Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Tuesday, February 14, 2017

Da'i: Episod 1

“Bangunkan Islam di dalam diri sendiri, itu yang penting!”
“Bagaimana?” soal Hanin, tidak mengerti.
Wajah Ustazah Zulfa tersenyum.
“Disiplinkan diri, solat jangan tinggal. Cuba wujudkan suasana Islam di dalam rumah. Kita semua bertindak sebagai da‘i,” terang Ustazah lebih terperinci.
“Da‘i? Mampukah? Mampukah saya lakukannya? Bagaimana saya hendak berdakwah? Saya tidak kuat,” tuturnya lemah. Siapalah aku untuk jawatan itu? Aku banyak kelemahannnya.
Sepasang mata bundar milik Ustazah Zulfa merenung wajah Hanin. Tampak keresahan di latar wajah gadis itu.
“Kita semua lemah, Hanin. Jika kita berkata seseorang itu berubah disebabkan usaha kita, itu salah! Kita hanya perlu berusaha, Allah yang menentukan segalanya.”
Hanin mendengar kata-kata itu penuh khusyuk.
“Walau bagaimanapun, kita kena yakin bahawa Allah akan bantu sesiapa yang berusaha membantu agamanya.” Ustazah Zulfa menjenguk wajah yang sedang menunduk itu. “Hanin tak yakin?”
Hmh? Riak wajah Hanin bagai sedikit terkedu. Dia menjeling wajah murabbiah sejati itu sedetik sebelum melanjutkan kata. Rasa hormat terhadap ustazah itu terlalu menebal.
“Namun ustazah.. Saya rasa tak layak untuk jawatan ini. Tugas sebagai seorang pengawas bukannya semudah yang disangka.”
“Awak telah menghukum diri awak sebelum berusaha. Bagaimana awak hendak berjaya?” Soalan itu bagai satu cabaran baginya.
“Awak tidak percaya kepada saya?”
Hmh? Hanin terpegun dengan soalan tersebut.
“Awak kata awak tidak layak. Jadi, awak ragu-ragu dengan pilihan saya. Jadi, awak mengatakan yang saya telah gagal memilih orang layak untuk jawatan ini? Ini juga bermaksud awak mengatakan saya tidak layak untuk menentukan siapa yang layak untuk jawatan ini…?”
“Bukan begitu!” Hanin sedikit kepanasan diasak bertubi-tubi.
“Begitulah maksudnya! Apa lagi!”
“Ustazah, maafkan saya! Bukan itu maksud saya. Baik, saya akan cuba memegang jawatan ini. Saya yakin dengan penilaian Ustazah. Janganlah Ustazah kata begitu!” Dia mengaku akhirnya.
“Baik, buktikan!”
Buktikan!
Suara itu masih bersenandung di dalam latar fikirannya. Mengasak dan terus mengasak. Hingga ke saat ini. Tanpa sedar dia terduduk di atas sofa yang bertentangan dengan kaca televisyen. Cerita ‘Sayang Kamu 200%’ sedang ditayangkan di salah satu saluran tempatan.

To Be Continued >>>

No comments: