Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Tuesday, May 19, 2020

Kata-Kata Imam Malik yang SAHIH


 " الاستواء غير مجهول والكيف غير معقول "
 -كلام من إمام مالك-
 Maksudnya: "Istiwa' diketahui, tapi 'Bagaimana' tidak boleh diterima akal."
Kata-Kata Imam Malik yang Sahih.
المخطوطة التي أحرقت قلوب المجسمة أدعياء السلفية الوهابية:
الإمام مالك في تفسيره ءاية الاستواء يقول: "والكيف - أي عن الله - غير معقول".
أي لا يجوز أن يقال عن الله كيف ﻷنه خالق الكيف. والكيف كل ما كان من صفات المخلوقات.
نقل ذلك عنه الحافظ البيهقي في اﻷسماء والصفات بإسناد جيد.
ولا يوجد رواية صحيحة مسندة عن الإمام مالك فيها لفظ: "والكيف مجهول" في تفسير آية الاستواء.
Maksudnya: Catatan yang membakar hati kaum Mujassimah yang digelar Salafi Wahabi. Imam Malik di dalam menafsirkan ayat tentang 'Istiwa' berkata: "Dan 'Bagaimana' -iaitu berkenaan Allah- tidak dapat diterima akal."
Iaitu tidak harus yakni haram untuk bercakap berkenaan Allah menyebut 'bagaimana' sedangkan DIA yang mencipta 'bagaimana.' 'Bagaimana' adalalah termasuk dalam sifat-sifat makhluk.
Ini dinaqalkan daripada al-Hafiz al-Baihaqi di dalam Al-Asma' wa as-Sifat dengan sanad yang baik.
Tidak ada satu pun riwayat yang sahih yang disandarkan daripada Imam Malik yang terdapat lafaz:
     "والكيف  مجهول"                 
bermaksud "Dan 'Bagaimana' tidak diketahui" dalam menafsirkan ayat berkenaan 'Istiwa'.

https://www.facebook.com/nabil.tolibililmi/posts/2960385513998960

Sibawaih Bau Buah Epal


Pernah dengar nama Sibaweh tak? Bila dikaitkan dengan Bahasa Arab terutamanya ilmu nahu maka selalu dikaitkan dengan seorang lelaki bernama Sibaweh.
Sibaweh ialah seorang imam ikutan dalam Bahasa Arab dan seorang yang soleh dari Basrah. Namanya ialah Amru bin Uthman.
Sibaweh itu ialah laqab (gelaran).
Laqab bermaksud setiap ungkapan merujuk kepada kehebatan atau kekurangan. Kalimah Sibaweh bermaksud bau buah epal dan ia adalah kalimah dalam Bahasa Parsi.
Setelah kematian Sibaweh, beliau dilihat di dalam mimpi oleh seorang lelaki yang pernah melihatnya di dunia. Lalu lelaki itu bertanya kepada Sibaweh :
Apa yang telah Allaah perlakukan kepadamu?
Sibaweh berkata :
غَفَرَ لِي لقَوْلِي: "الله" أعرف المعارف (معناهُ كُلُّ شىءٍ يَدُلُّ عَلَيْهِ أي يَدُلُّ عَلى وُجُودِهِ).
"Allaah telah mengampuni dosaku kerana pendapatku yang menyatakan bahawa :
"Allaah" adalah kalimah yang paling makrifah. (Maknanya setiap sesuatu menunjukkan ke atasnya iaitu menunjukkan atas kewujudan-Nya.)
Nama-nama di sisi ulama Nahu ada dua bahagian :
- Maarif /Makrifah
- Nakiraat/Nakirah
Maarif itu pula ada tingkatan/martabat. Nama yang paling makrifah mengikut Sibaweh adalah " Allaah"
Hal tersebut kerana setiap sesuatu adalah dalil atau bukti akan kewujudan Allaah. Maka tidak ada sesuatu yang diketahui boleh mempersaksikan kewujudan-Nya kepada setiap sesuatu melainkan "Allaah". Justeru, tidak harus menamakan dengan nama ini kepada sesiapapun melainkan kepada-Nya sahaja.
Sibaweh pernah membaca ke atas gurunya ketika mula-mula dia belajar lalu dia telah buat lahan (kesalahan dari sudut i^rab). Seraya beliau berkata :
لأَتَعَلَّمَنَّ حَتّى لا أَلْحَنَ
"Aku akan belajar bersungguh-sungguh hingga aku tidak lagi buat lahan/ kesalahan i'rab". Beliau telah belajar hingga menjadi imam ikutan dalam ilmu nahu.
Sibaweh meninggal ketika berusia 33 tahun.
Rahimahullaah..semoga Allah taala memberi kita manfaat dari ilmu-ilmunya.

 https://www.facebook.com/abulehyah.alqelantany

IJMAK (kesepakatan) seluruh ulama bahawasanya ALLAH ADA TANPA TEMPAT

Hantaran yang tular itu tidak dirincikan dengan dalil kerana tujuan asalnya hanya untuk sampaikan kesimpulan huraian kepada dalil.

Pada hemat saya ia memadai apabila dinukilkan 1 kalam ulama Melayu sebagai wakil bagi sekalian ulama Nusantara bahasawanya ALLAH ADA TANPA TEMPAT DAN ARAH.

Bila diminta dalil Al-Quran, kerana ada yang mendakwa saya guna cara sendiri tidak guna dalil daripada Al-Quran dan Hadith, maka kita pun beri:

i. Al-Quran
ليس كمثله شيء


ii. Hadith

كان الله ولم يكن شيء غيره

Namun, yang meminta dalil tidak menerima juga. Katanya ini bukan dalil. Maka, masalah sebenarnya bukan pada dalil tetapi pada pemahaman tentang dalil. Sebab itu mudahnya buat kesimpulan atas huraian kepada dalil.

Para ulama menggunakan dalil ini dan mereka mengatakan inilah ayat yang paling jelas dalam Al-Quran. Paling jelas maksudnya paling kuat. Pun begitu, masih terdapat segelintir yang mengatakan mengapa mahu ikut tok guru dan menolak Al-Quran?

Orang seperti ini harus ada kesedaran dalam dirinya bahawasanya seorang pentafsir Al-Quran perlu mahir 15 bidang ilmu (ada yang kata 16). Maka apakah seseorang itu ingin bandingkan dirinya dengan ulama dengan semata-mata berpandukan terjemahan lalu mendakwa dirinya berpandukan Al-Quran?

Lalu adakah makna di sini pada dakwaannya itu, dirinya yang berpandukan terjemahan (yang mana terjemahan itu dibuat oleh orang lain) lebih faham Al-Quran daripada para mufassirin (ahli tatsir)? Orang seperti ini perlu ada kesedaran bagi meletakkan dirinya sesuai pada martabatnya tanpa merendahkan ulama.

Saya nukilkan juga IJMAK (kesepakatan) seluruh ulama bahawasanya ALLAH ADA TANPA TEMPAT. Ia sebenarnya sangat cukup bila mana kita kenal ulama dan tahu makna IJMAK.

Lampiran nukilan ijmak seperti pada gambar. Ia dinukilkan oleh Imam Abu Mansur Al-Baghdadi dalam kitabnya Al-Farqu bainal Firaq


 https://www.facebook.com/ateeqzarzaie/posts/3443099102386651

ALLAH BUKAN DI LANGIT (BAHAGIAN 3)



[Bantahan terhadap syubhat-syubhat kaum Mujassimah yang berkeyakinan bahawa Allah bertempat di langit]
Dalil lain yang sering dijadikan sebagai hujjah kaum Mujassimah adalah hadits dalam Sahih Muslim berbunyi:
قَالَ: وَكَانَتْ لِي جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِي قِبَلَ أُحُدٍ وَالْجَوَّانِيَّةِ، فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَإِذَا الذِّيبُ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا، وَأَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِي آدَمَ، آسَفُ كَمَا يَأْسَفُونَ، لَكِنِّي صَكَكْتُهَا صَكَّةً، فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَفَلَا أُعْتِقُهَا؟ قَالَ: ائْتِنِي بِهَا فَأَتَيْتُهُ بِهَا، فَقَالَ لَهَا: أَيْنَ اللهُ؟ قَالَتْ: فِي السَّمَاءِ، قَالَ: مَنْ أَنَا؟ قَالَتْ: أَنْتَ رَسُولُ اللهِ، قَالَ: أَعْتِقْهَا، فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ
Ertinya: Mu’awiyah ibn al-Hakam al-Salamy berkata: “Aku memiliki seorang hamba perempuan yang mengembala kambing-kambingku disekitar Uhud dan Jawaniyah. Pada suatu hari aku saksikan seekor serigala menyambar seekor kambing gembalaannya, kerana aku seorang anak Adam (manusia biasa) maka aku menyesalinya seperti mereka juga menyesalinya. Hanya saja aku menempelengnya dengan sekali tempelengan, kemudian aku mendatangi Rasulullah SAW, aku menyesali perbuatanku. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah perlu aku merdekakan dia?” Beliau bersabda, “Bawa dia kemari!” Maka aku bawa ia menghadap beliau. Beliau bertanya kepadanya, “Di mana Allah?” Ia menjawab, “Di langit.” Siapa aku?, lanjut Nabi. ‘Engkau Rasulullah’, jawabnya. Maka Beliau bersabda, “Merdekakan dia! Sesungguhnya ia seorang mukminah.”(H.R. Muslim)[1]
Kaum Mujasssimah mengatakan, hadits ini dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Allah berada di langit sesuai dengan pengakuan budak perempuan dalam kisah hadits ini dan Rasulullah SAW sendiri mengakui keimanannya dengan sebab pengakuan tersebut. Selanjutnya mereka mengatakan, dengan demikian i’tiqad bahawa Allah berada di langit merupakan i’tiqad yang haq.
Bantahan:
Perlu menjadi catatan bagi kita bahawa dalam bidang pokok-pokok akidah (keyakinan) tidak dibolehkan kecuali ditegakkan di atas asas dan dasar yang qath’i (pasti dan tidak mengandung takwil atau kesamaran). Kerana itu, Allah berfirman dalam al-Qur’an:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Ertinya: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan (keyakinan) tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. (Q.S. al-Isra’: 36)
Ini berbeza dengan masalah-masalah furu’iyah (fiqh praktis/amaliyah) dimana para ulama membolehkan membangun kesimpulan mengenainya berdasarkan dalil-dalil zhanniyah (dugaan yang tidak sampai kepada yakin). Kami kira semua orang akan mudah memahami ini, kerana tidak mungkin sebuah kesimpulan yang bersifat qath’i dibangun hanya dari dalil yang bersifat zhanni.
Hadits ahad hanya bernilai zhanni, tidak qath’i.
Hadits ahad adalah hadits yang diriwayat oleh satu orang atau lebih, tetapi tidak sampai kepada tingkatan mutawatir. Jumhur ulama Islam menjelaskan kepada kita bahawa hadits ahad ini tidak bersifat qath’i, tetapi hanya zhanni. Berikut ini sejumlah penjelasan dari ulama-ulama kita, antara lain:
1. Imam al-Juwaini yang lebih dikenal dengan gelar Imam al-Haramain mengatakan dalam kitabnya:
وخبر الواحد لا يعقب العلم
“Hadits ahad tidak menghasilkan ilmu (keyakinan)”[2]
Dalam kitab karya beliau yang lain, beliau mengatakan:
والاحاد وهو الذي يوجب العمل ولا يوجب العلم لاحتمال الخطأ فيه
“Ahad adalah yang mewajibkan amal dan tidak mewajibkan ilmu (keyakinan), kerana ada kemungkinan salah padanya.”[3]
2. Zakariya al-Anshari mengatakan:
واما مظنون الصدق فخبرالواحد وهو مالم ينته الى التواتر
“Adapun yang zhan benar, maka itu adalah hadits ahad, yakni yang tidak sampai kepada tingkatan mutawatir.”[4]
3. Imam al-Nawawi mengatakan:
فَالَّذِي عَلَيْهِ جَمَاهِيرُ الْمُسْلِمِينَ مِنَ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ فَمَنْ بَعْدَهُمْ مِنَ الْمُحَدِّثِينَ وَالْفُقَهَاءِ وَأَصْحَابِ الْأُصُولِ أَنَّ خَبَرَ الْوَاحِدِ الثِّقَةِ حُجَّةٌ مِنْ حُجَجِ الشَّرْعِ يَلْزَمُ الْعَمَلُ بِهَا وَيُفِيدُ الظَّنَّ وَلَا يُفِيدُ الْعِلْمَ
“Maka pendapat yang pegangan jumhur kaum Muslimin, baik sahabat, tabi’in mahupun ulama-ulama sesudah mereka, ahli hadits, fuqaha dan ahli usul adalah hadits ahad dari orang yang dipercayai menjadi hujjah dari segala hujjah syara’ yang mewajibkan amal dengannya, tetapi tidak memfaedahkan ilmu (keyakinan).”
Selanjutnya beliau menjelaskan:
وذهب بعض المحدثين إلى أن الاحاد التي في صحيح البخاري أو صحيح مسلم تفيد العلم دون غيرها من الاحاد ؟ وقد قدمنا هذا القول وإبطاله في الفصول
“Sebahagian Ahli Hadits berpendapat bahawa hadits Ahad yang ada dalam Sahih Bukhari dan Muslim memberikan kepastian informasi, tidak hadits Ahad dalam selain keduanya. Dan telah kami paparkan panjang lebar bukti kebatilan pendapat ini dalam beberapa fasal sebelumnya…..”[5]
4. Al-Hafiz Ibnu Abd al-Barr mengatakan:
وَاخْتَلَفَ أَصْحَابُنَا وَغَيْرُهُمْ فِي خَبَرِ الْوَاحِدِ الْعَدْلِ هَلْ يُوجِبُ الْعِلْمَ وَالْعَمَلَ جَمِيعًا أَمْ يُوجِبُ الْعَمَلَ دُونَ الْعِلْمِ وَالَّذِي عَلَيْهِ أَكْثَرُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْهُمْ أَنَّهُ يُوجِبُ الْعَمَلَ دُونَ الْعِلْمِ وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَجُمْهُورُ أَهْلِ الْفِقْهِ وَالنَّظَرِ وَلَا يُوجِبُ الْعِلْمَ عِنْدَهُمْ إِلَّا مَا شَهِدَ بِهِ عَلَى اللَّهِ وَقَطَعَ الْعُذْرُ بِمَجِيئِهِ قَطْعًا وَلَا خلاف فيه
“Para ulama kami (Malikiyah) dan selainnya berselisih pendapat tentang hadits ahad yang adil, apakah ia memberikan kepastian ilmu (keyakinan) dan menjadi dasar pengamalan atau hanya pengamalan saja? Menurut majoriti ulama ia hanya menentukan amal saja tidak memberikan kesimpulan ilmu pasti. Ini adalah pendapat Syafi’i dan jumhur Ahli Fiqh dan Teologi. Menurut mereka tidaklah memberikan kepastian ilmu kecuali yang dikuatkan dari Allah dan memutus semua uzur, sebab ia telah datang dari jalur pasti yang tidak diperselisihkan lagi.”[6]
Berdasar keterangan ulama–ulama besar kita di atas, nyatalah bagi kita bahawa hadits ahad yang bernilai zhanni ini tidak dapat menjadi hujjah dalam bidang akidah. Ketidakhujjahan tersebut kerana kemungkinan adanya kesalahan, kealpaan, pemalsuan boleh saja terjadi, sedangkan akidah sebagaimana dimaklumi dibangun atas dasar keyakinan dan kepastian.[7]
Hadits al-jariah (hamba perempuan) di atas adalah hadits ahad.
Hadits al-jariah ini sebagaimana telah dikutip di atas merupakan hadits riwayat Imam Muslim melalui jalur ‘Atha’ bin Yasar dari Mu’awiyah bin al-Salamy. 
Hadits ini tidak diriwayat oleh Imam al-Bukhari. Hadits ini merupakan hadits ahad yang riwayatnya tidak sampai kepada tingkatan mutawatir. 
Dengan demikian, tingkat kebenaran hadits ini tidak sampai tingkatan keyakinan, tetapi hanya tingkatan zhan saja. Kerana itu, sebagaimana telah dijelaskan di atas, maka hadits ini tidak dapat menjadi hujjah dalam bidang akidah, kerana keyakinan dalam bidang akidah harus dibangun berdasarkan dalil yang pasti/yakin, tidak boleh hanya dengan pembuktian yang nilainya hanya zhan saja. Lagi pula hadits ini meskipun sahih sanadnya, tetapi makna zahirnya bertentangan dengan aqidah yang sudah menjadi ijmak ulama' bahawa Allah tidak bertempat dan tidak mempunyai arah sebagaimana telah dijelaskan pada bahagian 1 tulisan ini.
Perlu menjadi catatan kita bahawa hadits al-jariah ini datang dalam kebanyakan riwayat lainnya dengan mempunyai matan yang berbeza dengan riwayat Muslim di atas. 
 Riwayat-riwayat itu antara lain:
1. Abdurrazzaq dalam Mushannaf-nya meriwayatkan dengan sanad bersambung kepada Ibnu Juraij, ia berkata, Atha’ mengkhabarkan kepadaku:
فَسَأَلَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَتَشْهَدِينَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ؟ " قَالَتْ: نَعَمْ وَأَنَّ الْمَوْتَ وَالْبَعْثَ 
حَقٌّ؟ قَالَتْ: نَعَمْ وَأَنَّ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ حَقٌّ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، فَلَمَّا فَرَغَ قَالَ: أَعْتِقْ أَوْ أَمْسِكْ
Ertinya: Nabi SAW menanyakan kepada hamba perempuan itu, “Apakah engkau bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah?” Ia menjawab, “Ya.” Beliau bertanya lagi, “Apakah engkau bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasul Allah?” Ia menjawab, “Ya.” Nabi SAW bertanya, “Apakah engkau beriman bahawa kematian dan kebangkitan setelah kematian haq?” Ia menjawab, “Ya. Nabi SAW bertanya lagi, “Apakah engkau beriman bahawa syurga dan nereka itu haq? “Ia menjawab, “Ya.” Maka setelah selesai, Nabi SAW bersabda, “Merdekakan atau tahan dia”(H.R. Abdurrazzaq)[8]
Hadits ini juga telah diriwayat oleh Ahmad bin Hambal dalam Musnad-nya,[9] al-Haitsami 
mengatakan, hadits riwayat Ahmad ini rijalnya sahih.[10]
2. Hadits diriwayat dari Abu Hurairah r.a:
أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بِجَارِيَةٍ سَوْدَاءَ أَعْجَمِيَّةٍ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ عَلَيَّ عتق رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ، فَقَالَ لَهَا رَسُولُ 
اللَّهِ  - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: 
" أَيْنَ اللَّهُ؟ " فَأَشَارَتْ بِرَأْسِهَا إِلَى السَّمَاءِ بِأُصْبُعِهَا السَّبَّابَةِ، فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: " مَنْ أَنَا؟ " فَأَشَارَتْ 
بِأُصْبُعِهَا  إِلَى رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَإِلَى السَّمَاءِ ;أَيْ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ. قَالَ: " أَعْتِقْهَا".
Ertinya: Sesungguhnya seorang lelaki mendatangi Nabi SAW dengan seorang hamba perempuan hitam ‘ajamiah, dia berkata kepada Rasulullah SAW,: “Ya Rasulullah, sesungguhnya ada kewajipan atasku memerdekakan seorang hamba perempuan yang beriman.” Lalu Rasulullah SAW bertanya, “Dimana Allah?” maka hamba itu mengisyaratkan dengan kepalanya ke langit serta telunjuknya. Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan pertanyaan: “Siapa saya?”, budak itu mengisyaratkan dengan telunjuknya kepada Rasulullah SAW dan kepada langit, maksudnya “Engkau Rasulullah”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Merdekakan dia” (H.R. Ahmad, al-Bazar dan al-Thabrani dalam al-Ausath. Rijalnya dipercayai) [11]
3. Hadits dari Abu Salamah dari Syarid berkata:
أتيت النبي صلعم فقلت: إنَّ عَلى أُمِّيْ رَقَبَةً وإنَّ عِنْدِي جارِيَةً سَوْداءَ نُوْبِيَّةً، أَفَتُجْزِئُ عَنْها ؟ قال: أدع بها! فقال: أَتَشْهَدِيْنَ أنْ لا إله إلا 
اللهُ ؟ قالت: نعم. قال: أَعْتِقْهَا فَإنَّها مُؤْمِنَةٌ!
Ertinya: Aku mendatangi Nabi SAW dan berkata, ‘Sesungguhnya atas ibuku kewajipan memerdekakan hamba sahaya, dan aku punya seorang budak perempuan berkulit hitam dari suku Nubi, apakah ia memadai? Nabi SAW bersabda, ‘Bawa dia ke mari!’ (setelah ia didatangkan) Nabi SAW bertanya kepadanya, ‘Apakah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah? Ia menjawab, ‘Ya.’ Maka Nabi SAW bersabda ‘Merdekakan dia, sesungguhnya dia seorang wanita mukminah!’ (H.R. al-Darimi)[12]
4. Dari Syarid ibn Suwaid al-Tsaqafi, ia berkata:
قلت يا رسول الله، إنَّ أُمِّي أَوْصَتْ أنْ نُعْتِقَ عَنها رَقَبَةً وعندي جارِيَةٌ سَوْدَاءُ، قال: أُدْعُ بِها! فَجَاءتْ، فقال: مَنْ رَبُّكَ ؟ قالت: اللهُ. قال: 
مَنْ أنَا؟ قالت: أنْتَ رَسُوْلُ اللهِ. قال: أعتقها فإنها مؤمنة
Ertinya: Aku mengatakan: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku berwasiat agar kami memerdekakan hamba dan aku punya seorang hamba sahaya berkulit hitam. Nabi SAW bersabda, ‘Panggil dia!’ Lalu dia datang, maka Nabi SAW bertanya, ‘Siapa Tuhanmu? Ia berkata, ‘Allah.’ Nabi SAW bertanya lagi, ‘Siapa aku?’ ia menjawab, ‘Engkau adalah Rasul Allah.’ Nabi SAW bersabda memerintah, ‘Merdekakan dia karena sesungguhnya dia seorang wanita mukminah.’”(H.R. Ibnu Hibban [13] dan al-Baihaqi[14])
5. Dari Ibnu Syihab dari Ubaidillah ibn Abdillah ibn Utbah:
أَنَّ رَجُلًا مِنْ الأَنْصَارِ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلى الله عَلَيه وَسَلم في جَارِيَةٍ لَهُ سَوْدَاءَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ عَلَيَّ رَقَبَةً مُؤْمِنَةً، أفأعتق 
هذه؟ فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلى الله عَلَيه وَسَلم: أَتَشْهَدِينَ أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ؟ قَالَتْ: نَعَمْ قَالَ: أَتَشْهَدِينَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ؟ قَالَتْ: نَعَمْ  
قَالَ: أَتُوقِنِينَ بِالْبَعْثِ بَعْدَ الْمَوْتِ؟ قَالَتْ: نَعَمْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلى الله عَلَيه وَسَلم: فَأَعْتِقْهَا إذًا.
Ertinya: Sesungguhnya ada seorang dari Ansar datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa seorang hamba berkulit hitam, lalu ia berkata, “Hai Rasulullah, atasku ada kewajipan memerdekakan hamba mukmin, apakah aku dapat memerdekakan si ini? Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Apakah engkau bersaksi tiada Tuhan selain Allah?” Ia menjawab, “Ya.” Nabi SAW melanjutkan, “Apakah engkau bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah?” Ia pun menjawab, “Ya.” Nabi SAW bersabda lagi, “Apakah engkau meyakini adanya kebangkitan setelah kematian?” Ia menjawab, “Ya.” Maka Rasulullah saw. bersabda, “Merdekakan dia.”(H.R. Malik)[15]
Ibnu Abdil Barr dalam kitab al-Tamhid, syarah al-Muwatha’ mengatakan mengenai hadits ini bahawa zahir riwayatnya adalah mursal, namun dapat dianggap bersambung sebab Ubaidillah berjumpa dengan sejumlah sahabat Nabi SAW.[16]
Dari beberapa hadits ini saja sudah terlihat kepada kita terdapat perbezaan matan antara satu sama lain yang tidak dapat dikompromikan. 
Dalam hadits riwayat Muslim Nabi SAW bertanyakan “dimana Allah” dan budak itu menjawab : “di langit”, sedangkan dalam riwayat Abdurrazaq perkataan “dimana Allah” dan “di langit” tidak ditemui, demikian juga dalam riwayat Malik, al-Darimi, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi, yang ada justeru kesaksian bahawa Tuhan adalah Allah dan Muhammad sebagai utusan Allah dan seterusnya. 
Adapun dalam riwayat Ahmad, al-Bazar dan al-Thabrani, zahirnya budak perempuan tersebut adalah bisu, kerana budak itu beberapa kali menjawab pertanyaan Rasulullah SAW dengan isyarat, tidak dengan ucapan langsung.
Pernyataan ahli hadits yang menjelaskan bahawa hadits al-jariah banyak terjadi perbezaan matannya dapat disemak antara lain:
1). Al-Baihaqi mengatakan:
قَدْ أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ مُقَطَّعًا مِنْ حَدِيثِ الْأَوْزَاعِيِّ وَحَجَّاجٍّ الصَّوَّافِ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ دُونَ قِصَّةِ الْجَارِيَةِ، وَأَظُنُّهُ إِنَّمَا تَرَكَهَا مِنَ 
الْحَدِيثِ لِاخْتِلَافِ الرُّوَاةِ فِي لَفْظِهِ. وَقَدْ ذَكَرْتُ فِي كِتَابِ الظِّهَارِ مِنَ السُّنَنِ مُخَالَفَةَ مَنْ خَالَفَ مُعَاوِيَةَ بْنَ الْحَكَمِ فِي لَفْظِ الْحَدِيثِ
“Imam Muslim telah meriwayatkannya dengan memotong (tidak keseluruhan) dari hadits al Auza’i dan Hajaj as Shawwaf dari Yahya ibn Abi Katsir tanpa menyebut kisah Jariyah. Mungkin ia meninggalkan penyebutannya dalam hadits itu disebabkan perselisihan para perawi dalam menukil lafaznya. Dan saya telah menyebutkan dalam kitab al-Sunan pada bab al-Dzihar perselisihan perawi yang menyelisihi Mu’awiyah ibn Hakam dalam redaksi hadits.”[17]
2). Dalam Kasyf al-Astar disebutkan:
قَالَ الْبَزَّارُ: وَهَذَا قَدْ رُوِيَ نَحْوُهُ بِأَلْفَاظٍ مُخْتَلِفَةٍ.
“Al-Bazar mengatakan, “Ini (hadits al-jariah) telah diriwayatkan hadits serupa dengannya dengan lafaz yang berbeza-beza.”[18]
3). Ibnu Hajar al-Asqalani dalam menjelaskan hadits al-jariah ini, mengatakan:
وَفِي اللَّفْظِ مُخَالَفَةٌ كَثِيرَةٌ
“Pada lafaznya banyak terjadi perbezaan.” [19]
Berdasarkan keterangan di atas, maka dapat difahami kalau sebahagian ahli hadits menganggap hadits al-jariah di atas adalah muththarib (goyang) matannya, kerana datang matannya dalam beberapa jalur yang berbeza satu sama lainnya. sedangkan hadits muttharib adalah dha’if
Al-Muhaddits al-Kautsary (Lahir : 1296 H) dan diikuti oleh Sayyed Hasan al-Saqaf (ahli hadits kontemporari) telah menyebutkan secara tegas bahawa hadits ini muththarib.[20] 
Al-Muhaddits al-Fazha’i al-Idhamy al-Syafi’i (w. 1376 H) menjelaskan kepada kita bahawa lafaz “dimana Allah” dan “di langit” pada hadits jariah tersebut bukanlah ucapan Rasulullah SAW, tetapi hanya merupakan ucapan sebahagian perawi (riwayat bil-makna) yang tersalah dalam pengungkapannya. 
Pembuktian yang dikemukakan al-Idhamy, kerana kaum musyrik Arab tidak keluar dari keadaan mereka sebagai orang musyrik, padahal mereka juga mengi’tiqad bahwa Allah di langit. 
Sesungguhnya yang dapat mengeluarkan mereka dari syirik adalah pengakuan bahawa tiada tuhan selain Allah sebagaimana terdapat dalam riwayat lain mengenai kisah al-jariah ini.[21]
 Dalil bahawa seseorang tidak terlepas dari syirik sehingga ada pengakuan bahawa tiada tuhan selain Allah adalah hadits Nabi SAW berbunyi :
أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ،
Ertinya: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan Laa ilaha illallah (H.R. al-Thabrani dengan rijal dipercayai)[22]
Dalam riwayat lain berbunyi:
أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله وأني رسول الله
Ertinya: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah. (Muttafaqun ‘alaihi)
Al-Suyuthi mengatakan hadits ini bernilai mutawatir.[23] Al-Munawi juga mengatakan hadits ini mutawatir, kerana telah diriwayat oleh lima belas orang sahabat Nabi SAW.[24]
Hasilnya hadits al-jariah ini tidak dapat menjadi hujjah, kerana hadits ini dha’if menurut sebahagian ahli hadits. Kalaupun hadits ini sahih, maka juga tidak dapat menjadi hujjah, kerana hadits ini adalah hadits ahad. Hadits ahad meskipun sahih tidak dapat menjadi hujjah dalam bidang akidah sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini.
Pemahaman hadits al-jariah yang benar
Seandainya hadits al-jariah ini dapat dijadikan hujjah (sekali lagi seandainya dapat dijadikan hujjah), maka pentafsirannya juga tidak sebagaimana zahir matannya sebagaimana dakwaan kaum Mujassimah. 
Hal ini kerana pentafsiran secara zahir bertentangan dengan ijmak ulama yang mengatakan bahawa Allah tidak diliputi oleh tempat dan arah dan demikian juga bertentangan dengan sharih ayat al-Qur’an dan dalil syara’ lainnya sebagaimana telah dikemukakan dalam bahagian 1 tulisan ini. 
Berikut ini penjelasan para ulama mengenai pengertian hadits ini, antara lain:
1. Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, berkata:
هذا الحديث من أحاديث الصفات وفيها مذهبان تقدم ذكرهما مرات في كتاب الايمان: أحدهما : الايمان به من غير خوض في معناه 
مع اعتقاد أن الله تعالى ليس كمثله شئ وتنزيهه عن سمات المخلوقات، والثاني : تأويله بما يليق به ، فمن قال بهذا قال: كان المراد 
امتحانُها هل هي موحدة تقر بأن الخالق المدبر الفعال هو الله وحده وهو الذي إذا دعاه الداعي استقبل السماء كما إذا صلى المصلي 
استقبل الكعبة وليس ذلك لانه منحصر في السماء كما أنه ليس منحصرا في جهة الكعبة، بل ذلك لان السماء قبلة الداعين كما أن 
الكعبة قبلة المصلين، أو هي من عبدة الاوثان العابدين للاوثان التي بين أيديهم فلما قالت في السماء علم أنها موحدة وليست عابدة
 للاوثان.
“Hadits ini termasuk hadits-hadits sifat. Tentangnya ada dua aliran (pentafsiran), telah lewat berulang kali keterangan tentangnya dalam Kitabul Iman, Pertama: Mengimaninya tanpa menelusuri maknanya dengan keyakinan bahawa Allah Ta’ala tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya, dan menyucikan-Nya dari sifat-sifat makhluk. Kedua: mentakwilkannya dengan makna yang layak bagi-Nya. Dan barangsiapa yang mengikuti pendapat ini mengatakan bahawa maksud kandungan hadits ini adalah menguji si hamba wanita itu apakah ia mengesakan Allah dengan mengakui bahawa Zat Maha Pencipta, Mengatur semesta alam dan yang Maha Berbuat segala sesuatu adalah hanya Allah? Dan Dialah yang apabila seorang pendoa memanggil-Nya ia menghadap langit, seperti jika ia solat menghadap Ka’bah. Yang demikian bukan dikeranakan Allah dibatasi di langit sebagaimana Dia tidak dibatasi di arah Ka’bah, akan tetapi kerana langit adalah kiblat para pendoa sebagaimana ka’bah kiblat solat, atau dia (hamba perempuan itu) adalah penyembah patung yang berada di depan para penyembahnya. Dan ketika ia mengatakan: Dia di langit, Nabi SAW memaklumi bahwa dia seorang yang mengesakan Allah bukan penyembah patung.”[25]
2. Qadhi ‘Iyadh mengatakan:
لا خلاف بين المسلمين قاطبة فقيههم ومحدثهم ومتكلمهم ونظارهم ومقتدهم أن الظواهر الواردة بذكر الله تعالى في السماء كقول الله 
تعالى ءأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الارض ونحوه ليست على ظاهرها
“Tidak diperselisihkan di antara kaum Muslimin, baik ahli fikh, ahli hadits, para teoloqi, ahli fikir dan pengikut di antara mereka bahawa zahir-zahir nas yang datang menyebut Allah di langit seperti firman Allah: “Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang ada di langit bahawa Dia akan menunggang balikkan bumi bersama kamu?” dan yang semisalnya itu tidak diertikan secara zahirnya.”[26]
3. Al-Hafizh Ibnu al-Jauzy dalam menjelaskan hadits ini, mengatakan:
قلت: قد ثبت عند العلماء أن الله تعالى لا تحويه السماء والارض ولا تضمه الاقطار وإنما عرف بإشارتها تعظيم الخالق عندها .
“Aku berkata, ‘telah tetap di kalangan para ulama bahawa Allah Ta’ala tidak dirangkum oleh langit dan bumi dan tidak pula dihimpun oleh penjuru, akan tetapi dikenali-Nya dengan isyarat budak perempuan itu ke arah langit kerana pengagungan Zat Maha Pencipta.”[27]
Jadi, isyarat hamba perempuan itu bahawa Allah di langit bukan bermakna sesungguhnya, tetapi hanya sebagai ungkapan pengagungan kepada Allah Ta’ala sebagaimana syair-syair klasik orang-orang Arab telah membuktikan bahawa mereka terbiasa jika hendak mengagungkan sesuatu perkara mensifatinya dengan sesuatu yang tinggi, seperti bait syair yang digubah pujangga kenamaan Arab di masa jahiliyah, ’Antarah ibn Syadda al-Absi:
مقامك في جو السماء مكانه * وباعي قصير عن نوال الكواكب
“Kedudukanmu di awang-awang langit tempatnya * sedangkan lenganku pendek untuk menggapai bintang bintang.”[28]
Akhthal salah seorang penyair terkenal pada zaman Bani Umayyah juga menggubah bait syair berbunyi:
بنو دارم عند السماء وأنتم * قذى الارض أبعد بينما بين ذلك
”Suku Bani Darim di langit sedangkan kamu* debu bumi, duhai alangkah jauhnya antara keduanya.”[29]
4. Membantah Ibnu Zafil yang berpendapat Allah berada di langit, Imam al-Subki dalam kitabnya al-Saif al-Shaqîl Fi ar Raddi ‘ala Ibni Zafîl mengatakan:
أقول: أما القول: فقوله صلعم للجارية "أين الله ؟" قالت: "في السماء" وقد تكلم الناس عليه قديما وحديثا والكلام عليه معروف ولا
 يقبله ذهن هذا الرجل
“Aku berkata: ‘Adapun ucapannya: Sabda Nabi SAW kepada si hamba perempuan, ‘Di mana Allah?’ dan jawapannya, ‘Di langit.’ Ketahuilah bahawa para ulama sejak dahulu hingga sekarang telah banyak membicarakan hadits tersebut. Perbicaraan tentangnya sangat ma’ruf, dan akan orang ini (Ibnu Zafil) tidak menerimanya.”[30]
Berdasarkan keterangan-keterangan di atas dapat disimpulkan bahawa hadits al-jariah tersebut tidak boleh ditafsirkan menurut makna zahirnya, akan tetapi wajib diserahkan maksudnya kepada Allah Ta’ala tanpa menelusuri maknanya dengan mengi’tiqad bahawa Allah Maha Suci dari mempunyai tempat dan arah (mazhab tafwidh). Atau mentafsirkannya sesuai dengan sifat yang layak bagi kemahasucian Allah Ta’ala sebagaimana tafsiran sebahagian ulama yang telah kita kemukakan di atas.
ALLAH BUKAN DI LANGIT (BAHAGIAN 1)
ALLAH BUKAN DI LANGIT (BAHAGIAN 2)
[1] Imam Muslim, Shahih Muslim, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 381, No hadits: 537
[2] Al-Juwaini, al-Irsyad, Maktabah al-Khaniji, Mesir, Hal. 419
[3] Al-Juwaini, al-Warqaat, (dicetak pada hamisy Hasyiah al-Dimyathi ‘ala Syarah al-Warqaat), Maktabah Raja Murah, Pekalongan, Hal. 19
[4] Zakariya al-Anshari, Ghayatul Wushul, Usaha Keluarga, Semarang, Hal. 97
[5] Al-Nawawi, Syarah Muslim, Muassisah Qurthubah, Juz. I, Hal. 187-188
[6] Ibnu Abd al-Barr, al-Tamhid, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 7
[7] Lihat al-Nawawi, Syarah Muslim, Muassisah Qurthubah, Juz. I, Hal. 188
[8] Abdurrazzaq, Mushannaf Abdurrazzaq, Maktabah Syamilah, Juz. IX, hal. 175
[9] Ahmad bin Hambal, Musnad Ahmad bin Hambal, Maktabah Syamilah, Juz. XXV, Hal. 19, No. Hadits 15743
[10] Al-Haitsami, Majma’ al-Zawaid, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 23
[11] Al-Haitsami, Majma’ al-Zawaid, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 23-24, No Hadits 42
[12] Al-Darimi, Sunan al-Darimi, Maktabah Syamilah, Juz. III, Hal. 1514, No. hadits : 2393
[13] Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 418, No. 189
[14] Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, Maktabah Syamilah, Juz. VII, Hal. 638, No. 15272
[15] Imam al-Malik, al-Muwatha’, Maktabah Syamilah, Juz. II, Hal. 405, No. 2731
[16] Ibnu Abd al-Barr, al-Tamhid, Maktabah Syamilah, Juz. IX, Hal. 114
[17] Al-Baihaqi, al-Asmaa wal-Shifat, Maktabah Syamilah, Juz. II, Hal. 325
[18] Al-Haitsami, Kasyf al-Astar, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 14
[19] Ibnu Hajar al-Asqalani, Talkish al-Habiir, Maktabah Syamilah, Juz. III, Hal. 448
[20] Hasan al-Saqaf, Syarah Aqidah al-Thahawiyah, Dar al-Imam al-Rawas, Beirut, Hal. 357
[21] Al-Fazha’i al-Idhamy al-Syafi’i, al-Barahin al- Sathi’ah, al-Mathba’ah al-Sa’adah, Hal. 263
[22] Al-Haitsami, Majma’ al-Zawaid, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 25.
[23] Al-Suyuthi, al-Jami’ al-Shaghir, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal.2250
[24] Al-Munawi, Faidhul Qadir, Maktabah Syamilah, Juz. II, Hal. 188
[25] Al-Nawawi, Syarah Muslim, Muassisah Qurthubah, Juz. V, Hal. 33-34
[26] Al-Nawawi, Syarah Muslim, Muassisah Qurthubah, Juz. V, Hal. 34
[27] Ibnu al-Jauzy, Daf’u Syubah, Dar al-Imam al-Rawaas, Beirut, Hal. 189
[28] Al-Khatib al-Tabrizy, Syarah Diwan ’Antarah, Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut, Hal. 35
[29] Mahdi Muhammad Nashiruddin, Syarah Dewan al-Akhthal, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Hal. 221
[30] Imam al-Subki, al-Saif al-Shaqîl Fi ar Raddi ‘alâ Ibni Zafîl, Maktabah al-Azhariyah lil Turatsi, Kairo, Hal. 82-83
Tuan Guru Kiyai Alizar Usman (MA)

ALLAH BUKAN DI LANGIT (BAHAGIAN 2)



{Bantahan terhadap syubhat-syubhat kaum Mujassimah yang berkeyakinan bahawa Allah bertempat di langit}
Di antara dalil yang sering kali menjadi pegangan kaum Mujassimah adalah firman Allah Ta’ala berbunyi:
أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ (16) أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ (17)
Ertinya: Apakah kamu berasa aman terhadap Allah yang ada di langit bahawa Dia akan menunggang balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?, atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang ada di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku? (Q.S. al-Mulk: 16-17)
Kaum Mujassimah mengatakan, ayat ini secara tegas menjelaskan kepada kita bahawa Allah itu bertempat di langit. Kenapa kita tidak mahu beriman dengat ayat ini?
Bantahan
Berdasarkan dalil-dalil yang telah kami kemukakan pada bahagian (1) tulisan ini sebelumnya, baik ayat-ayat al-Qur’an, hadits Nabi mahupun dalil akal yang bersifat qath’i, maka kita berkeyakinan bahawa Allah Ta’ala mustahil bertempat di langit mahupun pada sesuatu tempat. Kerana itu, semua nas-nas syara’ yang zahirnya menunjukkan bahawa Allah Ta’ala bertempat wajib difahami dengan makna yang menyucikan Allah dari sifat-sifat baharu tersebut.
 Kerana itu, Qadhi ‘Iyadh mengatakan:
لا خلاف بين المسلمين قاطبة فقيههم ومحدثهم ومتكلمهم ونظارهم ومقتدهم أن الظواهر الواردة بذكر الله تعالى في السماء كقول الله تعالى ءأمنتم من في السماء أن يخسف بكم الارض ونحوه ليست على ظاهرها
“Tidak diperselisihkan di antara kaum Muslimin, baik ahli fikh, ahli hadis, ahli teoloqi bahwa zahir-zahir nas yang datang menyebut Allah di langit seperti firman Allah: “Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang ada di langit bahwa Dia akan menunggang balikkan bumi bersama kamu?” dan yang semisalnya itu tidak diertikan secara zahirnya.”[1]
Dalam menerangkan riwayat hamba perempuan yang ditanya Rasulullah SAW kepadanya di mana Allah, Imam al-Nawawi berpandangan seperti berikut:
هَذَا الْحَدِيثُ مِنْ أحَادِيثِ الصِّفَاتِ وَفِيهَا مَذْهَبَانِ تَقَدَّمَ ذِكْرُهُمَا مَرَّاتٍ فِي كِتَابِ الْإِيمَانِ أَحَدُهُمَا الْإِيمَانُ بِهِ مِنْ غَيْرِ خَوْضٍ فِي مَعْنَاهُ مَعَ اعْتِقَادِ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَتَنْزِيهِهِ عَنْ سِمَاتِ الْمَخْلُوقَاتِ وَالثَّانِي تَأْوِيلُهُ بِمَا يَلِيقُ بِهِ
“Hadis ini termasuk hadis-hadis sifat. Padanya ada dua aliran (penafsiran), telah berulang kali diterangkan tentangnya dalam Kitabul Iman, Aliran pertama: mengimaninya tanpa membincangkan maknanya dengan keyakinan bahwa Allah Ta’ala tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya, dan mensucikan-Nya dari sifat-sifat makhluk. Aliran kedua : menta’wilkannya dengan memaknainya sesuai makna yang layak bagi-Nya.”[2]
Apabila kaum Mujassimah mengatakan wajib memahami ayat di atas dengan makna zahirnya, maka dapat kita kemukakan di sini bahawa banyak sekali nas-nas syara’, baik al-Qur’an mahupun hadits Nabi dimana makna zahirnya justeru bertentangan dengan makna zahir ayat di atas. 
Lalu adakah kita harus memahaminya dengan makna zahir?
 Jawabnya tentu tidak sama sekali. 
Berikut ini nas-nas syara’ yang zahirnya menunjukkan bahawa Allah Ta’ala tidak hanya bertempat di langit, antara lain:
1. Firman Allah berbunyi:
وَهُوَ اللهُ فِي السَمَواتِ وَ الأَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَ يَعْلَمُ مَا تَكْسِبُوْنَ.َ
Ertinya: Dan Dialah Allah di langit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan dan mengetahui apa yang kaum usahakan. (Q.S. al-An’am: 3)
Seandainya kaum Mujassimah mengatakan wajib mengertikan nas-nas syara’ tentang sifat Allah secara zahir, maka pastilah ia akan merobohkan akidahnya sendiri, sebab zahir ayat ini mengandungi makna bahawa Allah itu berada di langit dan bumi, bukan hanya di langit saja sebagaimana akidah mereka.
Padahal tiada seorang pun dari umat Islam yang mengatakan bahawa Allah bertempat di langit dan di bumi. Maha Suci Allah dari bertempat di langit dan di bumi. Kerana itu, para ulama Islam, baik salaf mahupun khalaf tidak memahami ayat di atas secara zahirnya.
Dalam Tafsir Ibnu Katsir disebutkan para ulama tafsir bersepakat menolak pemahaman kaum Jahmiyah yang mengatakan bahawa Allah Ta’ala berada pada setiap tempat bersandarkan kepada ayat ini. Selanjutnya Ibnu Katsir mengatakan setelah terjadi kesepakatan tersebut, para ulama tafsir berbeza pendapat dalam mentakwilnya, yang lebih sahih dari tafsir-tafsir itu adalah Yang diseru itu adalah Allah yang disembah, diesakan dan diakui ketuhanannya oleh orang-orang yang ada di langit dan di bumi.[3]
2. Firman Allah SWT:
وهُوَ مَعَكمْ أَيْنَما كُنتُ.
Ertinya: Dan Dia bersama kamu di mana pun kamu berada. (Q.S. Al-Hadid: 4)
dan ayat:
وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالكُم
ْ
Ertinya: Dan Allah bersama kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi pahala amal-amalmu. (Q.S. Muhammad: 35)
Lafaz Allah adalah nama untuk zat bukan sifat. Jadi apabila difahami secara zahir sebagaimana doktrin kaum Mujassimah, maka ayat ini menunjukkan bahawa Allah berada di bumi bersama manusia. Kerananya, di sini tidak ada jalan lain selain mentakwilkan ayat di atas dan mengatakan bahawa zahir ayat ini bukan yang dimaksudkan. 
Ibnu Katsir mengatakan tafsir Q.S al-Hadid: 4 ini adalah Allah selalu melihat dan menyaksikan segala perbuatan kamu dimana saja kamu berada, baik di darat mahupun di laut, malam atau siang, di rumah-rumah atau di gurun.[4] Sedangkan dalam mentafsirkan Q.S. Muhammad: 35, Ibnu Katsir mengatakan pada ayat ini merupakan khabar gembira dengan pertolongan dan kemenangan atas musuh. [5] Jadi maksud kedua ayat di atas bukan dalam erti zat Allah ada bersama mereka, tetapi yang ada bersama mereka itu hanya ilmu serta bashar Allah dan pertolongan serta anugerah kemenangan.
3. Allah SWT berfirman:
فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ (83) وَأَنْتُمْ حِينَئِذٍ تَنْظُرُونَ (84) وَ نحْنُ أَقْرَبُ إلَيْهِ مِنْكُم و لكن لاَ تُبْصِرُوْنَ. (85)
Ertinya: Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkong, padahal kamu ketika itu melihat dan Kami lebih dekat kepadanya dari kamu, tetapi kamu tidak melihat (Q.S. al-Wâqi’ah: 85)
Ayat ini menjelaskan tentang seseorang yang sedang menghadapi sakaratul maut dan di sekelilingnya ada keluarga atau teman-teman dekatnya yang sedang mengerumuninya, di mana jaraknya sangat dekat dengannya, akan tetapi Allah menegaskan: “Kami lebih dekat kepadanya dari kamu”.
Jika ayat ini harus dimaknai secara zahir tanpa mentakwilkannya, maka akan bermakna Allah berada di bumi di sisi hamba yang sedang dalam keadaan sakaratul maut itu. Dan itu ertinya, Allah Ta’ala tidak berada di langit seperti yang diyakini kaum Mujassimah. Kerana itu, ayat-ayat yang seperti ini yang makna zahirnya menunjukkan kepada bahawa Allah bertempat, baik bertempat di langit mahupun di bumi harus dimaknai dengan makna lain yang sesuai dengan keagungan Allah dan kesucian-Nya. 
Dalam Tafsir Ibnu Katsir, makna “Kami” pada ayat ini adalah para malaikat Kami.[6] Ini sama halnya dengan seorang presiden yang mengatakan “Kami telah membangun jalan-jalan di negara kami”, tentu maknanya bukan bererti seorang presiden secara langsung berada di jalan-jalan memegang peralatan membina jalan, tetapi maksudnya adalah pembangunan jalan itu atas perintah sang presiden.
4. Allah SWT berfirman:
وَ لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسانَ وَ نَعْلَمُ ما تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَ نَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَريدِ.
Ertinya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Q.S. Qaf: 16)
Adakah dengan ayat ini kita akan mengatakan bahawa Allah berada dalam salah anggota tubuh kita? Jawabnya tentu tidak. Tiada seorang pun yang beriman dan berakal sihat mengatakan seperti itu. Kerana itu, ayat ini tidak mungkin difahami secara zahir. 
Para ahli tafsir mentafsirkan firman Allah : “Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” dengan para malaikat lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya atau maksud “Kami” tersebut adalah ilmu Kami supaya tidak lazim ittihad dan hulul.[7]
5. Ketika Nabi Ibrahim a.s. dizalimi kaumnya, beliau berkata sebagaimana yang diabadikan Allah SWT dalam firman-Nya:
إنِّيْ ذاهِبٌ إلى رَبِّيْ سَيَهْدِينِ.
Ertinya: Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap Tuhanku dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku.” (Q.S. ash-Shaffat: 99)
Nabi Ibrahim as. tidak hidup di langit dan beliau juga tidak hendak pergi ke langit untuk menjumpai Allah, lalu setelah itu beliau kembali lagi ke muka bumi. Apabila ayat seperti ini harus ditafsirkan secara makna zahirnya sebagaimana dakwaan kaum Mujassimah, maka tentu ayat ini akan bermakna bahwa Nabi Ibrahim a. s. hendak pergi ke langit menghadap tuhannya di sana. Tentu penafsiran seperti ini tidak pernah dikemukakan oleh sesiapa pun dari umat Islam yang sihat akalnya.
Para mufassir menerangkan bahawa kata-kata yang diucapkan Nabi Ibrahim a.s. itu adalah pada saat beliau hendak berhijrah. Beliau akan pergi menuju tempat yang diperintah Allah untuk berhijrah ke sana. Atau menuju tempat yang beliau dapat beribadah kepada Allah di sana.[8]
6. Firman Allah Q.S al-Baqarah: 115, berbunyi:
فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ
Ertinya: Kemana saja kamu menghadap, maka di sana zat Allah. (Q.S. al-Baqarah: 115)
Zahir ayat ini menunjukkan bahawa Allah ada di mana kita menghadap. Ertinya apabila yang kita hadap itu rumah, maka di rumah itu ada Allah, apabila yang kita hadap ka’bah, maka di ka’bah itu ada Allah, na’udzubillah ‘an zalik. 
Lalu apakah kita harus memahami ayat ini dengan makna zahirnya? Jawabnya, tentu tidak sama sekali dan tidak ada umat Islam yang sihat akalnya yang mentafsirkan demikian. Imam al-Razi, ahli tafsir dari kalangan Ahlussunnah wal Jama’ah menjelaskan dalam tafsir beliau, Mafatih al-Ghaib bahwa salah satu kemungkinan makna wajhullah pada ayat ini adalah bermakna arah yang dihadap pada waktu solat, yakni qiblat. Diidhafah wahj kepada Allah adalah seperti idhafah bait kepada Allah (baitullah) dan naaqah (unta) kepada Allah (naaqatullah). Idhafah seperti ini, maksudnya adalah idhafaf bil-khlaq wal-ijaad ‘ala sabilil tasyrif (menyandarkan penciptaannya untuk memuliakannya).[9]
7. Dari Abdullah ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إذا كان أحدكم يصلي فلا يبصق قبل وجهه فإن الله قبل وجهه إذا صلى .
Ertinya: Jika seorang dari kamu solat maka janganlah ia meludah di arah wajahnya, sebab sesungguhnya Allah berada di sisi wajahnya jika ia solat. (H.R. Bukhari[10] dan Muslim[11])
Dalam riwayat lain dalam kitab Sahih al-Bukhari berbunyi, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ رَبَّهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ القِبْلَةِ، فَلاَ يَبْزُقَنَّ أَحَدُكُمْ قِبَلَ قِبْلَتِهِ، وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمَيْهِ
Ertinya: Sesungguhnya Tuhan seseorang itu di antaranya dan qiblat, maka janganlah meludahi salah seorang kamu pada arah qiblat, tetapi di kiri atau di bawah dua tumitnya. (H.R. Bukhari)[12]
Apakah dengan zahir kedua hadits ini, kita akan mengatakan bahawa Allah berada di antara orang yang solat dan qiblatnya? Tentu hanya orang gila dan bodoh yang berani mengatakan seperti itu. Kerana tidak seorang pun dari orang-orang yang beriman dan berakal sihat yang beri’tiqad seperti itu. Disebabkan itu, para ulama tidak memaknai kedua hadits tersebut dengan makna zahirnya. Dalam menerangkan kedua hadits ini, al-Khuthabi mengatakan menghadap seseorang ke arah qiblat mengisyaratkan qashadnya itu adalah tuhannya, maka seolah-olah tuhannya itu ada di antaranya dan qiblatnya, kerana yang menjadi qashadnya adalah tuhannya. 
 
Tafsir lain mengatakan maksudnya adalah kebesaran tuhan dan pahala-Nya.[13] Ibnu Hajar al-Asqalani ahli hadis terkenal mengatakan, dalam hadis ini terdapat bantahan atas orang yang menganggap bahwa Allah bersemayam di atas arsy-Nya dengan Zatnya. Hujahnya seandainya hadits ini boleh ditakwil dengan makna yang layak dengan kesucian Allah, tentu kebolehan takwil itu juga dapat berlaku untuk ayat yang zahirnya bermakna Allah bersemayam di atas arasy.[14]
8. Dari Abu Musa al Asy’ari bahwa Rasulullah SAW bersabda:
الذى تدعونه أقرب إلى أحدكم من عنق راحلة أحدكم.
Ertinya: Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat daripada seorang dari kamu kepada leher kenderaannya. (H.R. Muslim)[15]
Hadits ini tentunya bukan bermakna zat Allah berada di suatu tempat yang lebih dekat kepada penunggang unta daripada leher unta. Imam al-Nawawi mengatakan, hadits ini bermakna kiasan (majaz). Tujuan ucapan hadits itu adalah memastikan Allah mendengar doa hambanya.[16]
9. Dari Abdullah ibn Abbas dan Abdullah ibn Umar bahwa Rasulullah SAW jika telah menaiki kenderaannya untuk pergi bermusafir beliau berdoa:
اللهم أنت الصاحب في السفر والخليفة في الاهل
Ertinya: Ya Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan dan khalifah/pengganti yang mengurus keluarga. (H.R. Muslim)[17]
Sesiapa pun jelas mengatakan tidak mungkin maksud hadits ini bahawa Rasullulah SAW berdoa agar Allah menjadi teman dalam perjalanan dengan erti bahawa zat Allah berada di bumi dalam perjalanan bersama beliau dan juga menjadi teman yang berada di sekitar keluarga beliau yang ditinggalkan. Akan tetapi maksudnya hanyalah pertolongan dan rahmat Allah selalu menyertai beliau dalam perjalanan serta keluarga beliau yang ditinggalkan.
Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat al-Qur’an mahupun hadits Nabi SAW yang zahirnya bermakna Allah berada bukan hanya di langit, tetapi juga di bumi, namun para ulama Islam bersepakat memahami nas-nas syara’ tersebut tidak dengan makna zahirnya, tetapi mentakwilkannya sesuai dengan kesucian dan keagungan Allah SWT.
Seandainya kaum Mujassimah tetap berkeras memaknai ayat-ayat yang menyatakan secara zahir bahwa Allah berada di langit dan menolak pentakwilan dengan takwil yang sesuai dengan kemahasucian Allah SWT, maka kita minta mereka bersikap jujur dan objektif memaknai nas-nas syara’ yang kita sebutkan di atas yang menegaskan bahwa Allah tidak di langit.
Bukankah nas-nas syara’ yang kita sebutkan itu secara zahir menentang ayat-ayat yang mereka jadi dalil bahawa Allah berada di langit? Jika mereka mentakwilkannya dengan takwil tertentu, maka kita katakan, “Apa yang membenarkan mereka mentakwilkan nas-nas yang itu dan menolak takwil pada Q.S. al-Mulk :16-17 ini?”
Tafsir yang Benar Q.S. al-Mulk: 16-17
Setelah kita tetapkan dengan keyakinan yang pasti bahwa Allah tidaklah mungkin berada di suatu tempat, baik di langit mahupun di bumi ataupun di suatu yang lain yang bernama tempat, maka para ulama berusaha menafsirkan Q.S. al-Mulk: 16-17 sesuai dengan kemahasucian dan keagungan-Nya.
Di antara tafsir ayat di atas adalah bahawa apakah kamu berasa aman terhadap Allah yang kekuasaan-Nya Maha Agung lagi Dahsyat dan itu tidak menunjukkan bahawa Allah berada dan bertempat di langit. Sebab orang-orang Arab jika hendak mengagungkan sesuatu perkara biasa menyifatkannya dengan sesuatu yang tinggi. 
Kerana itu, kira-kira makna ayat itu adalah : 
“Apakah kamu berasa aman terhadap Zat Yang Maha Agung dan Maha Kuasa yang dapat menggoncangkan bumi dan mengirimkan badai batu yang dapat membinasakan kamu ?”[18]
Syair-syair klasik orang-orang Arab membuktikan bahawa mereka terbiasa jika hendak mengagungkan sesuatu perkara menyifatkannya dengan sesuatu yang tinggi, seperti bait syair yang digubah pujanggga kenamaan Arab di masa jahiliyah, `Antarah ibn Syaddâ al-Absi:
مقامك في جو السماء مكانه * وباعي قصير عن نوال الكواكب
“Kedudukanmu di awang-awang langit tempatnya * sedangkan lenganku pendek untuk menggapai bintang-bintang.”[19]
Akhthal salah seorang penyair terkenal pada zaman Bani Umayyah juga menggubah bait syair berbunyi:
بنو دارم عند السماء وأنتم * قذى الارض أبعد بينما بين ذلك
”Suku Bani Darim di langit sedangkan kamu* debu bumi, duhai alangkah jauhnya antara keduanya.”[20]
Atau boleh jadi yang dimaksud dengannya adalah para malaikat yang dikirim Allah untuk menurunkan azab-Nya, sebab tempat para malaikat di langit,[21]
[1] Al-Nawawi, Syarah Muslim, Muassisah Qurthubah, Juz. V, Hal. 34
[2] Al-Nawawi, Syarah Muslim, Muassisah Qurthubah, Juz. V, Hal. 33
[3] Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, Darul al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. III, Hal. 215
[4] Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, Darul al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. VIII, Hal. 43
[5] Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, Darul al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. VII, Hal. 299
[6] Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, Darul al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. VIII, Hal. 35
[7] Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, Darul al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Juz. VII, Hal. 371-372
[8] Al-Qurthubi, Tafsir al-Qurthubi, Maktabah Syamilah, Juz. XV, Hal. 97
[9] Imam al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Maktabah Syamilah, Juz. II, Hal. 307-308
[10] Bukhari, Shahih al-Bukhari, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 90, No. hadits: 406
[11] Imam Muslim, Shahih Muslim, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 388, No Hadits: 547
[12] Bukhari, Shahih al-Bukhari, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 90, No. hadits: 405
[13] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Barri, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 508
[14] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Barri, Maktabah Syamilah, Juz. I, Hal. 508
[15] Imam Muslim, Shahih Muslim, Maktabah Syamilah, Juz. IV, Hal. 2077, No Hadits: 2704
[16] Al-Nawawi, Syarah Muslim, Muassisah Qurthubah, Juz. XVII, Hal. 43
[17] Imam Muslim, Shahih Muslim, Maktabah Syamilah, Juz. II, Hal. 978, No Hadits: 1342
[18] Lihat Tafsir al-Qurthubi, Maktabah Syamilah, Juz. XVIII, Hal. 216
[19] Al-Khatib al-Tabrizy, Syarah Diwan ’Antarah, Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut, Hal. 35
[20] Mahdi Muhammad Nashiruddin, Syarah Dewan al-Akhthal, Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut, Hal. 221
[21] Lihat Khatib Syarbaini, Tafsir Siraj al-Munir, Juz. IV, Hal. 344
Tuan Guru Kiyai Alizar Usman (MA)