Aku disiksa. Aku dihina. Aku diperlakukan seperti binatang. Sudah berkali aku cuba melarikan diri. Tapi, setiap kali itulah aku ditangkap pengawal rumah Encik Yap Hong Seng.
Krek!
Pintu bilik terkuak. Terlihat sekujur tubuh tuannya di luar bilik. Mas Yanti diserbu cemas. Apakah malam ini dia bakal dipukul lagi oleh tuannya? Mas Yanti teringat kata-kata seorang Ustaz yang pernah didengarnya melalui televisyen apabila tuannya secara tak sengaja membuka rancangan itu.
“Minta tolonglah kepada Allah. Pasti DIA kan membantu kita”, ujar Ustaz yang berwajah bersih itu.
Ya Allah andai benar sebegitu kau bantulah aku menghindarkan diri dari cengkaman kuku besi tuanku. Ya Allah andai benar Engkau Tuhan Yang Sebenar Kau selamatkanlah aku.
Encik Yap Hong Seng terhuyung-hayang menuju ke arahnya. Mas Yanti berlari untuk menyelamatkan diri. Namun, tuannya itu itu tetap mara ke arahnya. Mas Yanti hanya mampu berserah apabila tuannya itu hendak menggapai bahunya. Namun, tiba-tiba tangan itu terhenti dan Encik Yap Hong Seng terjelepok jatuh ke lantai.
AlhamduliLLAH… dia terselamat kali ini. Dia sudah pandai menyebut kalimah itu. Kalimah yang sering disebut oleh driver Encik Yap Hong Seng, Solehuddin.
“SubhanalLAH walhamdulilLAH wa la ilaha illal LLAH walLAHU Akbar.” Zikir yang sering terpasang di kereta Encik Yap Hong Seng stiap kali Solehuddin membawanya ke pasar berkumandang di corong telinganya.
Dia menyebut satu persatu. Dia sudah hafal kalimah-kalimah itu. Sering Solehuddin memasang cd itu setiap kali mereka berdua tanpa Encik Yap Hong Seng.
Dia pernah bertanya maksud kalimah-kalimah itu.
“SubhanalLAH bermaksud Maha Suci Allah. Yakni Maha Suci Allah dari mempunyai isteri, anak dan mempunyai manusia. Allah itu hanya Satu”, terang Solehuddin.
“Ya, subhanalLAH bermaksud Maha Suci Allah dari sifat-sifat yang menyamai makhluk. Makhluk tu benda yang dicipta”, kata Solehuddin.
Tangan kita, kaki, badan, semuanya ciptaan Allah. Hatta lalat seekor pun Allah yang cipta.
“Allah pernah mencabar orang-orang yang tak percaya tentang keesaan Allah supaya mencipta lalat.”
“Mana mungkin!” balas Mas Yanti.
“Ya, Allah menempelak mereka dengan menyatakan bahawa untuk menghalau lalat yang datang menghurung mereka pun mereka tidak mampu, ini kan pula untuk mencipta lalat.”
Hebatnya Allah dapat mencipta lalat yang sekecil itu. Dan bertambah hebat lagi kerana Allah berkuasa mencipta makhluk yang lebih kecil daripada lalat.
Pang!
Satu tempeleng singgah ke pipinya. Wajah Mas Yanti terpaling ke sisi.
“Apa you masak ni? You ingat aku ni ayam ke? Nak makan beras?”
“Saya..saya silap sukat air, Tuan. Nanti saya masak semula..” ujarnya tergagap-gagap.
“You makan nasi beras ni!” Encik Yap Hong Seng melumur nasi yang masih panas itu ke muka Mas Yanti. Mas Yanti menjerit kesakitan.
Azabnya siksaan Encik Yap Hong Seng. Wajahnya melecur sana sini. Dan Encik Yap Hong Seng tidak pun membawanya ke klinik atau ke hospital. Dia terpaksa menanggung derita berhari-hari.
Hanya Solehuddin yang datang membawa ubat kepadanya. Dan dia semakin terhutang budi dengan lelaki itu.
“Maryam dulu menghadapi derita lagi sengsara. Dituduh mengandung anak haram. Kemudian diejek dan dipandang hina oleh masyarakat setempatnya”, tutur Solehuddin selepas menghulur ubat sapu kepada Mas Yanti.
“Maryam? Mary?”
“Ya, Mary dalam Bahasa Inggeris. Dia merupakan di antara insan yang paling kuat menerima cobaan. Tetapi, cobaan yang dihadapinya bukanlah bermakna Allah sengaja hendak menyiksanya. Allah nak tambah kekuatan di hatinya supaya kental. Dan dianugerahkan pula insan pilihan dari rahimnya sendiri.”
“Jesus?” tanya Mas Yanti.
“Jesus atau Isa al-Masih di dalam al-Quran.”
Kata Solehuddin lagi, tak mungkin Tuhan yang Maha Kuasa memerlukan isteri. Apatah lagi anak? Kerana Pencipta tidak akan sama dengan yang dicipta. Allah Sempurna. Amat Berkuasa.
“Al-Quran? Apa itu al-Quran?” tanya Mas Yanti seterusnya.
