Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Friday, March 17, 2017

3 Jiwa 1 Cinta lahir daripada pengalaman saya menjadi "Doktor Cinta" secara tidak sengaja sejak dari zaman belajar di universiti sehingga bergelar guru di sekolah. Saya cuba selitkan penyelesaian yang saya kutip daripada Junjungan Mulia Rasulullah SAW utk konflik cinta yg tidak akan tercapai, Cth masalah tangan bertepuk sebelah, orang ketiga dan sbgnya di dalam kisah ini. Iaitu dengan membuatkan orang berkenaan putus asa atau membenci walau terpaksa berbohong. Metode ini saya kutip ketika masih belajar di universiti melalui kitab At-Tibbun Nabawi yg telah diterjemah dengan tajuk Sistem Pengubatan di Zaman Rasul, tulisan Ibnul Qayyim Al- Jawziyyah yg diterjemah oleh Drs. Nasir Shalih cetakan tahun 1998. Dan saya selitkan metode ini melalui tindakan Aiman membuatkan Dahlia membencinya demi supaya Dahlia cepat melupakannya. Malah, saya pernah berjaya menyelesaikan masalah cinta sahabat saya melalui cara ini. Mungkin bagi pendokong Ahluss Sunnah Wal Jamaah tidak berapa bersetuju dengan sesetengah pendapat Ibn Al- Qayyim, namun setahu saya tidak semua pendapat beliau di dalam dunia ilmiah ditolak mentah-mentah oleh ulamak Ahluss Sunnah Wal Jamaah. Semoga tulisan ini bermanfaat terutama buat remaja yang baru hendak mengenal dunia dan masih mentah dalam soal cinta terutamanya.
March 17, 2017 at 8:27 PM
 Delete

No comments: