Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Wednesday, July 15, 2015

Zikir Menari?

Akhir-akhir ini heboh diperkatakan berhubung wujudnya aktiviti berzikir sambil berdiri dengan menari dan menyanyi.Ia berlaku di kalangan ahli sufi. Ada murid sufi berzikir dan berqasidah memuji Nabi SAW sambil menyanyi serta menari secara berkumpulan. Sekali pandang, ia kelihatan ganjil dan sekaligus memberikan impak yang negatif terhadap ahli sufi dan amalan zikir

Cara Berhibur?
Memang benar di kalangan ahli sufi terdapat apa yang dipanggil (as-Sima') dan tarian (ar-Raqsu) CUMA ia tidak sama dengan nyanyian dan tarian yang difahami pada masa ini.
As-Sima' di kalangan AHLI TASAWUF merupakan aktiviti riadah kerohanian yang diamalkan oleh para murid bagi tujuan penyucian dan pembersihan jiwa sejak zaman- berzaman. Perkara ini dinyatakan dalam kitab berjudul ar-Rasqu wad-Sima' inda Turuq as- Suffiyah yang dikarang oleh Asy-Syeikh as- Sayyid ibn Idris bin as-Sayyid Al- Hassan Al- Idrisi.
As- Sima' dan ar-Rasqu atau ada ketikanya dipanggil juga sebagai Al- Hadrah di kalangan para murid sufi, adalah seumpama RIADAH bagi MEMBERI KEREHATAN kepada orang awam. Jika orang awam BeRHIBUR dengan cara mereka, maka para Murid SUFI berhibur dengan cara berZIKIR serta berQASIDAH memuji Nabi sambil menyanyi dan menari secara berkumpulan.

Bezanya?
Ia bukan seperti aktiviti atau persembahan nyanyian yang difahami hari ini yang biasanya ada di pusat- pusat karaoke atau pentas yang melibatkan percampuran Lelaki dan Perempuan. Seandainya kita mengharuskan nasyid dan lagu- lagu dakwah, kenapa kita mengharamkan zikir- zikir yang melibatkan pergerakan yang tidak bercampur unsur- unsur maksiat! Kenapa kita boleh memPERKENALkan senaman sambil Berzikir di dalam aktiviti summercamp tetapi mengharamkan zikir ini?
As-Sima' ialah istilah TASAWUF yang digunakan bagi merujuk kepada mendengar syair- syair yang indah merdu yang mengagungkan Allah SWT dan Junjungan Baginda SAW.
Pada ASALnya ia didendangkan oleh seorang penasyid UTAMA (qauwal), manakala yang lain mendengarnya atau mengikutinya.
Ia BUKAN SUATU yang WAJIB dalam mana- mana tarekat, tetapi HANYA bagi murid yang ingin 'berehat' seketika setelah penat berzikir atau beramal seperti kelaziman.

FITNAH
Masalahnya apa yang diviralkan di whatsaap dan internet bukan yang sebenarnya. Didapati video yang diviralkan adalah bukan dari kumpulan TASAWUF yang benar, yakni yang diakui kebenarannya, malah ada di dapati video yang diviralkan adalah video tarian gelek yang tiada kaitan langsung dengan kumpulan Tasawuf yang benar.

Apa Sandaran atau Nas?
Pertama, kita lihat dahulu apakah hukum nyanyian.
Nyanyian yang seperti difahami hari ini bercampur lelaki dan perempuan, seni kata memuji dan memuja wanita, sememangnya dihukumkan HARAM atau sekarang- kurangnya MAKRUH oleh kebanyakan ahli Feqah (Fuqaha').
NAMUN, nyanyian Sufi BUKAN sebegitu.
Nyanyian tanpa unsur-unsur melalaikan (lagha), dihukum HARUS oleh para Fuqaha'.
BAHKAN, nyanyian yang bertujuan untuk merangsang kerinduan kepada alam akhirat dan keghairahan kepada keredhaan Allah SWT dan kecintaan kepada Baginda SAW adalah digalakkan.
SUARA yang merdu merupakan anugerah Allah SWT. Baginda SAW sendiri memerintah agar Al- Quran dibacakan dengan suara yang elok sepertimana mahmud hadis: " Elokkan bacaan Al- Quran dengan suara kamu. Sesungguhnya, suara kamu yang elok akan menambahkan kecintaan Al- Quran." ( Musnad ad- Darimi)

DALIL:
Para sahabat pernah melakukannya. Sayyiditina Aisyah r.anha, Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa pernah suatu ketika sekumpulan Sahabat Ethiopia berkumpul dan menyanyi di dalam Masjid Nabawi dengan cara nyanyian dan tarian menurut budaya mereka:

SATU: Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa apabila orang ramai berkumpul (di masjid), Sahabat Rasulullah SAW daripada kalangan orang Afrika mula meluahkan kegembiraan mereka dengan tarian bangsa mereka, diiringi gendang (duff) di perkarangan Masjid Nabawi (berhampiran dengan pintu sebelah kanan menuju ke rumah Baginda SAW). Apabila orang ramai bersorak riang dan gembira melihat persembahan itu, kanak- kanak Madinah berkumpul membentuk bulatan besar mengelilingi mereka yang membuat persembahan dan memuji- muji Baginda SAW.
Baginda SAW berdiri dan melihat mereka membuat persembahan sambil tersenyum. Mereka secara berirama mengungkapkan sesuatu dalam bahasa mereka dengan diiringi ketukan gendang sehingga Baginda SAW bertanya, " Apa yang mereka katakan?" Lalu mereka menjawab dalam Bahasa Arab, " Muhammad Abdun Soleh" ( Muhammad hamba yang soleh).

DUA: Saiyyiditina Aisyah r.anha pula yang pada ketika itu berada dalam rumahnya meriwayatkan bahawa ketika peristiwa ini berlaku, beliau tiba- tiba mendengar Baginda SAW memanggil namanya, " Wahai Aisyah, keluar segera." Aisyah berkata Baginda SAW tersenyum melihat persembahan itu dan bertanya sama ada beliau ingin turut serta, dan beliau menjawab, " Ya".
Baginda membawa Aisyah ke tempat orang ramai dan meletakkan beliau di atas belakangnya untuk memberi peluang Aisyah melihat dengan lebih jelas. Aisyah masih ingat bagaimana pipinya menyentuh pipi Baginda SAW apabila beliau membongkok untuk melihat persembahan tarian itu. Aisyah berkata, " Aku merendahkan kepala dan bahu aku sehingga pipi aku bertemu pipi Baginda SAW dan aku melihat di celah- celah telinga dan bahu Baginda SAW.
" Apabila berlalu masa, Baginda SAW bertanya adakah aku sudah puas dan mahu pergi, lalu aku menjawab belum dan mahu terus menontonnya dan Baginda SAW membenarkannya. Selepas berlalu seketika, Baginda bertanya lagi adakah aku sudah puas, dan aku menjawab, " Ya."
Aisyah berkata," Pada ketika itu aku hanya seorang perempuan muda dan sudah tentu suka menonton persembahan seperti ini."

TIGA: Kemudiannya Anas bin Malik meriwayatkan, selepas itu Umar Al- Khattab muncul dan apabila beliau melihat ada tarian dan nyanyian di dalam Masjid Nabawi, beliau lantas mengambil batu- batu kecil dan membalingkannya ke arah penari agar mereka berhenti.
Apabila Baginda SAW perasan bantahan Umar r.a., Baginda SAW berkata kepada Umar:
"Biarkan mereka, wahai Umar! Biar mereka bergembira dan aku tidak suka melihat wujudnya kejumudan dalam agama ini."
Dalam riwayat yang lain, Baginda SAW dilaporkan berkata kepada penari dan penyanyi Afrika itu dengan kata- kata,
" Teruskan dengan duff dan tarian kamu, wahai Bani Arfidah! Agar kaum Yahudi dan Kristian mengetahui bahawa ada kelonggaran dalam agama kita."

Peristiwa ini diriwayatkan dalam banyak kitab hadis termasuk SAHIH BUKHARI, MUSLIM, HAKIM dan lain- lain. Para ulama hadis, fuqaha' dan ulama sufi telah mensyarahkan dengan panjang lebar akan peristiwa ini.

[daripada Majalah Q&A, halaqah TASAWUF, oleh Ustaz Nik Roskiman Abdul Samad, Mantan Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAK dan Penolong Pendaftar Kanan di ISTAC ]

Tuesday, July 7, 2015

Perlukah Bertaqlid?

Dialog Syeikh Dr. Abdul Malik bin Abdur Rahman as-Sa'adi (SS) & Pemuda Anti Taqlid (P)

SS : Bagaimana kamu belajar solat?

P : Melalui seseorang yang mengajarkannya kepada saya.

SS : Adakah dari al-Quran atau hadis?

P : Tidak.

SS : Bukankah ini juga taqlid kepada seseorang yang mengajarkan kamu solat?

P : Saya cuma membaca Sebuah buku karangan seorang ulama pada zaman kini yang membahaskan tentang solat.

SS : Ini juga bertaqlid kepada pengarang kitab tersebut.

P : Bertaqlid itu bid'ah.

SS : Kenapa?

P : Kerana ia tidak pernah dilakukn oleh Rasulullah SAWndan para sahabatnya, bahkan tidak pernah diperintahkan oleh syariat sebelum ini.

SS : Bagaimana kamu tahu bahawa ia tidak pernah disebut?

P : Aku mendengar Syeikh fulan mengatakan sedemikian.

SS : Ini juga adalah taqlid (kepada pendapat Syeikh tersebut)

Syeikh As-Sa'adi (SS) kemudiannya menasihatkan pemuda tersebut dan golongan sebegini dengan katanya:

SS : Kenapakah Wahai saudaraku, kamu anti kepada mengikut seorang yang hidup pada zaman yang hampir dengan zaman Rasulullah SAW, yang mahir dalam selok-belok Bahasa Arab dan dalam memahami hadis Rasulullah SAW, kemudian kamu merelakan dirimu bertaqlid kepada seseorang yang hidup pada zaman ini yang ilmu, kefahaman, wara' dan takwanya tidak mencecah lebih dari buku lali ulama terdahulu?


[Berdasarkan buku di bawah tajuk " Bertaqlid Tetapi Anti Kepada Taqlid, Syeikh Abdul Malik Abdur Rahman as- Sa'adi, m/s:43. Juga buku " Kekeliruan Umat Inilah Jawapannya" susunan dan olahan oleh Ustaz Muhadir Haji Jol, m/s: 315-316]

Fatwa Tauhid 3 Darul Ifta' Misriyyah (Pusat Fatwa Republik Mesir)

No.Siri: 6623,Tajuk: Sekitar Pembahagian Tauhid dan Hukum Mengkafirkan Orang-orang Islam, Tarikh: 3/2/2007
Soalan: Kami telah mengkaji permintaan yang berkaitan pada no.184, bagi tahun 2007M yang mengandungi:

Terdapat seorang pemuda di salah sebuah perkampungan di Al- Bahirah yang mengkafirkan semua penduduk dengan hujah bahawa mereka bertawassul dengan Nabi SAW dalam doa kepada Allah, mengambil barakah dengan menziarahi makam Saiyidina Husain. Dia mendakwa bahawa sesiapa sahaja yang melakukan seperti itu, termasuk di dalam orang-orang yang syirik yang beriman dengan Tauhid Rububiyah tetapi tidak beriman dengan Tauhid Uluhiyyah. Adakah ada JENIS-JENIS Tauhid? Adakah orang-orang yang SYIRIK mengakui Tauhid Rububiyyah? Adakah BERTAWASSUL dengan Nabi SAW dan mengambil BARAKAH dengan menziarahi makam- makam para WALI dikira sebagai SYIRIK? seperti mana yang dikatakan oleh pemuda tadi?

Jawapan:
... Dan pembahagian Tauhid kepada Uluhiyyah Dan Rububiyyah adalah daripada Pembahagian-Pembahagian yang BAHARU yang TIDAK datang daripada generasi Salafus Soleh. Dan orang PERTAMA yang menciptanya-mengikut pendapat yang masyhur-ialah Syeikh Ibnu Taimiyyah,semoga Allah merahmatinya.(Ada juga yang berpendapat bahawa yang mula- mula memperkata tentang ya ialah Ibnu Bathah al- Hanbali al- Mujassim (307H- 387H), kemudian dihidupkan semula oleh Syeikh Ibnu Taimiyyah.Semoga Allah ampunkan kesalahan mereka.Amin.) Ia kemudian ya diambil (di kembangan) daripadanya oleh sesiapa yang memperkata tentang ya selepas itu.
Dan yang Hasil ( apa yang boleh difahami) daripada perkataannya (Syeikh Ibnu Taimiyyah) dalam perkara itu ialah: Sesungguhnya Rububiyyah adalah mentauhidkan Allah dalam perbuatan-Nya, dan Uluhiyyah ialah mentauhidkan Allah dalam perbuatan hamba. Dan sesungguhnya kedua- duanya, apabila bersama, berpisah dan apabila berpisah bersama mksudnya: Setiap salah satu DARIPADA kedua-duanya, mengandungi/meliputi yang lain ketika dibahaskan satu- satu dan DIKHUSUSKAN maknanya ketika DIBEZAKAN perbezaan istilahnya kerana Uluhiyyah mengandungi Rububiyyah dan Rububiyyah MeLAZIMkan Uluhiyyah. Perkataan (beliau) ini JIKA sampai kepada perbahasan sebegini, tidak ada apa-apa masalah padanya.
(APA yang MENJADI MASALAH ialah)melainkan beliau (Syeikh Ibnu Taimiyyah) telah melampau dalam dakwaannya bahawa Tauhid ini( iaitu Tauhid Rububiyyah ) TIDAK CUKUP dalam perkara keimanan kerana orang- orang Musyrik juga mengakui Tauhid Rububiyyah. Dan kebanyakan kumpulan umat ini yang trdiri daripada Mutakallimin ( 'ulama Tauhid yang menggabungkan naqal dan akal) dan selain daripada mereka telah berasa CUKUP tentangnya dan mereka MENGAMBIL MUDAH tentang Tauhid Uluhiyyah.
Dan pendapat yang menyatakan bahawa sesungguhnya Tauhid Rububiyyah sahaja tidak mencukupi untuk menentukan KEIMANAN adalah pendapat yang BID'AH, yang bertentangam dengan IJMAK umat Islam sebelum Ibnu Taimiyyah. Ia malah BERTENTANGAN dengan perkataannya sendiri yang menyatakan sesungguhnya Tauhid Uluhiyyah mengandungi Tauhid Rububiyyah Dan sesungguhnya Tauhid Rububiyyah meLAZIMkan adanya Tauhid Uluhiyyah kerana kaedah mengatakan: "Terbatalnya yang melazimi, menunjukkan atas terbatalnya yang dilazimi." (Maksudnya, oleh kerana Tauhid Rububiyyah melazimkan adanya Tauhid Uluhiyyah, jadi jika tiada Tauhid Rububiyyah, maka Tauhid Uluhiyyah juga turut tidak ada).Maka, jika orang-orang Musyrik tidak mengakui Tauhid Uluhiyyah, maka TIDAK BETULLAH dakwaan selepas itu yang mengatakan mereka (orang-orang Musyrik)mengakui Tauhid Rububiyyah pula kerana kaedah mengatakan: "Perlunya ketiadaan yang DILAZIMI dengan ketiadaan yang MELAZIMI." (Maksudnya, oleh kerana Tauhid Rububiyyah meLAZIMkan adanya Tauhid Uluhiyyah, jadi, Tauhid Uluhiyyah akan TIADA, jika Tauhid Rububiyyah JUGA tidak ada)
Dan apabila diterima pengakuan orang-orang Islam dengan Tauhid Rububiyyah, maka TIDAK BOLEH untuk mendakwa bahawa mereka ( orang-orang Islam)TIDAK BERIMAN dengan Tauhid Uluhiyyah pula kerana menjadi KEMESTIAN untuk kedua-duanya SALING melazimi (berkait) di antara satu dengan yang lain. Oleh itu, bagaimana mungkin mengitsbatkan (menetapkan adanya) yang dilazimi sedangkan melazimi tidak ada?
Dan SESUNGGUHNYA ahli Ilmu telah bangun MENOLAK pendapat ini dan mereka menerangkan tentang kefasadannya (bahaya yang dibawa dalam PEMBAHAGIAN tauhid ini) dan menerangkan bahawa ia (pembahagian tauhid sebegini) adalah batil (tertolak), TIDAK ADA DALIL atasnya. Dan sesiapa pun boleh dibetulkan pendapatnya melainkan Nabi SAW.

[Fatwa ini boleh dibaca di:http: //www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=6623. Boleh juga merujuk Makalah yang ditulis oleh Dr. Abdullah Umar Kamil yang berjudul Kalimah Hadi'ah fi Bayan Khatho' at- Taqsim ats-Tsulatsi li at- Tauhid]

Sunday, March 15, 2015

Komet ISON Dan Kata- kata Saidina Ali K.W.J

Saidina Ali k.w.h telah mengungkapkan dalam catatannya yang bertajuk Jufr Ahmar, "Kedatangan Al-Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.  Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang jahat.
Mari kita mulakan kisah Komet ISON ini dengan mengupas ciri-cirinya menggunakan data dari kitab Jufr Ahmar, nukilan Syaidina Ali K.w.h, sahabat & menantu Nabi yang mulia.

 [1] EKOR YANG MEMANJANG
 Syaidina Ali k.h.w menyebut dalam Jufr Ahmar di atas bahawa bintang/komet itu mempunyai ekor yang menakjubkan. Kemudian dia menyebut juga bahawa ekornya memanjang. Maka ada 2 deretan ayat yang saling berkait iaitu memanjang dan menakjubkan. Bagaimanakah anda dapat memahaminya? Bahawa akan wujud satu situasi iaitu bila komet ISON itu datang, maka partikel-partikelnya yang tertinggal sepanjang perjalanan orbitalnya (selepas 100 hari bila nukleasnya pergi) akan menghasilkan lerekan awam (noctilucent clouds). Mungkin beberapa habuk debunya  akan memasuki atmosfera bumi. Kemungkinan terjadinya pancuran meteor atau lerekan awan adalah tinggi walaupun sebelum ini, menurut rekod belum pernah terjadi lagi. Dari perkataan “ekor  yang memanjang”, maka kemungkinan terjadinya (lerekan awan) itu sangat tinggi. Tentu sekali ini akan menimbulkan satu fenomena yang menakjubkan bahawa ekor Komet ISON itu panjang dan bercahaya. Bahkan cahayanya bukan sekadar cahaya biasa, tetapi cahaya yang berganda-ganda terang seperti yang akan kami sebutkan berikutnya. Mari kita dengar beberapa kata ilmuan sains terhadapnya “Saat komet ini melintas, pemandangan paling spektakular akan terlihat dari belahan bumi  sebelah utara, kerana di saat itu kepala komet mengarah kepada matahari dengan EKORNYA YANG PANJANG. Maka ilmuan sains, ramai yang menyebutnya sebagai KOMET PALING TERANG SEPANJANG SEJARAH MANUSIA” 

BILA SEBENARNYA IA DIJUMPAI? 
Untuk mengetahuinya, elok kita mendengar penerangan seorang saintis terhadapnya. Untuk beberapa tahun saya berfikir tentang kandungan mesej ini tanpa nama (yang tidak diikuti oleh komunikasi lanjut) sehingga ia ditemui pada September 21 2012 komet C / 2012 S1, lebih mudah dikenali sebagai Comet ISON.   Tarikh 21/9/2012 itu adalah bersamaan dengan 4 Zulkaedah 1433H (Jumaat). Satu tarikh yang menunjukkan bahawa ia akan meninggalkan 1433H dan memasuki tahun baru 1434H. 

[2] BUKAN SETIAP 6 ATAU 7 TAHUN SEKALI 
Ia bukan komet yang datang setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), Dari kata-kata Syaidina Ali di atas, kita dapat fahami bahawa ia bukan sejenis komet yang datang setiap 6 atau 7 tahun

 [3] BUKAN SETIAP 60 ATAU 70 TAHUN SEKALI 
Ia bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad. Ini membawa maksud bahawa dia bukan sejenis bintang/komet yang datang setiap 60 atau 70 tahun sekali. 

[4] BUKAN SETIAP ABAD 
Ia bukan juga bintang/komet yang muncul setiap abad. Kata-kata Syaidina Ali di atas juga menjelaskan bahawa bintang/komet ini tidak datang setiap 100 tahun sekali. Maka maksudnya apa? Maka maksudnya bahawa bintang/komet ini adalah bintang yang sangat payah kelihatan. Ia mengambil masa yang sangat lama (dikhabarkan 10,000 tahun) untuk kembali semula berjumpa manusia. Mari kita melihat keterangan seterusnya. MARI MEMAHAMI NAMANYA Nama komet yang mempunyai orbit yang pendek (short-period comets) menggunakan nama astronomi atau angkasawan yang menemuinya. Contohnya Komet Halley atau Komet Swift Turtle (Komet Perseid). Akan tetapi jika ia mempunyai nama ISON di belakangnya, sebagai ganti kepada Comet Nevski–Novichonok atau  C/2012 S1 (Nevski–Novichonok). Maka komet itu dianggap mempunyai kitaran orbitnya yang panjang. Maka maksudnya adalah seperti di bawah.

[5] BINTANG BERABAD-ABAD
Ini kata-kata Syaidina Ali k.h.w berikutnya. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Maka kami ingin menjelaskannya seperti berikut. Bintang berabad-abad itu bermaksud bintang yang diketahui sudah lama. Maka timbullah persoalan, Adakah bintang/komet ISON itu adalah planet X atau planet Nibiru  yang diketahui sejak zaman Mesopotamia lagi? Kami tidak mengesahkan itu. Bahkan para saintis moden juga gagal mengesahkan itu. Tetapi ada keterangan saintis yang menjelaskan ketuaannya (umurnya) dan perjalanannya. Mari kita dengarkan. “Lebih kurang 10000 tahun lalu, komet ISON meninggalkan Oort Clouds dan bergerak ia menuju matahari. Pada November 2013, penjelajah bersalji (icy wanderer) ini akan sampai kepada puncak perjalanannya. Maka ia berupaya mewujudkan satu pemandangan menarik di atas permukaan bumi ini.” Umur 10,000 tahun itu menunjukkan bahawa ia sudah sangat tua. Kalau dikira dalam unit abad, maka ia sudah menjangkau 100 abad. Maka benarlah kalau Syaidina Ali menyebutnya sebagai bintang berabad-abad. PENJELASAN SEMULA KAMI Sebagaimana kami jelaskan di atas, bintang yang mempunyai nama ISON di belakangnya, maka ia menunjukkan bintang yang kitaran orbitnya sangat panjang. Dengan bahasa mudahnya, dia payah dijumpai atau memakan waktu yang cukup lama pula untuk melihatnya.

PENGENALAN KOMET ISON
Mari kita melihat sedikit pengenalan. Maklumat saintifik diperolehi ialah tanda pengenalan rasmi komet ini ialah C/2012 S1. Huruf "C" di hadapan namanya bermaksud tidak berkala (non-periodic), diikuti oleh tahun kemunculannya.   Huruf "S" menunjukkan separuh bulan terjadinya penemuan. Dalam kes C/2012 S1, ia bermaksud separuh bulan September dan angka "1" menunjukkan bahawa ini adalah komet pertama yang dijumpai dalam separuh bulan September itu. Tambahan nama "(ISON)" selepas namanya menggambarkan organisasi yang menjumpainya. Dalam kes ini, ISON bermaksud International Scientific Optical Network (ISON) yang berpengkalan di Rusia. Jika organisasi yang sama menjumpai komet satu lagi, tetapi tidak berkaitan dengannya, maka namanya akan menjadi "C/2012 S2 (ISON)" Kami berhenti di sini dahulu. Penceritaannya masih panjang dan masih memerlukan waktu secukupnya. Kitab Jufr Ahmar itu menerangkan banyak sifat-sifatnya yang perlu dihuraikan lebih lanjut lagi. Semoga kita dapat bertemu semula di siri (2). Terima kasih. RABU 28/8/2013.

Komet ISON


 shahgazer

Komet ISON diintai Hubble

Decrease Font SizeIncrease Font SizeText SizePrint This Page 
comet ison from hubble
Wow! Lihatlah sahaja foto Komet ISON yang diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble, pada 10 April lepas.
Photo Credit: NASA’s Hubble Space Telescope provides a close-up look of Comet ISON (C/2012 S1), as photographed on April 10, when the comet was slightly closer than Jupiter’s orbit at a distance of 386 million miles from the sun. Credit:NASA, ESA, J.-Y. Li (Planetary Science Institute), and the Hubble Comet ISON Imaging Science Team.
Walaupun komet ini berada pada jarak sejauh planet Musytari, iaitu pada kedudukan 634km JUTA km dari Bumi, ia sudah pun menunjukkan ciri-ciri yang begitu aktif.
Kiraan kasar oleh ahli astronomi, berdasarkan foto ini, menunjukkan nuklues Komet ISON ini mempunyai saiz sekitar 4-6 km sahaja.
Ini boleh dianggap kecil, dan tidak sepadan dengan tahap aktiviti yang sedang menggila sekarang.
Kenapa saya katakan ‘menggila’?.  Berdasarkan laporan saintis, koma (debu gas disekeliling nuklues) komet ini sudah pun lebih besar saiznya daripada benua Australia! Itu belum lagi panjang ekornya, yang dikatakan mencapai panjang 92,000km!
Komet ISON ini termasuk di dalam kumpulan komet yang dipanggil sungrazers. Apabila ia ‘corner baring’ ketika ia bergerak dan berpusing begitu hampir dengan matahari pada bulan November nanti, ais-aisnya akan meruap akibat suhu yang amat panas daripada matahari.
comet ison orbit

Rajah menunjukkan orbit komet ISON yang sungguh elips. Pada kedudukan perihelion, ia berada jauh ke dalam daripada orbit Utarid!
Andaikata ia ‘selamat’ iaitu tidak hancur sepenuhnya selepas pusingan maut itu tadi, diramalkan ia akan bersinar hampir 10 kali jauh lebih terang daripada cahaya Bulan purnama!
Jika dapat dilihat di langit ketika itu, ia akan kelihatan seperti sebuah bintang fuzzy yang terang menyinar disebalik langit biru waktu siang!
Walau apa pun, kita tunggu sahaja bulan-bulan mendatang, kerana sebagaimana diceritakan sebelum ini, komet ialah sebuah makhluk yang amat sukar diramal perubahannya. Ia mungkin menjadi terang penuh gilang gemilang atau sekadar setitik ‘bintang’ yang kelam sahaja!
Saya secara peribadi mendoakan agar komet ISON ini akan menjadi jauh lebih awesome berbanding komet PanSTARRS sebelum ini!




Sunday, March 8, 2015

Masa Putaran Bumi Berubah Pantas

Tuesday, December 10, 2013

Akhir Zaman: Masa putaran bumi sudah berubah lebih cepat - NASA

Orang tua kini ramai yang mengatakan bahawa waktu terasa berjalan semakin cepat. Dulu, kata mereka masa tidak secepat sekarang. Benarkah waktu semakin cepat? Atau hanya perasaan manusia sahaja hidup di dunia ini, sehingga tidak merasakan perjalanan waktu yang sebenarnya yang berterusan?

Tapi boleh jadi perasaan masa semakin cepat. Kata saintis NASA, masa putaran bumi sudah berubah lebih cepat pecahan ribu saat. Tepatnya 1.26 milisaat .

Namun jauh sebelum itu Rasulullah pernah bersabda :

" Hari Kiamat tidak akan berlaku kecuali kejadian berikut ini terjadi. Masa akan semakin singkat , di mana jarak akan semakin pendek dengan digunakannya kenderaan . "(Bukhari , Fitan.25 ; Ahmad ibn Hanbal , Musnad , 2 / 313) .

Dalam hadis lain disebutkan , Anas RA berkata , Rasulullah SAW bersabda , "Hari Kiamat tidak akan berlaku kecuali masa semakin singkat. Penyingkatan ini terjadi sedemikian cara seperti satu tahun yang berlalu seperti sebulan dan sebulan yang berlalu seperti seminggu dan seminggu berlalu seperti satu hari dan satu hari yang berlalu seperti satu jam dan satu jam yang berlalu seperti secepat kilat , " (Tirmidhi , Zuhd : 24 , 2333).

Cendekiawan Muslim Harun Yahya menerangkan, ketika ini waktu memang terasa berjalan lebih cepat.

"Petanda akhir zaman yang telah disebut Rasulullah SAW itu secara ilmiah telah terbukti. Masa semakin singkat" kata cendekiawan Islam tersebut.

Menurut Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar, di ruang di antara permukaan bumi dan ionosfera konduktif terdapat getaran alam. Kekerapan ini yang juga dikenali sebagai Denyutan Jantung Dunia disebut sebagai Resonans Schumann.

"Hal tersebut telah diramalkan secara matematik oleh ahli fizik Jerman Winfried R Schuman pada tahun 1952" .

Pada 1950 , Resonans Schumann diukur pada skala 7.8 hertz. Nilai ini dianggap malar. Memang sistem komunikasi global tentera ini ditubuhkan di atas kekerapan ini.

Namun pada 1980 an, berlaku perubahan tiba-tiba. Sebab, pada tahun itu Resonans Schumann diukur di atas 11 hertz.

"Laporan terbaru telah mendedahkan bahawa angka ini akan meningkat lagi. Perubahan dalam Resonans Schumann ; kekerapan menunjukkan mempercepat waktu " katanya lagi.

Dengan demikian, masa 24 jam terasa seperti 16 jam atau kurang. Ilmu pengetahuan tidak mampu menjelaskan mengapa angka ini mengalami kenaikan atau faktor yang menyebabkannya meningkat.

"Dengan masa semakin pendek, petanda akhir zaman yang dikatakan oleh Nabi SAW terbukti secara ilmiah ketika ini , " tambahnya.

Bumi semakin bersedia untuk hari kiamat dan oleh kehendak Allah petanda yang diisyaratkan terjadi secara berturut-turut.
detikislam.blogspot.com

Kenapa Masa Terasa Singkat?



Kenapa kita rasa masa sangat pantas berlalu? Adakah perasaan kita semata-mata atau memang betul masa dah pendek?! Dalam sehari ada 24 jam, tapi betul ke? Rasa macam kurang je. Tak sampai pun 24 jam.

Mungkin apa yang kita rasa tu ada benarnya. Menurut saintis NASA, gempa bumi di Sumatera pada 26 Desember 2004 dengan magnitude 9.1-9.3 yang menyebabkan tsunami besar telah mengubah paksi Bumi dan memendekkan perjalanan masa selama 6.8 mikrosaat sehari! Selain itu gempa bumi yang berlaku di Chile pada 27 Februari 2010 pada magnitude 8.8 juga telah memendekkan masa sebanyak 1.26 mikrosaat setiap hari!

Pada ketika post ini ditulis, mengikut kiraan kasar kita telah kehilangan 0.017 saat kesan daripada dua siri gempa bumi kuat ini!*

Ini tidak termasuk kejadian gempa bumi yang melanda Haiti pada 12 Februari 2010 dengan skala 7.0, gempa bumi di Jepun pada Mac 2011 (skala 9.0), April 2011 (skala 7.1) dan beberapa lagi siri gempa bumi kuat mutakhir ini. Jika dijumlahkan kesemuanya, berapa masa yang kita telah hilang daripada 24 jam? Ini bermakna dalam sehari kita tidak lagi mempunyai 24 jam!

Nabi bersabda, "Kiamat tidak akan berlaku sehingga masa menjadi singkat, setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti sejam dan sejam seperti masa bagi menyalakan api." Riwayat at-Tarmizi.

Sesungguhnya janji Allah itu benar, "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian." Surah al-Asr ayat 1-2.
cahayaqassehblogspot.com