Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Saturday, March 20, 2010

Tip mengawal Kemarahan Kanak-Kanak

1. Berkomunikasi dengan anak. Setelah mereka agak reda dari kemarahan, bantu mereka:

- memberitahu apa yang mengganggu mereka dan apa yang menyebabkan mereka marah.

- memahami yang ibu bapa sedia mendengar dan membantu mereka.

2. Sekiranya anak belum ada kemahiran verbal, ajak mereka bermain. Kanak-kanak suka permainan. Pilih alat permainan yang paling mereka gemari atau yang boleh membantu mereka mengalihkan fokus kemarahan atau ubah persekitaran dengan mengajak mereka ke ruang atau tempat lain.

3. Bantu mereka untuk mengawal emosi marah dengan mengajar mereka teknik pernafasan dalam(deep breathing technique). Ibu atau bapa meletakkan tangan kanan di atas dada kiri dan bernafas dalam. Minta anak melakukannya dan ajar mereka bernafas, sekurang-kurangnya dua kali. Setiap kali anak menunjukkan kemarahan, ibu bapa meletakkan tangan di atas dada sebagai isyarat yang jika anak itu melakukannya mereka akan berasa reda daripada kemarahan atau lebih tenang.

4. Ibu bapa melakukan sentuhan mesra, belaian, pelukan atau ciuman untuk menunjukkan bahawa mereka menyayangi mereka dan tidak marah atau benci kepada mereka.

5. Bagi yang beragama Islam, ketika anak dalam keadaan marah, pimpin tangannya ke tempat wuduk dan ajaklah dia berwuduk atau mencuci mukanya. Jika dia marah sambil berdiri, bimbinglah agar dia duduk. Ibu bapa juga boleh membimbing mereka membaca ayat al-Quran yang pendek.

No comments: