Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Wednesday, July 15, 2015

Zikir Menari?

Akhir-akhir ini heboh diperkatakan berhubung wujudnya aktiviti berzikir sambil berdiri dengan menari dan menyanyi.Ia berlaku di kalangan ahli sufi. Ada murid sufi berzikir dan berqasidah memuji Nabi SAW sambil menyanyi serta menari secara berkumpulan. Sekali pandang, ia kelihatan ganjil dan sekaligus memberikan impak yang negatif terhadap ahli sufi dan amalan zikir

Cara Berhibur?
Memang benar di kalangan ahli sufi terdapat apa yang dipanggil (as-Sima') dan tarian (ar-Raqsu) CUMA ia tidak sama dengan nyanyian dan tarian yang difahami pada masa ini.
As-Sima' di kalangan AHLI TASAWUF merupakan aktiviti riadah kerohanian yang diamalkan oleh para murid bagi tujuan penyucian dan pembersihan jiwa sejak zaman- berzaman. Perkara ini dinyatakan dalam kitab berjudul ar-Rasqu wad-Sima' inda Turuq as- Suffiyah yang dikarang oleh Asy-Syeikh as- Sayyid ibn Idris bin as-Sayyid Al- Hassan Al- Idrisi.
As- Sima' dan ar-Rasqu atau ada ketikanya dipanggil juga sebagai Al- Hadrah di kalangan para murid sufi, adalah seumpama RIADAH bagi MEMBERI KEREHATAN kepada orang awam. Jika orang awam BeRHIBUR dengan cara mereka, maka para Murid SUFI berhibur dengan cara berZIKIR serta berQASIDAH memuji Nabi sambil menyanyi dan menari secara berkumpulan.

Bezanya?
Ia bukan seperti aktiviti atau persembahan nyanyian yang difahami hari ini yang biasanya ada di pusat- pusat karaoke atau pentas yang melibatkan percampuran Lelaki dan Perempuan. Seandainya kita mengharuskan nasyid dan lagu- lagu dakwah, kenapa kita mengharamkan zikir- zikir yang melibatkan pergerakan yang tidak bercampur unsur- unsur maksiat! Kenapa kita boleh memPERKENALkan senaman sambil Berzikir di dalam aktiviti summercamp tetapi mengharamkan zikir ini?
As-Sima' ialah istilah TASAWUF yang digunakan bagi merujuk kepada mendengar syair- syair yang indah merdu yang mengagungkan Allah SWT dan Junjungan Baginda SAW.
Pada ASALnya ia didendangkan oleh seorang penasyid UTAMA (qauwal), manakala yang lain mendengarnya atau mengikutinya.
Ia BUKAN SUATU yang WAJIB dalam mana- mana tarekat, tetapi HANYA bagi murid yang ingin 'berehat' seketika setelah penat berzikir atau beramal seperti kelaziman.

FITNAH
Masalahnya apa yang diviralkan di whatsaap dan internet bukan yang sebenarnya. Didapati video yang diviralkan adalah bukan dari kumpulan TASAWUF yang benar, yakni yang diakui kebenarannya, malah ada di dapati video yang diviralkan adalah video tarian gelek yang tiada kaitan langsung dengan kumpulan Tasawuf yang benar.

Apa Sandaran atau Nas?
Pertama, kita lihat dahulu apakah hukum nyanyian.
Nyanyian yang seperti difahami hari ini bercampur lelaki dan perempuan, seni kata memuji dan memuja wanita, sememangnya dihukumkan HARAM atau sekarang- kurangnya MAKRUH oleh kebanyakan ahli Feqah (Fuqaha').
NAMUN, nyanyian Sufi BUKAN sebegitu.
Nyanyian tanpa unsur-unsur melalaikan (lagha), dihukum HARUS oleh para Fuqaha'.
BAHKAN, nyanyian yang bertujuan untuk merangsang kerinduan kepada alam akhirat dan keghairahan kepada keredhaan Allah SWT dan kecintaan kepada Baginda SAW adalah digalakkan.
SUARA yang merdu merupakan anugerah Allah SWT. Baginda SAW sendiri memerintah agar Al- Quran dibacakan dengan suara yang elok sepertimana mahmud hadis: " Elokkan bacaan Al- Quran dengan suara kamu. Sesungguhnya, suara kamu yang elok akan menambahkan kecintaan Al- Quran." ( Musnad ad- Darimi)

DALIL:
Para sahabat pernah melakukannya. Sayyiditina Aisyah r.anha, Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa pernah suatu ketika sekumpulan Sahabat Ethiopia berkumpul dan menyanyi di dalam Masjid Nabawi dengan cara nyanyian dan tarian menurut budaya mereka:

SATU: Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa apabila orang ramai berkumpul (di masjid), Sahabat Rasulullah SAW daripada kalangan orang Afrika mula meluahkan kegembiraan mereka dengan tarian bangsa mereka, diiringi gendang (duff) di perkarangan Masjid Nabawi (berhampiran dengan pintu sebelah kanan menuju ke rumah Baginda SAW). Apabila orang ramai bersorak riang dan gembira melihat persembahan itu, kanak- kanak Madinah berkumpul membentuk bulatan besar mengelilingi mereka yang membuat persembahan dan memuji- muji Baginda SAW.
Baginda SAW berdiri dan melihat mereka membuat persembahan sambil tersenyum. Mereka secara berirama mengungkapkan sesuatu dalam bahasa mereka dengan diiringi ketukan gendang sehingga Baginda SAW bertanya, " Apa yang mereka katakan?" Lalu mereka menjawab dalam Bahasa Arab, " Muhammad Abdun Soleh" ( Muhammad hamba yang soleh).

DUA: Saiyyiditina Aisyah r.anha pula yang pada ketika itu berada dalam rumahnya meriwayatkan bahawa ketika peristiwa ini berlaku, beliau tiba- tiba mendengar Baginda SAW memanggil namanya, " Wahai Aisyah, keluar segera." Aisyah berkata Baginda SAW tersenyum melihat persembahan itu dan bertanya sama ada beliau ingin turut serta, dan beliau menjawab, " Ya".
Baginda membawa Aisyah ke tempat orang ramai dan meletakkan beliau di atas belakangnya untuk memberi peluang Aisyah melihat dengan lebih jelas. Aisyah masih ingat bagaimana pipinya menyentuh pipi Baginda SAW apabila beliau membongkok untuk melihat persembahan tarian itu. Aisyah berkata, " Aku merendahkan kepala dan bahu aku sehingga pipi aku bertemu pipi Baginda SAW dan aku melihat di celah- celah telinga dan bahu Baginda SAW.
" Apabila berlalu masa, Baginda SAW bertanya adakah aku sudah puas dan mahu pergi, lalu aku menjawab belum dan mahu terus menontonnya dan Baginda SAW membenarkannya. Selepas berlalu seketika, Baginda bertanya lagi adakah aku sudah puas, dan aku menjawab, " Ya."
Aisyah berkata," Pada ketika itu aku hanya seorang perempuan muda dan sudah tentu suka menonton persembahan seperti ini."

TIGA: Kemudiannya Anas bin Malik meriwayatkan, selepas itu Umar Al- Khattab muncul dan apabila beliau melihat ada tarian dan nyanyian di dalam Masjid Nabawi, beliau lantas mengambil batu- batu kecil dan membalingkannya ke arah penari agar mereka berhenti.
Apabila Baginda SAW perasan bantahan Umar r.a., Baginda SAW berkata kepada Umar:
"Biarkan mereka, wahai Umar! Biar mereka bergembira dan aku tidak suka melihat wujudnya kejumudan dalam agama ini."
Dalam riwayat yang lain, Baginda SAW dilaporkan berkata kepada penari dan penyanyi Afrika itu dengan kata- kata,
" Teruskan dengan duff dan tarian kamu, wahai Bani Arfidah! Agar kaum Yahudi dan Kristian mengetahui bahawa ada kelonggaran dalam agama kita."

Peristiwa ini diriwayatkan dalam banyak kitab hadis termasuk SAHIH BUKHARI, MUSLIM, HAKIM dan lain- lain. Para ulama hadis, fuqaha' dan ulama sufi telah mensyarahkan dengan panjang lebar akan peristiwa ini.

[daripada Majalah Q&A, halaqah TASAWUF, oleh Ustaz Nik Roskiman Abdul Samad, Mantan Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAK dan Penolong Pendaftar Kanan di ISTAC ]

No comments: