Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Tuesday, May 19, 2020

Sibawaih Bau Buah Epal


Pernah dengar nama Sibaweh tak? Bila dikaitkan dengan Bahasa Arab terutamanya ilmu nahu maka selalu dikaitkan dengan seorang lelaki bernama Sibaweh.
Sibaweh ialah seorang imam ikutan dalam Bahasa Arab dan seorang yang soleh dari Basrah. Namanya ialah Amru bin Uthman.
Sibaweh itu ialah laqab (gelaran).
Laqab bermaksud setiap ungkapan merujuk kepada kehebatan atau kekurangan. Kalimah Sibaweh bermaksud bau buah epal dan ia adalah kalimah dalam Bahasa Parsi.
Setelah kematian Sibaweh, beliau dilihat di dalam mimpi oleh seorang lelaki yang pernah melihatnya di dunia. Lalu lelaki itu bertanya kepada Sibaweh :
Apa yang telah Allaah perlakukan kepadamu?
Sibaweh berkata :
غَفَرَ لِي لقَوْلِي: "الله" أعرف المعارف (معناهُ كُلُّ شىءٍ يَدُلُّ عَلَيْهِ أي يَدُلُّ عَلى وُجُودِهِ).
"Allaah telah mengampuni dosaku kerana pendapatku yang menyatakan bahawa :
"Allaah" adalah kalimah yang paling makrifah. (Maknanya setiap sesuatu menunjukkan ke atasnya iaitu menunjukkan atas kewujudan-Nya.)
Nama-nama di sisi ulama Nahu ada dua bahagian :
- Maarif /Makrifah
- Nakiraat/Nakirah
Maarif itu pula ada tingkatan/martabat. Nama yang paling makrifah mengikut Sibaweh adalah " Allaah"
Hal tersebut kerana setiap sesuatu adalah dalil atau bukti akan kewujudan Allaah. Maka tidak ada sesuatu yang diketahui boleh mempersaksikan kewujudan-Nya kepada setiap sesuatu melainkan "Allaah". Justeru, tidak harus menamakan dengan nama ini kepada sesiapapun melainkan kepada-Nya sahaja.
Sibaweh pernah membaca ke atas gurunya ketika mula-mula dia belajar lalu dia telah buat lahan (kesalahan dari sudut i^rab). Seraya beliau berkata :
لأَتَعَلَّمَنَّ حَتّى لا أَلْحَنَ
"Aku akan belajar bersungguh-sungguh hingga aku tidak lagi buat lahan/ kesalahan i'rab". Beliau telah belajar hingga menjadi imam ikutan dalam ilmu nahu.
Sibaweh meninggal ketika berusia 33 tahun.
Rahimahullaah..semoga Allah taala memberi kita manfaat dari ilmu-ilmunya.

 https://www.facebook.com/abulehyah.alqelantany

No comments: