Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Sunday, November 28, 2010

Hebatnya Isteri PERTAMA

Hebatnya isteri pertama
Sanggup mengorbankan
cemburu
demi kebahagiaan suami

Hebatnya isteri pertama
Sanggup memendamkan
rasa tersisih
dengan kehadiran isteri
baru suami

Hebatnya isteri pertama
Sanggup merasa derita
demi suami dan
anak-anak

Hebatnya isteri pertama
janganlah isteri kedua..
ketiga dan keempat
cuba merebut
keutamaan isteri pertama
hanya kerana iri hati

Hebatnya isteri pertama
Tidaklah sehebat ‘Aisyah..
Khadijah.. Apatah lagi
Asiah, permaisuri Firaun..
Kita semua hanya hamba
yang lemah jikalau
tanpa cinta agung-Nya.

Daripada:
naurah musyahidah

مع السلامة

" ألو...ألو..." " السلام عليكم" سمعت صوتا مألوفا لدي. رددت السلام وأنامبتسمة استحياء لم لاوقد نسيت أن أبدأ أنا بالسلام، "كيف حالك يا أخي الحبيب سلمان؟" سألته بعد لحظات، "الحمدلله، بخير.وأنت؟" "الحمدلله ...برحمته ما زلت حية في هذه الدنيا"أسهبت في الرد عليه. " كالأستاذة..."قال مستهزئابى وهو يضحك. سكتُّ بدون كلام، لم أبال بضحكه وأما وجهي فعابس "يا أستاذة، لماذا تصمتين؟" تظاهرت كانني لم أسمع صوته. "يا أستاذة، لاتغضبي. فإنه مزاح مألوف." ما زلت صامتة. "اصبري...بصفتك أستاذة.ينبغي لك أن تكوني صابرة دائما.فإن الصبر من الإيمان" واصل كلامه إطنابا. "يا أستاذ سلمان، شكرا علىنصيحتك. يسرني أن أعلمك أنني سأرجع قريبا،أى يوم الجمعة القادم.بلغ سلامى إلى ماما وبابا. إلى اللقاء، السلام عليكم." اختتمت كلامى بدون تأخر لحظة. لم أعرف ما الذىأصابنى تلك الليلة قد فقدت صبرى لسبب يسير. أحسست بأننى مخطئة بما حدث. أردت أن أعتذر من الأخ سلمان. آسفة،يا أخى. لم أقصدإيذائك، سأقول ذلك إذا وصلت البيت. ذات الحين عادإلتىّ ذكريات ماضية.كان أخى الأكبر سلمان أحد الطلاب الممتازين فى المدرسة. قد نجح فى معظم الامتحانات واعتبر طالبا ذكيا نشيطا فى مدرسته. ولكن، من توقع؟ جاء الغيم.صار أخى مدمناللمخدرات تأثرا برفقاء السوء.عرف أبى و أمى شأنه، فاستحياوشعر بالأسى. ثم أرسل أخى إلى " فوسات سرنتى". بعدسنتين، رجع أخى بروح خديدة. قد أخبرنى أن رجوعه لخدمة الأب والأم كفارة لذنبه السالف. بدأ حياته الجديدة لما عمل كاتبا لإحدى المجلات المشهورة فى ذلك الوقت فى المدينة. قسّم وقته للعمل ولطلب العلوم الدينية على يدى الأستاذ زيدى. حقا، نال أخى ما تمنىّ. لكن، أبى وأمى ما زالاغير مبالين كل ذلك بما فعل أخى، هيهات الاهتمام بشأنه وما كان من أخىإلا أن واجه كل ذلك صابرا. "هذا كفارةذنبى، يا أختى" قال لى ذات يوم. "لاتكونى مثلى. قد هدمت آمال والدينا. بل، اجتهدى فى كل وقت، لعل الفوز يكون حليفك. أبشرى والدينا بنجاحك الباهر." عندما تسلّمت رسالة قبول لمواصلة دراستى فى جامعة ملايا، كان أخىمن اسعد الناس بعد والدينا. "لا يا أخى. لاأستطيع قبول هذه العطايا." رددت العطاء عندماأعطانى مبلغا كبيرا من النقود. "خذى وإلا قدآلمت نفسى." قبلت النقود وكان فى غاية السعادة. "ِشكرا يا أخى على كل اهتمامك بى وبدراستى." وصل الأتوبيس امام الطريق الذى يؤدى إلى بيتى حينما امتلاء فكرى بذكريات سابقة. سأعتذر من أخى سلمان، إن شاء الله. أخذت أخطط لما سأفعل ومالا أفعل. سرت بكل اطمئنان سيرا. سرت مثله مع أخى ٍسلمان أيام ماضية. حينما اقتربت من بيتى، دق القلب دقات غريبة. ما هذا؟ تساءلت حائرة كبيرة.خطوت خطوات وكان قلبى واجلا. دخلت البيت ورأيت الغيم فى وجه أبى وأمى. وجدت أمى تبكى بكاء.لماذا يا أمى؟أين أخى سلمان؟ ماذا حدث؟ تلك الأسئلة أجيبت أخيرا عندما لقيت أخى سلمان.نعم،أخى سلمان الذى قد أصبح عاملا كبيرا فى نجاحى! أخى سلمان الذى تحدثت معه هاتفيا أمس! أخى سلمان...ما زال وجهه كما كان فى الأيام السابقة-نور اطمئنان مشرق فى وجهه، شفتاه اللتان قد نصحتانى أمس كأنهما مبتسمتان. عيناه معضوضتان.رحل أخى سلمان بعيدا. انتقل إلى العالم الآخر. أخى سلمان قد توفى! هل هذا صحيح؟قد انتقل منه سيارة حينما أراد أن يعبر الشارع لانتظار وصولى،هكذاكما أخبرنى الناس. فاضت الدموع فى عينىّ، ثم تساقطت قطرات بعد قطرات. شعرت كأننى فى حلم بهذا الخبر. ظل صوته راويافى أذنىّ نصائحه...صوته...ابتسامه... كيف أنسى كل ذلك؟ أخى...إلى اللقاء.مع السلامة، يا أخى، مع السلامة. بقلم، naurah musyahidah

Maaf

Burr..! Menderu ombak mengibas sayapnya ke pantai. Kapal-kapal nelayan teroleng-oleng di tengah laut dipukul ombak. Fadhlina mengadap pantai. Berkibar-kibar seketika mini telekungnya ditiup angin. Dia meraba dada. Dup!Dap!Dup! Alhamdulillah.. Dia masih bernyawa. Masih berpeluang menyedut udara ini.. Tiba- tiba dia terasa sesak. Kenangan semalam datang mengimbau.. “Maafkan aku”, suara Fadhlina perlahan. “Pergi kau dari sini!” jerkah Hasreen. “Aku berjanji tak akan buat lagi…” rayu Fadhlina. “Aku kata pergi!” “Tolonglah maafkan aku…” rayu Fadhlina lagi. “Aku kata pergi! Pergi! Aku benci kau!! Benci !!!” Suara Hasreen menjerit serasa menggegar pantai. Jiwanya terasa sendat. Udara yang disedut terasa seperti serpihan-serpihan kaca yang menyusup masuk ke dalam peparunya. Tangan meramas pasir. Lama. Kemudian, terlerai.. Bersama berderainya perasaan di hati.. Ya Allah.. andai nafasku terhenti kala ini…. Dia terduduk. Astaghfirullah….! Dia tak boleh menyerah! Orang beriman tidak boleh berputus asa. Mesti kuat! Mesti tabah menghadapi cabaran hidup ini..
* * *
Prak!!! Bunyi kayu pecah terdengar di telinga. Biar padan muka! Dasar penipu! “RRin tahu tak apa yang Rin buat ni?” tegur si ibu. “Biar padan muka dia! Dia ingat orang heran sangat dengan hadiah yang dia beri.” “Rin, Lin nak berbaik semula dengan Rin. Berilah dia peluang”, pujuk Puan Hakimah. “Bukan Rin tak pernah bagi peluang kepada dia sebelum ini… ” “Tapi kali ni mak nampak Lin memang betul-betul menyesal. Bagilah dia peluang..!” Bukan dia tak pernah beri peluang kepada Lin. Masuk kali ini dah tiga kali Lin buat hal. Dia sendiri melihat Lin menyelongkar laci asramanya. Rin nak mencuri! Baikkah Lin? Maaf, dia bukanlah sebaik Rasulullah yang boleh memaafkan kejahatan orang lain terhadap diri sendiri. Dia insan biasa cuma. Yang punya perasaan! Ada hati! “Maafkan aku Rin..” Pernah Fadhlina datang menghulur tangan kepadanya. Hasreen berpaling ke arah lain. Dia masih tak dapat memaafkan Lin. Dosa Lin bagi Hasreen terlalu besar. Lin telah mencurangi persahabatan mereka. Kepercayaannya punah kerana sikap Lin Dia berlalu pergi. Langsung tak pandang wajah Lin. Ingat semudah itu dia akan memaafkan Lin? Dia masih ada harga diri! Lin ditinggalkan termangu-mangu sendiri. “Rin tak pergi tengok Lin?” Suara Kak Salmi datang menyinggah. “Kenapa pula dengan Lin?” soal Hasreen. Pancing benar apabila mendengar nama itu. “Pergilah jenguk dia! Dengar kata dia sakit..”. Entah kenapa rasa risau itu tiba-tiba datang bertunda-tunda di hati Hasreen kala itu, sedangkan ketika kali pertama dia mendengar ujaran itu dia tidak terasa apa-apa. Lin…
* * *
“Lin, makan sikit yea..” pujuk Puan Naurah. Fadhlina menggeleng lemah. “Kak Lin, makanlah sikit..” pujuk adiknya pula, Farhana. Fadhlina tetap menggeleng. “Kak Rin tak datang?” Soalan itu juga yang ditanyakan oleh kakaknya. Farhana serba salah. Mencari idea. “Kak Rin sekejap lagi datang. Kak Lin makan dulu ye….” Fadhlina geleng. “Tak mahu! Kak Lin nak tunggu sampai Kak Rin sampai dulu” ujarnya tegas. Puan Naurah tak tahu nak buat apa lagi. Macam-macam cara diusahakan supaya Fadhlina mahu makan, tapi Fadhlina tetap enggan. Kalau dipaksa nanti muntah pula. Aduhai… Kak Lin.. Bukan Farhana tak faham apa yang berlaku di antara Kak Lin dengan Kak Rin. Farhana faham benar. Ibunya sendiri yang menceritakan semuanya kepada Farhana. Sudah berpucuk surat Kak Lin kirim kepada Kak Rin. Baru-baru ini, Kak Lin kirim pula hadiah hari lahir kepada Kak Rin. Kata Kak Lin, dia nak jadi orang terawal beri hadiah kepada Kak Rin. Tapi, apa yang Kak Lin dapat? Kak Rin koyak surat di depan Kak Lin sendiri. Badan Kak Lin kurus sangat. Bibir Kak Lin tak semerah dulu. Bibir Kak Lin pucat. Sakit Leukemia yang dihidapi Kak Lin sudah sampai ke kemuncaknya. Berat sungguh hukuman Kak Rin terhadap Kak Lin! Sehingga Kak Lin setenat ini pun.. Kak Rin tak tunjuk muka. “Farhana!” seru ibunya. Farhana lekas-lekas datang menghampiri ibu dan kakaknya. Mata terarah kepada Fadhlina. Kenapa Farhana dengar desah nafas Kak Lin kali ini lain benar? “Lin..ingat Allah” Ibunya memperingati. “Allahhh..” sambut Fadhlina Keras bunyi suaranya. Fadhlina tercungap-cungap. Nampak letih. Farhana panik. Puan Naurah kaget. “Lin ikut mama..”arah ibunya. “ Asyhadu an la ilaha illaLLAH” “Asy..hadu..an..la ila..ha..illlal..LAHHH” ikut Fadhlina. “Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullahh.” “Wa asy..hadu..anna.. Muham..madar.. Rasu..lul..lahhh” sambut Fadhlina. Dadanya berombak tinggi sekali. Kemudian, turun mengejut. Dan akhirnya..diam. Kaku. “Kak Linnn!!!” Farhana mengongoi.
* * *
“Lin!” Dum! Panahan kilat mencerahkan ruang kamarnya seketika. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Astaghfirullahal’Azim.. dia bermimpi rupanya Hasreen menggapai bingkai gambar yang sekian lama ditelungkupnya di kepala katil. Sekeping gambarnya dan Fadhlina berlatar belakangkan pemandangan laut di pantai Kampung Aman ditenungnya. Panas tangan Fadhlina memeluk bahunya ketika itu masih terasa. Gambar ketika ukhuwwah mereka sedang berkembang mekar. Ketika itu dia datang mengunjungi kampung Fadhlina di Terengganu sempena cuti sekolah. “Aku fikir kalau ada duit nanti aku nak bina rumah di sini,”suara Fadhlina setahun lalu datang bertancap di ingatannya. “Di sini?” tanya Hasreen hairan. Hasreen mengitari kawasan yang tiada berpenghuni itu. “Ya, di sini,” ujar Fadhlina bersungguh. “Di sini aku rasa kedamaian..ketenangan..keharmonian..yang sukar dilafazkan dengan kata-kata. Serasa segala masalah hilang apabila aku mengadap laut lepas ini..” “Apa kata kalau kita sama-sama bina rumah di sini, beranak-pinak di sini..?” soal Fadhlina. “Gila kau!!” Hasreen mencurah sedikit air laut itu ke muka Fadhlina. “Aku dah agak! Orang Bandar tetap orang Bandar..”kata Fadhlina selamba. “Apa kau kata?” soal Hasreen. “Aku kata.. kau ni macam badak air.. Pantang jumpa air berendam..”ujar Fadhlina sambil ketawa terkekeh-kekeh. Tak semena-mena Hasreen menarik tangan Fadhlina hingga jatuh ke dalam air. Fadhlina kekuyupan. Dia meludah air laut yang termasuk dalam mulutnya. Masin! “Sebiji macam badak air..!” Giliran Hasreen pula ketawa terkekeh-kekeh. Ha!Ha!Ha! Serasa suara ketawa mereka bergema memenuhi ruang kamar biliknya. Dum! Dentuman guruh bergema di luar kamarnya. Terungkai kenangan itu dari ingatannya. Hasreen merenung gambar Fadhlina. Lin.. Apakah kenangan itu kan berulang kembali?
* * *
Assalamu‘alaikum, Lin! Aku datang , Lin. Tak sangka mimpi burukku semalam benar-benar menjadi kenyataan. Tadi aku ke rumahmu. Aku ingat nak bermalam sehari dua. Tapi, apakan daya kehadiranku tidak diperlukan. Aku dihalau adikmu, Farhana. Marah betul Ana kepadaku! Kau beruntung, Lin kerana mempunyai adik yang amat menyayangimu. Hendak dibandingkan dengan aku yang sememangnya dilahirkan tanpa kakak, abang atau adik. Kata Ana, aku tak sedar diri, ego, bongkak… tak layak untuk menjadi sahabatmu. Ana tak mahu tengok muka aku lagi, Lin. Benci benar dia pada diriku. Aku tak kisah,Lin. Aku tak simpan dalam hati pun. Memang aku yang salah..aku yang tidak tahu menghargai kebaikanmu. Aku tak pandai menilai keikhlasanmu. Memang patut aku dilayan sebegitu. Aku tengok ibumu amat bersedih. Masa aku tiba tadi aku lihat matanya bengkak. Di tangannya tergenggam gambar lamamu. Aku terkilan, Lin. Aku telah ‘merampas’ kebahagiaan seorang ibu. Walau reaksi ibumu tetap bersahaja, tapi aku tahu rasa kesedihan selepas pemergianmu masih menyesak di dadanya. Kalau boleh aku sanggup menjadi penggantimu. Namun, kutahu aku tak sama denganmu, Lin. Aku tak dapat memberi kebahagiaan seperti mana dirimu. Kau tahu Lin ibuku juga tampaknya turut menyayangimu. Selepas mengetahui berita kematianmu ibuku menangis semahu-mahunya. Sukar dia hendak menerima takdir pemergianmu. Hingga ke hari ini ibu masih bermuram. Mungkin dia kesal dengan kedegilanku, Lin. Aku tak mahu mendengar kata, Lin. Aku angkuh…sehingga menjadi penyebab kepada kematianmu. Lin, ayahku pula sering marah-marah padaku. Bila aku buat silap sikit, dia terus tengking aku. Entah apa silapnya aku sendiri tak mengerti. Agaknya dia turut terkesan dengan pemergianmu. Kau gadis baik. Sebab itulah semua orang sayang kepadamu. Mereka amat sedih dengan pemergianmu, Lin. Kau bertuah, Lin! Aku seorang sahaja yang malang agaknya, Lin. Semenjak pemergianmu aku sering menjadi sasaran kemarahan orang lain. Aku dituduh sebagai ‘pembunuh’. Pembunuh kebahagiaanmu, Lin. Kata orang, aku yang menyebabkan hidupmu menderita. Aku yang menyebabkan hidupmu tersiksa. Kalau bukan kerana aku kau tak akan menjalani akhir hayatmu sederita itu. Mungkin benar apa yang mereka katakan. Walaupun kutahu pemergianmu adalah suatu takdir yang sudah termaktub, tapi Tuhan telah tentukan akulah yang menjadi penyebab kepada takdir itu. Sepatutnya aku yang mesti pergi dulu,Lin. Bukan kau. Kau orang baik. Tempoh hidupmu seharusnya panjang lagi. Orang baik seperti kaulah yang orang harapkan. Bukannya orang jahat sepertiku yang hanya menambah beban kepada orang lain. Merampas sinar bahagia orang. Langsung tidak menyenangkan orang. Aku masih ingat kata-kata ibumu. Ibu yang terlalu sengsara itu masih sudi mengukir senyum kepada aku, ‘pembunuh’ sebahagian hidupnya. Kau tentu ingat hadiah lukisanmu sempena hari lahirku tempoh hari. Kata ibumu, kau amat menyayangi lukisan itu. Harta yang paling kau sayang itulah yang kau hadiahkan kepadaku. Pesan ibumu lagi supaya aku menjaga lukisan itu baik-baik. Supaya rohmu tenteram, supaya rohmu tenang. Ah, tinggi amat harapan ibumu! Tidak terdaya rasanya diriku untuk menggapainya. Apabila mendengar pesanan ibumu aku rasa seperti hendak menyuruhnya mengambil kapak menamatkan riwayatku kala itu juga. Biar hukuman berat di atas dosaku tamat waktu itu. Aku tak sanggup lagi menanggung beban dosaku ini, Lin. Terlalu, berat, Lin! Sebenarnya aku telah membohongi ibumu. Aku beritahunya aku akan mematuhi pesanannya. Aku akan menjaga pemberianmu seperti menjaga diriku sendiri. Betapa besarnya pendustaanku terhadap ibumu! Mana mungkin aku mampu menyempurnakan janjiku. Lukisan pemberianmu itu telah aku rosakkan. Aku suruh ibuku buang pemberian berhargamu itu ke dalam tong sampah. Pemberianmu yang paling berharga itu hanya layak berada di dalam tong sampah, Lin? Kenapa kejam sangat aku ni, Lin? Kenapa? Patutlah Ana benci sangat pada diriku, aku jahat. Lin, mungkin kau juga dah bosan dengar aku bercerita. Dah muak tengok muka aku agaknya Muka yang tak tahu malu, muka yang tak sedar diri. Tak apalah, Lin. Aku terpaksa berundur diri. Bukan aku merajuk, Lin. Aku tak layak untuk merajuk di atas kesilapanku sendiri. Cuma masa tak mengizinkan. Selepas ini aku akan datang lagi, Lin. Biarlah kalau semua seisi kubur ni muak tengok muka aku pun. Biarlah kalau burung-burung mengata aku ni ibarat hidung tak mancung pipi yang tersorong-sorong. Aku tak kisah. Yang penting aku dapat mengunjungi pusaramu, Lin. Dapat menatap pusaramu ini pun sedikit sebanyak sudah memadai. Kalau dulu kau yang seringkali terkejar-kejar mengharapkan maafku. Kini, giliran aku pula. Biarlah aku pula yang meneruskan ‘tradisi’ itu. Itu sahaja yang aku termampu. Sebagai penyambung ukhuwah kita yang tak sempat berkembang mekar. Selamat tinggal, Lin. Semoga Allah sentiasa melimpahkan limpah kurnia-Nya kepadamu. Kuharap rahmat Tuhan sentiasa mengiringimu di ‘sana’. Semoga ketabahanmu semasa hidup di dunia kan tertebus. Aku kan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu, itu janjiku. Al-Fatihah!

Cetusan Rasa daripada; Naurah Musyahidah (nama pena)

Monday, September 13, 2010

Rindu Seorang Sahabat

Sahabat… detik masa yang berlalu kian menghimpit ruang rasa ini. Masih adakah sinar cahaya untuk kuteruskan perjalanan? Suara emak (ibu angkat) bertempik kian perlahan. Ayah(bapa angkat) mungkin sedang sibuk menyiapkan diri sesegaknya.
Ana (adik angkat), gadis yang baru menjangkau dua puluh tiga tahun itu entah ke mana. Tiada lagi suara nakalnya untuk mengusik. Armin(adik angkat) mungkin tengah menghubungi imam di Kampung Selarong Lalang dan orang-orang kampung lain.
Aku? Merenung diri di dalam cermin kamar. Menyusul rasa tidak percaya di dalam sanubari. Akukah yang berdiri ini? Sesekali muncul pertanyaan itu di celah-celah minda. Akukah? Hanya renungan yang bersabung dengan bayangan diri di balik cermin. Na‘im membetulkan songkok di atas kepala. Na’im menyimpul kain songket di pinggang. Na’im ketatkan butang baju Melayu di leher. Na’im tegakkan sapu tangan di dalam kocek. Segalanya serba tak kena. Ada sesuatu yang kurang.
“Islam sukakan kekemasan. Kemas dalam serba-serbi.” Kernyihan Baihaqi menyongsong jelma di layar kornea.
“Iye?” Sengaja Na’im (sebenarnya Kiat Seng kerana belum Islam ketika itu), menguji dengan ketidakacuhannya membalas kata. Berharap amarah yang akan tehambur, sebaliknya ketenangan jua yang terhampar luas mendatari wajah Muslim itu.
“Islam sukakan keindahan kerana Islam itu indah.” Baihaqi masih tak jemu-jemu menyambung bicara. Kiat Seng atau Na‘im yang masih terpempan dengan reaksi si pemuda, terkebil-kebil menadah gegendang telinga. Pun begitu dicuba juga membalas ujaran Baihaqi. “Habis tu, kenapa Islam suruh wanita muslimahnya bertutup litup menyembunyikan keindahan kalau benar Islam sukakan keindahan.”
Nah, pastinya tidak terjawab Baihaqi dengan persoalan tersebut!
Baihaqi tersenyum cuma. Menapak perlahan hingga hampir sekali dengan Na‘im. Sebelah tangannya disangkutkan ke bahu Na‘im lalu ditepuk berkali-kali.
“Islam sukakan keindahan’,ujarnya. “Dan Islam menghargai keindahan. Dan itulah salah satu cara Islam menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Menyuruh wanita Muslimah supaya jangan mendedahkan keindahan yang ada sewenang-wenangnya. Kerana sesuatu keindahan itu kan tetap indah selama ia terpelihara.”
“Tetapi bukankah setiap yang indah itu adalah untuk dinikmati?”
“Dinikmati dengan cara yang terhormat. Keindahan di dalam Islam adalah sesuatu yang terhormat. Wanita Islam dihormati kerana keupayaannya memelihara keindahan yang ada. Ibarat mutiara di dalam tiram. Sukar diperolehi, tetapi tetap indah terpelihara. Sesiapa yang memperolehinya, adalah orang yang beruntung. Mutunya tidak berkurang sedikit pun. Dibandingkan manik-manik di tepi jalan. Memang cantik, tetapi tidak setanding kualiti mutiara yang terpelihara tersembunyi di sebalik tiram. Perlu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Perlu terjun ke dasar laut mencarinya. Dan tidak semestinya di dalam setiap tiram itu mempunyai mutiara. Dan sungguh bertuah orang yang berjaya menemuinya.”
Na‘im senyum. Pun begitu masih tidak dapat membendung gelodak di hati. Masih ada sisa kenangan yang tertinggal. Mana mungkin dia memisahkan diri dari semua itu. Segalanya terasa bagai telah sebati dengan jiwa. Na‘im melangkah perlahan. Menuju ke kereta yang telah disediakan. Sebentar lagi dia akan dibawa menuju ke rumah Norlin. Diiring bersama amanah yang memberat di jiwa.
“Islam merupakan agama rekaan Muhammad. Muhammad mendakwa dia utusan tuhan. Kitab yang didakwanya diturunkan oleh tuhan merupakan kitab rekaannya” Suaranya suatu ketika dahulu kembali menerjah. Debat Antara Agama yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang melibatkan wakil dari agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian mendapat sambutan yang menggalakkan. Kenyataan yang dibuat Kiat Seng, wakil agama Buddha mendapat kritikan hebat daripada pelajar-pelajar beragama Islam. Menghangatkan suasana dewan.
“Seribu empat ratus tahun dahulu manusia belum lagi mencapai tingkat tertentu dalam Sains. Penemuan Sains hari ini telah dinyatakan di dalam al-Quran seribu empat ratus tahun dahulu. Penemuan yang diperolehi Keith Moore mengenai tempoh masa janin di dalam perut ibu adalah berdasarkan penelitiannya terhadap hadith Nabi tentang penciptaan manusia. Kata Keith Moore, kalau bukan kerana rujukannya daripada hadith Nabi, dia tidak akan dapat bertemu dengan kenyataan tersebut. Dan ini dibuktikan dengan penemuan Sains yang dibuat oleh Keith Moore. Bagaimana seorang yang didakwa telah mencipta al-Quran seperti Nabi Muhammad dapat mengeluarkan kenyataan yang bertepatan dengan fakta sains yang baru ditemui akhir-akhir ini. Ini membuktikan bahawa Nabi Muhammad merupakan utusan Tuhan. Kerana baginda mungkin tidak dapat mengetahui tentang kenyataan ini kalau bukan diberitahu oleh Tuhan Pencipta. ” Suara lantang Norlin menguasai dewan.
Kenyataan yang membuatkan ramai penganut agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu terpempan. Inilah kenyataan yang dicari. Inilah bukti yang telah melonjakkan Islam di tingkat tertinggi. Ekoran daripada Debat Antara Agama tersebut, ramai penganut agama lain terutamanya Buddha yang memeluk Islam. Dan salah seorang daripadanya ialah Kiat Seng yang telah bertukar nama kepada Muhammad Na‘im.
Itulah kenangan cintanya. Saat hatinya mula dipagut asmara.Tetapi takdir menentukan yang Norlin akan menjadi isteri Baihaqi dahulu sebelum Na‘im.
Sejenak fikirannya diserbu dengan insiden yang melanda Baihaqi. Insiden yang begitu mencengkam jiwa. Membakar semangatnya untuk meneruskan perjuangan Islam ini.
“Aku di tingkat atas Akademi Pengajian Islam, Bahagian Syariah. Banyak sb yang sedang menunggu di bawah. Aku rasa tak sedap hatilah!” ujar Baihaqi kali terakhir sebelum dikejutkan dengan berita penangkapannya. Penangkapan yang dibuat kerana Baihaqi disyaki terlibat dengan pengeboman Dewan Besar Universiti. Baihaqi yang ditunggu-tunggu di kafetaria tak muncul-muncul. Telefon bimbit Baihaqi dihubungi, namun tiada bersambut. Setengah jam selepas itu Na’im mendapat panggilan telefon.
“Hello, Na’im. Berita buruk! Baihaqi ditangkap bawah ISA..”
“Apa?” Ujaran Baihaqi yang kali terakhir terngiang-ngiang di telinga Na’im. Na’im bersegera menuju ke tempat yang dimaksudkan beserta kawan-kawan yang lain.
“Maaf! Kamu semua tidak dibenarkan berjumpa dengan Baihaqi..” beritahu polis tersebut. Salah seorang dari teman-temannya bertindak mengamuk membaling apa sahaja yang ada di situ. Keadaan bertambah kalut apabila ada yang mengugut supaya dipertemukan dengan Baihaqi. Na’im cuba mengawal keadaan. Mereka pulang. Pulang dengan hampa. Baihaqi tidak dapat dibawa balik.
Mereka kehilangan seorang ketua sekarang. Tanpa sedar air mata bergenang di kolam mata Na’im. Mesyuarat tergempar yang diadakan untuk mencari penyelesaian menjadi majlis air mata. Terbayang di fikiran masing-masing keperitan hidup di dalam penjara. Norlin bangun memberi cadangan supaya berunding dengan pihak atasan universiti. Malam itu hampir semua surau dalam kampus-kampus universiti melakukan sembahyang hajat. Tangisan bergema di mana-mana di dalam doa. Begitu kudusnya perasaan mengharapkan keselamatan sang sahabat.
“Amin!” Mereka berpelukan. Seketika Sufian menepuk-nepuk belakang Na’im. Saling mententeramkan perasaan sendiri. Ya Allah kami sayang sahabat kami. Lepaskanlah ia dari siksaan dan dugaan ini. Ampunkanlah dia andai ada kesalahan yang dilakukannya. Dia hamba-Mu jua Tuhan. Dia ciptaan-Mu jua Tuhan. Kalau Kau tak ampunkan Kau tak akan rugi. Kasihanilah dia Tuhan. Doa termakbul. Timbalan Naib Canselor sendiri yang berunding dengan pihak berkuasa. Dengan mengemukakan keraguan-keraguan terhadap kesalahan yang disabitkan kepada Baihaqi, dia dibebaskan.
Ah.. Satu berita gembira yang amat dinanti-nantikan buat sahabat-sahabatnya malah hampir semua mahasiswa termasuk pelajar berbangsa Tionghua dan India. Baihaqi memang disenangi ramai. Baihaqi adalah sahabat yang sejati, juga ketua yang berdedikasi.
Baihaqi juga disenangi Norlin. Mereka berkahwin selepas tamat pengajian. Suatu kegembiraan buat Na’im tatkala melihat wajah ceria Baihaqi di hari pernikahannya, walaupun terselit jua di celah hati rasa sedih kerana tidak dapat menyunting bunga idaman- ia milik Baihaqi! Na’im berjabat tangan mengucapkan tahniah kepada Baihaqi dan..
“Aku nikahkan dikau dengan Norlin binti Hamzah..” Na’im kembali ke alam realiti. Merenung Norlin yang bakal diperisteri. Merenung diri yang masih tak dapat menerima kehilangan Baihaqi.
“Baihaqi sudah pergi”, beritahu Norlin. Na’im terpana memandang Norlin. Mata berkaca dan pandangan mula kelabu disimbahi air pilu.
“Ini surat terakhir Baihaqi”. Norlin menyerahkan. Na’im membuka lipatan kertas dan membaca.. Gila! Gila!! Na’im mencemuh di dalm hati. Permintaan yang begitu melirihkan hatinya betul-betul didamba oleh sang sahabat.
“ Aku.. aku terlalu mencintainya” Suara keramat Baihaqi ketika masih dapat duduk di atas kerusi roda kembali menari di dalam kepala Na’im.
“Tapi, aku harus bersedia untuk kehilangannya.” Na’im menyorong kerusi roda itu sehingga duduk berteduh di bawah pohon cemara. Daun-daun kering berserakan dipuput angin.
“Engkau tak takut kehilangan aku?” soal Na’im.
“Aku takut”, balas Baihaqi. “Engkau lebih takut kehilangan dia daripada aku!” Na’im menyiku Baihaqi.
“Aduh!” Baihaqi mengaduh. “Macam mana ni? Kata nak jadi jururawat aku..”
“Habis tu.. kau nak aku lembut macam Norlin ke… abang dah makan? Abang nak tidur? Abang sakit ke?” Na’im membuat gaya lembut. Baihaqi tergelak.
“Sebab itu aku takut kehilangan kau. Sebab susah tau nak cari orang seperti kau”, ujar Baihaqi. “Iyelah tu!”
“Eh! Tak percaya? Kalau boleh aku nak kau ambil alih tugas aku menjaga Norlin.” Na’im terdiam. Baihaqi menggenggam erat tangan Na’im. “Aku tahu kau juga mencintai Norlin…” Berderau darah Na’im.
“Kau jangan nak mengarut!” Na’im menarik tangan.
“Mungkin ini hikmahnya, Na’im. Aku harus pergi untuk memberi kau peluang menyintai Norlin.”
“Boleh tak kau jangan mengarut??!” marah Na’im. Suara amarah Na’im pada hari itu serasa bergema. Baihaqi kelihatan menikus di kerusi roda.
Pemergian ini janganlah ditangisi. Iringilah ia dengan doa dan hadiah buat sahabatmu ini. Memang hidup ini indah. Mempunyai teman sepertimu, isteri sesetia Norlin dan juga sahabat-sahabat yang lain. Tapi Na’im, yang terindah hanyalah ‘di sana’. Berdoalah supaya sahabatmu ini mengecapi saat yang terindah ‘di sana’ nanti.
Untaian kata-kata dari warkah terakhir Baihaqi itu bermain-main di fikiran Na’im.
“Baihaqi mengidap barah tulang.” Barah tulang??! Bengkak di hidung Baihaqi yang disangka berpunca daripad resdung, rupanya petanda bahawa Baihaqi mengidap penyakit barah tulang!
“Aku dah penat, Na’im”, suara Baihaqi lemah.
“Kita mesti berusaha berubat. Kita tak boleh menyerah kalah”, ujar Na’im.
“Aku dah tak ada harapan.”
“Kau putus asa pada rahmat Allah?!”
“Bukan. Cuma aku nak menerima kenyataan.”
“Kenyataan apa?”
Baihaqi senyum. “Kenyataan bahawa sudah sampai masa untuk aku bertemu dengan-Nya.”
Ya Allah! Air mata tidak dapat diseka ketika dia mengucup wajah luhur itu.
“Baihaqi.. kau pergi juga menemui-Nya”
Tidak semua yang kita rancangkan berlaku. Perancangan Allah itu lebih baik, Na’im.
Kata-kata Baihaqi dari warkah itu terus mengitari fikirannya. Na’im tersedu-sedu menangis ketika mengangkat tangan berdoa selepas selamat akad nikah. Bukan kerana gembira dengan perkahwinan ini, tetapi kerana rindu seorang sahabat.

Hasil Nukilan: Naurah Musyahidah

Monday, September 6, 2010

pantun Nasihat

Hati nyamuk sama dicecah
Hati manusia sama dijaga
Lama juga tidak bersua sudah
Kini diri muncul di arena

Arena pantun ikim. fm
Djnya manis suaranya lunak
Tak rindukah kerana lama tidak mengirim
Banyak kerja tak dapat elak

Diriku umpama merindu bulan
Bukan pungguk tetapi serigala jadian
Kalau bercakap biar perlahan
Supaya tidak dikata orang tak ketahuan

Bukan mengata dj bukan juga sesiapa
Jangan terasa apatah lagi merajuk hati
Hanya untuk memeriahkan acara
Disamping menasihati insan dan diri

Adab bercakap adab berbicara
Acuan Islam harus dicerna
Berjela sudah menghulur bicara
Namun ramai buat tak bena

Seribu bulan di angkasa
Tidakkan sama sepicing sinar mentari
Samakah yang menumpang dan yang berjasa
Menabur bakti tidak terperi

Resmi bulan menonjol diri
Sedangkan cahaya dari mentari
Sama-samalah kita renungi
Mentari juga yang membuat bulan berseri

Jadi janganlah rindukan bulan
Sampai mentari dilupakan
Begitu juga berlebih sanjungan
Sehingga lupa menyanjung Tuhan

Andai diri terpesona
Dengan kecantikan atau kekayaan
Ingat-ingat kita hanya hamba
Semuanya milik Tuhan

Sekian dahulu menghulur pantun
Sampai ketika bertemu lagi
Ampun maaf jari disusun
Selamat menyambut Raya 'Idulfitri

Daripada: Naurah Musyahidah (disiarkan dalam Radio IKIM)

Saturday, September 4, 2010

wanita itu AURAT

-hadis riwayat Imam Muslim, no: 2128-
"Ada dua golongan ahli neraka yg daku blum prnah lihat sblum ini. (Pertama) golongn prmpuan yg brpakaian (tetapi) brtelanjang yg seleweng srta mnyelewengkan di atas kpala mreka umpama bonggol unta. Mreka tdk akn dpt masuk syurga dan mghidu baunya. (Kdua) bebrapa lelaki yg mempunyai cemeti seumpama ekor lembu (yg digunakn untuk) memukul org lain (scra zalim)"
dari dapatan buku karangan Ust. Hj. Aminuddin Bin Hj. Abd Rahim brtajuk " Syarat-syarat PAKAIAN MUSLIMAH Ketika Keluar Rumah".

Ya Allah tunjukkan kami yg benar itu pd pandangan kami memang benar dan kurniakan supaya kami menurutinya, dan tunjukkan kpd kami apa yg batil itu pd pandangan kami adalah batil dan kurniakan supaya kami menjauhinya. Aminnn.

Tuesday, August 10, 2010

Do you know?

Dahlia

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Langsung ke: navigasi, cari
?Dahlia
Dahlia x hybrida
Dahlia x hybrida
Klasifikasi ilmiah
Kerajaan: Plantae
(tidak termasuk) Eudicots
(tidak termasuk) Asterids
Ordo: Asterales
Famili: Asteraceae
Genus: Dahlia
Species
30 species, 20,000 cultivars
Dahlia
RIMG0087.JPG
Dahlia adalah tanaman perdu berumbi yang sifatnya tahunan (perenial), berbunga di musim panas sampai musim gugur. Dahlia adalah bunga nasional negara Meksiko yang juga merupakan negara asal bunga ini.
Dahlia termasuk bunga yang terlambat dikembang-biakkan. Pada tahun 1872, negeri Belanda menerima sekotak umbi Dahlia yang dikirim dari Meksiko. Dari sekotak umbi bunga Dahlia ternyata hanya satu umbi yang berhasil berbunga namun menghasilkan bunga indah berwarna merah dengan daun bunga yang runcing. Ahli tanaman berhasil mengembang biakkan Dahlia yang kemudian dinamakan Dahlia juarezii. Dahlia juarezii merupakan nenek moyang semua bunga Dahlia hibrida (persilangan) yang terdapat sekarang ini.
Tanaman dahlia adalah makanan larva beberapa spesies Lepidoptera (jenis kupu-kupu).
Bunga Dahlia dinamakan untuk menghormati ahli botani berkebangsaan Swedia dari abad ke-18 yang bernama Anders Dahl.
Dahlia juga merupakan bunga resmi kota Seattle, negara bagian Washington, Amerika Serikat.

[sunting] Manfaat

Hybride
Bunga Dahlia yang kita kenal sekarang terdiri dari ratusan kultivar. Sebagian besar varietas tanaman Dahlia menghasilkan bunga yang warnanya cerah dan mempesona, sehingga Dahlia merupakan komoditas penting bagi industri bunga potong dan tanaman pot.

[sunting] Pranala luar

Monday, August 9, 2010

Sangka Buruk Perlu (tapi jgn zahirkan di bibir kalau belum terbukti)

Hi all,

Anyone in KK might have seen this person called Dale Gregory Charles, a 26 yrs old guy, height 160cm, weight 90kg, always wear a cap. A flabby guy, who used to appear in the area of Menggatal, Telipok, Likas, Inanam etc. He is driving a light blue Proton Wira.

This jobless person who went around selling used car and computer, laptop etc. This guy used to hunt for victims like students in Ums to lure them into buying of cheap and affordable laptop by collecting some upfront money with the promise that the goods will arrive weeks later. Then, he will go disappear.

Later, this guy found his old tricks unusable, he began to venture into selling "Tarik Balik" car. But, he din't have enough model to start, he also went around looking for funds by promising a return as high as 20% per month. He even shows you the pix of the car he will take from the bank. This again has lure few people into his hand.

Beware of this sweet talking guy who looks sincere and honest but tricky inside the heart. Upfront, he can promise whatever he can. At the end, he can give you thousand of excuses and turn disappear.


If you happen to see this guy, beware of his eyes and sweet talk. Anyone could be his next victim.

This is a true story as it happened to me since 2009. I am one of the victim. I learnt a big lesson.

Do forward this to all your friends especially those staying in KK if possible. You may find the photo of this man as attached.

Thank you.

Jon,
Kota Kinabalu

Sunday, June 20, 2010

Senario Hari Peperiksaan

Kesiannye mereka ni..mesti letih menelaah..

Senario Hari Peperiksaan

Wednesday, June 16, 2010

Setitis Pengorbanan >>Selautan Kasih

Tersentuh indera ini dengan kisah yang disentuh oleh slah seorang kolumnis Anis, Ustaz Zul Ramli yang juga penulis buku U Turn Ke Jalan Lurus. Antaranya tentang seekor ibu monyet yang ditembak seorang pemburu. Dalam jeritan panjangnya menahan sakit dia masih cuba menenangkan anaknya yang ketakutan, masih sempat menyusuinya.
           Kisah kedua yang dikutip dari seorang anggota bomba yang sering mendepani kemalangan ngeri. Seorang ibu yang sedang menderita kesakitan yang sukar digambarkan masih lagi meminta bayi tersayangnya untuk disusui. Dan dengan lahapnya bibir comel si anaknya menerima titisan susu yang juga lambang kasih sayang suci si ibu sehingga akhirnya si ibu terkulai layu menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan linangan air mata.

Bagaimana kita?

 Sehingga kini kita diperdengarkan dengan kisah-kisah pembuangan si ibu yang sudah tua renta juga seorang ayah...Dengan alasan hidup di Rumah Orang Tua lebih terjaga atau terlalu sibuk atau yang terbaru (pernah disiarkan akhbar Mempercayai Ibu Membawa Sial)> Biarpun apa alasan kita...yang sebenarnya membuktikan 'kecacatan' mata hati kita-ya, buta mata hati.
             Ketika kita semakin dewasa..sudah bekerja..meraih nikmat hidup...membina rumah tangga bersama seorang isteri atau seorang suami..bertemankan pula kehadiran cahaya mata...Mereka sudah kehilangan tenaga..selera kian berkurang..Tetapi sesuatu yang menyebabkan mereka terus 'hidup' ialah memori indah bersama kita sedari kecil..Kita yang sering mereka temani..malah kadang-kadang mereka menjadi 'permainan' yang mengasyikkan bagi kita..mendamaikan hati kita ketika ketakutan..berjaga malam demi menemani kita yang sakit..Itulah 'hiburan' bagi mereka...
            Tetapi sayangnya.. semua itu hanya menjadi kenangan terindah bagi mereka..bukan bagi kita. Kita terlalu sibuk untuk mengenang semua itu.. Banyak tanggungjawab yang perlu dilunaskan..sebagai seorang suami atau isteri..ibu..ayah..guru..ahli perniagaan..dan sebagainya.. Sudahnya..mereka bersendirian melalui sisa-sisa hayat mereka..dengan solat..kuliah agama..zikir.. Begitulah selayaknya..katamu. perlu persediaan untuk menghadapi mati. Dan adakah dengan beralaskan sebab begitu mereka 'haram' untuk merakam kenangan indah lagi bersama kita..bergurau..bersenda..ketawa..bercerita..bermanja..mengadu itu dan ini..

Muhasabah

Lupakah kita tentang kisah seorang pencinta ilmu yang merantau jauh..akhirnya pulang dalam keadaan buta..kudung kaki dan tangan..hanya kerana tidak mendapat restu si ibu..(saya diberitahu seorang ustazah telah mengecam cerita ini dan mengatakan ibu dlam kisah itu bodoh...seolah-olah si ustazah terlupa tentang hadith Rasulullah s.a.w yang menghalang seorang pemuda berjihad hanya kerana si pemuda masih mempunyai orang tua). Lupakah kita tentang kisah seorang wali Allah yang difitnah telah membuntingkan seorang wanita hanya kerana beliau terlalu asyik dengan ibadah sunatnya demi meraih CINTA Allah..sehingga ibu terasa hati..? Lupakah kita tentang kisah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang tidak mampu melafazkan syahadah di akhir-akhir nyawanya hanya kerana si ibu terasa hati..(walaubagaimanapun riwayat hadith sahabat tersebut masih diterima)
               Tanya diri kita balik: berapa kali(saya mengulang balik soalan-soalan yang dilontarkan kolumnis) kita menghubungi mereka dan bertanya khabar mereka dalam keadaan kita betul-betul ambil berat tentang mereka? Berapa kali kita berjenaka dengan mereka..dan mereka ketawa kerana terhibur dengan gurauan kita? Berapa kalikah kita mendengar cerita mereka dan mereka begitu asyik bercerita kerana bagi mereka si pendengar begitu berminat dengan cerita mereka?

Buat Perubahan
Mulakan perubahan dari sekarang..andai dulu kita pernah mengguris hati mereka, segeralah bermohon maaf. Andai dulu kita sering mngingkari mereka terutama melibatkan hal-hal agama...segeralah berubah (biarpun belum terdetik rasa ikhlas di hati untuk berubah kerana Allah).. Hiasilah diri seindahnya supaya kita dapat menjadi anak yang soleh atau solehah..Kerana itulah satu-satunya harta yang tidak ternilai..buat menjamin kebahagiaan mereka yang hakiki di 'sana'. Maksud sabda Rasullullah s.a.w: Redha ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa. (teringat kisah yang pernah disampaikan salah seorang penceramah terkenal tentang kisah seorang pemuda yang memandikan dan mengucup dua ekor khinzir -yang sebenarnya ibu bapanya yang dimurkai Allah-dan tak henti-henti memohon keampunan untuk mereka sehinggalah doanya dikabulkan). Jadi, patutkah hanya sedikit kesilapan mereka (kalau ada) kita menyingkirkan mereka dari hidup kita dan melabelkan mereka dengan sifat-sifat yang terlalu buruk untuk disebut di sini). Koreksi diri...bagi pendamba redha Allah dan Rasul-Nya inilah antara cinta yang perlu kita raih-iaitu kasih ibu bapa!
              

Tuesday, June 15, 2010

Ustazah Mati Dibunuh

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Muhammad dalam Kitab Veda-Suatu Penemuan

Nabi Muhammad SAW Dalam Kitab Veda

Seorang professor bahasa dari ALAHABAD UNIVERSITY INDIA dalam salah satu buku terakhirnya berjudul “KALKY AUTAR” (Petunjuk Yang Maha Agung) yang baru diterbitkan memuat sebuah pernyataan yang sangat mengagetkan kalangan intelektual Hindu.

Sang professor secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah saw, karena menurutnnya, sebenarnya Muhammad Rasulullah saw adalah sosok yang dinanti-nantikan sebagai sosok pembaharu spiritual.

Prof. WAID BARKASH (penulis buku) yang masih berstatus pendeta besar kaum Brahmana mengatakan bahwa ia telah menyerahkan hasil kajiannya kepada delapan pendeta besar kaum Hindu dan mereka semuanya menyetujui kesimpulan dan ajakan yang telah dinyatakan di dalam buku. semua kriteria yang disebutkan dalam buku suci kaum Hindu (Wedha) tentang ciri-ciri “KALKY AUTAR” sama persis dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah Saw.

Dalam ajaran Hindu disebutkan mengenai ciri KALKY AUTAR diantaranya, bahwa dia akan dilahirkan di jazirah, bapaknya bernama VISHNUBHAGAT dan ibunya bernama SUMANEB. Dalam bahasa sansekerta kata VISHNUBHAGAT adalah paduan dua kata yaitu VISHNU artinya ALLAH sedangkan BHAGAT artinya hamba yang dalam bahasa Arab disebut ABDUN. Dengan demikian kata VISHNUBHAGAT artinya “ABDULLAH”. Demikian juga kata SUMANEB yang dalam bahasa sansekerta artinya AMANA atau AMAAN yang terjemahan bahasa Arabnya “AMINAH”. Sementara semua orang tahu bahwa nama bapak Rasulullah Saw adalah ABDULLAH dan nama ibunya AMINAH.

Dalam kitab Wedha juga disebutkan bahwa Tuhan akan mengirim utusan-Nya kedalam sebuah goa untuk mengajarkan KALKY AUTAR (Petunjuk Yang Maha Agung). Cerita yang disebut dalam kitab Wedha ini mengingatkan akan kejadian di Gua Hira saat Rasulullah didatangi malaikat Jibril untuk mengajarkan kepadanya wahyu tentang Islam. Bukti lain yang dikemukakan oleh Prof Barkash bahwa kitab Wedha juga menceritakan bahwa Tuhan akan memberikan Kalky Autar seekor kuda yang larinya sangat cepat yang membawa kalky Autar mengelilingi tujuh lapis langit. Ini merupakan isyarat langsung kejadian Isra’ Mi’raj dimana Rasullah mengendarai Buroq

Sumber : http://media.isnet.org/
Posted by Mohamad Hardyman As-Sarawaqi at 10:05 PM

PENGHIDAP HIV SEMBUH

Lelaki Britain penghidap HIV pertama sembuh

(Utusan Malaysia, Isnin – 14 November 2005)



London – Seorang lelaki Britain berusia 25 tahun ditemui sebagai penghidap HIV pertama yang sembuh daripada virus itu selepas menghidap penyakit itu lebih setahun lalu. Penawarnya ialah beliau memakan sejumlah bahan-bahan suplemen kesihatan. Para penyelidik kini sedang meneliti bahan-bahan suplemen tersebut. Para doktor telah melabelkan lelaki tersebut sebagai kes ‘perubatan ajaib’.

Penemuan Kedua:

Penderita AIDS di Jerman Sembuh
Seorang penderita AIDS rupanya bebas dari AIDS setelah menerima transplantasi tulang sumsum dalam perawatan leukimia. Dia menerima sel induk (stem cells) dari donor yang mengalami mutasi genetik, menyebabkan dia imun dari HIV, virus yang menyebabkan AIDS.

Dokter-dokter di Jerman ini benar-benar menyaksikan suatu terobosan medis. Mereka telah merawat seorang penderita leukimia di Klinik Benjamin Franklin yang berlokasi di Berlin, yang merupakan bagian dari perawatan transplantasi tulang sumsum. Penderita leukimia berkebangsaan Amerika yang tinggal di Jerman dan berusia 42 tahun ini juga adalah pengidap AIDS.

Setelah menerima transplantasi, secara menakjubkan terlihat bahwa dia tidak menderita HIV lagi. Kejadian ini menjadi headline di koran-koran di Jerman.

dr-gero
Dr. Gero Huetter - yang merupakan ahli leukimia - adalah dokter yang merawatnya. Dia menggantikan tulang sumsum pasien dengan sel induk (stem cells) dari donor yang mengalami mutasi genetik, menyebabkan dia imun dari HIV, virus yang menyebabkan AIDS. Kini dokter tidak dapat menemukan HIV dalam darahnya.

Dr. Gero berkata, "Tindakan yang saya berikan padanya, yaitu transplantasi tulang sumsum, sebetulnya adalah untuk menyembuhkan leukimia, bukan AIDS. Bila penyakit AIDS-nya sembuh, ini merupakan suatu efek samping. Untuk menyembuhkan leukimianya, kami harus melakukan transplantasi tulang sumsum, bahkan bila kami tak dapat menemukan donor yang cocok dengan mutasinya."

Namun efek samping yang tak umum dalam kasus ini tidak dapat merubah perawatan untuk penderita AIDS. "Karena terapi ini punya tingkat resiko kematian yang tinggi, dan tidak dapat dibenarkan secara etis, hanya dapat dilakukan dalam situasi spesial ini, saat pasien harus menjalani transplantasi karena penyakit lain. Saya menegaskan hal ini, untuk mengurangi harapan yang salah," kata Dr. Gero, merujuk pada pemikiran bahwa semua penderita AIDS dapat disembuhkan dengan cara ini.

Para peneliti masih harus menempuh jalan panjang untuk menemukan pengobatan AIDS, dan kasus ini tidak bisa merubahnya. Namun ada suatu harapan bahwa penemuan ini dapat menginspirasi penelitian baru bagi para ilmuwan yang bekerja untuk menemukan cara menangkal HIV.

Monday, June 14, 2010

Inspirasi Cinta Nan Suci

Usah ditangisi..
Di kala dikecewa..
Cinta insani itu
Masih besalut pura..

Cinta nan suci…
Tiada erti kecewa..
Kerana cinta nan suci..
Infinitinya sukar dibicara..

Cinta yang tiada mengharap..
Apa-apa
Hanyalah mengharap..
Kebaikan orang yang dicinta
Cintanya bersandarkan cinta ILahi
Tega korbankan pentingnya diri
Redhanya berpanjangan…
Tabahnya tiada berpenghujungan..
Demi Islam, demi ILahi..
Pasrahnya tiada henti…
Tiada destinasi…

Inspirasi cinta nan suci..
Kucuba melodikan..
Harap tidak bersalahan dengan kehendak-Nya
Ampunan-mu ya Allah yang kupinta
Andai ada tersalah bicara
Kuharapkan redha-Mu sahaja..

Biarlah apa terjadi
Kerana kuyakin setiap perkara ada hikmah-Nya
Kerana Allah sentiasa menterbiah kita
Kerana Allah Lebih Mengerti.

Daripada:

Naurah Musyahidah

Diterbitkan: Majalah Agama dan Falsafah, 2005

Sunday, June 6, 2010

Doa Untuk Keselamatan Diri

Doa Elak Di Rogol & Cabul

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak

Di Rogol & Cabul

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah.Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.
Satu Respons kepada “Doa Elak Di Rogol & Cabul”

1.
Tip Elak diPukau « Islam Itu Indah Berkata:
28 Oktober 2009 pada 2:01 am

[...] Tip dan doa lain untuk mengelakkan dirogol boleh lihat di sini http://ntvirus.wordpress.com/doa-elak-di-rogol-cabul/ [...]

Saturday, June 5, 2010

Can`t take That Away (Sang by eibishi)

Redha-MU

Ya Allah ya Tuhanku..Tidak kira apa berlaku apa padaku...
Miskin atau kaya..sakit atau sihat..
yang penting adalah redho-Mu..Redho-MU..
Redho-Mu..Redho-Mu...yang kupinta...
Redho-MU padaku amat mahal sekali...
Redho-MU padaku amat mahal sekali....!
Sebab itu aku meminta selalu..
Walau aku miskin..kurasa bahagia..
apalah ertinya aku kaya...
Engkau akan murka..apalah ertinya...
ada nama..jika Engkau murka...
Jika Engkau murka..segalanya tiada(erti lagi)
Jika Engkau murka..segalanya tiada(erti lagi)
Sungguh mahal redho-MU Tuhanku...
Tuhanku..Tuhanku..Tuhanku...
aaaaaaaaaa..aaaaaaa..aaaaaa
Berilah keredhaan-MU..berilah padaku selalu..
kerana itulah aku beramal...
bukan kerana pahala..bukan kerana fadhilat..
bukan kerana syurga..
tapi inginkan redha-MU..untuk keselamatan diriku..
tapi inginkan redha-MU..untuk keselamatan diriku..
Redha-MU..Redha-MU... yg kupinta..
(Nyanyian kumpulan : MAWADDAH)

Friday, June 4, 2010

Zamil Amri

ZAMIL AMRI

Zamil berlenggang menuju ke kelas. Di sisinya ada sebuah kotak berwarna hitam. Sambil tersengeh dia mengetuk-ngetuk kotak itu.
Dia terjenguk-jenguk sebelum masuk ke dalam kelas. Ha, cantik! Tak ada orang… He!He! Kotak hitam yang dijinjingnya diletakkan di atas meja.
“Hoi!Buat apa tu?”
Zamil berpaling. Eleh! Si ‘skema’ ‘ni’ lagi!
“Tak beratur ke?” Menyinga sahaja Amri menyoal. Seorang pengawas yang terkenal dengan dedikasinya.
“Dedikasi ke ‘tedy basi’..” cebek Zamil, setiap kali pengawas tersebut dipuji di perhimpunan. Zamil menapak penuh aksi ke arah Amri.
“Wahai Encik Amri… kita ni nak beratur ke..nak apa ke…tak payah disuruh. Kita punya kaki, kita punya pasallah”.
Amri menarik nafas, menelan amarah. Pandangannya terarah kepada kotak hitam di atas meja. Sekelip mata sahaja kotak itu telah berada di dalam pangkuan Amri.
“Woi, tu kotak aku! Letak balik!”
Zamil risau. Kalaulah kotak itu dibuka, pasti lipas-lipas tersebut merempuh keluar. Habislah ‘plan’ aku.
Amri sengeh.
“Aku punya tangan, aku punya pasallah!” tempelak Amri terus membawa pergi kotak tersebut.
* * *
Tengahhari itu, ketika Zamil baru hendak mengangakan mulut menyambut nasi lemak dari tangannya, Zamil dipanggil ke bilik guru disiplin.
Apa pula kali ni? Itulah soalan yang berputar dalam kotak fikir setiap teman-teman sekolahnya. Sudal arif benar dengan keletah si Zamil. Tidak boleh duduk diam. Ada-ada sahaja karenahnya.
“Cantik hadiah awak beri kepada saya. Mesti mahal kan.”
Zamil tegak berdiri. Tajam sindiran Cikgu Saif setajam matanya menjeling.
Dikerling ke luar cermin gelap yang memagari bilik tersebut. Ternampak kelibat si Amri. Mesti si ‘skema’ ‘ni’ punya kerja! Pantas hatinya menuduh.
Zamil menunduk mencerlung lantai. Hanya telinga yang tetap setia menadah ceramah berjela daripada Cikgu Saif. Sudahnya Zamil dikenakan hukuman mengelilingi surau sebanyak tujuh kali. Apalah punya nasib!
“LabbaikAllahu ma labbaik. Labbaika la syarika lak labbaik..” Suara Amri mencuit gegendang telinga Zamil. Secebis senyuman sinis dihadiahkan. Zamil menunjuk penumbuk sulungnya.
* * *

Kereta Mercedes Benz berwarna ‘krim’ berhenti di perkarangan sekolah. Zamil berpaling memandang Encik Harun. Encik harun memahami pandangan tersebut.
“Ayah minta maaf, ayah tidak dapat ambil Zam nanti.”
Memang dah agak! Cemuhnya di dalam hati. Terbayang-bayang di ruang kornea kemesraan yang sengaja disembunyikan ayahnya dengan Kak Salmi, setiausaha Syarikat Tour and Trade milik si ayah.
“Ayah ada urusan penting .” Tanpa dipinta Encik Harun memberi alasan.
“Dengan Kak Salmi?” Zamil meneka.
“Itu urusan ayah, dan Zam tak ada hak ambil tahu…” Encik Harun mula berang.
“Zam malu dengan sikap ayah, Zam malu!” Zamil meluahkan rasa terbuku. Terbayang lagi ketika ayahnya memeluk setiausaha itu. Jijik sekali Zamil melihatnya.
“Zam mlau mempunyai ayah yang begini jijik.”
“Zam.”
“Ayah bukan sahaja berjawatan besar, tetapi juga bernafsu besar.”
“Zam!”
Zamil meraba pipi. Pedih ditampar ayah. Namun, pedih di hati lebih terasa.
“Kalau beginilah sikap Zam, ayah terpaksa hantar Zam ke rumah nenek.” Encik Harun membuat keputusan.
“Kenapa? Ayah takut semua rahsia kejijikan ayah selama ini terbongkar.” Lidahnya masih petah berkata-kata.
“Zam tak heranlah.. Kalau ayah nak hantar Zam ke rumah nenek. Itu lebih baik daripada saban hari menatap perlkuan dosa ayah.”
“Baik. Kalau itu yang Zam mahu dan jangan lagi sekali-kali meminta bantuan ayah selepas ini.”
Encik Harun memandangnya serius. Zamil tahu, ayahnya benar-benar bertegas kali ini.
“Baik.”
Sebagai anak lelaki yang pantang dicabar, Zamil akur dengan keputusan itu. Sejurus dia melepaskan kata, pintu kereta dihempas kuat. Beberapa orang pelajar dan ibu bapa yang berada berdekatan sedikit terkejut. Dan dia mula menjadi sasaran mata-mata mereka. Pastinya di dalam kepala seiap mereka, dia dibayangkan sebagai seorang anak yang kurang ajar. Dan salah satu daripada mata-mata tesebut ialah sepasang mata kepunyaan Naurah, gadis yang pernah cuba dipikatnya dahulu.
Ah, lantaklah apa korang fikir! Ligat kakinya mengatur langkah. Ketika dia dalam berusaha melarikan diri dari tempat tersebut, tidak semena-mena dia terlanggar sesusuk tubuh tegap. Dan Zamil sudah dapat meneka empunya gerangan pemilik tubuh sasa itu tatkala tepamdamgkan ‘blazer’ dan tali leher yang terlilit kemas.
Pandangan diangkat merenung sekeping wajah yang tidak pernah jemu-jemu mengganggunya.
“Aku terpaksa mengambil tindakan ke atas kau.” Amri bersuara.
Terpaksa.. Zamil mengejek di dalm hati. Ungkapan yang sama didengarinya dari mulut lelaki itu semenjak dia mula menjadi sasaran Amri.
“Apa pula kesalahan aku kali ini? Aku kacau cikgu… kacau budak perempuan.. tak ‘tight in’ baju.. tak ikat tali kasut.. tak pakai ‘name-tage’?”
“Ha, itu betul! Tak pakai ‘name-tage’..” sambut Amri pantas.
“Jadi, berapa pula aku kena bayar?” Zamil yang sudah arif benar dengan Amri terus mengajukan soalan.
Amri senyum.
Zamil melihat jengkel.
“ Aku rasa denda itu terlalu ringan bagi kau. Aku nak beri ‘name-tage’ baru kat kau”
Sudahnya, sekeping manila kad tertulis “ PERHATIAN SAYA TAK PAKAI NAME-TAGE” tergantung di lehernya.
Zamil masih ingat ketika dia didenda cuci tandas dulu kerana mengacau budak perempuan. Nasib baik pakcik yang mencuci tandas itu baik orangnya. Dia terlepas daripada denda tersebut. Bukannya dia yang minta simpati, tetapi pakcik itu yang tidak mahui dibantu. Katanya, takut nanti baju sekolah basah. Alangkah baiknya kalau ayahnya pun begitu!
Teringat kepad si ayah membuatkan jiwa mudanya panas. Segalanya masih segar di ingatan. Tragedi yang telah merampas sebahgaian kebahagiaannya. Terlalu sukar untuk dipadam.
Tuhan… dulu dia bukan sebegini. Sebelum berpindah sekolah, dia adalah murid pintar, rajin, berdisiplin dan berhemah tinggi. Pernah menyandang jawatan sebagai pengawas. Juga menjadi kebanggaan dan kesayangan guru.
Zamil sendiri tidak mengerti kenapa dia berubah sikap. Menjadi seorang yang amat nakal. Mungkinkah didorong oleh tekanan perasaan yang ditanggungnya?
Mak… hampir menitis air mata kelakiannya mengingatkan nama itu. Terasa hidup ini kelamapabila terpaksa menerima hakikat bahawa ibu sudah tiada di alam buana. Pertengkaran suami isteri yang pada mulanya hanya kecil, kemudian semakin parah dan berakhir dengan kematian.
“Mak!” Hanya teriakan yang berkumandang tatkala melihat tubuh ibu bergolek dari satu anak tangga ke satu anak tangga.
Zamil mendaptkan si ibu. Darah merah memekat mncurah-curah keluar menuruni kaki ibu. Tiada lagi hamburan kata-kata untuk membalas ujaran ayah. Hanya cungapan nafas yang tedengar.
Zamil berusaha mengangkat tubuh ibu, lalu diribanya.
“Mengucap mak..” Suaranya bergetar.
“Zam…” tangan lemah ibu cuba menggapai pipinya. Dan…akhirnya tangan itu terkulai layu bersama hembusan nafas terakhir. Air mata berjurai ke pipi, merenung tajam si ayah yang berdiri kaku melihat adegan yang berlaku.
“Kalau dapat anak perempuan, mak nak beri nama Jasmin.” Gembira sungguh ibu apabila dikhabarkan bahawa dia disahkan mengandung. Pernantian sekian lama, akhirnya tertunai juga.
Zamil lebih-lebih lagi. ‘Excited’ bukan main. Baru pertama kali hendak mendapat adik.
“Kalau lelaki macam mana, mak?” Dia menyoal pula.
“Kalau lelaki, kita letaklah nama Zamri”, ayahnya mencelah.
“Mana boleh. Nanti celaru pula dengan nama Zam. Kalau Naim, macam mana mak?”
Si ibu mencebek.
“Macam ni jelah.. kita gabung dua-dua nama. Nazam. Apa macam?” suara ayahnya.
Ibu dan Zamil sama-sama menggerut dahi.
“Mana ada orang nama macam tu!!” suara Zamil dan ibu hampir serentak.
Namun, itu cuma tinggal dalam lipatan sejarah. Ibu keguguran teruk hari itu. Darah yang keluar semacam tidak mahu berhenti. Zamil tidak dapat membayangkan betapa hebatnya kesakitan yang ditanggung ibu kala itu. Kesakitan zahir dan batin. Ibu menderita hingga ke hujung kematiannya. Impian suci ibu terkubur. Hati ibu hancur. Sikap ayah mengecewakan. Tidak patut ayah berperangai begitu. Tidak patut!!!
Jeritan itu hanya bergema di runag dada. Sekian lama dia memendam rasa. Membutakan hati dan perut dengan sikap ayah. Mengharap ayah berubah.
Sebaliknya, ayah kian menjadi-jadi sejak ketiadaan ibu. Mungkin pemergian ibu membuka ruang kebebasan yang lebih luas kepada ayah untuk melancarkan strategi kejantanannya. Bukan sorang dua.. malah sudah berpuluh betina menjadi mangsa kejijikan ayah. Apabila perbuatan ayah dapat dihidu oleh anak sendiri, ayah berjanji bahawa tidak akan mengulanginya. Ayah seolah-olah benar-benar menyesal. Tetapi, cuma sekejap. Kemudian, ayah buat lagi.
Kini Zamil sudah tidak tahan. Keputusannya untuk memaafkan ayah di atas kematian ibu serasa ingin ditarik balik. Syah bukan sahaj tidak berubah, malah ayah seperti tidak pernah kesal dengan kematian ibu. Ayah semacam lebih suka ibu mati. Ayah memang tidak ada hati! Tidak ada perasaan! Ayah bukan seorangn ayah! Bukan seorang manusia!
Beg ‘Olotto’ diselongkar. Zamil membawa keluar ‘waklkman’ pemberian ibu yang sekian lama berada di dalm simpanannya. ‘Phone’ disumbat ke telinga. Seketika lagu “ Town Up Girl” dendangan Westlife berkumandang menguasai tumpuan fikirnya. Kepala terangguk-angguk menurut rentak tari lagu.
“Oi, Zam! Zam!” Fadhli menyiku.
“Eh! ‘Lu’ nie apa hal?” Terasa diganggu agaknya, Zamil mula bersuara tinggi.
“Tu!Tu!” Fadhli menelunjukkan jari ke hadapan.
Tampak Amri berjalan menuju ke arah mereka.
“Lantaklah! Dia ingat dia tu hebat sangat..”
Zamil semakin mengangguk-anggukkan kepala. Sengaja menunjuk-nunjuk. Biar sakit hati pengawas itu.
“Oi, setan!” Amri menyumpah.
“Apa kau cakap?” zamri berpura-pura tidak dengar.
Amri menarik ‘phone’ dari lubang telinga Zamil. Menghampirkan muka ke muka Zamil. Hampir melagakan hidungnya dengan hidung Zamil.
“ Aku kata kau setan.” Amri bersuara keras. Dengusan nfas panas terasa ‘meruap’ ke muka Zamil.
“ Eii, busuknya bau mulut kau!” Zamil menunjuk geli geleman.
“Banyak kali sudah aku memberi amaran kepada kau. Kali ini terpaksa aku mengambil tindakan terhadap kau.”
Zamil mencebek mengejek.
“Bak sini ‘walkman’ tu!” suara Amri.
“Nah!” ‘Walkman’ dihulurkan. Seketika Amri hendak menyambut, zamil menarik balik hulurannya.
“Eh! Eh!” acah Zamil.
“Nak?!!” Zamil mengunjuk-unjuk ‘walkman’ ke muka Amri. Dan sekali lagi Zamil berbuat perkara yang sama setiap kali tangannya cuba merampas ‘walkman’ dari tangan Zamil. Kali ini dia berjaya. Kemudian, berlakulah adegan tarik-menarik di antara mereka berdua. Dan secara tidak langsung wujud dua kumpulan penyokong. Sekumpulan pelajar menyokong Zamil, dan sekumpulan lagi menyokong Amri. Ketika itulah, tiba-tiba tangan Amri terlepas dari pegangan, lalu ‘walkman’ itu terhumban ke sudut kelas. Zamil cepat-cepat mendapatkan ‘walkman’nya. Ternyata ‘walkman’ telah rosak.
Perlahan-lahan Zamil bangun berdiri merenung serius pengawas tersebut. Hati mendidih. Melihat barang kesayangan musnah. Barang yang banyak menyimpan nostalgia silam. Semacam dirasuk sesuatu, Zamil meluru ke arah Amri dan menjunamkan kepala penumbuknya ke muka Amri. Terhuung pengawas tersebut menerima penumbuk sulungnya. Amri meraba pipi yang berdarah.
“Kau ingat kau pengawas… kau boleh buat apa yang kau suka ha?”
Mata Amri tidak berkedip memandang muka bengis Zamil. Pertama kali, dia melihat Zamil seberang itu. Kalua tidak kerana kawan-kawan datng menahan, pasti dia dihadiahkan sebiji penumbuk lagi oleh lelaki yang sedang menggila tersebut.
“Kau kata aku setan…” Zamil meronta-ronta dari pegangan kawan-kawannya. Ptui! Dia meludah.
“Kaulah setan sebenarnya… tak berhati perut!!!” Zamil menjerit meluah kemarahannya.
“Zamil! Kenapa menjerit macam orang gila ni ha?” Suara Cikgu Saif menyergah, menyebabkan semua pelajar bercempera menghindarkan diri dari tempat kejadian.
Zamil terdiam. Cuma mata merenung tajam wajah Amri.
“ Amri, apa yang berlaku ni ha?” Amri memandang Zamil. Melawan tenungan Zamil.
* * *
Tin coca-cola dihumban ke semak. Zamil melompat turun dari motor kapcainya. Motor Honda buruk hasil tinggalan datuk. Beg ‘Olotto’ tergalas di bahu kanan. Dia telah ‘bersalin kulit’. Jeans biru dengan t-shirt hitam bersalut di badan. Sekejap lagidapatlah dia merayau-rayau sekitar bandar Alor Star. Begitulah caranya dia menghabiskan minggu pergantungan sekolahnya. Oleh kerana dia hendak menjaga hati nenek, dia keluar rumah dengan seragam sekolah, kemudian ‘bersalin kulit’ di tandas City Point.
Puas merayau-rayau, dia masuk bermin video game dalam Cyber Café. Terkadang rasa jemu bertamu di hati. Kalu boleh pergi sekolah kan bagus. Boleh juga menyakat orang. Paling seronok kalau dapat bersoal-jawab dengan si Amri itu. Tengok mukanya merah menyinga. He! He! Garang konon. Terkadang kalau sehari tidak dapat bertengkar dengan pengawas itu, rasa rindu pula. Tetapi, perbuatannya hari itu benar-benar membuatkan Zamil marah.
“Jangan harap aku kasi satu sen pun!”
Zamil mencari arah suara itu datang. Ternampak Amri sedang dikepung oleh sekumpulan budak samseng di perkarangan tempat meletak kereta.
“Betul! Kau tak nak kasi?” Seorang pemuda remaja berbadan sedikit gempal berjalan mengelilinginya sambil menggosok-gosok kepala penumbuk di tangan.
“Kalau aku tak nak kasi, bagaimana?” Amri masih tegar menjawab.
Ego tak bertempat!, desis hati Zamil.
“Kalau kau tak nak kasi…” He!He! Seorang remaja lainyang berbadan sedikit kurus menyeringai.
Buk!
“Inilah akibatnya.”
Amri terduduk ditujah penumbuk remaja tersebut. Dia cuba bangun melawan. Namun, belum sempatdia membuka apa-apa langkah, lahi sekali dia dihadiahkan sebiji penumbuk ditambah tendangan yang bertalu-talu dari remaja-remaja tersebut.
“Yah!”
Tendangan kaki Zamil mengenai salah seorang remaja berlima itu. Terhuyung sedikit remaja tersebut.
“Eh! Eh! Jebat!” Remaja itu mengejek disambut tawa-tawa liar kawannnya.
“Nak tolong Tuah ke?” Ha! Ha ! Mereka ketawa lagi.
Mata Zamil terarah kepada Amri yang sedang mengerang kesakitan. Dia mula membuka langkah dan memecut laju.
* * *
Amri terbaring di ats katil lemah. Guru-guru dan kawan-kawan yang tadi datang melawatnya telah pulang. Dia dilayan seperti putera raja hari itu. Aap sahaj yang dikehendakinya, akan dipenuhi.
Amri cuba bangun. Sakit di perut masih berbisa. Habis satu badannya lebam-lebam. Mujur Zamil cepat-cepat menghubungi pihak polis. Kalau tidak, tidaktahulah apa nasibnya kala itu. Walaupun Zamil nakal, namun sebenarnya dia memiliki sekeping hati yang mulia.
Semasa diserang budak-budak samseng itu, dia tidak menyangka orang yang dibahasakan ‘Jebat’ oleh mereka itu adalah Zamil. Sungguh. Dia tidak menyangka.
“Assalamu’alaikum.” Terdengar orang memberi salam. Amri tersenyum menjawab.
“Cikgu datang sorang?”
Cikgu Saif senyum.
“Tak. Dengan Zamil” Ternampak Zamil melangkah masuk menghampiri.
“Hai.” Zamil cuba senyum.
“Hai”, balas Amri lambat-lambat.
“Dah sihat?”
“Emm.”
“Kamu berdua bersenmbanglah ya! Cikgu keluar dulu.”
Serentak pandangan mereka mengekori gerak langkah Cikgu Saif.
“Maaf kerana tinggalkan kau hari itu” Zamil menutur kata.
“Aku yang sepatutnya meminta maaf kerana rosakkkan ‘walkman’mu”, ujar amri pula.
“Ah, kau terpaksa jalankan tanggungjawabmu!” balas Zamil. Amri tergelak.
“Perli ke?” Amri menduga.
“Aku faham tugas sebagai seorang pengawas”, Zamil menutur kata lagi.
“Aku betul-betul terhutang budi denganmu, Zamil”, ujar Amri setulus hati.
“Kau telah berjaya menjadi hero, tahu tak? Rasanya sekarang ini namamu semakin ‘glamour’ daripada namaku.”
“Yalah, hero yang paling nakal!”Selamba Zamil membalas. Mereka ketawa.
“Aku ada hadiah untukmu.”
“Ha, itu Cikgu Saif telah bawakan!”
Zamil berpaling kepada Cikgu Saif yang sedang membawakan satu kotak berbalut kertas bunga.
“Ambillah” Zamil teragak-agak untuk menyambut huluran Cikgu Saif.
“Jangan risau, hadiah ini lebih mahal daripada hadiah yang awak nak beri kepada saya”, giat Cikgu Saif membuatkan mereka bertiga tergelak. Apatah lagi teringatkan kotak hitam yang cuba dihadiahkannya kepada Cikgu Saif.
“Bukalah” gesa Amri.
Zamil mengoyak kertas bunga tersebut. Kotak di dalam kertas itu dibukanya. Rupa-rupanya ‘walkman’ baru jenama Sony.
“Terima kasih, Amri.”
Amri senyum melihat kegembiraan yang terpancar dari wajah Zamil.
Tangan Cikgu Saif menepuk-nepuk bahu Zamil. “Saya harap tahun ini awak lebih berusaha untuk SPM tahun depan. Saya tahu awak pernah menjadi kebanggaan sekolah.”
Zamil kehairanan.
“Naurah telah memberitahu segalanya kepada saya.” Tanpa dipinta Cikgu Saif memberitahu.
“Dia pernah belajar satu sekolah dengan awak. Katanya, awak popular di sana. Tentu ramai peminat kan?”
“Tak adalah…” Zamil merendah diri.
Terimbas kembali kenangan di sekolah dahulu. Juga tragedi semalam. Yang passtinya dia harus tabah mengharungi segala getir hidup. Hidup ini perlu diteruskan.



-TAMAT-

Thursday, June 3, 2010

I’jaz al-Quran

I’jaz al-Quran


I’jaz al-Quran ialah keajaiban yang ada pada al-Quran sehingga meletakkan al-Quran selayaknya sebagai mukjizat agung Rasulullah s.a.w. Seterusnya membuktikan kebenaran riasalah baginda dengan menegaskan bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ulama’ menjelaskan tentang I’jaz al-Quran ini di dalam kitab-kitab mereka . Ulama menegaskan bahawa kemukjizatan al-Quran adalah terletak pada kekuatan yang ada pada al-Quran itu sendiri dan bukan kerana ‘sorfah’ (yakni Allah memasung keupayaan manusia daripada mendatangkan ayat seumpama al-Quran).
Ini adalah kerana al-Quran adalah kalam Allah, yakni kata-kata Allah yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Kata-kata Allah yang sebenarnya tidak bersuara, tidak mempunyai perkataan dan tidak pernah sama dengan sesuatu pun di dunia ini.
Bentuk-bentuk I'jaz yang terdapat di dalam al-Quran boleh dibahgikan kepada empat bahagian:

Pertama: Pengkhabaran tentang masa akan datang

Firman Allah yang bermaksud:
"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah.” (Surah Ar-Rum: ayat 1-4.)

Ayat ini telah terlebih dahulu turun semasa hayat baginda sebelum peristiwa kemenangan tentera Rom, yakni Byzantine selepas kekalahan mereka di dalam peperangan.

Kedua : Pengkhabaran tentang masa lampau

Jika diteliti tentang sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w semenjak dilahirkan hingga baginda wafat, kita dapati bahawa Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang ummi (tidak tahu membaca dan menulis). Penghabaran tentang peristiwa-peristiwa lampau seperti kisah-kisah para Nabi yang sebahagiannya disebut di dalam kitab Taurat dan Injil dan sebahagiannya hanya disebut di dalam al-Quran membuktikan kemukjizatan yang terdapat pada kalam Allah ini. Bagaimana mungkin seorang nabi yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis) dapat menulis kitab seperti al-Quran sedangkan baginda tidak pernah belajar dengan mana-mana Yahudi atau Nasrani ketika sebelum al-Quran diturunkan.

Ketiga : I’jaz Balaghi

I’jaz Balaghi merupakan bentuk kemukjizatan dari segi bahasa yang digunakan di dalam al-Quran. Sebagai contoh di dalam firman Allah yang bermaksud :
“Dan bagi kamu pada qisos itu( bunuh balas) ada kehidupan wahai Ulil Al-Babb semoga kamu bertaqwa”
(Surah al-Baqarah(2): ayat 179)
Firman Allah ini apabila dibandingkan dengan kata-kata orang Arab : al-Qatlu anfa lilqatl (pembunuhan dapat dihindarkan dengan pembunuhan), didapati maksud firman Allah ini lebih menepati makna dan menyeluruh. Ini adalah kerana dengan melaksanakan hukum qisos nyawa setiap manusia terselamat. Manusia akan takut untuk membunuh sesama sendiri kerana tidak mahu dibunuh sebagai balasan daripada kesalahan membunuh itu. Jadi, dengan melaksanakan hukum qisos ini, ia akan memberi ruang kepada manusia untuk hidup aman.