“Al-Quran itu kata-kata Allah yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab dan disampaikan kepada Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w” beritahu Solehuddin.
“Al-Quran telah mencabar manusia mencipta walau satu ayat yang indah seumpama al-Quran. Tetapi manusia pada zaman al-Quran diturunkan hinggalah ke hari ini belum dapat mencipta walau satu ayat sebanding al-Quran. Itu membuktikan bahawa al-Quran Mukjizat Nabi, iaitu bukti bahawa Muhammad utusanTuhan Sang Pencipta.”
“Masa kini mendapati ayat-ayat al-Quran tidak bercanggah dengan penemuan-penemuan saintifik yang tidak ditemui ketika zaman Nabi Muhammad dahulu.”
Solehuddin menceritakan tentang perkataan “ ‘alaqah ” yang di dalam al-Quran bermaksud “lintah” atau “sesuatu yang melekat”. Sains membuktikan janin di dalam perut ibu pada peringkat permulaan berbentuk seperti lintah dan melekat di dinding rahim. Betapa serasinya kalimah di dalam al-Quran dengan fakta Sains kini. Mas Yanti semakin kagum dengan al-Quran. Perlahan-lahan dia menyebut: Subhanallah!
“Woi!! Apa sub..lah-sub..lah ” sergah Encik Yap Hong Seng. Lidahnya telor untuk menyebut kalimah itu.
Dada Mas Yanti berdetup-detap.
“Ooo, jadi selama ni you dua orang memadu asmara di sini ya!”
“Tak. Saya cuma..” tempeleng kena ke muka Solehuddin.
“Pergi dari sini, Solehuddin! You dipecat!”
Solehuddin ternganga menadah keputusan tuannya. Dia menjauh dari tempat itu dan menghilang dari situ.
“You!” Yap Hong Seng berpaling pula ke wajah Mas Yanti. “Nak menggatal ye!” Dia menampar wajah Mas Yanti berkali-kali.
Wajah Mas Yanti kemerah-merahan ditampar Yap Hong Seng. Dia cuma membatu menerima deraan dari bosnya. Ya Allah selamatkan aku!, doanya di dalam hati.
Suatu malam, bulan cerah..Mas Yanti terjaga daripada tidur. Dia berjalan keluar dari bilik menuju ke dapur.
Suasana hening. Hanya cangkerik bernyanyi keriangan kedengaran. Tiba-tiba menyelinap idea itu di fikiran Mas Yanti. Dia menjelajah ke seluruh rumah banglo itu. Tiada sesiapa! Semua tidur..
Dia pergi pula memulas tombol pintu belakang rumah itu. Tak kunci! Inilah peluangnya! Dia memulas tombol itu penuh cermat, kemudian menyelit di antara daun pintu belakang itu. Memang tuannya lalai kali ini… pintu ‘rel’ belakang rumahnya tak dikunci.
Perlahan-lahan Mas Yanti pergi ke pintu depan, mencuri kunci pagar rumah Encik Yap Hong Seng.
Pagar terbuka! Dan dia mula memecut langkah seribu. Ya Allah Alhamdulillah!, ucapnya di dalam hati. Aku merdeka kini..
Lakaran ilham daripada:
Naurah Musyahidah
Selamat Maal-Hijrah 1435H
Selamat Maulidurrasul
Monday, September 3, 2012
Tuesday, July 3, 2012
Malam yang Berputar
Terkadang melihat kemodenan masa kini dengan gadjet, lagu-lagu hiburan.. terfikir betapa ramai manusia lebih cenderung ke arah hiburan dan menghilangkan minat untuk menghadam ilmu al-Quran & Hadis yang masih luas khazanahnya. Terkadang terfikir andai Imam Syafie masih ada, entah apa pandangannya melihat keadaan umat Islam masa kini..
Tuesday, April 17, 2012
Kasih..
Aku umpama pengembara
Tanpa kusangka akan menemuimu
dan cinta bersemi di hati
nan bening
Hadirmu menjadi penting
Sering aku adukan rinduku
pada angin
Lantaran rasa malu untuk
menyatakan apa yang kurasa
Selalu ingin kunyanyikan
rasa riang ini
Selalu ingin ku lukiskan
wajah indahmu
Agar dapat kutatap
saban waktu
Kasih..
Bukan kerana wajahmu
bak putera impian
yang terlalu sempurna
keindahan ciptaannya
Juga bukan kerana bicaramu
yang sentiasa puitis
lalu melemaskanku dengan
bicara indah nian
Juga bukan kerana terpegunnya
diri dengan harta juga permata
yang menjadi milikmu
Sedarlah..
Kasihku hadir lantaran
kesucian hatimu
yang dapat ku lihat dari
raut wajahmu
Lantas hadirnya kagum
buat jiwa penyayangmu
dan juga takdir-Nya
Maha PenCINTA.
nukilan,
Naurah Musyahidah
Aku umpama pengembara
Tanpa kusangka akan menemuimu
dan cinta bersemi di hati
nan bening
Hadirmu menjadi penting
Sering aku adukan rinduku
pada angin
Lantaran rasa malu untuk
menyatakan apa yang kurasa
Selalu ingin kunyanyikan
rasa riang ini
Selalu ingin ku lukiskan
wajah indahmu
Agar dapat kutatap
saban waktu
Kasih..
Bukan kerana wajahmu
bak putera impian
yang terlalu sempurna
keindahan ciptaannya
Juga bukan kerana bicaramu
yang sentiasa puitis
lalu melemaskanku dengan
bicara indah nian
Juga bukan kerana terpegunnya
diri dengan harta juga permata
yang menjadi milikmu
Sedarlah..
Kasihku hadir lantaran
kesucian hatimu
yang dapat ku lihat dari
raut wajahmu
Lantas hadirnya kagum
buat jiwa penyayangmu
dan juga takdir-Nya
Maha PenCINTA.
nukilan,
Naurah Musyahidah
Sunday, April 15, 2012
Friday, February 3, 2012
Sesuci Kasihmu
Sungguh indah hari ini! Hari dirinya bakal disatukan dengan gadis pilihan keluarganya, Amirah. Di dalam hati tersemai impian untuk membina keluarga-keluarga yang diredhai Allah! Dia sebagai suami juga sebagai ketua keluarga.. akan mentarbiah keluarga semoleknya. Dia akan berusaha menjadi uswah hasanah kepada ahli keluarganya. Dia kan berusaha menjadi suami yang sejati. Rasulullah akan sentiasa menjadi idolanya. Itulah harapannya-moga dikabulkan Tuhan.
Sekali lafaz, Amirah telah menjadi isterinya. Perasaan di hati berbunga riang. Dia berharap begitu juga perasaan Amirah, isterinya yang sah! Akan diwarnainya kehidupan ini dengan bunga-bunga keindahan… seindah suria yang memancar… seindah pelangi yang mencorak.
Sekarang tibalah saat dia atau Faiz menyarung cincin ke jari manis Amirah. Pertama kali kulit gadis itu disentunya. Amirah termalu-malu menerima kucupan suami di dahinya.
Krek!
Pintu terbuka. Faiz sedang berdiri memandang kepada sang isteri yang masih berbaju pengantin. Rambut panjang mengurainya menghiasi sekeping wajah isteri. Dia sedang menanti.
“Assalamu‘alaikum” Faiz bersuara.
“Wa‘alaikumussalamu warahmatullah”
“Maaf, lambat sikit! Abang berbual dengan kawan-kawan tadi.” Pertama kali dia membahasakan dirinya ‘abang’ kepada Amirah.
Amirah tersenyum.
Indah.. . Sungguh indah senyuman Amirah! Faiz sedikit terpegun.
“Amirah pun lambat juga tadi. Melayan saudara-mara.”
“Malam ini kita mesti berterus-terang antara satu sama lain. Apakah kita redha dengan perkahwinan ini..?” ujar Faiz memandang wajah bujur sirih Amirah.
Amirah terdongak, melihat Faiz.
Faiz senyum.
“ Abang dengan setulus hati menerima Amirah. Buat sekarang jiwa abang ini ingin diserahkan kepada Amirah. Apakah Amirah sudi menerimanya?”
Amirah tercengang. Dia menundukkan kepala.
“Amirah senag menerima abang sebagai suami. Amirah juga ingin serahkan jiwa Amirah kepaa abang. Amirah tiada orang lain di hati…”
Pandangan bersabung. Penuh bermakna.
* * *
“Amirah mengandung”, beritahu Amirah menundukkan kepalanya.
Faiz tersenyum bahagia apabila teringat ujaran itu. Benih cinta mereka sedang subur memekar di dalam rahim isteri. Semoga anak yang bakal lahir kan menjadi insan soleh atau solehah. Itulah harapannya.
Terdengar pintu biliknya diketuk. Faiz bersuara menyuruh orang yang dimaksudkan masuk. Pintu dibuka. Salmiah datang masuk menghadap.
“Assalamu‘alaikum, Encik.”
“Wa‘alaikumussalam. Ya?”
“Encik, ada orang nak jumpa encik.”
“Siapa?”
“Encik Imran Hakimi.”
“Imaran Hakimi…” Faiz berfikir seketika…
* * *
Ha!Ha!Ha!
Suara ketawa mereka kedengaran. Teman yang sekian lama lost contact dengannya datang mencarinya di pejabat.
“O, jadi kau bakal menjadi ayahlah!”
“Begitulah! Alhamdulillah..”
“Ini gambar perkahwinan kau?”
Imaran mengambil bingkai gambar dari meja. Dia memandang.. mengamati.
* * *
Bahang amarahnya sedang membakar hati. Faiz memandu laju.
“Maaf, aku nak beritahu kau… isteri kau ni.. aku kenal!” Terngiang-ngiang suara Imran di telinganya.
Faiz gusar dengan ayat Imran. Dia merenung sahabatnya.
“Isteri kau ini sudah tak suci… Aku pernah kenal dia.. Kami bercinta… Kemudian terlanjur..”
Bagaikan guruh memetir dadanya, dia mencerlung sahabat.
“Kau jangan nak mengarut!!!” jerkah Faiz.
“Kalau kau tak percaya kau tanya Amirah..”
Faiz rasa tercabar.
Kereta Gen 2 berhenti di halaman rumah. Dia masuk… mencari susuk tubuh Amirah. Di ruang tamu… tiada! Di dapur… tiada! Dia ke kamar … Didapati Amirah sedang terlantar keletihan.
Amirah perasan ada orang masuk ke kamar. Dia mencelekkan mata.
“Abang… Abang baru sampai?”
Soalan Amirah tidak berjawab.
“Maaf, Amirah letih. Baru lepas muntah. Amirah belum siapkan makan tengahhari…”
Faiz masih diam. Dia merenung isteri.
“Imran Hakimi..” ujar Faiz.
Amirah tersentak. Dia cuba berlagak selamba, berpura-pura bertanya.
“Kawan abang yea?”
Soalan Amirah tidak dijawab. Sebaliknya disambut dengan satu soalan.
“Amirah kenal?”
Amirah terdiam. Tiada jawapan.
“Dia cakap dia kenal Amirah”, beritahu Faiz tanpa ditanya.
Amirah diam jua.
“Dia cakap dia pernah kenal dan bercinta dengan Amirah…”
Amirah keresahan.
“Dia cakap Amirah sudah…”
“Maaf… Maaf, bang.”
Air mata Amirah mengalir ke pipi.
“Kenapa Amirah menangis?” soal Faiz.
“Memang Amirah pernah bercinta dengannya. Tapi, itu dulu. Amirah dah tak ingat dia lagi. Hanya abang yang bertakhta di hati Amirah sekarang…”
“Setelah Amirah sudah tidak suci lagi..?”
Serasa guruh berdentum di dalam dada Amirah. Amirah menangis.
“Maaf bang… Amirah cuma fikirkan kebahagiaan kita. Lagipun, anak di dalam kandungan Amirah ini memang anak abang..”
“Amirah tidak suci lagi… Kemudian terima abang supaya menjadi pak sanggup kepada anak haram Amirah dengan Imran! Amirah perbodohkan abang ya?”
“Tidak!” Amirah masih menangis. “Bukan. Ini anak abang!”
“Betul ke?”
“Demi Allah!”
“Tapi Amirah tidak jujur dengan abang! Amirah menyerahkan jiwa Amirah kepada abang setelah Amirah tidak suci lagi!” Suara suaminya memuncak amarah.
“Amirah dah bertaubat. Amirah tak nak ingat lagi dosa itu. Amirah nak buang dari ingatan. Amirah nak bina hidup baru dengan abang.”
Faiz melanjutkan perbicaraan..
“Amirah dah bertaubat. Tapi, bagaimana dengan abang? Adilkah abang menerima Amirah setelah tidak suci lagi?!”
Amirah terduduk. Menangis.
Faiz berlalu pergi. Dia memandu keretanya keluar dari rumah. Kemudian singgah di masjid… beriktikaf.
Hatinya remuk-redam apabila mengetahui isteri yang disayangainya sebegitu. Kejutan akibat mendengan pengkhabaran mengenai isterinya masih terasa bergegar di dada.
Ya Allah… Isteri yang selama ini kubelai dan dipilih oleh keluargaku rupanya sebagini…? Maaf, hati ini tidak dapat menerimanya ya Allah. Faiz mengadu di dalam doanya.
* * *
Ke hadapan abang yang Amirah cintai walaupun Amirah tahu Amirah tidak layak untuk mencintai abang,
Assalamu‘alaikum, abang. Semoga abang sentiasa sihat sejahtera dan dalam keredhaan-Nya.
Abang,
Amirah minta maaf kerana keluar rumah tanpa izin abang. Amirah tak mampu lagi berada di dalam rumah ini. Amirah malu…Amirah bukan lagi penyeri istana impian abang. Amirah hanya menyemak rumah abang. Amirah tahu Amirah tak layak menjadi racun pun dalam hidup abang. Kerana Amirah tiada erti apa pun di sisi abang saat ini.
Maaf abang kerana merahsiakan perkara itu. Sungguh. Bukan niat di hati ini untuk menipu abang. Amirah cuma melaksanakan perintah Allah. Supaya tidak mengungkit-ngungkit lagi do sa silam apatah lagi kalau kita memang benar-benar bertaubat kepada-Nya. Kerana di sisi Allah orang yang bertaubat kepada-Nya dianggap seperti tidak pernah melakukan dosa. Maaf kalau itu dianggap satu pembohongan bagi abang.
Amirah tahu hati abang tercalar. Maaf kerana membuat abang rasa begitu.
Amirah tak layak untuk berkata apa-apa lagi. Apa yang Amirah tahu.. Amirah harus pergi dan jangan muncul lagi dalam hidup abang.
Maaf seagungnya, halalkan makan minum Amirah.
Yang benar,
Amirah
Faiz melemparkan surat itu ke sisi.
Bukankah itu yang dia mahukan? Supaya Amirah pergi dari hidupnya? Tapi kenapa hati ini seperti diruntun sesuatu. Rumah besar miliknya bertambah sepi. Rumah itu kehilangan serinya. Dan seri itu adalah Amirah…
* * *
Amirah tersenyum melihat air sungai yang mengalir ke kakinya. Amirah tak kesal dengan apa yang terjadi kerana Amirah tahu Amirah memang tidak layak untuk bermimpi hidup bersama Faiz. Dia telah terlepas daripada perasaan bersalah kerana menghadiahkan diri yang tidak sempurna kepada Faiz.
Amirah bermain-main dengan air di kali. Sungguh. Hatinya terasa lega menerima semua itu.
Amirah terdengar derap kaki orang memijak ranting kayu. Amirah kaget. Amirah menyalahkan dirinya kerana pergi kesungai itu seorang diri.
“Assalamu‘alaikum”
Terdengar orang memberi salam.Amirah mengamati suara itu. Kenapa dia rasa seperti mengenali suara tersebut?
Terlihat sekujur tubuh muncul dari rimbunan semak-samun di situ. Amirah terpaku. Pandangan mereka bertentangan.
“Abang..” Amirah menegur. “ Macam mana abang tahu Amirah ada di sini?”
“Abang dapat teka…”
Amirah tersenyum tawar.
“Kenapa Amirah tak balik ke rumah? Itukan rumah Amirah..”
“Di sini rumah Amirah, abang. Rumah itu bukan untuk Amirah lagi..”
“Rumah itu sudah menjadi milik Amirah..”ujar Faiz.
Amirah tersenyum hambar.
“Tak payahlah abang fikir nak beri rumah itu kepada Amirah. Amirah rasa tenang di sini, bang. Biarlah Amirah di sini…”
“Amirah tak sayang abang lagi?”
Amirah terpana. Memandang mata Faiz. Mencari maksud daripada kata-kata itu. Kemudian, memandang sungai. Tersenyum hambar lagi.
“Tak payahlah abang rasa bersalah nak berpisah dengan Amirah. Amirah dah tak ada perasaan untuk bersama abang.”
“Amirah tak cintakan abang?”
Amirah kelu dengan soalan itu. Dia memandang mata Faiz kemudian menundukkan pandangan.
Amirah senyum lagi. Masih hambar.
“Amirah tak layak untuk bercinta dengan abang. Jadi, apa gunanya Amirah mengakui yang Amirah mencintai abang.”
“Abang cintakan Amirah…”
Amirah terdongak. Pandangan mereka bersabung.
“Abang nak Amirah balik. Balik ke sisi abang..”
Amirah diam.
“Betul kata Amirah… Di sisi-Nya orang yang telah bertaubat seperti tidak pernah melakukan dosa. Amirah tetap suci di sisi Allah…”
Faiz tersenyum. Mendepakan tangannya.
Sepantas kilat Amirah sudah berada di dalam pelukan Faiz. Amirah menangis kegembiraan.
Lakaran Rasa daripada;
Naurah Musyahidah
(nama pena)
majalah ANIS

NAMA NABI MUHAMMAD SAW DI DALAM KITAB² AGAMA HINDU
oleh Misteri & Keajaiban Alam (Fake & Fact) pada pada 1hb Februari 2012 pukul 7.57 ptg
Gambaran Kalki Avtar yang berpedang dan menaiki seekor kuda yang ditunggu-tunggu oleh umat hindu. Ia dipahat pada batu dan dijumpai pada kurun ke 18 di Radhanagar, Tripura, India.
Jika umat Islam mempercayai ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW di dalam Kitab Taurat & Injil, bagaimana pula dengan kitab suci Umat Hindu? Mungkinkah kedatangan Nabi Muhammad SAW juga sudah diramalkan oleh kitab suci Umat Hindu? Itulah yang akan kita bahaskan di sini.
Di Antara Firman² Allah SWT Di Dalam AlQuran:
Dalam surah Asy-Syu’ara (26) ayat 196:
“Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu benar-benar (tersebut) di dalam kitab-kitab orang² yang terdahulu”.
~Maka di dalam kitab² sebelum Al-Qur’an juga telah terdapat wahyu² daripada Tuhan (Allah SWT) sepertimana Taurat & Injil.
Dalam surah Fatir (35) ayat 24:
~ Dinyatakan bahawa tiada satu kaum pun pada masa dahulu yang berlalu tanpa diberikan seorang pemberi peringatan tentang perintah dan larangan Tuhan (Allah SWT).
Dalam surat Al-Ahzab (33) ayat 40:
~ Dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah merupakan Utusan Tuhan dan juga merupakan penutup kepada semua para nabi (Utusan Terakhir)
Dalam surat Al-Anbiya (21) ayat 107:
~ Dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah diutuskan melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam semesta.
Dalam surat Saba’ (34) ayat 28:
~ Dinyatakan bahawa Tuhan telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk seluruh umat manusia sebagai pembawa khabar gembira dan peringatan tentang dosa, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Juga yang terdapat di dalam hadis Bukhari vol 1. Di dalam kitab Solat bab 56, hadis no.429, yang bermaksud Nabi Muhammad telah bersabda:
“Kesemua rasul yang telah diutuskan sebelumku hanya dipertanggungjawabkan untuk umat/bangsanya sahaja tetapi aku telah diutuskan untuk kesemua umat manusia”.
Sekarang kita akan melihat pula ke dalam kitab suci agama Hindu. Terdapat banyak kitab di dalam ajaran Hindu yang diakui sebagai kitab suci mereka. Daripada kesemua kitab tersebut, kitab yang dianggap paling suci sekali adalah kitab yang bernama Kitab Veda (Weda). Apabila di antara kitab² tersebut terdapat percanggahan pendapat berkaitan sesuatu isu, maka pendapat yang harus menjadi rujukan utama pada ajaran Hindu adalah Kitab Veda (Weda) yang juga masih terbahagi lagi kepada beberapa jenis kitab. Kitab² lain selain Kitab Veda (Weda) adalah seperti Upanishad, Smriti, Dharma Sastra, Bhagavat Gita, Puranas dan lain-lain.
Ayat² Ramalan Kedatangan Nabi Muhammad SAW Di Dalam Kitab² Agama Hindu
Disebutkan di dalam Bhavisa Purana –> dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27:
“Aryadarma akan datang ke muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia. Aku telah diutuskan oleh Isyparmatma. Dan para pengikut aku adalah orang² yang berada di dalam lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucirkan (tidak ditocangkan). Mereka akan memelihara janggut dan akan mendengar wahyu. Mereka akan mendengar panggilan solat (azan). Mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi. Mereka tidak akan disucikan dengan tanaman semak²/umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
Jikalau anda membaca tulisan di atas dengan baik, maka anda akan mendapati bahawa kesemua ciri² daripada pengikut 'agama kebenaran' yang disebutkan di atas adalah ciri² yang umumnya terdapat pada umat Islam (muslim).
Di dalam Atharvaveda book 20 Hymn 127 Shlokas 1-14:
~ Dinyatakan pula tentang Kuntupsuktas yang telah mengisyaratkan bahawa Nabi Muhammad SAW akan terungkap dikemudiannya.
Mantra 1 mengatakan:
Beliau akan digelarkan sebagai Narasangsa. “Nars” membawa maksud orang, “sangsa” membawa maksud “yang terpuji”. Maka Narasangsa bermaksud "orang yang terpuji". Istilah “Muhammad” di dalam bahasa arab juga membawa bermaksud "orang yang terpuji". Maka istilah Narasangsa di dalam bahasa Sansekerta adalah sangat mirip dengan istilah Muhammad di dalam bahasa arab yang juga membawa maksud "orang yang terpuji". Oleh yang demikian, ini telah memberikan sebuah gambaran bahawa kemungkinan besar Narasangsa juga adalah tokoh yang sama dengan seorang manusia hebat di Tanah Arab iaitu Nabi Muhammad SAW. Dan berdasarkan kajian ini, sememangnya Narasangsa itu adalah Nabi Muhammad SAW.
Beliau akan dipanggil sebagai “Kaurama" yang boleh membawa maksud pangeran kedamaian, dan juga boleh memberi maksud orang yang berpindah (hijrah). Nabi Muhammad adalah seorang pangeran kedamaian yang telah berhijrah dari Makkah ke Madinah. Beliau akan dilindungi daripada musuh yang akan dikalahkannya yang kesemua musuhnya itu berjumlah 60.090 orang. Jumlah itu adalah bersamaan dengan jumlah penduduk Makkah pada masa Nabi Muhammad SAW hidup iaitu sekitar 60.000 orang.
Mantra 2 mengatakan:
Beliau adalah orang suci yang menaiki unta. Ini membawa maksud beliau bukanlah seorang bangsawan India kerana dinyatakan di dalam Mansuriti (11):202 bahawa Brahma tidak menaiki unta ataupun keldai. Maka tokoh ini jelas bukanlah daripada golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu) tetapi beliau adalah orang yang asing daripada bangsawan India.
Mantra 3 mengatakan:
Beliau adalah “Mama Rishi” atau "orang suci yang agung". Ini bersepadanan dengan nabi agung umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.
Mantra 4 mengatakan:
Beliau adalah Washwereda (Rebb) iaitu "orang yang terpuji". Nabi Muhammad SAW juga telah dipanggil dengan nama Ahmad yang membawa maksud “orang yang terpuji” yang seandainya diterjemahkan ke dalam bahasa Sansekerta, ia akan membawa makna Rebb (orang yag terpuji).
Dalam Beberapa Ramalan Lainnya :
Di dalam Atharvaveda book 20 hymn 21:6;
~ Dinyatakan bahawa di sana ia disebutkan dengan istilah;“akkaru" yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Beliau akan mengalahkan 10.000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada Perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad SAW telah mengalahkan musuh yang berjumlah 10.000 orang tanpa pertumpahan darah.
Di dalam Atharvaveda book 20 hymn 21:7;
~ Dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 orang ketua. Abandu juga membawa maksud seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Sesungguhnya hal ini juga telah merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang anak yatim semenjak dilahirkan dan ditambah pula dengan maksud istilah Muhammad/Ahmad yang membawa maksud "terpuji", yang akan mengalahkan ketua² suku kaum daripada suku² kaum yang terdapat di sekitar Makkah yang kesemuanya berjumlah sekitar 20 suku kaum.
Di dalam Rigveda book 1 Hymn 53:9;
~ Nabi dipanggil dengan gelaran “Suslama” yang juga membawa maksud "orang yang terpuji" yang juga telah memberikan maksud yang seerti dengan kata nama "Muhammad" daripada bahasa arab iaitu "orang yang terpuji".
Di dalam Samaveda Agni Mantra 64;
~ Dinyatakan bahawa beliau tidak disusui oleh ibunya. Hal ini sama kisahnya dengaan sirah (sejarah) hidup Nabi Muhammad SAW yang tidak disusui oleh ibunya tetapi sebaliknya telah disusui oleh seorang wanita yang bernama Halimatul Saadiah.
Di dalam Samaveda Uttararchika Mantra 1500:
~ Dinyatakan bahawa Ahmad akan dianugerahi dengan sebuah undang² abadi yang jelas merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang telah dianugerahi dengan sebuah kitab suci Al-Qur’an dengan segala undang² yang termaktub di dalam Al-Quran akan diguna pakai sehingga menjelangnya Hari Kiamat.
Namun disebabkan orang India yang berbahasa sansekerta tidak memahami istilah "Ahmad", maka mereka telah menterjemahkan “a” dan "mahdi” kepada maksud“saya sendiri” yang sekaligus telah mengubah maksud ayat tersebut menjadi “saya sendiri yang akan menerima undang² abadi”. Padahal seharusnya maksud ayat terbabit ialah “Muhammad sendiri yang akan dianugreahi undang² abadi”.
Nabi Muhammad SAW telah diramalkan dengan nama Ahmad pada banyak bahagian di dalam Kitab Veda (Weda). Nabi Muhammad SAW juga telah diramalkan tidak kurang daripada 16 tempat yang berbeza di dalam Kitab Veda (Weda) dengan istilah nama Narasangsa yang maksudnya adalah sama dengan maksud istilah nama Muhammad di dalam bahasa arab iaitu “yang terpuji”.
Kalky Avtar
Salah satu ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW yang sangat terkenal yang juga telah membuatkan seorang professor bahasa dari Universiti ALAHABAD India telah mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam adalah kerana terdapatnya sebuah ramalan penting di dalam kitab suci agama Hindu tentang kedatangan yang ditunggu-tunggu daripada seorang Kalky Avtar (baca : autar). “av” membawa maksud "turun". “tar” membawa maksud "melewati". Maka maksud istilah "Avtar" adalah “diturunkan atau diutuskan untuk turun” . Sementara maksud Kalky Avtar adalah “Utusan Terakhir”.
Pundit Vaid Parkash iaitu seorang professor (yang menulis sebuah buku yang berjudul “Kalky Avtar”) secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiahnya telah mengajak kesemua para penganut agama Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW kerana menurutnya, Nabi Muhammad SAW adalah tokoh yang dinanti-nantikan sebagai tokoh pembaharuan spiritual di dalam agama Hindu selama ini.
Dinyatakan di dalam Nashpropesy, Nabi Muhammad SAW diramalkan kedatangannya dengan nama Kalky Avtar (Utusan terakhir) dan "Amtim Rishi". Sedangkan di dalam Kitab Puranas disebutkan tentang Kalky Avtar dan perihal kedatangannya.
Diantara ayat² yang menyebutkan tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW adalah:
Di dalam Baghavata Purana Khand 12 Adhyay 2 Shloka 18-20:
~Dinyatakan di dalam rumah Visnuyash akan dilahirkan Kalky Avtar yang diramalkan akan menjadi penguasa dunia yang sangat terkenal dengan sifat²nya yang baik & menonjol. Beliau akan diberikan tanda²nya. Beliau akan diberikan oleh malaikat sebuah kenderaan yang sangat pantas pergerakkannya. Beliau akan menaiki kuda putih sambil memegang pedang. Beliau akan mengalahkan orang² jahat dan beliau akan terkenal di seluruh pelusuk dunia.
Di dalam Baghavata Purana Khand 1 Adhyay 3 Shloka 25:
~ Dinyatakan akan datangnya seorang penyelamat di rumah Visnuyash
Di dalam Kalki Purana (2) : 4;
~ Dinyatakan bahawa di dalam rumah Visnuyash, pemimpin kampung Sambala akan lahirnya Kalki Avtar.
Di dalam Kalki Purana (2) : 5;
~ Dinyatakan bahawa beliau akan datang bersama para sahabatnya (4 orang sahabat) untuk mengalahkan orang² jahat
Di dalam Kalki Purana (2) : 7;
~ Dinyatakan bahawa beliau akan dijaga oleh malaikat di medan perang
Di dalam Kalki Purana (2) : 11;
~ Dinyatakan bahawa di dalam rumah Visnuyash dan di dalam rumah Summati, Kalki Autar akan dilahirkan
Di dalam Kalki Purana (2) : 15;
~ Dinyatakan bahawa beliau akan dilahirkan pada tanggal 12 bulan pertama Madhop
Sesungguhnya kesemua ramalan yang disebutkan di atas tadi tiada lain melainkan merujuk kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bagi Umat Islam. Penjelasannya adalah sepertimana di bawah:
Di dalam rumah Visnuyash telah membawa maksud di dalam "rumah pengikut Vishnu (pengikut Tuhan)" sedangkan ayah Nabi Muhammad SAW adalah bernama Abdullah yang bermaksud "pengikut Allah (pengikut Tuhan)". Orang Islam menyebut “Allah” sebagai Tuhan, sedangkan orang Hindu menyebut “Vishnu” sebagai Tuhan. Maka di dalam rumah Visnuyash adalah membawa maksud di dalam rumah Abdullah iaitu ayah Nabi Muhammad SAW.
Summati pula di dalam bahasa sansekerta bermaksud "orang yang sangat setia". Sedangkan ibu Nabi Muhammad SAW adalah bernama Aminah yang jika diterjermahkan daripada bahasa arabnya akan membawa bermaksud "orang yang setia".
Sambala di dalam bahasa arabnya adalah tempat yang aman & damai. Sementara Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan di Makkah yang terkenal dengan nama “Darul Aman” iaitu tempat yang aman & damai. Akan lahirnya di antara ketua² suku Sambala : bermaksud bahawa nabi akan dilahirkan di antara ketua² suku di Makkah.
Dilahirkan pada tanggal 12 di bulan pertama Madhop. Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan pada tanggal 12 Rabiulawwal.
Sebagai Amtim Rishi (orang suci terakhir). Nabi Muhammad SAW adalah juga nabi terakhir daripada deretan nabi² yang dikirimkan Tuhan sepertimana yang tercatat di dalam QS. Al- Ahzab : 40.
Beliau akan memperolehi bimbingan di atas gunung dan akan kembali lagi ke arah utara. Nabi Muhammad SAW memperolehi wahyu pertamanya di Gua Hira di Jabal Nur. Jabal Nur bermaksud Gunung Cahaya kemudian akan kembali semula ke Makkah.
Beliau akan memiliki sifat² yang sangat mulia. Ia jelas sama sepertimana sifat² Nabi Muhammad SAW sebagimana yang telah terkadung di dalam QS. Al-Qalam : 14 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar seorang yang berbudi pekerti yang luhur”.
Kalki Avtar akan diberikan 8 kemampuan spiritual iaitu kebijaksanaan, punyai kendali diri (kemampuan mengawal hawa nafsu), keturunan yang dihormati, mempunyai pengetahuan tentang wahyu, seorang yang berani, perkataannya menumpukan pada kurikulum, sangat dermawan dan sangat ramah. Kesemua sifat² yang dinyatakan dimiliki oleh Kalki Avtar itu juga telah dibuktikan dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW.
Kalki Avtar jug akan diberikan sebuah kenderaan yang sangat pantas bergerak oleh Shiva. Nabi Muhammad SAW juga telah diberikan sebuah kenderaan yang bernama bouraq yang sangat pantas bergerak oleh Allah SWT yang telah membawa Nabi Muhammad SAW ke langit di dalam peristiwa Israj Dan Mikraj.
Beliau akan menaiki kuda putih dengan tangan kanannya sedang memegang pedang. Nabi Muhammad SAW juga telah mengambil bahagian didalam peperangan termasuk dengan menunggang kuda dan bertempur dengan memegang pedang melalui tangan kanannya.
Beliau akan menjadi penyelamat umat manusia. Di dalam QS. Faatir(35) ayat 24 dan QS. Saba(34) ayat 28 ada menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang pembawa berita gembira & peringatan bagi seluruh umat manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Beliau akan menjadi pembimbing ke jalan yg benar. Nabi Muhammad SAW telah hidup pada zaman jahiliyah yang penuh dengan kegelapan dimana Nabi Muhammad SAW kembali membawa umatnya ke jalan yang terang benderang melalui agama Islam yang diperintahkan Tuhan (Allah SWT).
Beliau akan dibantu oleh 4 orang sahabat di dalam menyebarkan misinya. Sepertimana yang telah kita umat Islam ketahui, terdapat 4 orang khalifah yang diberikan gelaran Khulafa Ar-Rashidin yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu : Sayyidina Abubakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib.
Beliau akan dibantu oleh malaikat di medan pertempuran. Di dalam perang Badr, Nabi Muhammad SAW telah dibantu oleh para malaikat Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan di dalam QS. Ali Imran (3) ayat 123 & 125 :
“Jika kamu bersabar dan bertaqwa kemudian mereka menyerang kamu dengan seketika itu juga nescaya Allah SWT akan menolong kamu dengan 5000 malaikat yang memakai tanda”.
Juga yang terdapat di dalam surah QS. Al-Anfal(8) ayat 9 yang berbunyi:
“…. sesungguhnya Aku akan mendatangkan bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut.”
Subhanallah, ternyata setelah sekian banyak ayat tersebut (yang sebenarnya belum kesemuanya pun ditampilkan di dalam artikel ini) yang meramalkan kedatangan seorang nabi yang ditunggu-tunggu oleh umat Hindu yang begitu sepadan dengan gambaran kisah hidup Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir bagi umat Islam.
Mungkin ini juga merupakan pembuktian yang telah diberikan oleh Allah SWT bagi umat manusia termasuk bagi masyarakat India, Cina, Nasrani (Kristian), Yahudi dan lain² bagi menunjukkan bahawasanya Nabi Muhammad SAW adalah sememangnya telah diutuskan oleh Allah SWT untuk seluruh umat manusia di alam semesta ini.
Sumber: ceritasatumalam.blogspot.com/2010/09/muhammad-adalah-nabi-umat-hindu.html
Subscribe to:
Posts (Atom)