Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Sunday, March 28, 2010

novel naurah msyahidah

salam. dapatkan novel sulung naurah musyahidah atau nama sebenarnya "ROHAIDA BINTI ABD RAHIM" di Galeri Ilmu. dengan tajuk "BUKAN SEKADAR KAWAN". berkisarkan tentang seorang remaja lelaki yang cuba mengislahkan kawan-kawannya dan menarik mereka untuk mencintai Islam sebagai ad-din. dapatkan borang langganan di majalh "ANIS"

Petikan dari Novel "Bukan Sekadar Kawan":

Aku mesti bertemu dengannya dan menceritakan segalanya.
Ya, aku akan beritahu kepadanya yang aku tidak bersalah.
Tetapi, mungkinkah dia percaya kepada aku?
Seakan ternampak-nampak wajah menyinga itu di hadapan
matanya. Gadis itu bercekak pinggang. Mukanya yang merah
menyala bak udang dibakar sudah cukup memberitahu Hafiz
tahap kepanasan api amarah yang sedang menggelegak di jiwa
gadis itu.
“Kalau ya pun adik-beradik sotong, biarlah bertempat.
Tangan itu jangan suka merayap sangat. Apa awak ingat saya
ini ‘bohsia’? Tolong ya!”
Apa? Merayap? Bila pula tangan aku pandai merayap? Hei,
tangan! Kau merayap tidak beritahu akukah? Tidak tentu arah
Hafiz dibuatnya. Sudahlah dapat penampar, dituduhnya pula
macam-macam. Berpuluh-puluh mata di dalam bas RapidKL
itu merenungnya.
“Saya … .”
Hafiz tidak mampu meneruskan kata. Bagai ada batu yang
tersengkang di kerongkong. Terasa darah merah membuak
naik ke muka. Malunya jangan dikata.
“Hei, tidak perlu tunjuk muka kasihan di sini! Saya tengok
pun benci. Memang dasar jantan!”
Kalimah itu terhenti di situ apabila si pemandu memberhentikan
bas secara tiba-tiba. Mai tidak dapat mengawal pertimbangan,
lalu tumbang ke belakang.

Saturday, March 20, 2010

Pengurusan Stress

MENGURUS STRESS

Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress dinyatakan di sini beberapa perkara yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu diurus dengan baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik. Secara umumnya antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah seperti berikut:

(a) Riadah

Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan kita selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat megurangkan stress.

(b) Ganjaran Diri

Penghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk kata-kata intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa kita juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak cemerlang. Sehubungan itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri.

(c) Percakapan diri yang membina

Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan komunikasi intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik kejayaan tersebut. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stress. Ini mengelakkkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh membantu diri kita.

(d) Kerja kemasyarakatan dan kebajikan

Manusia adalah insan sosial. Manusia saling berhubung dengan insan yang lain. Kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus stress. Jika sekarang kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan membina kumpulan masyarakat yang bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform adalah satu kaedah terbaik mengurus stress. Kita juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti amal sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Sumbangan kepada sekolah misalnya dapat membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar.

(e) Penulisan

Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badan-badan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan sebagainya. Maka kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan melaksanakan aktiviti penulisan. Luahkan segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan yang terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini sememangnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu kita dapat mengurus stress dalam corak yang lebih baik.

(f) Berjenaka

Jenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering berjenaka. Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isterinya. Ini adalah fitrah manusia yang suka kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama, budaya dan nilai masyarakat. Jenaka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan masalah yang mana masalah itu merupakan rentetan dari stress yang timbul.

(g) Ketenangan ( Bebaskan Diri )

Setiap pelajar perlukan ketenangan dalam hal-hal tertentu. Ketenangan perlu dicari. Kaedah yang dimaksudkan ini ialah apabila kita berada dalam keadaan stress, maka carilah tempat yang jauh dari kebisingan dan orang ramai dan di tempat itu melaunglah sekuat hati dan sepuas-puasnya tentang apa-apa yang mahu dilaungkan sebagi contoh 'Ah... ... ..'. Namun begitu laungan tersebut jangan hingga melanggar batas-batas agama dan norma masyarakat. Laungan ini sebenarnya dapat membebaskan ketegangan yang terkumpul di dalam diri.

(h) Meninjau orang yang kurang bernasib baik

Keinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stress sering berlaku. Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain. Oleh itu dalam keadaan-keadaan tertentu adalah lebih baik kita merenung sejenak dan meninjau golongan yang lebih fakir dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian seumpama ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya lebih bernasib baik dan lebih beruntung daripada mereka tersebut. Hal ini juga dapat memberikan ketenangan tentang pentingnya bersyukur.

Secara keseluruhannya pemahaman tentang stress yang sering mendatangi kita adalah penting. Apabila kita faham tentang faktor-faktor yang menyebabkan stress dan bagaimana pula untuk mengurus stress, ia dapat memberikan kita celik akal bagaimana kedudukan kita sebagai pelajar. Jika kita berada dalam keadaan stress, apabila menghadapi peperiksaan, maka laksanakanlah cara-cara mengurus stress dengan baik.


TEKNIK ATASI STRESS
(a) Jumpa para profesional
(b) Alih pandangan kepada yang releks
(c) Gunakan teknik meditasi
(d) Laksanakan latihan fizikal - Jalan 15 minit
(e) Menyusun keutamaan tugas
(f) Tulis perasaan / cakap dalam pita rakaman
(g) Dapat sokongan emosi dari orang lain
(h) Latihan pernafasan dalam
(i) Mengurus masa
(j) Mandi dalam air suam
(k) Teknik besarkan situasi ke tahap tak masuk akal
(l) Melihat dari segi positif
(m) Menguasai kehidupan anda - menyelesaikan masalah
(n) Terapkan semula matlamat yang realistik
(o) Ingat peranan anda di dunia.

6 Tip Pengurusan Kemarahan

Setiap orang akan mengalami perasaan marah dan secara peribadi saya juga seorang yang selalu marah2

tapi semuanya bersebab tau..bukan suka2 jer nak marah

dan biler marah,saya akan membebel atau meluahkan secara perkataan (overt)

mungkin pun masing-masing ada jalan untuk uruskan kemarahan sebab sesetengah kawan saya suka pendamkan marah atau juga yang jenis ‘cool’ dan tenang..marah tapi xambil kisah sangat

so disini tips untuk kawal/mengurangkan marah

* Bayangkan atau berangan-angan menyakitkan orang lain dalam minda akan memberi kepuasan kognitif.
* Melalui perasaan simpati terhadap individu yang menyebabkan kemarahan atau melihat situasi dari perspektif mereka.
* Menggunakan teknik diversi (pengalihan arah tumpuan) iaitu melakukan sesuatu yang lain sementara menunggu kemarahan reda dan dapat bertindak secara rasional.
* Melalui intervensi kognitif seperti beranggapan bahawa situasi provokasi itu tidak penting dan tidak membawa apa-apa kesan.
* Melalui penulisan dengan mencatat mengenai perasaan marah yang dihadapi.
* Melalui ekspresi kemarahan secara berhikmah seperti mengambil kira aspek menghormati individu yang agresif.

boleh baca laporan sepenuhnya di sini

terpulang pada anda semua cmner nak kawal marah..tapi manusia susah nak berubah..sekarang kan dunia akhir zaman

p/s saya pun selalu guna teknik 1 dan 5..macam sekarang..meluah di blog kesayangan nie

Tip mengawal Kemarahan Kanak-Kanak

1. Berkomunikasi dengan anak. Setelah mereka agak reda dari kemarahan, bantu mereka:

- memberitahu apa yang mengganggu mereka dan apa yang menyebabkan mereka marah.

- memahami yang ibu bapa sedia mendengar dan membantu mereka.

2. Sekiranya anak belum ada kemahiran verbal, ajak mereka bermain. Kanak-kanak suka permainan. Pilih alat permainan yang paling mereka gemari atau yang boleh membantu mereka mengalihkan fokus kemarahan atau ubah persekitaran dengan mengajak mereka ke ruang atau tempat lain.

3. Bantu mereka untuk mengawal emosi marah dengan mengajar mereka teknik pernafasan dalam(deep breathing technique). Ibu atau bapa meletakkan tangan kanan di atas dada kiri dan bernafas dalam. Minta anak melakukannya dan ajar mereka bernafas, sekurang-kurangnya dua kali. Setiap kali anak menunjukkan kemarahan, ibu bapa meletakkan tangan di atas dada sebagai isyarat yang jika anak itu melakukannya mereka akan berasa reda daripada kemarahan atau lebih tenang.

4. Ibu bapa melakukan sentuhan mesra, belaian, pelukan atau ciuman untuk menunjukkan bahawa mereka menyayangi mereka dan tidak marah atau benci kepada mereka.

5. Bagi yang beragama Islam, ketika anak dalam keadaan marah, pimpin tangannya ke tempat wuduk dan ajaklah dia berwuduk atau mencuci mukanya. Jika dia marah sambil berdiri, bimbinglah agar dia duduk. Ibu bapa juga boleh membimbing mereka membaca ayat al-Quran yang pendek.

Cara-Cara Mengawal Kemarahan

Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita sendiri. di-bawah ini diberikan beberapa langkah mengawal kemarahan sebagai panduan kita sendiri.

1. Sebelum melepasksn kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3 Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4 Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6 Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

Atasi Marah & Panas Baran (Cara Islam)

Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

sumber : berita harian

Rahsia Hindari Kemarahan

Anda sakit hati, tak puas hati, bengang dan marah pada seseorang? Rileks, rileks. Jangan terlalu ikutkan nafsu, perasaan dan emosi anda. Sebab, kalau anda bengang atau marah macammana sekalipun, ianya tak akan membantu apa-apa. Ia hanya akan merumitkan lagi keadaan. Hati bertambah sakit, dan mungkin ada orang akan terluka dengan sikap kita. Jadi, cubalah kawal perasaan marah walaupun ianya amat sukar sebenarnya.

Baiklah, dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah yang berkaitan dengan ‘marah’, yang berlaku semasa zaman Nabi SAW dulu. Cuba baca kisah ini dan ambil lah pengajaran daripadanya.

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: “Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: “Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi.”

Rasulullah lantas menjawab: “Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.”


Rasulullah kemudian bersabda lagi: “Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah.”

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: “Awasilah diri kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.”

“Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang sedang marah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”

Setelah membaca entri ini, marilah kita sama-sama berazam untuk mengawal perasaan dan emosi kita daripada marah. Sesungguhnya marah itu hanya akan mendatangkan keburukan kepada kita.

Kalau kita berasa nak marah lagi selepas ini, cubalah ingat kisah yang berlaku antara Saiyidina Abu Bakar Radhiallahu’anhuma dan Rasulullah SAW seperti di atas.