Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Thursday, September 7, 2017

Sepercik Cahaya

Sami Besar batu cave Masuk Islam



Saya paparkan satu kisah yang dikisahkan oleh seorang penulis yang menggelarkan dirinya staf sarjan sebatang kara. Ceritanya adalah seperti berikut;

Assalamualaikum.

Minggu lepas surau ditempat saya didatangi oleh seorang bekas sami dari Batu Cave yang telah memeluk Islam. Beliau mempunyai nama baru yang telah diberikan oleh TGNA. Saya rasa tak sesuai nak bagitahu nama dia di sini.

Beliau sami yang kedudukan agak tinggi di Batu Cave. Tugas utama beliau di Batu Cave adalah membakar mayat di mana beliau adalah ketua. Upacara membakar mayat beliau lakukan adalah dengan menghadap kiblat kita ummat Islam. Maknanya mayat tersebut adalah dalam keadaan berdiri. Ada beberapa perkara yang membuatkan beliau meninggalkan agama beliau tapi antara yang sebab paling utama adalah semasa di Batu Cave beliau enggan menyembah seorang melayu yang bernama Ayah Pin.

Serba sedikit beliau menerangkan tentang pengalaman beliau semasa di Batu Cave. Kuil Batu cave adalah antara kuil yang paling utama di dunia untuk penganut hindu. Beliau menerangkan Batu Cave seumpama Universiti utama mengeluarkan PhD untuk bakal-bakal sami. Bolehlah saya umpamakan seperti Al-Azhar untuk penganut Hindu. Setahu saya sendiri tempat sambutan Thaipusam terbesar di dunia adalah di Batu Cave. Beliau jugak menyatakan bahawa Tokong Hindu paling besar di dunia adalah di Batu Cave. Tempat pembakaran mayat paling besar di dunia adalah terletak di satu tempat di Selangor (saya sudah lupa nama tempat tu).

Pada bulan Ramadhan beliau akan menutup semua Tokong yang ada kerana pada bulan Tersebut penganut Hindu tidak menyembah Tokong kerana pada bulan tersebut Tokong-tokong semacam tiada kuasa. Betullah logiknya kerana pada Bulan tersebut semua setan dan iblis diikat dan dirantai. Jadi tidaklah setan dan iblis nihh menghuni Tokong-tokong tadi untuk menyesatkan manusia.

Beliau juga memberikan beberapa petua. Jangan bersalam dengan penganut hindu di waktu selepas Subuh kerana waktu itu mereka baru bersembahyang dan mencalit sedikit abu mayat ke muka mereka dan mereka tidak membasuh tangan mereka. Juga jangan makan di rumah penganut hindu ini kerana beliau mengatakan dalam setiap rumah hindu ada Tokong dan masakan mereka akan dirasai dahulu oleh setan dan iblis nihhh. Itu sajalaaa yang sempat diperkatakan.

Sekarang beliau menetap di Kelantan dan sedang bekerja dan mendalami Islam di sana. Beliau sudah 3 tahun memeluk Islam.

Sepercik Cahaya

30 tahun kaji agama, sami peluk Islam
AMRAN ALI 7 APRIL 2015


Majlis pengislaman sami berusia 66 tahun disempurnakan Abdul Rahim di Masjid Cina, Melaka,
A- A+ (Ubah saiz teks)
MELAKA - Hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini, akhirnya seorang sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam.

Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna.

Semalam, lelaki terbabit mengucap dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, di sini.

Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia Cawangan Melaka (Macma), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki berkenaan banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini.

"Semasa menjadi sami, dia begitu banyak mengkaji tentang banyak agama di dunia ini. Dalam pengkajian itu, dia cuma menemui Islam sebagai sebuah agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah.

“Dia banyak melihat agama Islam ini semakin berkembang, tetapi dia tidak tahu puncanya," katanya.

Menurutnya, lelaki yang berasal dari Johor itu datang ke negeri ini sejak tiga minggu lalu.

"Akhirnya, dia berjumpa saya dan saya telah menerangkan dengan menggabungkan bagaimana logik, sains dan hujah dapat dikaitkan dengan pencipta alam ini menyebabkan dia tertarik untuk memeluk Islam,” katanya selepas majlis itu semalam yang
disempurnakan penaung Macma, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Datuk Yaakub Md Amin dan Mufti negeri, Datuk Dr Mohadis Yasin.

Jooi Soon berkata, kini tugas Macma adalah untuk membimbingnya agar dapat mengetahui ajaran Islam secara mendalam.

“Kerja kami baru hendak bermula untuk mengajarnya dan kami hanya boleh mengajar dalam bahasa Mandarin kerana dia tidak fasih bahasa Melayu dan Inggeris. Ia mungkin menuntut sedikit kesabaran,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama semalam turut menyaksikan pengislaman seorang lelaki kurang upaya (OKU) berusia 31 tahun.

Menurut Jooi Soon, lelaki dikenali sebagai Teo itu dikatakan ditemui ketika hidup di dalam gelandangan dan hanya mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk sesuap nasi.

“Dia mengalami kecacatan anggota kaki dan tangan. Rakan-rakan kami menemuinya sehingga akhirnya kami dakwah dia untuk tertarik terhadap Islam.

“Paling mencabar lagi bagi kami, OKU ini juga tidak berpelajaran dan tidak tahu membaca,” katanya.

Sepercik Cahaya

Bebola api cetus hijrah Kumaran
Oleh Norhafzan Jaafar
hafzan@bh.com.my





Share




TIDAK pernah terlintas di fikiran Kumaran Nagapa, 37, kunjungannya ke Bestari Jaya, Batang Berjuntai, Selangor, tiga tahun lalu, bagi melanjutkan pengajian di Universiti Selangor (Unisel) menjadi satu hijrah besar dan membuka lembaran baharu yang mengubah seluruh hidupnya.

Beliau yang sebelum ini penganut Hindu, mengakui sejak memeluk Islam dua tahun lalu, beliau terus yakin dengan pegangan hidup yang dipilihnya biarpun melalui pelbagai cabaran dan getir, termasuk kritikan juga cemuhan keluarga serta masyarakat sekeliling.

Malah, anak jati Kuala Lumpur ini menganggap semua dugaan yang dilaluinya menjadi pembakar semangat kepada beliau dan isterinya, Subashini Mariappan, 25, sehingga memberi idea kepada pasangan mualaf ini untuk menubuhkan sebuah pusat masyarakat bertujuan mengurangkan salah faham berkaitan agama dan kaum dalam kalangan masyarakat setempat.

Berkongsi pengalamannya, Kumaran yang lebih dikenali sebagai Kuma dalam kalangan penduduk, di Kampung Jawa, Bestari Jaya, mengakui pengetahuannya mengenai Islam sebelum ini amat cetek walaupun sering bergaul dengan rakan beragama Islam.

"Malah, saya tidak pernah kisah untuk mengambil tahu mengenai Islam sehinggalah pada suatu malam saya menyaksikan satu fenomena bebola api di langit. Ia menyebabkan saya mula berfikir mengenai sebab kewujudan dunia ini.

"Tidak tahu ke mana nak merujuk, saya menemui pensyarah di Unisel ketika itu, Muhammad Salleh, yang kemudian memberikan sebuah buku mengenai ilmu falak untuk saya baca.


KUMARAN Nagapa. - Foto Muhammad Sulaiman
"Ternyata banyak yang saya tidak tahu mengenai Islam, termasuk kaitannya dengan sains sehinggalah saya mula mengetahui mengenai konsep fardu kifayah dalam Islam," katanya.

Kumaran berkata, peristiwa menyaksikan kekuasaan dan kebesaran Allah itu tidak hanya berakhir di situ. Sekali lagi beliau menyaksikan perkara yang sama ketika sedang bermonolog mengenai kewujudan Tuhan.

"Ternyata pengalaman kedua menyaksikan fenomena kekuasaan Allah itu menguatkan lagi jawapan yang saya cari selama ini. Ini membuatkan saya yakin dengan Islam.

"Ia tak berhenti di situ. Sekali lagi, buat kali ketiga saya dapat melihat bebola api ketika bersama rakan. Ia mengukuhkan lagi keyakinan saya terhadap kekuasaan Allah sehingga saya memilih untuk memeluk Islam," katanya yang mengucap dua kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, pada Ogos tahun 2013

Mengimbau pada tempoh awal pengislaman beliau, Kumaran berkata, sama seperti kebanyakan kisah mualaf lain, hasratnya menukar agama mendapat tentangan keluarga.

"Malah, ibu bapa mempertikaikan tindakan saya yang dilihat seperti cuba mengajar mereka mengenai Islam sedangkan saya ketika itu masih baharu mengenali Islam.

"Perkara itu bagaimanapun menjadi semangat untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam supaya saya boleh memberikan kefahaman sebenar mengenai Islam kepada mereka," katanya yang memilih mengekalkan nama asalnya selepas memeluk Islam.


KUMARAN dan Subashini ketika menyertai kursus di Morib, awal tahun ini.
Kumaran berkata, kemarahan ibu bapanya bertambah selepas beliau memutuskan untuk berkahwin dengan Subashini, yang memiliki bayi perempuan, Jyoshini, yang ketika itu berusia enam bulan.

"Saya mengenalinya selepas membantu dia yang ketika itu sarat mengandung sehinggalah melahirkan bayinya di Hospital Sungai Buloh.

"Kerana mengandung tanpa suami, Subashini dan keluarganya dibenci oleh penduduk kampung sehingga tiada yang mahu membantu mereka," katanya.

Kumaran yang bekerja sebagai guru di sebuah pusat tuisyen di Bestari Jaya, berkata Subahsini memeluk Islam pada Disember tahun lalu, beberapa bulan sebelum beliau memutuskan untuk mengahwini wanita berkenaan pada April lalu.

Beliau berkata, bukan simpati yang menyebabkan beliau memilih mengahwini isterinya itu tetapi rasa tanggungjawab apabila memikirkan nasib Jyoshini, yang mungkin akan terabai dan tidak mempunyai masa depan, jika tiada yang membela ibu dan anak berkenaan.

Kumaran berkata, walaupun Bestari Jaya adalah sebuah pekan kecil yang jauh terpencil, penduduk di situ berhadapan pelbagai masalah sosial yang teruk dan membimbangkan, termasuk penyalahgunaan dadah, keruntuhan moral dan pembabitan dalam kumpulan kongsi gelap.


SUBASHINI (kanan) membantu murid menyiapkan kerja sekolah. - Foto Muhammad Sulaiman
Menyedari permasalahan itu, Kumaran mengambil inisiatif menubuhkan sebuah pusat khidmat masyarakat yang dinamakan sebagai 'Grassroots', yang bukan sahaja berperanan membantu masyarakat setempat dari segi pendidikan dan sosial, malah mengurangkan salah faham mengenai agama dalam kalangan mereka.

"Tujuan kami untuk menyampaikan berita baik mengenai Islam kepada semua lapisan masyarakat menerusi kebajikan dan akhlak," katanya yang memperuntukkan perbelanjaan sendiri bagi menyewa sebuah rumah untuk Grassroots.

Katanya, Grassroot menyediakan kelas tutorial percuma kepada kanak-kanak setempat dengan beliau dan isteri menjadi tenaga pengajar.

"Sambutan kelas tutorial ini di luar dugaan apabila ramai yang menghantar anak mereka belajar dengan kami walaupun pada awal penubuhannya ia mendapat tentangan penduduk kampung.

"Sekarang, kelas yang diadakan tiga kali seminggu bermula jam 6 petang hingga 7.30 malam ini sentiasa penuh, malah ada masanya mencecah sehingga 45 pelajar pada satu masa," katanya.

Selain itu, Kumaran juga sentiasa bersedia menghantar penduduk kampung ke hospital atau pejabat kerajaan jika kecemasan, selain membantu membeli barangan runcit kepada penduduk miskin.

"Ia bagi menunjukkan kepada mereka, Islam adalah agama yang mengeratkan silaturahim dan bukan menjadikan kita saling bermusuhan.


KUMARAN dan Subashini diraikan sempena pernikahan mereka April lalu. - Foto Muhammad Sulaiman
"Kebanyakan konflik dalam masyarakat negara ini terutama membabitkan agama adalah berpunca daripada salah faham. Ia boleh diatasi dengan mudah jika masyarakat Islam sendiri mengambil langkah pertama dengan menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada masyarakat yang belum mengenali Islam," katanya.

Kumaran berkata, semua kebajikan yang dilakukannya itu tidak akan terlaksana tanpa bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak, termasuk Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerusi Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor, IKRAM Kuala Selangor dan Hidayah Centre Foundation, yang sentiasa memberi sumbangan untuk menjayakan program kendaliannya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada qariah Masjid Al-awwabin, Bestari Jaya; Masjid India Bestari Jaya dan Masjid Unisel Bestari Jaya, yang disifatkan sebagai tulang belakang bagi setiap aktiviti yang dijalankannya.

Sementara itu, Subahsini menjelaskan, beliau memeluk Islam atas kerelaannya sendiri kerana berasakan Islam agama yang amat menghargai dan memberi penghormatan kepada wanita.

Katanya, beliau tertarik dengan kesucian Islam, yang meletakkan wanita di tempat tinggi, selain sentiasa memastikan aib golongan hawa terpelihara.

Ditanya mengenai kesanggupannya untuk berkongsi kisah silam dengan pembaca menerusi pendedahan ini, Subashini berkata, beliau tidak melihat perkara itu sebagai membuka pekung atau aib sendiri.

"Tujuan saya adalah untuk memperlihatkan bagaimana sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah kepada setiap hamba-Nya.


SEBAHAGIAN murid berjalan kaki untuk hadir ke kelas tutorial yang disediakan Kumaran dan isterinya di Kampung Jawa, Bestari Jaya. - Foto Muhammad Sulaiman
"Saya amat berharap sejarah hitam saya boleh menjadi iktibar kepada pembaca supaya masyarakat mengambil tanggungjawab untuk membantu dan bukan hanya pandai menghukum mereka yang menjadi mangsa gejala sosial seperti yang pernah saya alami," katanya.

Malah, Subashini berkata, beliau bersama suaminya kini berusaha untuk mendidik dan membimbing kanak-kanak di kampungnya supaya tidak terjerumus dalam gejala negatif.

"Dulu, saya dihina penduduk kampung kerana kisah silam berkenaan, selain abang saya pula dipenjara kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

"Tetapi kini dengan cara hidup saya selepas memeluk Islam, mereka sudah dapat menerima saya, malah tidak kisah menghantar anak mereka ke pusat bimbingan kami.

"Persepsi masyarakat boleh berubah dan saya harapkan mereka yang dilanda ujian untuk tidak berputus asa, selain mendoakan mereka diberikan nikmat oleh Allah seperti yang saya peroleh," katanya yang turut mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah dan Hari Assyura kepada seluruh umat Islam.

Sepercik Cahaya

Dari Seorang Mubaligh Hindu kepada Pendakwah Islam

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. 

Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. 

Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. 

Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. 

Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. 

Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. 

Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. 

Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi ‘masalahnya’ semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam.

Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. 

Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. 

Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; ” Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

“Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. 

Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: “Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir.”


Mohammad Fitri Abdullah

“Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

“Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau,” jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. 

Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

“Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

“Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu,” tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. 

Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. 

Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

“Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din,” kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. “Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

“Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

“Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini,” ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Wallahu’alam….

Dipetik Dari: halaqah.net

Sunday, September 3, 2017

Al Kitab, or Bible


Memeriksa Keaslian ALKITAB Dan AL-QUR'AN


 on Wednesday, 20 February 2013 
Oleh Zikrullah T. Ayyuba

Sebuah studi Alkitab mengungkapkan bahwa Alkitab tidak mengandung kata-kata yang tepat yang diwahyukan dan diucapkan oleh para nabi seperti Musa dan Nabi Isa. Alkitab telah ditulis oleh berbagai penulis selama periode berabad-abad, yang pada waktu itu juga banyak mengalami perubahan.

Dr Stanley Cook menulis:

"Kesalahan manusia (fallibility) menjadi faktornya, Alkitab tidak bebas dari kontradiksi dan kesalahan, dan sama sekali tidak sesuai dengan nilai-nilai agama secara menyeluruh. (Introduction to the Bible. h.193)
Kemudian dalam Britannica Encyclopedia edisi kesebelas menerangkan di bawah judul Bible:

"Tak dapat diragukan lagi bahwa sejumlah besar perubahan telah dimasukkan ke dalam teks Ibrani". Kita lihat dari sejarah Israel bahwa pada masa Nebukadnezar kitab-kitab Israel dibakar dan dimusnahkan. Kemudian ditulis ulang oleh Nabi Ezra: "Ia terlupakan dan Ezra memperbaruinya". (p. 322, Vol. V, Jewish Encyclopaedia)

Al-Qur'an dan AlkitabLebih lanjut pada halaman yang sama ditulis:

"Ia menunjukkan keraguannya mengenai kebenaran dari beberapa kata dari teks dengan menempatkan titik diatasnya. Haruskah Elihah, katanya, menyetujui teks, poin yang akan diabaikan. Haruskah ia menolak, kata-kata yang meragukan untuk dihapus dari teks."

Hal ini tidak memerlukan komentar lebih lanjut dari saya. Hal ini jelas menunjukkan bahwa secara umum Perjanjian Lama tidak bisa lagi dianggap sebagai Firman Allah yang terjaga keotentikannya. Demikianlah keadaan perjanjian lama.

Begitupun Perjanjian Baru yang memiliki kondisi yang sama. Tidak ada jaminan tentang kapan tepatnya ia ditulis. Kita tahu bahwa pada hari-hari pertama setelah kepergian Yesus mereka kemudian menunggu kedatangannya kembali. Sementara mereka yang telah tinggal bersama Yesus telah meninggalkan dunia ini dan pada saat yang sama tidak ada tanda-tanda beliau akan kembali, maka dirasa perlu bahwa Injil harus ditulis untuk keperluan orang-orang yang tidak bisa mendengar dari orang-orang yang tinggal bersama Yesus. Seorang sarjana Oxford mencatat:

"Hal penting pertama yang harus diperhatikan adalah bahwa belum ada Injil yang tertulis sampai bertahun-tahun setelah Yesus. Injil Markus adalah Injil yang paling awal yang diakui secara umum. Umumnya menetapkan penulisan tesebut telah dilakukan sekitar 65 SM. Peristiwa penyaliban umumnya dianggap telah terjadi sekitar 29 SM atau 30 SM. Jadi Injil ada sekitar tiga puluh lima tahun kemudian setelah riwayat-riwayat itu tercatat. Injil-injil lainnya ditulis kemudian... Selama tahun-tahun awal setelah selamatnya Yesus dari kematian, tidak ada catatan tertulis yang dibuat tentang kehidupan dan ajaran beliau. Beberapa ucapan yang paling mencolok yang mungkin diwujudkan adalah berupa liturgi sederhana. Setelah itu, tahun demi tahun berlalu dan ingatan semakin redup, maka dirasakan perlu untuk mencatat sabda-sabda beliau ke dalam bentuk tulisan... Tulisan-tulisan telah didasarkan pada ingatan para murid yang tinggal bersama Yesus dan yang mendengar sabda-sabdanya, jadi ingatan dan tradisi adalah dasar dari injil kita sekarang dibangun.
Harus kita sadari bahwa adalah hal yang tidak mungkin bahwa suatu cerita yang disebarkan secara mulut ke mulut - bahkan ketika hal itu dilakukan dalam waktu dekat ketika terjadinya peristiwa - tidak akan mengalami beberapa modifikasi. Hal ini tidak dapat dihindari bahwa narasi atau ucapan yang disampaikan dari mulut ke mulut untuk peristiwa yang telah terjadi hampir tiga puluh tahun pasti mengalami perubahan dalam prosesnya. Selain itu kita harus ingat bahwa di zaman kuno itu adalah kebiasaan umum bahwa para penulis sejarah yang paling telitipun memasukkan ke dalam mulutnya suatu karakter, diantaranya mereka menulis kata-kata yang mereka anggap sesuai dengan kondisi tanpa berniat untuk menyiratkan bahwa itulah kata yang tepat. Dan juga tidak ada keraguan dari para penulis sejarah pada kesempatan itu untuk memodifikasi catatannya sedemikian rupa untuk membawa keluar sudut pandang tertentu yang ingin tekankan dalam tulisannya.
Tidak ada keraguan bahwa Injil yang telah ditulis bukan hanya untuk tujuan penulisan tetapi juga untuk dedikasi yang telah tertanam dalam sikap pikiran. Kami tidak menjamin bahwa narasi dan ucapan seperti yang diberikan dalam Injil selalu mewaili apa yang terjadi sebenarnya dan apa yang sebenarnya dikatakan.  (The Story Behind the Gospel by Bernard M.Allen)

Thomas Paine menulis dalam bukunya 'The Age of Reason':

"Konsili Nicea dan Laodikia diadakan sekitar 350 tahun setelah Kristus, dan kitab-kitab Perjanjian Baru sekarang kemudian dipilih secara ya atau tidak seperti kita melakukan pemilihan dalam hukum. Banyak sekali kitab yang ditolak setelah mayoritas memilih tidak. Beginilah bagaimana Perjanjian Baru terbentuk... Jadi inilah barangkali, mereka memutuskan melalui pemungutan suara mana kitab dari koleksi mereka yang harus dianggap sebagai firman Tuhan dan mana yang ditolak. Mereka menolak sebagiannya, mereka memilih yang lainnya yang dianggap ragu-ragu menjadi sebuah kitab yang disebut Apokripa, dan kitab-kitab yang dipilih dengan suara terbanyak terpilih menjadi firman Allah. Haruskah mereka memilih sebaliknya, semua orang, setelah menyebut diri mereka Kristen, untuk percaya kepada yang lain, untuk kepercayaan yang dipilih oleh yang lain." Kita membaca dalam Peakes Commentary on the Bible: "Kita tidak memiliki teks Kitab Suci yang final dan tanpa meragukan yang bisa kita anggap sebagai versi asli. Versi asli sudah lama musnah.." (h.4)

Jika klaim Perjanjian baru adalah benar bahwa semua kitabnya diilhamkan oleh Allah." (II Timotius 3:16) lalu mengapa Gereja harus memutuskan dengan cara pemungutan suara mana buku yang diilhamkan dan mana yang bukan. Hal ini telah ditegaskan oleh teman-teman Kristen kita bahwa lima kitab pertama dari Alkitab telah ditulis oleh Musa di bawah Ilham Ilahi. Tetapi bagaimana hal ini bisa terjadi ketika kita menjumpai di bagian akhir dari kitab kelima terakhir Nabi Musa tersebut seperti ini:

Lalu matilah Musa, hamba TUHAN itu, di sana di tanah Moab, sesuai dengan firman TUHAN. Dan dikuburkan-Nyalah dia di suatu lembah di tanah Moab, di tentangan Bet-Peor, dan tidak ada orang yang tahu kuburnya sampai hari ini.(Ulangan 34:5-6)

Dari sini jelas nampak bahwa Musa bukanlah sosok penulis yang mengilhamkannya bahkan untuk disebut hanya sebagai penulis, karena tidak mungkin beliau menulis tentang kematiannya sendiri. Bahkan begitu lama waktu berlalu sebelum kitab tersebut ditulis, tidak ada yang tahu keberadaan makamnya!

Demikian juga kitab berikutnya tidak mungkin ditulis oleh Joshua seperti yang tertulis di bagian akhirnya:

Dan sesudah peristiwa-peristiwa ini, maka matilah Yosua bin Nun, hamba TUHAN itu, ketika berumur seratus sepuluh tahun. (yosua 24:29)

Keotentikan Al-Qur'an 

Jika Umat Islam sering membandingkan kitab suci mereka dengan kitab agama lain, hal itu tidak lain karena keaslian dari Alquran. Sebagaimana Firman Allah taala yang menyatakan:

"Ini adalah kitab yang sempurna, tidak ada keraguan di dalamnya, yang merupakan petunjuk bagi orang-orang yang benar." (2:3)

Sesungguhnya, Kami Yang telah menurunkan Peringatan Alquran ini, dan sesungguhnya Kami baginya adalah Pemelihara. [15:10)]

Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada Zikir, Alquran, ketika itu datang kepada mereka, dan Sesungguhnya itu adalah Kitab yang mulia. Kebatilan tidak dapat mendekatinya, baik dari depannya maupun dari belakangnya.  Diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, Maha Terpuji. (41:42-43)
Dia-lah yang menurunkan Kitab kepada engkau (3:8)

Segala puji bagi Allah swt., Yang telah menurunkan atas hamba-Nya Kitab ini dan tidaklah Dia menjadikan baginya kebengkokan. 18:2)

Ayat-ayat Al-Qur'an diatas menunjukkan dengan jelas bahwa Al-Qur'an adalah Firman Allah yang benar. Disamping itu bahasa dan gaya Al-Qur'an sedemikian rupa sehingga dengan mudah untuk diingat. Tidak saja para sahabat Rasulullah saw yang telah melakukan itu dengn cara menghafalnya tetapi juga sampai sekarang ratusan bahkan ribuan umat Islam telah melakukannya juga dan membacanya secara teratur agar ingatan mereka tetap segar terhadap ayat-ayat Al-Qur'an.

Karakteristik Al-Qur'an adalah ia membantah setiap keberatan yang diajukan terhadapnya oleh lawan-lawannya misalnya mengatakan bahwa Rasulullah saw lah yang telah mengarangnya sendiri. Allah taala mencabar mereka dalam Al-Qur'an:

"Dan jika kamu dalam keraguan tentang apa yang telah Kami turunkan kepada hamba Kami, maka  buatlah satu Surah yang semisalnya, dan ajaklah pembantu-pembantumu selain Allah swt., sekiranya kamu memang orang-orang yang benar. [2:24)

Apakah mereka mengatakan, “Ia telah mengada-adakannya? ”Katakanlah, Bawalah sebuah Surah yang semisalnya. dan panggillah siapa saja yang kamu mampu selain Allah swt. jika memang kamu orang-orang benar. (10:39)

Tantangan ini belum ada yang menanggapi. Tidak diragukan lagi banyak kritikus telah berusaha untuk membantah klaim Islam tersebut tetapi tidak ada yang telah memenuhi tantangan tertentu bahkan hanya untuk menghasilkan satu ayat yang lebih baik dari standar bahasa Arab dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun  mereka tidak mampu melakukannya karana Allah sendiri yang telah menetapkan:

Mari Belajar Tafsir Bible

PENGENALAN

Baru-baru ini saya meronda-ronda lagi ke dalam Bible/Alkitab lalu terjumpa lagi kekacauan di dalamnya. Ayat yang kita maksudkan kali ini ialah Luke 22 : 69. Latar belakang ayat ini ialah seputar seorang lelaki yang dipercayai sebagai Jesus telah ditangkap dan dihadapkan ke pengadilan.  Dalam Bible New King James Version (NKJV), kata-kata lelaki ini berbunyi :
"Hereafter the Son of Man (Jesus) WILL SIT on the right hand of the power of God."

Ayat ini menceritakan pengangkatan Jesus kepada Tuhan. Berdasarkan ayat ini pun kita dapat satu lagi maklumat bahawa orang yang sedang dibicarakan bukanlah Jesus, tetapi orang lain yang diserupakan dengannya.


PUNCA PERMASALAHAN

Kita lihat apa kata Bible berbahasa Melayu Indonesia iaitu ALKITAB TERJEMAHAN LAMA :
“Tetapi daripada sekarang ini Anak manusia (Jesus) AKAN DUDUK di sebelah kanan kodrat Allah."

Tapi dalam ALKITAB TERJEMAHAN BARU sudah dibuat perubahan :
“Mulai sekarang Anak Manusia (Jesus) SUDAH DUDUK di sebelah kanan Allah Yang Mahakuasa."

Yang mana satu yang betul? AKAN DUDUK atau SUDAH/SEDANG DUDUK? SUDAH DIANGKAT kepada Tuhan atau AKAN DIANGKAT  kepada Tuhan? Kan jauh bezanya?


SOKONGAN KEPADA ‘SUDAH/SEDANG DUDUK’ DI SISI TUHAN

MESSAGE BIBLE
“So here's what I have to say: From here on the Son of Man takes his place at God's right hand, the place of power."

Jadi saya temui dua sumber sahaja yang mengatakan Jesus sudah/sedang berada di sisi Tuhan.


SOKONGAN KEPADA ‘AKAN DUDUK’ DI SISI TUHAN

ALKITAB KABAR BAIK
“Tetapi mulai sekarang, Anak Manusia AKAN DUDUK di sebelah kanan Allah Yang Mahakuasa."

FIRMAN ALLAH YANG HIDUP
“Tetapi tidak lama lagi Aku, Mesias, AKAN DUDUK di atas takhta di sisi Allah Yang Mahakuasa."

AKITAB WBTC
“Mulai sekarang Anak Manusia AKAN DUDUK di tempat yang paling terhormat dekat Yang Mahakuasa."

KITAB SUCI INJIL
“Tetapi mulai saat ini, Anak Manusia AKAN DUDUK di sebelah kanan Allah Yang Mahakuasa."

ALKITAB MELAYU BABA
“Ttapi deri-pada ini waktu-lah NANTI Anak-manusia di-dudokkan sblah kanan kuasa Allah."

ALIKTAB SHELLABEAR
“Tetapi dari pada masa ini Anak Manusia AKAN DUDUK kelak di sebelah kanan kodrat Allah."

ALKITAB KLINKERT 1863
“Tetapi moelai dari sakarang ini Anak-manoesia NANTI doedoek disablah kanan koewasa Allah.

ALKITAB KLINKERT 1870
“Tetapi moelai daripada sakarang ini Anak-manoesia AKAN doedoek pada sabelah kanan kodrat Allah.

ALKITAB LEYDEKKER
“Deri pada sakarang 'ini 'Anakh 'Insan 'AKAN dudokh pada sabelah kanan peng`awasa`an 'Allah.

ALKITAB ENDE
“Tetapi mulai kini Putera manusia AKAN duduk disebelah kanan kekuasaan Allah.

BIBLE IN BASIC ENGLISH
“But in the future the Son of man WILL BE SEATED at the right hand of the power of God.

NEW KING JAMES VERSION
"Hereafter the Son of Man WILL SIT on the right hand of the power of God."

PHILLIPS NT
“But from now on the Son of Man WILL TAKE HIS SEAT at the right hand of almighty God."

REVISED WEBSTER VERSION
“AFTER THIS shall the Son of man sit on the right hand of the power of God.

GOD’S WORD TRANSLATION
“But from now on, the Son of Man WILL BE in the highest position in heaven."

NET BIBLE
“But from now on* the Son of Man WILL BE seated at the right hand* of the power* of God.”

Jadi……. mana satu yang betul?


ANAK MANUSIA ATAU AKU?

Ketika pelbagai jenis Bible/Alkitab mengatakan “SON OF MAN” atau “ANAK MANUSIA”, Alkitab FIRMAN ALLAH YANG HIDUP tiba-tiba mengatakan :
“Tetapi tidak lama lagi AKU, Mesias, akan duduk di atas takhta di sisi Allah Yang Mahakuasa."

Apabila orang yang ditangkap menyebut Jesus sebagai ANAK MANUSIA, hal ini membawa kemungkinan bahawa dia yang sedang ditangkap bukanlah Jesus. Tapi jika orang itu mengatakan “AKU”, maksudnya yang sedang ditangkap itu memang Jesus. Yang mana satu?

Abu Zulfiqar
12 SEPTEMBER 2012

Sumber: myalexanderwathern.blogspot.my/2012/09/biblealkitab

Di Manakah Jesus @ Nabi Isa?

NASSER MOHAMED MENJAWAB DALAM TEMURAMAHNYA :
SOALAN : Adakah Allah tidak mengambil tubuh dan jiwa Isa? (*Umat Islam percaya jasad Nabi Isa diangkat kepada Allah).

JAWAPAN NASSER : Allah hanya mengambil jiwanya bukan tubuhnya, bersesuaian dengan ayat :
“Ketika Allah berfirman : “Wahai Isa! Aku akan mengambilmu dan mengangkatmu kepada-Ku, dan menyucikanmu…” (*hanya setakat itu ayat Al-Quran yang disertakan).

Sekarang periksalah perkataan “MUTAWAAFIKA” dalam Quran pada ayat yang lain untuk anda mengetahui maksudnya.

Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati pada waktu tidurnya; maka Dia menahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain (yang belum sampai saat matinta) sampailah waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”

Jikalau Allah telah mengambil kedua-dua tubuh dan jiwanya maka bererti itu akan sama dengan Mi’raj seperti Nabi Muhammad SAW.

(*Tamat bahagian ini dalam temuramah Nasser. Petikan asal temuramahnya disertakan di bawah ini. Selepas itu ialah penjelasan saya terhadap pegangan Nasser ini)


PETIKAN ASAL  :

Q : Did Allah not take the body and soul of Jesus?
A: Allah took only his soul not his body in line with the ayah:
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَىٰ إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ
Behold! Allah said: "O Jesus! I will take thee and raise thee to Myself and clear thee (of the falsehoods) of those who blaspheme.

Now check the word MOTAWAFEEKA in the KORAN in other ayaht so you know the meaning:
اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَ‌ٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
It is Allah that takes the souls (of men) at death; and those that die not (He takes) during their sleep: those on whom He has passed the decree of death, He keeps back (from returning to life), but the rest He sends (to their bodies) for a term appointed verily in this are Signs for those who reflect.

For if Allah had taken both his body and soul then it would be like the MIRAAJ like prophet Mohamed (saw).

PENJELASAN KITA :

Ayat-ayat Al-Quran di atas digunakan oleh Nasser Mohamed untuk membuktikan tafsirannya (yang kononnya tafsirannya datang terus daripada Allah, maka semua tafsirannya kebal daripada kesalahan) bahawa hanya jiwa Nabi Isa yang diambil/dipegang oleh Allah sedangkan tubuhnya masih ada di bumi sehinggalah ke hari ini, sebagaimana dakwanya :

“so Allah raised Issa soul to him and the body raised in a higher place of the Arabian peninsula
and that place is the same place where Allah kept ppl of cave in it……”

Nasser Yaman percaya bahawa tubuh Nabi Isa tersimpan di kawasan tertinggi di Semenanjung Arab iaitu gunung di Yaman. Tulisan ini akan membuktikan bahawa jasad Nabi Isa diangkat kepada Allah. Badannya tidak ditinggalkan di bumi sebagaimana dakwaan Nasser Yaman.

Sebenarnya ayat Quran yang digunakan oleh Nasser Mohamed adalah dari Surah Ali Imran ayat 55, tapi bukan seluruh ayat melainkan sebahagian sahaja. Oleh itu mula-mula kita petik keseluruhan maksud ayat tersebut :
“Ketika Allah berfirman : “Wahai Isa! Aku mengambilmu (MUTAWAFFIIKA) dan Aku mengangkatmu (RAAFI’UKA) kepada-Ku, dan menyucikanmu daripada orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikutimu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. Kemudian kepada-Ku engkau kembali (MARJI’UKUM), lalu Aku beri keputusan tentang apa yang kamu perselisihkan.” (Ali Imran : 55)

MAKSUD “MUTAWAFFIKA”

Sama seperti kaedah Nasser, dalam usaha untuk memahami maksud sebenar “MUTAWAFFIKA”, kita kena merujuk ayat-ayat Al-Quran yang lain. Sebelum itu, untuk memudahkan pemahaman pembaca, saya jelaskan sedari awal bahawa maksud “MUTAWAFFIIKA” ialah “mengambil jiwa” atau “memegang jiwa”, bukannya mengambil ruh atau mengambil nyawa.

Pendukung ajaran Nasser Mohamed dari Indonesia nampaknya tidak punya ilmu tentang hal ini apabila menterjemahkan perkataan Nasser dengan kata : “Allah hanya mengambil RUH bukan tubuhnya.” Sebenarnya Allah tidak mengambil/memegang ruh, tetapi jiwa. Ada perbezaan antara ruh dan jiwa.  
Baiklah, mari kita lihat erti “MUTAWAFFIIKA”  dengan merujuk ayat yang sama yang digunakan oleh Nasser :
“Allah mengambil jiwa (YATAWAFFA) seseorang ketika matinya dan (juga kepada  seseorang) yang belum mati (iaitu) ketika tidurnya, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain (yang belum sampai waktu kematiannya) sehinggalah waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda Allah bagi kaum yang berfikir.” (Az-Zumar : 42)

Berdasarkan ayat ini, “MUTAWAFFIIKA” atau “YATAWAFFA” berlaku dalam dua keadaan :
1.       MUTAWAFFIIKA/YATAWAFFA berlaku ke atas makhluk yang mati.
2.       MUATAWAFFIIKA /YATAWAFFA juga berlaku ke atas makhluk yang sedang tidur.

Buktinya ialah firman Tuhan di atas tadi : “Allah YATAWAFFA seseorang ketika matinya, dan (Allah YATAWAFFA juga seseorang) yang belum mati (iaitu) ketika tidurnya.”

Kita lihat lagi bukti daripada Al-Quran :
“Dan Dialah yang menidurkan kamu (YATAWAFFAAKUM) pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian DIA MEMBANGUNKAN KAMU PADA SIANG HARI untuk disempurnakan umur kamu yang telah ditetapkan. Kemudian kepada-Nya tempat kamu kembali (MARJI’UKUM), lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-An’am ; 60)

Perkataan “YATAWAFFAAKUM” pada ayat ini bermaksud “TIDUR” bukannya ‘MATI”. Kenapa? Kerana selepas itu (dalam ayat seterusnya) Allah membangunkan semula pada siang hari. Kalau sudah mati, bagaimana mahu bangun semula kesesokan harinya? Betul kan?

Jelaslah bahawa proses “MUTAWAFFIIKA/YATAWAFFA/ YATAWAFFAAKUM” mempunyai dua keadaan iaitu DIMATIKAN ataupun DITIDURKAN.

Apa terjadi kepada tubuh badan makhluk apabila berlaku “MUTAWAFFIIKA”? Ada dua keadaan iaitu :
1.       Apabila ia berlaku ke atas orang MATI, tubuhnya sudah tidak beroperasi lagi.
2.       Apabila tawaffa berlaku ke atas orang TIDUR, tubuhnya masih beroperasi iaitu masih bernafas, turun naik dada dan perut, masih bergerak-gerak, dan boleh terjaga jika dikejutkan.

Makhluk yang Tuhan TAHAN JIWA yang diambil-Nya, tubuhnya akan berhenti beroperasi. Sudah tidak bernyawa. Dimatikan. Diwafatkan.
Makhluk yang Tuhan TIDAK TAHAN JIWA yang diambil-Nya, tubuhnya akan terus beroperasi. Masih bernyawa. Belum mati. Ditidurkan. Direhatkan.
Di situlah perbezaannya.

Kesimpulannya, MUTAWAFFIIKA/YATWAFFAA ada dua jenis. Kepada orang yang sedang tidur, kita tidak kata orang itu sudah kehilangan ruh. Kalau sudah hilang ruh, maksudnya orang yang sedang tidur itu sudah mati. Kita juga tidak kata yang dia sudah hilang nyawa. Kalau kita kata orang yang sedang  tidur itu tidak bernyawa, maksudnya dia sudah mati. Tapi kita semua tahu, orang yang sedang tidur masih ada ruh dan masih bernyawa. Cuma jiwanya yang diambil/dipegang Tuhan.

APA TERJADI KEPADA JASAD NABI ISA?

Berbalik kepada ayat : “Ketika Allah berfirman : “Wahai Isa! Aku mengambilmu (MUTAWAFFIIKA) dan Aku mengangkatmu (RAAFI’UKA) kepada-Ku…”

Pada ayat di atas, ada dua perkara yang dilakukan oleh Allah terhadap Nabi Isa, dan kedua-dua perkara itu dikaitkan dengan “WA” (Bahasa Arab) atau “DAN” (Bahasa Melayu). Apabila dua perkara dihubungkan dengan perkataan “DAN” dalam Al-Quran, maksudnya kedua-dua perkara itu mempunyai hubungan yang sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan.

Perkataan “MUTAWAFFIIKA” sudah kita fahami penggunaannya iaitu Allah mengambil/memegang jiwa Nabi Isa. Apabila Allah mengambil jiwa Nabi Isa, Dia melakukan satu kerja lagi iaitu “RAAFI’UKA”  ke atas Nabi Isa, iaitu MENGANGKATNYA. Hal ini jelas dengan wujudnya perkataan “WA” (yang bermaksud “DAN”) selepas perkataan “MUTAWAFFIIKA”.

Apa yang diangkat? Adakah jiwa Nabi Isa yang diangkat? Tentunya tidak. Jika jiwanya sudah melalui proses “MUTAWAFFIIKA”, tidak perlu lagi jiwa itu untuk diangkat, cukuplah jika ayat itu terhenti setakat “MUTAWAFFIIKA” sahaja. Tidak perlu ditambah perkataan “RAAFI’UKA” (Aku mengangkatmu) kerana keberadaannya di situ adalah sia-sia. Jiwa tidak perlu diangkat, cukup dengan diambil/dipegang dan ditahan oleh Allah. Mustahil Allah melakukan kerja sia-sia dengan meletakkan “RAAFI’UKA” selepas “MUTAWAFFIIKA” sekiaranya ia berkaitan dengan JIWA. Oleh itu “RAAFI’UKA” berkaitan dengan selain jiwa.

Buktinya ialah ayat-ayat Al-Quran sendiri. Saya mencari-cari dan terjumpa beberapa lagi ayat Quran yang menggunakan kata “TAWAFFA” iaitu ;
1.       Surah Al-An’am ayat 60. Perkataanya ialah “YATAWAFFFAKUM”. Proses ini tidak dikaitkan dengan proses “RAAFI’UKA” (diangkat).
2.       Surah Al-An’am ayat 61. Perkataannya ialah “TAWAFFATHU”. Proses ini tidak dikaitkan dengan proses “RAAFI’UKA” (diangkat).
3.       Surah Yusuf ayat 101. Perkataannya ialah “TAWAFFANI”. Proses ini juga tidak dikaitkan dengan proses “RAAFI’UKA” (diangkat).
4.       Surah An-Nahli ayat 28. Perkataannya ialah “TATAWAFFAAHUM”. Proses ini pun tidak dikaitkan dengan proses “RAAFI’UKA” (diangkat).
5.       Surah An-Nahli ayat 32 : Perkataannya ialah “TATAWAFFAAHUM”. Proses ini juga tidak dikaitkan dengan proses “RAAFI’UKA” (diangkat).
6.       Surah Az-Zumar ayat 42. Perkataannya ialah “YATAWAFFA”. Juga tidak dikaitkan dengan proses “RAAFI’UKA” (diangkat).

Kesimpulannya di sini, apabila mana-mana makhluk melalui proses “TAWAFFA” sama ada dimatikan ataupun ditidurkan, proses itu cukup setakat itu sahaja. “TAWAFFA” tidak perlu kepada “RAAFI’UKA”. Mana-mana tubuh yang melalui proses “TAWWAFFA” tidak perlu kepada proses “RAAFI’UKA”. Apabila jiwa kita dipegang oleh Tuhan, tubuh kita tetap tinggal di bumi.

Namun apabila Nabi Isa melalui proses “TAWAFFA” iaitu direhatkan, Allah kaitkan pula dengan “RAAFI’UKA”. Apakah maksudnya? Di sinilah penjelasannya. Apabila jiwa Nabi Isa dipegang oleh Tuhan, tubuhnya diangkat kepada Allah/ ke langit/ ke sisi-Nya. Jika tidak, perkataan “RAAFI’UKA” akan jadi sia-sia dimuatkan di situ, dan kita sedia maklum bahawa mustahil untuk Allah melakukan kerja yang sia-sia. Jiwa hanya melalui proses “MUTAWAFFIIKA” dan tidak melalui proses “RAAFI’UKA”. Yang melalui proses ‘RAAFI’UKA” ialah jasad. Maksudnya, jiwa Nabi Isa pun diambil/dipegang, tubuhnya pun diangkat kepada Allah. Sebaik-baik sahaja Nabi Isa melalui proses “MUTAWAFFIIKA” (direhatkan/ditidurkan), tubuhnya diangkat ke sisi Allah SWT.

Lagi bukti Nabi Isa diangkat kepada Allah :
“Tetapi Allah telah mengangkatnya (RAFA’AHULLAH) kepada-Nya. Dan Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (An-Nisaa’: 158)

Jika jiwa Nabi Isa sudah melalui proses “MUTAWAFFIIKA” (diambil/dipegang jiwanya oleh Allah), apa perlu jiwanya melalui proses “DIANGKAT KEPADA ALLAH”? Kan jiwanya sudah sedia diambil/dipegang Allah? Jadi, apa yang diangkat kalau bukan jiwanya? Yang diangkat itu tidak lain ialah jasadnya. Untuk jiwa, cukup dengan diambil atau dipegang oleh Allah, jiwa tidak perlu kepada ‘DIANGKAT KEPADA ALLAH”. Jadi, apa yang “DIANGKAT KEPADA ALLAH” pada diri Nabi Isa. Jiwanya? Sudah kita buktikan tidak mungkin.  Oleh itu yang diangkat tetaplah jasadnya.

Mahu bukti lagi? Saya perhatikan ayat sebelum ayat ke-158 di atas tadi. Di situ ada satu lagi sandaran yang bagus, yang mengatakan bahawa tubuh Nabi Isa memang diangkat ke langit.

“Dan kerana ucapan mereka (yang mengatakan) : “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa anak Maryam, Pesuruh Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan TIDAK MENYALIBNYA, tetapi orang yang diserupakan dengan Isa.” (An-Nisaa’ : 157)

Perkataan “MENYALIB” dalam ayat di atas tentu saja berkait dengan JASAD Nabi Isa. Takkanlah jiwa yang disalib, tentulah jasad. Kemudian dalam ayar ke-158, terus Allah menyambung cerita ini dengan kata-kata : “Tetapi Allah telah mengangkatnya (RAFA’AHULLAH) kepada-Nya.”

Kita lihat hubungan di antara dua ayat ini. Ayat pertama mengisahkan JASAD Nabi Isa gagal disalib oleh musuh-musuhnya. Ayat seterusnya pula mengisahkan Nabi Isa diangkat kepada Allah. Bukankah yang diangkat itu ialah JASAD Nabi Isa yang gagal disalib oleh musuh-musuhnya?

Yang gagal disalib ialah JASADNYA, takkanlah yang diangkat kepada Tuhan ialah jiwanya?
Yang gagal disalib ialah JASADNYA, takkanlah yang diangkat kepada Tuhan ialah darjatnya?

Jika kita menggunakan “jiwa” atau “darjat” untuk ayat ke-158, kelihatan hubungan ayat 158 dengan ayat 157 sudah terputus. Tapi jika kita kaitkan dengan “JASAD”, ya, di situ jelas ada kesinambungannya. Kesimpulannya di sini, sekali lagi kita mengatakan bahawa JASAD Nabi Isa diangkat ke langit, bukannya disimpan diceruk gua di gunung di Yaman sebagaimana yang diyakini oleh Nasser Mohammed.

Maka dakwaan Nasser Mohamed sudah tertolak dengan hujah-hujah dari Al-Quran. Hujah-hujah di bawah ini nanti hanyalah sebagai pembantu kepada hujah-hujah dari Al-Quran.

HUJAH-HUJAH SOKONGAN DARI HADITH-HADITH

Berdasarkan hadith-hadith pula, jelas bahawa tubuh Nabi Isa tidak berada di bumi tetapi berada di langit, di sisi Allah SWT dengan keadaan yang layak di sisi-Nya. Mari kita lihat bukti-buktinya.

“Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya dia benar-benar akan TURUN , apabila kamu telah melihatnya, maka ketahuilah; bahwa dia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sederhana, berkulit putih kemerah-merahan. Dia akan TURUN dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya seakan-akan meneteskan air walaupun ia tidak basah”. (Abu Daud)

Nabi Isa benar-benar akan turun, bukannya hanya jiwanya yang turun menuju kepada jasadnya yang berada di bumi, apatah lagi kalau dikatakan di Yaman. Hadith ini tidak mengatakan yang jiwanya akan turun sedangkan badannya sedia ada di bumi. Samalah halnya dengan TURUNNYA Nabi Adam dan Hawa ke bumi. Mereka berdua turun dengan jiwa dan jasad sekaligus, bukannya turun jiwa sahaja.

Lagi satu, mana mungkin jiwa Nabi isa TURUN dengan MEMAKAI DUA LAPIS PAKAIAN. Sudah tentulah yang turun itu beserta jasadnya sekali, barulah boleh berpakaian. Kan jiwa tidak memakai pakaian?

“Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat, sehingga TURUNLAH Isa Ibn Maryam ,maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi) : “ Kemarilah dan imamilah solat kami”. Dia menjawab;” Tidak, sesungguhnya sebahagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebahagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)”. (Muslim, Ahmad)

Hadith ini juga bercerita tentang turunnya Nabi Isa, bukannya turunnya jiwanya  sahaja dari langit.

“Demi yang diriku berada ditanganya, sesungguhnya Ibn Maryam hampir AKAN TURUN di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil, maka dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menolak ufti, melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mahu menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasa’i, Ibn Majah)

Dalam hadith ini juga tidak menceritakan turunnya jiwa Nabi Isa kepada jasadnya di bumi. Maksudnya jasadnya berada di langit. Dia turun dengan jiwa dan jasadnya sekaligus. Tubuhnya tidak ditinggalkan di bumi.

KESIMPULAN

Nampaknya Nasser Mohamed sudah tersalah tafsir. Dia mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran lalu mengatakan jasad Nabi Isa ada di sebuah gunung tertinggi di Yaman. Padahal jasad Nabi Isa diangkat kepada Allah.

Oleh kerana dia mendakwa tafsirnya datang terus daripada Allah dan mustahil ada kesalahan, maka Allah pun tersalah tafsirlah? Bolehkah begitu? Bolehkah Allah tersalah tafsir? Mana mungkin! Maksudnya di sini, Nasser Mohamed seorang penipu. Tafsir-tafsirnya bukannya datang terus daripada Allah melainkan daripada fikirannya sendiri. Sebab itulah ada banyak kesalahan dan kelemahan dalam tafsir-tafsirnya. Terbuktilah dia bukannya Al-Mahdi sebagaimana dakwaannya.

Satu lagi kesalahan Nasser Mohamed ialah apabila dia mengatakan : “Jikalau Allah telah mengambil kedua-dua tubuh dan jiwanya maka bererti itu akan sama dengan Mi’raj seperti Nabi Muhammad SAW.”

Mana boleh sama wahai Nasser. Nabi Muhammad tidak melalui proses “TAWAFFA”/“MUTAWAFFIIKA”. Dia Mi’raaj dalam keadaan JAGA, dengan jiwa dan jasad sekaligus. Sedangkan Nabi Isa, sekalipun diambil jiwa dan jasad sekaligus, tetapi dia melalui proses “MUATAWAFFIIKA”. Dari mana Nasser mendapat sumber mengatakan Nabi Muhammad melalui proses “MUTAWAFFIIKA”  ketika Mi’raaj? Ayat Quran mana yang ditafsirnya sehingga mendapat maklumat sebegitu?

KESIMPULAN AKHIR KITA PADA HARI INI :
1.       Nasser Mohamed memang tersalah tafsir Al-Quran.
2.       Tafsirnya tidak datang daripada Allah tetapi hasil pemikirannya sendiri ataupun hasil bisikan halus syaitan.
3.       Tafsirnya tidak kebal daripada kesalahan.
4.       Dia bukanlah Al-Mahdi.
5.       Ajarannya ialah ajaran sesat.
6.       Abdul Aziz Muhammad Nasir di Lombok yang mengaku sebagai Pemuda Bani Tamim kepada Nasser di Yaman juga seorang pendusta dan dipengaruhi oleh makhluk-makhluk ghaib yang berbisik kepadanya.
7.       Jasad Nabi Isa tidak berada di gunung Yaman tetapi diangkat kepada Allah.

Kita mengharapkan agar Allah terus mengekalkan kita pada jalan kebenaran, dan mengembalikan Nasser Mohamed (yang mengaku sebagai Al-Mahdi, mengaku menerima tafsir Quran terus daripada Allah, menolak 2 Kalimah Syahadah dengan memakai 1 Kalimah Syahadah sahaja dll), Abdul Aziz Muhammad Nasir (yang mengaku sebagai Pemuda Bani Tamim, mengaku sebagai Al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim, mengaku Ka’bah dibina oleh Nabi Ibrahim untuk dirinya, mengaku Allah masuk ke dalam dadanya dna berkata-kata di situ, dll) dan para pengikut mereka ke pangkuan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Abu Zulfiqar
4 OGOS 2012
Sumber: myalexanderwathern.blogspot.my/2012/09/nasser-jasad-nabi-isa-bukan-di-yaman.html