Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Sunday, December 27, 2009

Nur Kasih III

NurKasih III

Entah kenapa hati ini tiba-tiba menginginkannya. Mengharap dia menjadi teman hidup sekaligus seorang suami. Harapan itu yang hanya membukit sedikit dan kini menggunung. Ya Allah dia benar-benar berada di depanku.

Pandangan Dahlia tersuluh pada raut wajah itu. Yang dulu begitu dijauhinya kini.. Hati ini mengharapkannya.

“Assalamu‘alaikum,” Dahlia memutar bicara.
“Wa‘alaikumussalamu warahmatuLLAH,” Ikhwan menjawab sopan.
“Err..”
Ikhwan sudah melepasinya. Seperti biasa Ikhwan pasti menunduk apabila berpapasan dengannya.

Hati Dahlia tak keruan. Ingatan yang tajam kepada lelaki itu semakin meruncing. Patutkah perigi mula menawarkan diri kepada timba?

“Ketika solat kita hendaklah mengadap Allah dengan sepenuh hati... dengan penuh sopan kerana itulah Kekasih Teragung kita. Harus merasa kerdil dan sedar betapa kecilnya kita ini di sisi Allah. Kalau hendak dibandingkan dengan hamba-hambaNya yang soleh.. apalah lagi kalau hendak dibandingkan dengan sahabat-sahabat dan Rasulullah… Kita hanya mampu mengharap supaya Allah menerima solat kita yang tidak seberapa ini…” suara penceramah bergema memenuhi surau Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman itu.
“Yang penting…kita mesti lakukan dengan ikhlas dan tulus.”

Tirai yang merentangi di antara jemaah mahasiswa dan mahasisiwi dibuka. Dahlia mengangkat wajah melihat siapa gerangan si penceramah. Buat ke sekian kalinya Dahlia terpana.

Pandangan mereka bertentangan. Pandangan itu tidak lagi dinodai nafsu tetapi disulami rasa kerendahan hati seorang hamba Allah kepada hamba Allah yang lain. Tapi, pandangan itu kemudian ditundukkan.
* * *
Maaf andai titipan warkah ini mencerminkan keruntuhan susila dan rasa malu seorang perempuan. Namun, tak salahkan diri ini mengikut tradisi Ummul Mukminin teragung kita, Saiditina Khadijah Binti Khuwailid menghulur hati ini untuk menghuni dan dihuni. Seandainya Ihkwan sudi hati ini bersedia untuk diisi.
Yang benar,
Dahlia.


Ikhwan melipatkan warkah yang diserahkan oleh Farida itu. Sungguh tak dijangka.. warkah itu datangnya daripada gadis yang diminatinya dahulu, Dahlia.

Sebulan.. dua bulan… tiga bulan sehinggalah tamat semester terakhir Dahlia di Universiti Malaya itu… sepatah perkataan pun tiada balasan dari Ikhwan. Nampaknya dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dari cerita kawan-kawan, Ikhwan sudah bertunang. Berderai. Ya, hati ini berderai. Dia hanya gadis biasa.. yang turut mengharapkan kasih sang teruna. Dia juga telah menerima lamaran seseorang sejak tidak mendapat apa-apa berita dari Ikhwan.
* * *

Kini sahlah Dahlia bergealar isteri kepada Ikhwan Aswadi, pilihan orang tuanya. Ya, dia harus membuang perasaan itu jauh-jauh. Dia harus melupakan Ikhwan. Nanti sekejap! Ikhwan Aswadi.. apakah dia Ikhwan yang diharap-harapkannya itu. Sesungguhnya di dalam hati dia masih berdoa semoga Ikhwan itulah yang menjadi suaminya kala ini.

Dahlia meneliti wajah lelaki yang datang menyarung cincin ke jarinya. Memang itu bukan wajah Ikhwan yang dulu. Wajahnya kini telah berubah..dihias kumis nipis dan janggut sejemput. Ya Allah benarkah ini?

Dahlia menundukkan wajah. Hatinya ditusuk kegembiraan… kebahagiaan… yang tidak terperi. Benarlah itu Ikhwan yang didambanya selama ini. Hati diruntun sesuatu.. Dia berasa hendak menangis. Air mata mengalir menyiramkan lagi pohon cinta fitrah yang kini bertakhta di hatinya. Sesungguhnya itulah air mata terindah yang dialaminya selepas air matanya bermunajat kepada Allah!

Hasil Nukilan:

Naurah Musyahidah (diterbitkan dalam : Harakah)

No comments: