Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Sunday, July 2, 2017

IJN 2013M -Suatu Catatan Penting!

Berkongsi suka duka

Pengalaman di IJN mengajarku erti qado' dan qadar

Cina, India, Melayu, Bidayuh dan sebagainya bersatu di dalam satu bilik

Berkongsi rasa yang sama dan masalah yang sama

Hati Prihatin seorang IBU kami kongsi bersama

Suka, duka, pahit, maung, bimbang, resah dan bermacam-macam

Di sini kami tidak nampak perbezaan kasta, budaya dan agama

Kami bersatu atas nama atma seorang ibu

Kami saling memberi sokongan tidak kira kami dari parti apa pun

Saat genting di IJN membuatkan kami tidak peduli semua itu

Selalunya sesiapa yang hadir melawat wad bayi di sini, pasti air mata mengalir atau hati bakal terusik

Doktor-doktor muda pun sesekali mengalir air mata

Tekanan perasaan bagi seseorang ibu atau bapa pasti lebih lagi

Hanya orang yang pernah mengalami memahami

Seperti kata pepatah Arab: Sesiapa yang tidak merasa, tidak faham.

Masa itu terasa bagai hendak digadai apa sahaja demi menyelamatkan anak

Namun, takdir...

Siapalah dapat menolak takdir

Sesuatu yang perlu diterima walau hati sangat berbelah bagi

Jodoh, Ajal, Sakit dan semuanya di 'tangan' Tuhan

Kita hanya mengusaha, tetapi penentu segalanya adalah DIA.

 1.00 pm
3 Ogos 2016M
(Rabu)

No comments: