Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Friday, February 5, 2010

Setinta pengalaman

Suatu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ialah ketika kau mengadakan qiyamullail untuk adik-adik form 1 ketika akau masih bersekolah di Maktab Mahmud Alor Setar.
Pada suatu maghrib, ketika kami sedang menunggu untuk makan malam, tiba-tiba adik-adik rumah qurratu'ain memanggilku. Kata mereka bulan pada malam itu lain benar. Aku turut mengarahkan pandangan ke arah yang ditunjukkan. Tetapi pandanganku tiba-tiba dikejutkan dengan suatu gambaran di langit.
Ya suatu pandangan wajah orang sedang tersenyum. Berkali-kali aku arahkan pandangan ke gambaran awan itu. Dan memang benar awan itu membentuk mata dan hidung manusia serta bibir yang sedang tersenyum.
Dan di sutu sudut kelihatan satu gambaran awan yang membentuk seorang perempuan memakai telekung yang sedang bersujud. Aku terpegun.. terpana.
Air mata bercucuran. Apakah Allah sengaja menunjukkan kekuasaan-Nya kala itu kepada kami? Hasrat hati untuk menjamah makanan terbantut, malah bertukar menjadi majlis tangisan.
Ada di kalangan adik-adik yang mula mengatakan qiamat hendak berlaku memandangkan malam itu malam Jumaat. Cuma aku dapat simpulkan, ia adalah satu petunujk yang ALLAH meredhai program kami malam itu.
Tetapi sayang tidak semua dapat menyaksikannya. Tuhan..maafkan kami andai selepas penzahiran kuasa mu itu kami masih lalai dan alpa. Bantulah kami dalam memngabdikan diri kepada-Mu Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

No comments: