Berkongsi suka duka
Pengalaman di IJN mengajarku erti qado' dan qadar
Cina, India, Melayu, Bidayuh dan sebagainya bersatu di dalam satu bilik
Berkongsi rasa yang sama dan masalah yang sama
Hati Prihatin seorang IBU kami kongsi bersama
Suka, duka, pahit, maung, bimbang, resah dan bermacam-macam
Di sini kami tidak nampak perbezaan kasta, budaya dan agama
Kami bersatu atas nama atma seorang ibu
Kami saling memberi sokongan tidak kira kami dari parti apa pun
Saat genting di IJN membuatkan kami tidak peduli semua itu
Selalunya sesiapa yang hadir melawat wad bayi di sini, pasti air mata mengalir atau hati bakal terusik
Doktor-doktor muda pun sesekali mengalir air mata
Tekanan perasaan bagi seseorang ibu atau bapa pasti lebih lagi
Hanya orang yang pernah mengalami memahami
Seperti kata pepatah Arab: Sesiapa yang tidak merasa, tidak faham.
Masa itu terasa bagai hendak digadai apa sahaja demi menyelamatkan anak
Namun, takdir...
Siapalah dapat menolak takdir
Sesuatu yang perlu diterima walau hati sangat berbelah bagi
Jodoh, Ajal, Sakit dan semuanya di 'tangan' Tuhan
Selamat Maal-Hijrah 1435H
Selamat Maulidurrasul
Sunday, July 2, 2017
Friday, April 21, 2017
Testimoni Novelet Dilema Cinta Ain
Gadis remaja itu datang daripada keluarga orang berada. Namanya Nurul Ain Mardhiah.
Semasa berusia 12 tahun dia sudah jadi yatim piatu. Ibu dan ayah saudara mengambil alih memelihara.
Dia dimasukkan ke sekolah berasrama. Kurang perhatian dan bimbingan dia jadi gadis bermasalah.
Kerana kepintaran dia berjaya sambung belajar ke Perth, Australia. Di sana mujur dia mendapat pentujuk
dan ihsan daripada rakan-rakan. Bukan beriman namanya jika tidak diuji. Ujian cinta dan jodoh menanti
pula di Malaysia buat Ain.
*********************************************************************************************************************************
Jadi, itulah sinopsis novel 'Dilema Cinta Ain'. Macam bosan saja sinopsisnya, bukan? Hada pun

rasa begitu sebelum membacanya. Tetapi Hada baca sahaja kerana Mak Su Hada beri kepada Hada.
Tengok-tengok lepas habis baca, memang best sangat-sangat! Tapi budak kecil tidak digalakkan
baca. Memanglah tidak digalakkan. Inikan novel dewasa. Ok lah. Hada nak persembahkan Isi-isi
kandungannya pula. Selamat membaca semua ^___^
Sumber:
http://nurainsyuhadah2.blogspot.my/Tuesday, April 11, 2017
Satu Kerja Dalam Satu Masa
"Finish your first draft and then we'll talk," demikian nasihat Michael
Korda, editor sebuah syarikat penerbitan, kepada seorang penulis baru.
Maksud daripada kata-kata itu, kalau seseorang itu betul-betul mahu
penulis, dia perlu menyiapkan draf pertama tulisannya. Dengan kata
lain, dia mesti menulis sampai selesai atau sampai ke noktah akhir.
mahu menulis novel misalnya, siapkan novel itu. Apabila draf karya
itu sudah siap, barulah editor dapat memberikan komentarnya atau
terus menyuntingnya jika karya itu sudah cukup baik.
Apabila disebut draf, ia bermaksud tulisan itu belum diapa-apakan oleh
penulis sendiri mahupun editor. Penulis belum melakukan proses
'self-editing' atau belum menggilap karyanya. Proses 'selepas menulis'
belum berlaku. Biar apa pun, karya sudah siap ditulis. Tinggal untuk
disemak dan dibetulkan mana yang patut.
Oleh itu, apabila menulis, kita perlu menulis sampai selesai. Sewaktu
menulis, jangan fikir untuk membaiki apa-apa. Jangan fikir soal ayat
yang janggal, perkataan yang kurang sesuai, paragraf yang terlalu
panjang, intro yang kurang sesuai dan soal-soal lain yang akan
membantutkan proses menulis. Gunakan waktu menulis untuk menulis
semata-mata.
Dalam bengkel-bengkel saya, saya selalu menekankan peri penting
penulis menempuh tiga proses dalam menulis iaitu sebelum menulis,
semasa menulis danselepas menulis. Hal ini kerana ramai penulis
baru menyangka kerja menulis hanya melibatkan menulis itu sendiri.
Mereka tidak terfikir bahawa ada proses sebelum dan selepas menulis.
Oleh sebab itu saya menemui calon-calon penulis yang kerja menulisnya
sering terganggu kerana mereka asyik hendak membetulkan tulisan yang
'sedang' ditulis. Walhal kerja membetulkan tulisan itu adalah kerja
'selepas' menulis.
Penulis tidak boleh membuat dua kerja dalam satu masa - menulis dan
membetulkan tulisannya. Siapkan dulu kerja menulis, kemudian barulah
semak dan baiki tulisan yang sudah siap.
Bagaimana halnya kalau seseorang penulis itu melakukan proses 'sebelum'
dan 'semasa' menulis dalam waktu yang sama? Misalnya, sambil duduk
menulis, dia mencari fakta dan maklumat untuk dimuatkan dalam tulisannya.
Jari-jemarinya mengetik papan kekunci dan dalam masa yang sama dia
menyelak bahan-bahan rujukan. Cara ini juga tidak praktikal. Kerja
menulisnya juga akan terganggu. Kesan buruk yang lain, gaya olahannya
akan kaku kerana dia akan terpengaruh dengan gaya bahasa daripada
bahan rujukannya.
Cara yang terbaik, sewaktu menulis, kita buat satu kerja dalam satu masa.

Wednesday, March 29, 2017
Artis Korea yang Muslim/Beragama Islam
Pada tahun Satu Masehi tiga kerajaan Korea seperti Gugoryeo, Silla dan Baekje mulai mendominasi Semenanjung Korea dan Manchuria. Tiga kerajaan ini saling bersaing secara ekonomi dan militer. Tapi hanya Silla yang berhasil menyatukan semenanjung Korea. Dan agama Budha berkembang pesat di negara ini. �Kemudian tahun 1238 Mongol menguasai Semenanjung Korea. Tahun 1870 Jepang merebut Korea dari Cina. Perjuanagan Korea melawan penjajahan ini membuat Jepang menyerah tahun 1945 dan tahun 1948 pemerintahan Korea terbentuk menjadi dua yaitu Korea Utara dan Korea Selatan.
Hal inilah yang membuat penduduk Korea mayoritas memeluk agama Budha, ajaran Tao dan agama Kristen.� Namun pada pertengahan hingga akhir abad 7, pedagang-pedagang Islam telah dikenal dari Khilafah yang pergi ke negara Cina Tang serta membuat perhubungan dengan Silla, salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea. Hal ini membuat agama Islam secara perlahan-lahan masuk ke negara Korea.
Walaupun banyak artis Korea yang memeluk agama Budha dan Kristen namun ada pula yang memeluk agama Islam. Salah satunya adalah aktor yang bernama �Lee Ki Woo. Lelaki yang lahir pada tanggal 23 Oktober 1981 memeluk agama Islam sebagai pilihannya. Berikut ini adalah biodata Lee Ki Woo.
Name:� Lee Ki Woo (Lee Gi Wu)
Profession: Actor
Birthdate: 1981-Oct-23
Birthplace: South Korea
Height: 189cm
Weight: 78kg
Star sign: Scorpio
Blood type: AB
Berikut ini adalah gambar Lee Ki Woo.

https://carapedia.com/artis_korea_muslim_beragama_islam_info380.html

Monday, March 27, 2017
Berikut disenaraikan beberapa alamat blog penulis GIMG:
1. http://jeritannurani2.blogspot.com (IDA INSYIRAH- Aku Mahu Jadi Baik)
2. http://ilhamwan.blogspot.com (ZAYU HISHAM-Ops Conteng/ Impian Juara)
3. sebarkanbahagia.com (FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN-Cinta High Class)
4. http://lembayungsyurga89.blogspot.com/ (QISHA NUR’AIN-Super HAIDAMA!)
5. http://jamilahnorddin.blogspot.com/ (Ila Husna-Friends Forever)
6. http://www.khairitajudin.blogspot.com (penulisan)
(Khairy Tajudin-Tariq United)
7. nurulsham-saidin.blogspot.com (Nurulsham Saidin-Dingin Salju Indiana)
8. luahrasapendidik.blogspot.com (Dia ‘Atiya-Pulanglah Saliha)
9. http://reazbest.blogspot.com/ (Iwan Ghazali-Brrr... Sejuknya Salji!)
10. zulinahassan.blogspot.com (ZULINA HASSAN-Hello, Anak-anak Ayah!)
11. nadhratunnaim.blogspot.com (Naurah musyahidah-Bukan Sekadar Kawan)
12. www.norehanmohdnooh.blogspot.com (NOREHAN M. NOOH-Diari Aneesa)
13. qamarmuneera.blogspot.com (SITI MUNIRAH ABDUL RASHID-Perindu Pelangi)
14. nurullhalawati.blogspot.com (NURULL HALAWATI-Stanza Cinta)
15. http://kalbumuslimah.blogspot.com (Nurina Izzati-Single Unavailable)
16. tamanpenglipurlara.blogspot.com (Dissa Azmin-Natrah Fantasia)
17. www.ummuhani.com (UMMU HANI ABU HASSAN-Surat Ibu Dari Penjara)
18. langitilahi.com (Hilal Asyraf-VT)
19. http://pasalbuku.blogspot.com
(WEB SUTERA-MACEDONIA)
20. http://renungalam.blogspot.com/ (AZLAN ISMAIL-Eee... Sayur!)
Friday, March 17, 2017
3 Jiwa 1 Cinta lahir daripada pengalaman saya menjadi "Doktor Cinta" secara tidak sengaja sejak dari zaman belajar di universiti sehingga bergelar guru di sekolah. Saya cuba selitkan penyelesaian yang saya kutip daripada Junjungan Mulia Rasulullah SAW utk konflik cinta yg tidak akan tercapai, Cth masalah tangan bertepuk sebelah, orang ketiga dan sbgnya di dalam kisah ini. Iaitu dengan membuatkan orang berkenaan putus asa atau membenci walau terpaksa berbohong. Metode ini saya kutip ketika masih belajar di universiti melalui kitab At-Tibbun Nabawi yg telah diterjemah dengan tajuk Sistem Pengubatan di Zaman Rasul, tulisan Ibnul Qayyim Al- Jawziyyah yg diterjemah oleh Drs. Nasir Shalih cetakan tahun 1998. Dan saya selitkan metode ini melalui tindakan Aiman membuatkan Dahlia membencinya demi supaya Dahlia cepat melupakannya. Malah, saya pernah berjaya menyelesaikan masalah cinta sahabat saya melalui cara ini. Mungkin bagi pendokong Ahluss Sunnah Wal Jamaah tidak berapa bersetuju dengan sesetengah pendapat Ibn Al- Qayyim, namun setahu saya tidak semua pendapat beliau di dalam dunia ilmiah ditolak mentah-mentah oleh ulamak Ahluss Sunnah Wal Jamaah. Semoga tulisan ini bermanfaat terutama buat remaja yang baru hendak mengenal dunia dan masih mentah dalam soal cinta terutamanya.
March 17, 2017 at 8:27 PM
Tuesday, February 14, 2017
Da'i: Episod 1
“Bangunkan Islam di dalam diri sendiri, itu yang penting!”
“Bagaimana?” soal Hanin, tidak mengerti.
Wajah Ustazah Zulfa tersenyum.
“Disiplinkan diri, solat jangan tinggal. Cuba wujudkan suasana Islam di dalam rumah. Kita semua bertindak sebagai da‘i,” terang Ustazah lebih terperinci.
“Da‘i? Mampukah? Mampukah saya lakukannya? Bagaimana saya hendak berdakwah? Saya tidak kuat,” tuturnya lemah. Siapalah aku untuk jawatan itu? Aku banyak kelemahannnya.
Sepasang mata bundar milik Ustazah Zulfa merenung wajah Hanin. Tampak keresahan di latar wajah gadis itu.
“Kita semua lemah, Hanin. Jika kita berkata seseorang itu berubah disebabkan usaha kita, itu salah! Kita hanya perlu berusaha, Allah yang menentukan segalanya.”
Hanin mendengar kata-kata itu penuh khusyuk.
“Walau bagaimanapun, kita kena yakin bahawa Allah akan bantu sesiapa yang berusaha membantu agamanya.” Ustazah Zulfa menjenguk wajah yang sedang menunduk itu. “Hanin tak yakin?”
Hmh? Riak wajah Hanin bagai sedikit terkedu. Dia menjeling wajah murabbiah sejati itu sedetik sebelum melanjutkan kata. Rasa hormat terhadap ustazah itu terlalu menebal.
“Namun ustazah.. Saya rasa tak layak untuk jawatan ini. Tugas sebagai seorang pengawas bukannya semudah yang disangka.”
“Awak telah menghukum diri awak sebelum berusaha. Bagaimana awak hendak berjaya?” Soalan itu bagai satu cabaran baginya.
“Awak tidak percaya kepada saya?”
Hmh? Hanin terpegun dengan soalan tersebut.
“Awak kata awak tidak layak. Jadi, awak ragu-ragu dengan pilihan saya. Jadi, awak mengatakan yang saya telah gagal memilih orang layak untuk jawatan ini? Ini juga bermaksud awak mengatakan saya tidak layak untuk menentukan siapa yang layak untuk jawatan ini…?”
“Bukan begitu!” Hanin sedikit kepanasan diasak bertubi-tubi.
“Begitulah maksudnya! Apa lagi!”
“Ustazah, maafkan saya! Bukan itu maksud saya. Baik, saya akan cuba memegang jawatan ini. Saya yakin dengan penilaian Ustazah. Janganlah Ustazah kata begitu!” Dia mengaku akhirnya.
“Baik, buktikan!”
Buktikan!
Suara itu masih bersenandung di dalam latar fikirannya. Mengasak dan terus mengasak. Hingga ke saat ini. Tanpa sedar dia terduduk di atas sofa yang bertentangan dengan kaca televisyen. Cerita ‘Sayang Kamu 200%’ sedang ditayangkan di salah satu saluran tempatan.
To Be Continued >>>

Subscribe to:
Posts (Atom)