Keempat: I’jaz ‘Ilmi

I’jaz ‘Ilmi ialah penemuan pelbagai ilmu yang terdapat di dalam al-Quran. Di antaranya ialah penemuan saintifik yang hanya berjaya diperolehi pada masa selepas penurunan al-Quran itu. Perletakan kalimah (‘alaq) di dalam ayat kedua surah al-‘Alaq mendorong kepada pengkajian para saintis. Didapati kalimah (‘alaq) apabila dirujuk kepada Bahasa Arab bermaksud sesuatu yang melekat. Sementara, dari sudut lain pula kalimah ini juga bermaksud “LINTAH”. Penemuan sains mendapati terdapat sesuatu yang berbentuk “LINTAH” di dalam perut ibu ketika di awal proses kehamilan. Ini membuktikan keagungan al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Rasulullah s.a.w.

Daripada :

Naurah Musyahidah

Sunday, March 28, 2010

novel naurah msyahidah

salam. dapatkan novel sulung naurah musyahidah atau nama sebenarnya "ROHAIDA BINTI ABD RAHIM" di Galeri Ilmu. dengan tajuk "BUKAN SEKADAR KAWAN". berkisarkan tentang seorang remaja lelaki yang cuba mengislahkan kawan-kawannya dan menarik mereka untuk mencintai Islam sebagai ad-din. dapatkan borang langganan di majalh "ANIS"

Petikan dari Novel "Bukan Sekadar Kawan":

Aku mesti bertemu dengannya dan menceritakan segalanya.
Ya, aku akan beritahu kepadanya yang aku tidak bersalah.
Tetapi, mungkinkah dia percaya kepada aku?
Seakan ternampak-nampak wajah menyinga itu di hadapan
matanya. Gadis itu bercekak pinggang. Mukanya yang merah
menyala bak udang dibakar sudah cukup memberitahu Hafiz
tahap kepanasan api amarah yang sedang menggelegak di jiwa
gadis itu.
“Kalau ya pun adik-beradik sotong, biarlah bertempat.
Tangan itu jangan suka merayap sangat. Apa awak ingat saya
ini ‘bohsia’? Tolong ya!”
Apa? Merayap? Bila pula tangan aku pandai merayap? Hei,
tangan! Kau merayap tidak beritahu akukah? Tidak tentu arah
Hafiz dibuatnya. Sudahlah dapat penampar, dituduhnya pula
macam-macam. Berpuluh-puluh mata di dalam bas RapidKL
itu merenungnya.
“Saya … .”
Hafiz tidak mampu meneruskan kata. Bagai ada batu yang
tersengkang di kerongkong. Terasa darah merah membuak
naik ke muka. Malunya jangan dikata.
“Hei, tidak perlu tunjuk muka kasihan di sini! Saya tengok
pun benci. Memang dasar jantan!”
Kalimah itu terhenti di situ apabila si pemandu memberhentikan
bas secara tiba-tiba. Mai tidak dapat mengawal pertimbangan,
lalu tumbang ke belakang.

Saturday, March 20, 2010

Pengurusan Stress

MENGURUS STRESS

Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress dinyatakan di sini beberapa perkara yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu diurus dengan baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik. Secara umumnya antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah seperti berikut:

(a) Riadah

Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan kita selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat megurangkan stress.

(b) Ganjaran Diri

Penghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk kata-kata intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa kita juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak cemerlang. Sehubungan itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri.

(c) Percakapan diri yang membina

Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan komunikasi intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik kejayaan tersebut. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stress. Ini mengelakkkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh membantu diri kita.

(d) Kerja kemasyarakatan dan kebajikan

Manusia adalah insan sosial. Manusia saling berhubung dengan insan yang lain. Kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus stress. Jika sekarang kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan membina kumpulan masyarakat yang bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform adalah satu kaedah terbaik mengurus stress. Kita juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti amal sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Sumbangan kepada sekolah misalnya dapat membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar.

(e) Penulisan

Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badan-badan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan sebagainya. Maka kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan melaksanakan aktiviti penulisan. Luahkan segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan yang terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini sememangnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu kita dapat mengurus stress dalam corak yang lebih baik.

(f) Berjenaka

Jenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering berjenaka. Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isterinya. Ini adalah fitrah manusia yang suka kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama, budaya dan nilai masyarakat. Jenaka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan masalah yang mana masalah itu merupakan rentetan dari stress yang timbul.

(g) Ketenangan ( Bebaskan Diri )

Setiap pelajar perlukan ketenangan dalam hal-hal tertentu. Ketenangan perlu dicari. Kaedah yang dimaksudkan ini ialah apabila kita berada dalam keadaan stress, maka carilah tempat yang jauh dari kebisingan dan orang ramai dan di tempat itu melaunglah sekuat hati dan sepuas-puasnya tentang apa-apa yang mahu dilaungkan sebagi contoh 'Ah... ... ..'. Namun begitu laungan tersebut jangan hingga melanggar batas-batas agama dan norma masyarakat. Laungan ini sebenarnya dapat membebaskan ketegangan yang terkumpul di dalam diri.

(h) Meninjau orang yang kurang bernasib baik

Keinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stress sering berlaku. Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain. Oleh itu dalam keadaan-keadaan tertentu adalah lebih baik kita merenung sejenak dan meninjau golongan yang lebih fakir dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian seumpama ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya lebih bernasib baik dan lebih beruntung daripada mereka tersebut. Hal ini juga dapat memberikan ketenangan tentang pentingnya bersyukur.

Secara keseluruhannya pemahaman tentang stress yang sering mendatangi kita adalah penting. Apabila kita faham tentang faktor-faktor yang menyebabkan stress dan bagaimana pula untuk mengurus stress, ia dapat memberikan kita celik akal bagaimana kedudukan kita sebagai pelajar. Jika kita berada dalam keadaan stress, apabila menghadapi peperiksaan, maka laksanakanlah cara-cara mengurus stress dengan baik.


TEKNIK ATASI STRESS
(a) Jumpa para profesional
(b) Alih pandangan kepada yang releks
(c) Gunakan teknik meditasi
(d) Laksanakan latihan fizikal - Jalan 15 minit
(e) Menyusun keutamaan tugas
(f) Tulis perasaan / cakap dalam pita rakaman
(g) Dapat sokongan emosi dari orang lain
(h) Latihan pernafasan dalam
(i) Mengurus masa
(j) Mandi dalam air suam
(k) Teknik besarkan situasi ke tahap tak masuk akal
(l) Melihat dari segi positif
(m) Menguasai kehidupan anda - menyelesaikan masalah
(n) Terapkan semula matlamat yang realistik
(o) Ingat peranan anda di dunia.

6 Tip Pengurusan Kemarahan

Setiap orang akan mengalami perasaan marah dan secara peribadi saya juga seorang yang selalu marah2

tapi semuanya bersebab tau..bukan suka2 jer nak marah

dan biler marah,saya akan membebel atau meluahkan secara perkataan (overt)

mungkin pun masing-masing ada jalan untuk uruskan kemarahan sebab sesetengah kawan saya suka pendamkan marah atau juga yang jenis ‘cool’ dan tenang..marah tapi xambil kisah sangat

so disini tips untuk kawal/mengurangkan marah

* Bayangkan atau berangan-angan menyakitkan orang lain dalam minda akan memberi kepuasan kognitif.
* Melalui perasaan simpati terhadap individu yang menyebabkan kemarahan atau melihat situasi dari perspektif mereka.
* Menggunakan teknik diversi (pengalihan arah tumpuan) iaitu melakukan sesuatu yang lain sementara menunggu kemarahan reda dan dapat bertindak secara rasional.
* Melalui intervensi kognitif seperti beranggapan bahawa situasi provokasi itu tidak penting dan tidak membawa apa-apa kesan.
* Melalui penulisan dengan mencatat mengenai perasaan marah yang dihadapi.
* Melalui ekspresi kemarahan secara berhikmah seperti mengambil kira aspek menghormati individu yang agresif.

boleh baca laporan sepenuhnya di sini

terpulang pada anda semua cmner nak kawal marah..tapi manusia susah nak berubah..sekarang kan dunia akhir zaman

p/s saya pun selalu guna teknik 1 dan 5..macam sekarang..meluah di blog kesayangan nie

Tip mengawal Kemarahan Kanak-Kanak

1. Berkomunikasi dengan anak. Setelah mereka agak reda dari kemarahan, bantu mereka:

- memberitahu apa yang mengganggu mereka dan apa yang menyebabkan mereka marah.

- memahami yang ibu bapa sedia mendengar dan membantu mereka.

2. Sekiranya anak belum ada kemahiran verbal, ajak mereka bermain. Kanak-kanak suka permainan. Pilih alat permainan yang paling mereka gemari atau yang boleh membantu mereka mengalihkan fokus kemarahan atau ubah persekitaran dengan mengajak mereka ke ruang atau tempat lain.

3. Bantu mereka untuk mengawal emosi marah dengan mengajar mereka teknik pernafasan dalam(deep breathing technique). Ibu atau bapa meletakkan tangan kanan di atas dada kiri dan bernafas dalam. Minta anak melakukannya dan ajar mereka bernafas, sekurang-kurangnya dua kali. Setiap kali anak menunjukkan kemarahan, ibu bapa meletakkan tangan di atas dada sebagai isyarat yang jika anak itu melakukannya mereka akan berasa reda daripada kemarahan atau lebih tenang.

4. Ibu bapa melakukan sentuhan mesra, belaian, pelukan atau ciuman untuk menunjukkan bahawa mereka menyayangi mereka dan tidak marah atau benci kepada mereka.

5. Bagi yang beragama Islam, ketika anak dalam keadaan marah, pimpin tangannya ke tempat wuduk dan ajaklah dia berwuduk atau mencuci mukanya. Jika dia marah sambil berdiri, bimbinglah agar dia duduk. Ibu bapa juga boleh membimbing mereka membaca ayat al-Quran yang pendek.

Cara-Cara Mengawal Kemarahan

Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita sendiri. di-bawah ini diberikan beberapa langkah mengawal kemarahan sebagai panduan kita sendiri.

1. Sebelum melepasksn kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3 Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4 Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6 Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

Atasi Marah & Panas Baran (Cara Islam)

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

sumber : berita harian

Rahsia Hindari Kemarahan

Anda sakit hati, tak puas hati, bengang dan marah pada seseorang? Rileks, rileks. Jangan terlalu ikutkan nafsu, perasaan dan emosi anda. Sebab, kalau anda bengang atau marah macammana sekalipun, ianya tak akan membantu apa-apa. Ia hanya akan merumitkan lagi keadaan. Hati bertambah sakit, dan mungkin ada orang akan terluka dengan sikap kita. Jadi, cubalah kawal perasaan marah walaupun ianya amat sukar sebenarnya.

Baiklah, dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah yang berkaitan dengan ‘marah’, yang berlaku semasa zaman Nabi SAW dulu. Cuba baca kisah ini dan ambil lah pengajaran daripadanya.

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”


Rasulullah kemudian bersabda lagi: “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: “Awasilah diri kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.”

“Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang sedang marah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”

Setelah membaca entri ini, marilah kita sama-sama berazam untuk mengawal perasaan dan emosi kita daripada marah. Sesungguhnya marah itu hanya akan mendatangkan keburukan kepada kita.

Kalau kita berasa nak marah lagi selepas ini, cubalah ingat kisah yang berlaku antara Saiyidina Abu Bakar Radhiallahu’anhuma dan Rasulullah SAW seperti di atas.