Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Sunday, March 15, 2015

Komet ISON


 shahgazer

Komet ISON diintai Hubble

Decrease Font SizeIncrease Font SizeText SizePrint This Page 
comet ison from hubble
Wow! Lihatlah sahaja foto Komet ISON yang diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble, pada 10 April lepas.
Photo Credit: NASA’s Hubble Space Telescope provides a close-up look of Comet ISON (C/2012 S1), as photographed on April 10, when the comet was slightly closer than Jupiter’s orbit at a distance of 386 million miles from the sun. Credit:NASA, ESA, J.-Y. Li (Planetary Science Institute), and the Hubble Comet ISON Imaging Science Team.
Walaupun komet ini berada pada jarak sejauh planet Musytari, iaitu pada kedudukan 634km JUTA km dari Bumi, ia sudah pun menunjukkan ciri-ciri yang begitu aktif.
Kiraan kasar oleh ahli astronomi, berdasarkan foto ini, menunjukkan nuklues Komet ISON ini mempunyai saiz sekitar 4-6 km sahaja.
Ini boleh dianggap kecil, dan tidak sepadan dengan tahap aktiviti yang sedang menggila sekarang.
Kenapa saya katakan ‘menggila’?.  Berdasarkan laporan saintis, koma (debu gas disekeliling nuklues) komet ini sudah pun lebih besar saiznya daripada benua Australia! Itu belum lagi panjang ekornya, yang dikatakan mencapai panjang 92,000km!
Komet ISON ini termasuk di dalam kumpulan komet yang dipanggil sungrazers. Apabila ia ‘corner baring’ ketika ia bergerak dan berpusing begitu hampir dengan matahari pada bulan November nanti, ais-aisnya akan meruap akibat suhu yang amat panas daripada matahari.
comet ison orbit

Rajah menunjukkan orbit komet ISON yang sungguh elips. Pada kedudukan perihelion, ia berada jauh ke dalam daripada orbit Utarid!
Andaikata ia ‘selamat’ iaitu tidak hancur sepenuhnya selepas pusingan maut itu tadi, diramalkan ia akan bersinar hampir 10 kali jauh lebih terang daripada cahaya Bulan purnama!
Jika dapat dilihat di langit ketika itu, ia akan kelihatan seperti sebuah bintang fuzzy yang terang menyinar disebalik langit biru waktu siang!
Walau apa pun, kita tunggu sahaja bulan-bulan mendatang, kerana sebagaimana diceritakan sebelum ini, komet ialah sebuah makhluk yang amat sukar diramal perubahannya. Ia mungkin menjadi terang penuh gilang gemilang atau sekadar setitik ‘bintang’ yang kelam sahaja!
Saya secara peribadi mendoakan agar komet ISON ini akan menjadi jauh lebih awesome berbanding komet PanSTARRS sebelum ini!





Sunday, March 8, 2015

Masa Putaran Bumi Berubah Pantas

Tuesday, December 10, 2013

Akhir Zaman: Masa putaran bumi sudah berubah lebih cepat - NASA

Orang tua kini ramai yang mengatakan bahawa waktu terasa berjalan semakin cepat. Dulu, kata mereka masa tidak secepat sekarang. Benarkah waktu semakin cepat? Atau hanya perasaan manusia sahaja hidup di dunia ini, sehingga tidak merasakan perjalanan waktu yang sebenarnya yang berterusan?

Tapi boleh jadi perasaan masa semakin cepat. Kata saintis NASA, masa putaran bumi sudah berubah lebih cepat pecahan ribu saat. Tepatnya 1.26 milisaat .

Namun jauh sebelum itu Rasulullah pernah bersabda :

" Hari Kiamat tidak akan berlaku kecuali kejadian berikut ini terjadi. Masa akan semakin singkat , di mana jarak akan semakin pendek dengan digunakannya kenderaan . "(Bukhari , Fitan.25 ; Ahmad ibn Hanbal , Musnad , 2 / 313) .

Dalam hadis lain disebutkan , Anas RA berkata , Rasulullah SAW bersabda , "Hari Kiamat tidak akan berlaku kecuali masa semakin singkat. Penyingkatan ini terjadi sedemikian cara seperti satu tahun yang berlalu seperti sebulan dan sebulan yang berlalu seperti seminggu dan seminggu berlalu seperti satu hari dan satu hari yang berlalu seperti satu jam dan satu jam yang berlalu seperti secepat kilat , " (Tirmidhi , Zuhd : 24 , 2333).

Cendekiawan Muslim Harun Yahya menerangkan, ketika ini waktu memang terasa berjalan lebih cepat.

"Petanda akhir zaman yang telah disebut Rasulullah SAW itu secara ilmiah telah terbukti. Masa semakin singkat" kata cendekiawan Islam tersebut.

Menurut Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar, di ruang di antara permukaan bumi dan ionosfera konduktif terdapat getaran alam. Kekerapan ini yang juga dikenali sebagai Denyutan Jantung Dunia disebut sebagai Resonans Schumann.

"Hal tersebut telah diramalkan secara matematik oleh ahli fizik Jerman Winfried R Schuman pada tahun 1952" .

Pada 1950 , Resonans Schumann diukur pada skala 7.8 hertz. Nilai ini dianggap malar. Memang sistem komunikasi global tentera ini ditubuhkan di atas kekerapan ini.

Namun pada 1980 an, berlaku perubahan tiba-tiba. Sebab, pada tahun itu Resonans Schumann diukur di atas 11 hertz.

"Laporan terbaru telah mendedahkan bahawa angka ini akan meningkat lagi. Perubahan dalam Resonans Schumann ; kekerapan menunjukkan mempercepat waktu " katanya lagi.

Dengan demikian, masa 24 jam terasa seperti 16 jam atau kurang. Ilmu pengetahuan tidak mampu menjelaskan mengapa angka ini mengalami kenaikan atau faktor yang menyebabkannya meningkat.

"Dengan masa semakin pendek, petanda akhir zaman yang dikatakan oleh Nabi SAW terbukti secara ilmiah ketika ini , " tambahnya.

Bumi semakin bersedia untuk hari kiamat dan oleh kehendak Allah petanda yang diisyaratkan terjadi secara berturut-turut.
detikislam.blogspot.com

Kenapa Masa Terasa Singkat?



Kenapa kita rasa masa sangat pantas berlalu? Adakah perasaan kita semata-mata atau memang betul masa dah pendek?! Dalam sehari ada 24 jam, tapi betul ke? Rasa macam kurang je. Tak sampai pun 24 jam.

Mungkin apa yang kita rasa tu ada benarnya. Menurut saintis NASA, gempa bumi di Sumatera pada 26 Desember 2004 dengan magnitude 9.1-9.3 yang menyebabkan tsunami besar telah mengubah paksi Bumi dan memendekkan perjalanan masa selama 6.8 mikrosaat sehari! Selain itu gempa bumi yang berlaku di Chile pada 27 Februari 2010 pada magnitude 8.8 juga telah memendekkan masa sebanyak 1.26 mikrosaat setiap hari!

Pada ketika post ini ditulis, mengikut kiraan kasar kita telah kehilangan 0.017 saat kesan daripada dua siri gempa bumi kuat ini!*

Ini tidak termasuk kejadian gempa bumi yang melanda Haiti pada 12 Februari 2010 dengan skala 7.0, gempa bumi di Jepun pada Mac 2011 (skala 9.0), April 2011 (skala 7.1) dan beberapa lagi siri gempa bumi kuat mutakhir ini. Jika dijumlahkan kesemuanya, berapa masa yang kita telah hilang daripada 24 jam? Ini bermakna dalam sehari kita tidak lagi mempunyai 24 jam!

Nabi bersabda, "Kiamat tidak akan berlaku sehingga masa menjadi singkat, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam dan sejam seperti masa bagi menyalakan api." Riwayat at-Tarmizi.

Sesungguhnya janji Allah itu benar, "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian." Surah al-Asr ayat 1-2.
cahayaqassehblogspot.com