Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Saturday, April 13, 2013

Manfaat SEBUAH NasihaT

 

Memberi nasihat memang mudah, malah kerana mudahnya memberi nasihat sehingga adakalanya ia dianggap ocehan atau leteran yang tidak mempunyai nilai. Sejajar dengan peranan Islam itu sendiri sebagai agama nasihat, maka setiap insan yang mengimani Islam itu perlu selalu menasihati sekurang-kurangnya kepada diri sendiri.
          Bagaimanapun, untuk menerima nasihat dan mengamalkan apa yang dinasihati itu tidak semudah yang dijangkakan. Apabila seorang anak dinasihati, ia kan membela diri dengan egonya sama ada menangis atau meragam. Seorang wanita akan merajuk menunjuk tersinggungnya hati. Seorang lelaki menunjuk berang lantas mengherdik pantas "Siapa kau hendak menasihatiku". Demikian susahnya untuk menerima nasihat.
         Kesabaran untuk memberi NASIHAT dan menerima NASIHAT sebenarnya harus seiring. Mungkin pada hari ini orang yang kita nasihati menunjuk geram dengan nasihat kita, atau kita sendiri yang tercabar hati nurani dengan nasihat orang kepada kita. Terasa diri tidak ada salah dan tidak kena belaka nasihat yang diberi. Namun, nasihat yang benar-benar lahir dari hati yang tulus akan menunjuk KESANNYA jua kecuali bagi insan yang memang ALLAH sengaja tidak membuka hatinya untuk menerima nasihat seperti FIRAUN, malah Iblis itu sendiri. Kalau bukan hari ini ia menerima nasihat yang diberi, mungkin esok, mungkin sebulan lagi, setahun lagi, dua tahun lagi, 10 tahun lagi. Begitu juga diri KITA. Andai hari ini kita rasa tertampar dengan penasihat yang tidak disangka munculnya, bahkan sangat TIDAK BERTAULIAH bagi kita mungkin lambat-laun sama ada esok atau tahun depan, 10, 20, berpuluh-puluh tahun nanti baru hati kita terasa MANFAAT sesebuah nasihat tersebut.
        Hanya mampu kita lakukan ialah BERDOA supaya hati kita dibuka Tuhan melihat kesalahan kita dan juga MELIHAT manfaat NasihaT tersebut. Semoga kita tidak termasuk di kalangan orang yang dikeraskan hati kerana PENOLAKAN kita terhadap sesuatu NasihaT. 
 
   
    


1 comment:

Naurah Musyahidah said...
This comment has been removed by the author.