Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Tuesday, July 25, 2017

Hadis Sahih di Sisi Para Imam 4- perlu diketahui!



Para imam mempunyai sanad yang khusus,
Sebagai contoh ialah hadith



"ادرؤو الحدود بالشبهات"
Hadith ini disebutkan didalam kitab hidayah pada mensyarahkan kitab fathil qadir 4:139,sebagai hadith marfu',dan telah dikeluarkan oleh az zailai'e didalam nasbil rayah 3:333 secara mauquf dari perkataan umar alkhattab,dan dari perkataan muaz bin jabl dan ibn mas'ud dan uqbah bin amir

Dan didalam isnad yg disebutkn oleh az zailai'e terdapat perawi yg bernama ibn abi farwah وهو متروك .

Sedangkan imam abi hanifah meriwayatkan hadith " ادرؤو الحدود بالشبهات" didalam musnadnya dan iaitu hadith yg keempat didalam kitab hudud m/s 32,sanadnya dari miqsam,dari ibn abbas katanya :sabda nabi s.a.w "ادرؤو الحدود بالشبهات"

Nah,maka disini didapati bahawa para imam imam mempunyai sanad yg khusus,

Jika  melihat perkataan ibn taimiyyah didalam kitabnya رفع الملام m/s 18 kata beliau:

"ان الأئمة الذين كانوا قبل جمع هذه الدواوين كانوا أعلم بالسنة من المتأخرين بكثير،لأن مما بلغهم وصح عندهم قد لا يبلغنا الا عن مجهول،أو باسناد منقطع أو لا يبلغنا
بالكلية"

"Sesungguhnya para imam yang hidup sebelum fasa pembukuan kitab kitab sunnah,mereka adalah orang yang paling alim dengan sunnah berbanding mutaakhirin,kerana kebanyakkan hadith2 yang sampai kepada mereka dan sahih disisi mereka terkadang tidak sampai kepada kita kecuali dari perawi yang majhul ,atau sampai kepada kita dengan sanad yang terputus,ataupun langsung tidak smpai kepada kita"

Saya gariskan perkataan "أو لا يبلغنا بالكلية"

Perkataan ini sejajar dengan alhafidz ibn hajar ketika beliau ditanya tentang hadith2 yg dikemukakan oleh a'immah sayafeeyah dan aimmah hanafiyyah didalam ktb2 fiqh mereka,sedangkan tidak diketahui didalam mana mana kitab hadith,maka jawab ibn hajar:

"بأن كثيرا من كتب الحديث أو الأكثر منها عدم في بلاد الشرق في الفتن فلعل تلك الأحاديث مخرجة فيها ولم تصل الينا"

"Jawabnya:banyak kitab kitab hadith atau kebanyyaknnya dihapuskan di timur kerana fitnah yang berlaku(ketika itu),kemungkinan hadith2 tersebut ada dikeluarkan tetapi tidak sampai kepada kita"

Jika  melihat kepada perkataan imam ibn hajar,beliau begitu cermat didalam penilaian,tidak terlalu gopoh dalam menghukum,begitu juga ibn hajar dlm ktb talkhis habir,dan dirayah beliau sangat menjaga dan berhati2 dengan katanya pd hadith yg tidak diketahui dgn perkatan
لم أجده،لم أقف عليه.
Sumber : Fb https://www.facebook.com/bukhari.abdulrahman?hc_ref=ARRbWpl0ZJC4HcrAa7kRDMyxhOcbKIfMYhaqKrUUWaTPc3Px3mGbyXUA-dT4cnRacPM&fref=nf

No comments: