NadhraH

Seri Wajah Insan berIman

Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Friday, April 24, 2020

Ateisme

  • Baca dalam bahasa lain

Ateisme

Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan. Kepercayaan Ateisme bertentangan dengan teisme, yang merujuk kepada kewujudan sekurang-kurangnya satu Tuhan. Walaupun penafian tuhan sudah wujud pada zaman-zaman kuno, contohnya pada zaman jahiliah, tetapi hanya pada abad ke-19, ateisme membentuk menjadi satu fahaman dan aliran pemikiran, dengan adanya ahli fikir yang berterus-terang menafi kewujudan tuhan dengan dalil-dalilnya yang tersendiri. Tokoh-tokoh ateisme yang terkenal ialah Friedrich Nietzsche (1844–1900), dan juga Karl Marx (1818–1883).
Terma "Ateisme" berasal daripada bahasa Yunani ἄθεος (atheos), yang bermaksud, "tanpa Tuhan". Terma ini digunakan oleh golongan yang menafikan kewujudan Tuhan yang disembah oleh golongan majoriti dalam sesebuah masyarakat. Dengan perkembangan "kebebasan minda" (freethought) dan kritikan terhadap agama, penggunaan terma "ateisme" kemudiannya menjadi lebih spesifik dan terurus. Abad ke-18, Zaman Kesedaran, menyaksikan antara individu pertama yang menggelarkan diri mereka sebagai "ateis', manakala Revolusi Perancis merupakan antara peristiwa pertama yang menyaksikan pergerakan politik yang menyokong idea pemikiran manusia.
Hujah-hujah menyokong ateisme mengambil pendekatan sejarah, falsafah dan sosial. Antara rasional untuk menafikan kewujudan Tuhan adalah kekurangan bukti empirikal, permasalahan kesengsaraan dan permasalahan logikal.
Jangkaan bilangan ateis sukar untuk ditentukan disebabkan kemunculan ateisme yang berbagai. Beberapa tinjauan global berkaitan dengan subjek ini telah dilakukan oleh Gallup International. Tinjauan Gallup International 2015 menunjukkan seramai 11% daripada 64,000 responden merujuk kepada diri mereka sebagai "ateis yakin", manakala tinjaun terdahulu pada tahun 2012 menyaksikan seramai 13% responden menggelarkan diri mereka sedemikian. Menurut tinjauan-tinjauan ini, benua Eropah dan Asia Timur merupakan kawasan dengan kadar ateisme tertinggi. Pada tahun 2015, seramai 61% penduduk Cina merujuk kepada diri mereka sebagai "ateis". Menurut tinjauan "Eurobarometer", seramai 20% penduduk European Union (EU) mendakwa ketidakpercayaan terhadap "Tuhan atau apa-apa entiti ketuhanan".
Friedrich Nietzsche merupakan antara ahil falsafah yang latang sekali menyaran kepada ateisme, dengan pernyataannya "Tuhan Sudah Mati" (Jerman: Gott ist tot). Adapun pernyataan beliau telah menggemparkan masyarakat barat pada zaman itu. Pernyataan beliau menandakan bermulanya perubahan nilai pusat dalam umat Barat. Dengan itu, sistem nilai umat Barat, mula berubah dan tidak lagi berpusat pada akidah Kristian.

Dalil-dalil ateisme


Untuk dalil-dalil kewujudan tuhan sila rujuk Tuhan
Sebagai satu fahaman, ateisme mempunyai dalil-dalilnya sendiri untuk menafi kewujudan tuhan. Dalil-dalilnya adalah seperti di bawah
  • Kewujudan tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan
    Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima oleh deria manusia dan tidak pula dapat dikesan olehmesin-mesin. Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.
  • Masalah kesengsaraan di atas bumi
    Adanya kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan bahawa Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Sekiranya Tuhan yang berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud, mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan kesengsaraan ini terus berlaku?
  • Masalah Logikal
    Soalan "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?". Soalan ini menunjukkan sifat Maha Berkuasa yang ada pada Tuhan sukar melalui ujian logik.
  • Teori Penipuan-Sendiri(Teori Pragmatisme)
    Manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk menghadapi kematian ataupun kesusahan.
  • Ketidaksinambungan
    Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan tersendiri dan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang Maha Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.

Faktor-faktor kemunculan ateisme

Kemunculan ateisme merupakan satu fenomena sosial yang berlaku di masyarakat moden. Faktor-faktor kemuculannya adalah seperti di bawah:
  • Perkembangan Teknologi dan Sains
    Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup. Pengetahuan dalam sains juga membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semestayang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan.
  • Fahaman Sosial-Progresif
    Fahaman sosial progresif menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Lebih-lebih lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji nilai lama. Dengan anggapan agama satu pemboleh ubah dalam masyarakat, orang yang kuat berpegang agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu nilai negatif dalam masyarakat ini.
  • Faktor Moraliti
    Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut terhadap neraka ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap bahawa kebolehan manusia untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan kewujudan tuhan dan syaitan.

Lihat juga

  • Agama
  • Kepercayaan
  • Tuhan
Posted by Naurah Musyahidah at 6:41 AM
Article, Cerpen, Sajak Artikel

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Berita

  • Mahasiswakini
    Ini 7 Game MOBA Terbaik Sepanjang Masa yang Wajib Kamu Coba! - Kalau kamu penggemar genre strategi dan aksi, pasti sudah tidak asing dengan game MOBA terbaik yang telah mendunia. MOBA atau Multiplayer Online Battle Are...
    1 week ago
  • MUKA DEPAN
    Kelantan pertama lancar kelab Jaringan IT Prihatin - *SEMINAR* Pengurusan dan Pentadbiran JSU-JIT Negeri Kelantan itu memberikan kefahaman ICT terkini dan bidang tugas kepada Penyelaras IT Dun.
    9 years ago
  • BERITA MALAYSIA KINI
    TPM Ahmad Zahid Hamidi Sembang Santai Di PDM Bendang Panjang #PRKKualaKangsar - KUALA KANGSAR, 12 Jun — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menghadiri majlis di PDM Bendang Panjang hari ini. UMNO Bahagian Ba...
    9 years ago
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...
    11 years ago
  • Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda
    -
  • Malaysiakini
    -

Penggunaan nama Allah di benarkan kepada agama bukan Islam, setujukah anda?

Borak


ShoutMix chat widget

Kalendar Hijrah

Islamic Calendar Widgets by Alhabib

My Blog List

  • Abdul Latip Talib
    17 years ago
  • Amin Inteam
    12 years ago
  • Cikgu Abu
    12 years ago
  • Dr Haron Din
    9 years ago
  • Faisal Tehrani
  • Galeri Ilmu
    4 years ago
  • Grup Karyawan Luar Negara
    16 years ago
  • Laman Penerbit HRP
  • Maisarah
  • Minggu Penulis Remaja
    15 years ago
  • Minggu Penulis Remaja
    11 years ago
  • Saifulislam.Com
    1 week ago
  • Shen Yee Aun
  • Syeikh Nurudin
    17 years ago
  • Ummu Hani Blog
    17 years ago
  • Ummu Hani Com
    5 years ago
  • Ustaz Nasrudin Tantawi
    16 years ago
  • Zaid Akhtar Online
    13 years ago
  • Zakaria Sungib
    12 years ago

Laman WebSite

  • ABIM
  • Darul Quran
  • IKIM
  • ILIM
  • JAKIM
  • JAWI
  • JObMas
  • Kerja Kosong
  • KPM
  • MAIK

Carian Informasi

Pelawat

Statistik Pengunjung

blogger tracking

Bukan Sekadar Kawan

!-- Facebook Badge START -->3 Jiwa 1 Cinta

Promote Your Page Too

Mungkin apa yg anda cari ada di sini...


Artikel Terkini

  • ►  2009 (5)
    • ►  December (5)
  • ►  2010 (29)
    • ►  February (2)
    • ►  March (7)
    • ►  June (12)
    • ►  August (2)
    • ►  September (3)
    • ►  November (3)
  • ►  2011 (18)
    • ►  March (2)
    • ►  April (4)
    • ►  May (1)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (3)
    • ►  September (2)
    • ►  November (1)
    • ►  December (3)
  • ►  2012 (6)
    • ►  February (2)
    • ►  April (2)
    • ►  July (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  April (3)
    • ►  June (1)
    • ►  July (1)
    • ►  August (2)
  • ►  2014 (4)
    • ►  February (1)
    • ►  March (1)
    • ►  April (2)
  • ►  2015 (11)
    • ►  January (1)
    • ►  February (3)
    • ►  March (4)
    • ►  July (3)
  • ►  2017 (40)
    • ►  February (5)
    • ►  March (3)
    • ►  April (2)
    • ►  July (2)
    • ►  August (8)
    • ►  September (9)
    • ►  October (9)
    • ►  November (2)
  • ►  2018 (34)
    • ►  January (1)
    • ►  February (12)
    • ►  March (19)
    • ►  May (1)
    • ►  August (1)
  • ►  2019 (3)
    • ►  December (3)
  • ▼  2020 (34)
    • ►  March (2)
    • ▼  April (13)
      • Bahaya Jika Salah Faham Hadis ‘Memerangi Orang-ora...
      • Bagaimana Hendak Tenangkan Hati
      • Ramai Saintis Mengakui Kebenaran al-Quran
      • DID Kecelar
      • Ateisme
      • Istilah Guru Ganti, Interim dan Guru Sandaran
      • Kasih
      • Edisi Merdeka
      • Kata2 Hikmah
      • Kerana Kasih-Nya
      • Tip mengawal Kemarahan Kanak-Kanak
      • Ilmu kita jika dibandingkan dengan ...
      • Salam Ramadhan Ristina
    • ►  May (8)
    • ►  June (11)
Naurah Musyahidah. Picture Window theme. Powered by Blogger.