Mari kita mulakan kisah Komet ISON ini dengan mengupas ciri-cirinya menggunakan data dari kitab Jufr Ahmar, nukilan Syaidina Ali K.w.h, sahabat & menantu Nabi yang mulia.
[1] EKOR YANG MEMANJANG
Syaidina Ali k.h.w menyebut dalam Jufr Ahmar di atas bahawa bintang/komet itu mempunyai ekor yang menakjubkan. Kemudian dia menyebut juga bahawa ekornya memanjang. Maka ada 2 deretan ayat yang saling berkait iaitu memanjang dan menakjubkan. Bagaimanakah anda dapat memahaminya? Bahawa akan wujud satu situasi iaitu bila komet ISON itu datang, maka partikel-partikelnya yang tertinggal sepanjang perjalanan orbitalnya (selepas 100 hari bila nukleasnya pergi) akan menghasilkan lerekan awam (noctilucent clouds). Mungkin beberapa habuk debunya akan memasuki atmosfera bumi. Kemungkinan terjadinya pancuran meteor atau lerekan awan adalah tinggi walaupun sebelum ini, menurut rekod belum pernah terjadi lagi. Dari perkataan “ekor yang memanjang”, maka kemungkinan terjadinya (lerekan awan) itu sangat tinggi. Tentu sekali ini akan menimbulkan satu fenomena yang menakjubkan bahawa ekor Komet ISON itu panjang dan bercahaya. Bahkan cahayanya bukan sekadar cahaya biasa, tetapi cahaya yang berganda-ganda terang seperti yang akan kami sebutkan berikutnya. Mari kita dengar beberapa kata ilmuan sains terhadapnya “Saat komet ini melintas, pemandangan paling spektakular akan terlihat dari belahan bumi sebelah utara, kerana di saat itu kepala komet mengarah kepada matahari dengan EKORNYA YANG PANJANG. Maka ilmuan sains, ramai yang menyebutnya sebagai KOMET PALING TERANG SEPANJANG SEJARAH MANUSIA”
BILA SEBENARNYA IA DIJUMPAI?
Untuk mengetahuinya, elok kita mendengar penerangan seorang saintis terhadapnya. Untuk beberapa tahun saya berfikir tentang kandungan mesej ini tanpa nama (yang tidak diikuti oleh komunikasi lanjut) sehingga ia ditemui pada September 21 2012 komet C / 2012 S1, lebih mudah dikenali sebagai Comet ISON. Tarikh 21/9/2012 itu adalah bersamaan dengan 4 Zulkaedah 1433H (Jumaat). Satu tarikh yang menunjukkan bahawa ia akan meninggalkan 1433H dan memasuki tahun baru 1434H.
[2] BUKAN SETIAP 6 ATAU 7 TAHUN SEKALI
Ia bukan komet yang datang setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), Dari kata-kata Syaidina Ali di atas, kita dapat fahami bahawa ia bukan sejenis komet yang datang setiap 6 atau 7 tahun
[3] BUKAN SETIAP 60 ATAU 70 TAHUN SEKALI
Ia bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad. Ini membawa maksud bahawa dia bukan sejenis bintang/komet yang datang setiap 60 atau 70 tahun sekali.
[4] BUKAN SETIAP ABAD

Ia bukan juga bintang/komet yang muncul setiap abad. Kata-kata Syaidina Ali di atas juga menjelaskan bahawa bintang/komet ini tidak datang setiap 100 tahun sekali. Maka maksudnya apa? Maka maksudnya bahawa bintang/komet ini adalah bintang yang sangat payah kelihatan. Ia mengambil masa yang sangat lama (dikhabarkan 10,000 tahun) untuk kembali semula berjumpa manusia. Mari kita melihat keterangan seterusnya. MARI MEMAHAMI NAMANYA Nama komet yang mempunyai orbit yang pendek (short-period comets) menggunakan nama astronomi atau angkasawan yang menemuinya. Contohnya Komet Halley atau Komet Swift Turtle (Komet Perseid). Akan tetapi jika ia mempunyai nama ISON di belakangnya, sebagai ganti kepada Comet Nevski–Novichonok atau C/2012 S1 (Nevski–Novichonok). Maka komet itu dianggap mempunyai kitaran orbitnya yang panjang. Maka maksudnya adalah seperti di bawah.
[5] BINTANG BERABAD-ABAD
Ini kata-kata Syaidina Ali k.h.w berikutnya. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Maka kami ingin menjelaskannya seperti berikut. Bintang berabad-abad itu bermaksud bintang yang diketahui sudah lama. Maka timbullah persoalan, Adakah bintang/komet ISON itu adalah planet X atau planet Nibiru yang diketahui sejak zaman Mesopotamia lagi? Kami tidak mengesahkan itu. Bahkan para saintis moden juga gagal mengesahkan itu. Tetapi ada keterangan saintis yang menjelaskan ketuaannya (umurnya) dan perjalanannya. Mari kita dengarkan. “Lebih kurang 10000 tahun lalu, komet ISON meninggalkan Oort Clouds dan bergerak ia menuju matahari. Pada November 2013, penjelajah bersalji (icy wanderer) ini akan sampai kepada puncak perjalanannya. Maka ia berupaya mewujudkan satu pemandangan menarik di atas permukaan bumi ini.” Umur 10,000 tahun itu menunjukkan bahawa ia sudah sangat tua. Kalau dikira dalam unit abad, maka ia sudah menjangkau 100 abad. Maka benarlah kalau Syaidina Ali menyebutnya sebagai bintang berabad-abad. PENJELASAN SEMULA KAMI Sebagaimana kami jelaskan di atas, bintang yang mempunyai nama ISON di belakangnya, maka ia menunjukkan bintang yang kitaran orbitnya sangat panjang. Dengan bahasa mudahnya, dia payah dijumpai atau memakan waktu yang cukup lama pula untuk melihatnya.
PENGENALAN KOMET ISON
Mari kita melihat sedikit pengenalan. Maklumat saintifik diperolehi ialah tanda pengenalan rasmi komet ini ialah C/2012 S1. Huruf "C" di hadapan namanya bermaksud tidak berkala (non-periodic), diikuti oleh tahun kemunculannya. Huruf "S" menunjukkan separuh bulan terjadinya penemuan. Dalam kes C/2012 S1, ia bermaksud separuh bulan September dan angka "1" menunjukkan bahawa ini adalah komet pertama yang dijumpai dalam separuh bulan September itu. Tambahan nama "(ISON)" selepas namanya menggambarkan organisasi yang menjumpainya. Dalam kes ini, ISON bermaksud International Scientific Optical Network (ISON) yang berpengkalan di Rusia. Jika organisasi yang sama menjumpai komet satu lagi, tetapi tidak berkaitan dengannya, maka namanya akan menjadi "C/2012 S2 (ISON)" Kami berhenti di sini dahulu. Penceritaannya masih panjang dan masih memerlukan waktu secukupnya. Kitab Jufr Ahmar itu menerangkan banyak sifat-sifatnya yang perlu dihuraikan lebih lanjut lagi. Semoga kita dapat bertemu semula di siri (2). Terima kasih. RABU 28/8/2013.