Nyanyian kami
Lagu rap, belada, pop dan rock
Nyanyian mereka
Suara jihad yang memanggil-manggil
Kesedihan kami
Hanya kerana peperiksaan, perpisahan yang sementara
Kesedihan mereka
Tidak dapat bertemu keluarga di syurga
Kegembiraan kami
Kerena hiburan, tv, dan juga pesta
Kegembiraan mereka
Dapat berjuang pada jalan-Nya
Kecintaan kami
hanya pada ibu bapa dan wanita
Kecintaan mereka
pada Allah dan juga baginda
Kegigihan kami
Disimbahi peluh dan air mata
Kegigihan mereka
Disimbah darah yang berjela-jela
-Naurah Musyahidah-
(Since 2005)
Selamat Maal-Hijrah 1435H
Selamat Maulidurrasul
Thursday, February 19, 2015
Wednesday, February 4, 2015
Penemuan Sains
Bukti Saintifik Bulan Terbelah Dua
Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa bulan pernah terbelah
dua. Kajian ini dilakukan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit
dan teleskop yang mendapati terdapat garisan rekahan yang terdapat pada
bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya ke bulan untuk kajian yang lebih
terperinci. Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan
pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum,
alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah
dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang
lalu.
Ini membuktikan mukjizat yang telah berlaku kepada Rasululah SAW seperti yang tercatat dalam al-Quran, Ayat 1-2 Surah -Qamar adalah BENAR.
Ini membuktikan mukjizat yang telah berlaku kepada Rasululah SAW seperti yang tercatat dalam al-Quran, Ayat 1-2 Surah -Qamar adalah BENAR.
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. ayat 1-2 Surah al-Qamar
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى
عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
شِقَّتَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اشْهَدُوا
Dari Abdullah bin Mas'ud ra, beliau berkata bahawa bulan
telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW
bersabda, saksikanlah.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ
انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِرْقَتَيْنِ فِرْقَةً فَوْقَ الْجَبَلِ
وَفِرْقَةً دُونَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا
Dari Ibnu Mas'ud ra, beliau berkata bahawa bulan telah
terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW, sebahagiannya di atas gunung
dan sebahagiannya di tempat lain, lalu Rasulullah SAW bersabda,
perhatikanlah.
Hadis riwayat
Bukhari.
عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ
انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Dari Qatadah, beliau telah mendengar Anas berkata bahawa bulan telah
terbelah pada zaman Rasulullah SAW.
Hadis riwayat Ahmad.
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ
مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى صَارَ
فِرْقَتَيْنِ عَلَى هَذَا الْجَبَلِ وَعَلَى هَذَا الْجَبَلِ
فَقَالُوا سَحَرَنَا مُحَمَّدٌ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَئِنْ كَانَ
سَحَرَنَا فَمَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْحَرَ النَّاسَ كُلَّهُمْ
Dari Muhammad bin Mut'im dari ayahnya, beliau telah berkata bahawa
bulan telah terbelah pada zaman Nabi SAW sehingga menjadi dua
bahagian, sebahagiannya di atas gunung ini dan sebahagiannya di atas
gunung ini, mereka berkata kita telah disihir oleh Muhammad dan
berkata sebahagian drp mereka, sekiranya Muhammad telah menyiihir
kita, sudah tentu dia tidak mampu untuk menyihir seluruh manusia.
Hadis riwayat Tarmizi.
Terdapat byk kitab yang menceritakan
kisah bulan terbelah dua selain drp Sahih Muslim dan Sahih Bukhari.
Di antaranya ialah ;
Abu Nu'aim dalam kitabnya, Tanda-tanda Kenabian (دلائل
النبوة ), telah menceritakan bahawa kaum musyrikin
telah berjumpa dgn Rasulullah SAW, di antara mereka ialah al-Walid
bin Mughairah, Abu Jahal bin Hisyam, Al-As bin Wail, Al-Aswad bin
Muthalib, an-Nadhru bin al-Harith. Tujuan kedatangan mereka ialah
untuk menguji kenabian Rasulullah SAW. Mereka berkata kepada
Rasulullah SAW, ""Jika kamu seorang yang benar ( seorg nabi yng
diutuskan oleh Allah) belahkan bulan kepada dua bahgian" Lalu
Rasulullah SAW berdoa kepada Allah, dan doa beliau telah
dimakbulkan, maka bulanpun terbelah dua. Lalu Rasulullah SAW
bersabda , saksikanlah iaitu sebagai bukti kebenaran mukjizat dan
risalah kenabian Rasulullah SAW.
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau
mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling
ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
ayat 1-2 Surah al-Qamar
Menurut Imam at-Thabari dalam tafsirnya, ketika
menafsirkan ayat 1 - 2 surah al-Qamar di atas, menjelaskan bahawa
peristiwa terbelahnya bulan telah terjadi ketika zaman Rasulullah
SAW ketika beliau masih berada di Makkah iaitu sebelum peristiwa
hijrah ke Madinah. Peristiwa tersebut berlaku ketika musyrikin
Makkah meminta bukti kenabian baginda, maka Rasulullah SAW telah
mendatangkan kepada mereka bulan yang terbelah dua sebagai tanda dan
hujjah betapa benarnya bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah.
Malangnya, apabila dibentangkan kepada mereka bukti dan tanda yang
jelas, mereka tetap berpaling, menolaknya serta tidak
mempercayainya... Malah dikatakan pula, ini semua adalah sihir
semata-mata, Muhammad telah meyihir mereka !!!
Seterusnya Abu Nu'aim (دلائل
النبوة ) menjelaskan bahawa kafir Makkah mengatakan
semua ini adalah sihir semata-mata dan mereka mencadangkan supaya
ditanya kepada kafilah-kafilah yang dalam perjalanan ke Makkah,
adakah mereka nampak bulan terbelah dua sebagaimana yang dilihat
oleh penduduk Makkah. Jika sekiranya mereka nampak bulan
terbelah dua sebagaimana yang dilihat oleh penduduk Makkah, maka
Muhammad di pihak yang benar (bukan sihir). Apabila kafilah tersebut
sampai di Makkah, mereka berkata bahawa kesemua mereka nampak bulan
telah terbelah dua. Jelaslah, memang bulan telah terbelah dua...
bukannya sihir Muhamad, tambahan pula, Muhammad takkan mampu
menyihir seluruh pandangan manusia (di Makkah dan luar Makkah).
http://www.tayibah.com/eIslam/bulan_terbelah_dua.php
|
Koleksi Soalan FIQH
Hukum Onani Lelaki & Wanita
Hukum Onani (Masturbasi)
Bagi Lelaki & Wanita
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Assalamualaikum, Apakah Hukum melakukan onani?
Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-
Kadang-kadang
darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk
mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya
yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan
nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).
Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)
Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.
Sedang
Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh
karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.
Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:
Karena takut berbuat zina. Karena tidak mampu kawin.
Pendapat
Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah
(nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram.
Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain
yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya
terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak
berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya
gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.
Tetapi yang lebih baik dari itu semua,
ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap
pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa,
dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan
menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan
(muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu
Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Hai
para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka
kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara
kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa,
sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)
Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam
Terlalu
banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar
di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini. Ada
sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa dan bentuk
soalannya yang kurang sesuai.
Antara soalan-soalannya :-
1) " ...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."
2) "Assalammualaikum... Saya
sudah berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan
dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh
sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi.
3) "Saya
tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan
nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari
di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta
hukumannya."
4) "Saya
juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah
perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap
kali saya beronani."
5) "Salam..ustaz
adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan mani?adakah
kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima kasih"
6) "Salam,
saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang
kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang
kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?"
Sebeban Alasan
Dalam
masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab yang
diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu
yang ditanya akan mengatakan harus baginya.
"Seolah-olah
ingin menjadikan kita sebagai jambatannya 'ke neraka', then kat akhirat
dok tuding jari kepada kita" kata seorang rakan saya yang juga seorang
penceramah aktif di Lembah Klang.
Selain
hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran
soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan
keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.
Virus Bermula
Ia
secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang
menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara
nafsu syahwat yang haram.
Melayani
syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan
solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri
seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula
menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin
Jazlin dan lain-lain.
Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.
ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها
Ertinya
: Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita
(aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan
memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad &
At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan
Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)
Juga disebut dalam sebuah athar :
النظر سهم مسموم من سهام إبليس
Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)
Malah ia juga bakal merosakkan hati :-
كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله
Ertinya
: Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi
(berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi
Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)
Ketahuilah
saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati
seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.
Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.
Ia
adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat
seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak
dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan
menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan
ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat
nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada
lagi pintu puas.
Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-
لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ
Ertinya
: Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya
sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan
diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikian
juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu
penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan
onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah
Onani yang telah saya siarkan di web ini.
Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -
1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.
Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ
أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ
ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Ertinya
: "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap
istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka
sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari
yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (
Al-Mukminun : 5-7)
Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-
- a) Malumin : Ertinya : "tercela"
- b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"
2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.
Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus'
iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia
telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman
wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.
Maksud
saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai
teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau
kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin
merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia
boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah)
sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh
sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.
3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri
seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah.
Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani.
Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya
sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.
