BestOneOfFour | 28 April 2012

KANSER SEMBUH 100 PERATUS

Ramai orang yang tidak percaya bahawa kanser dapat di sembuhkan 100%. Mereka ingin bukti secara ilmiah bahawa kanser benar-benar boleh di sembuhkan. Apa yang mereka inginkan adalah: Apakah B17 telah di uji di makmal dan apakah hasil ujian makmal terhadap B17.
Adakah vitamin B17 bekerja di makmal?
Pada 1953 para penyelidik penyakit kanser di California melapurkan, dalam lapuran tersebut mereka menggunakan dosis B17 atau Amygdalin atau laetrile jauh lebih rendah dari yang di guankan saat ini ( dibawah 1500mg sehari ) lapuran tersebut menunjukan” 100% pesakitnya yang dikaji berkata ada peningkatan dalam erti kesejahteraan dalam hidup, nafsu makan semakin meningkat, mendapatkan berat badan yang sempurna, dan penurunan rasa kesakitan dengan cepat sekali…”
Selama lima tahun, antara tahun 1972 dan 1977 Vitamin B17 di uji lagi dengan standar ujian yang sangat ketat di uji di Sloan-Kettering Institute for Cancer Research di Manhattan bawah penyeliaan dan arahan Dr Sugiura. Maknanya setelah melalui proses ujian selama 5 tahun, barulah mereka mendedahkan hasil ujian mereka pada masyarakat umum hasilnya sangat menggemparkan.
Sesungguhnya segala penyembuhan dari ALLAH s.w.t ,
kepada Maha Pencipta Segala Penyakit (Musibah) dan Maha Memberi Penyembuhan ..
Insya ALLAH ( dengan izinNya )
Apakah Pandangan Pakar dan Saintis mengenai Vitamin B 17 ?
Menurut Dr Philip E . Binzel , Pakar Kanser, Ohio , Usa : “ B 17 bahan alam semulajadi yang terdapat di dalam pemakanan nitrilosides ini boleh memusnahkan sel-sel kanser serta menyuburkan sel-sel bukan kanser” .
Dr . Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia : “ Kanser adalah penyakit metabolic, terdapat bukti kukuh bahawa pengurangan vitamin B-17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser” .
Dr Dean Burk, Pakar Kanser dari Jerman yang mengkaji secara terperinci : “ Dibawah mikroskop kami masukkan B17 keatas sel kanser, kami melihat bahawa sel-sel kanser itu mati dengan cepat sekali”.
Dr Hans Nieper , Pakar Kanser dari Jerman Barat “ Setelah melebihi 20 tahun bekerja sebagai pakar, saya mendapati vitamin B17 jauh lebih baik mahupun pencegahan. Saya berpendapat bahawa tiada lain melainkan Vitamin B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser”.
-TIDAK SESUAI BAGI WANITA YANG HAMIL–
Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.
https://b17aprikot.wordpress.com/2012/04/28/kanser-sembuh-100-peratus/