Ia
berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan
sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di
tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.
4) Hukum
dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi
bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai
kesan negatif kepada kesihatan.
Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-
1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga
Beliau menyebut :-
Jika
anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan
seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila
beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi
kepuasan seperti anda kecapi secara onani.
Masalah
ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang
menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku
dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda
tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.
2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk
Beliau menyebut :-
Selain
itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga
mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda
akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.
Ini
kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau
dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur
faraj perempuan.
3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki
Beliau berkata :
Namun,
saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada
bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan
menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma
tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.
Sebagai
contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti
pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda
teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.
Anda
hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi
semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan
menjadi mandul.
Sudah
tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali
berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar,
kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.
Bagaimanapun,
ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar
terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan
pembedahan atau penggunaan alat pemulih.
Namun,
jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi
cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat,
anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna,
hidup anda merana selama-lamanya!
Penutup
Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-
- 1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
- 2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah makan dan minum di siang hari.
- 3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk bangun sahur.
- 4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk elakkan ‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.
Amat
diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat menghasilkan kemampuan
kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di atas.
Teringat saya kepada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Prof. Dr Sano Qutoub Mustafa ( Prof Syariah di UIAM ) pada 19 Oktober yang lalu. Beliau mengatakan
"jika keadaan
iman dan amalan anda selepas Ramadhan adalah sama atau lebih teruk dari
sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak mendapat keampunan Allah pada
bulan Ramadhan yang lalu"
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
11 Syawwal 1428 H
Tuesday, January 6, 2015
KOLEKSI BUNGA APRIL: TOPIK 6 PEDAGOGI KELAS BERCANTUM
TOPIK 6 PEDAGOGI KELAS BERCANTUM
TOPIK 6 |
PEDAGOGI KELAS
BERCANTUM
|
Fikirkan tentang pengalaman peribadi yang pernah anda melalui
mengenai keperluan untuk merancang bagi mengajar sebuah kelas bercantum.
Contohnya, merancang untuk mengajar satu pelajaran kelas bercantum. Apakah ciri-ciri
biasa yang terkandung dalam pedagogi
kelas bercantum?
Sekarang kita
akan meneliti cara bagaimana mengelolakan sesi pengajaran
untuk kelas bercantum
6.1 Sejarah dan Konsep Kelas Bercantum
Setiap murid di
negara ini perlu diberikan peluang untuk
memperoleh pendidikan selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh
sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman, kelas bercantum
diadakan. Di samping itu, bilangan guru
di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar
lebih daripada satu kelas pada masa-masa tertentu.
Sejarah kelas
bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia
dikenali sebagai Multiple Class Teaching.
Multiple Class Teaching
dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh sebab keadaan
bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan
papan tulis tidak mencukupi.
Konsep
Kelas Bercantum
Konsep kelas
bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi
murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga
dan empat serta tahun lima dan
enam.
Kelas bercantum “sebagai satu bentuk pengajaran yang mana
seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih
daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah.” (UNESCO, 1988).
Berasaskan pernyataan di bawah, cuba bincang dengan rakan
anda bagaimana boleh berlaku?
a. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan
ada 10 orang murid atau lebih, kelas tidak perlu dicantum.
b. Kalau bilangan guru mencukupi, kelas
tidak perlu dicantum.
c. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan
bilangan murid adalah 10 orang atau kurang, kelas perlu dicantum.
d. Seelok-eloknya satu kelas bercantum
tidak melebihi 20 orang murid.
e. Umur murid-murid dalam satu kelas
bercantum perlulah hampir sama dan dari tahap yang sama, misalnya darjah satu
dan dua atau darjah dua dan tiga.
6.2 Ciri-ciri
Kelas Bercantum
·
Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.
·
Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun
persekolahan
·
Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan
dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka.
·
Guru mengajar lebih daripada satu tahun
persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas.
·
Strategi
pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.
Anda perlu ketahui bahawa tugas mengelola kelas-kelas
bercantum banyak memerlukan persediaan
dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Kemahiran “multi task” atau keterampilan guru diperlukan supaya dapat
menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
6.3 Pedagogi Kelas Bercantum
Dalam situasi pengajaran secara kelas, konsep kepelbagaian
murid perlu diambil kira kerana setiap murid mempunyai daya tanggapan,
imaginasi, minat dan konsentrasi yang berbeza-beza walaupun mereka dalam
kumpulan umur yang sebaya. Oleh itu murid-murid di bawah jagaannya lebih sesuai
dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Prinsip-prinsip pecahan kepada
kumpulan adalah seperti berikut :
(a) Kumpulan Sama Kebolehan
(b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan
(c) Kumpulan Tahun Persekolahan
(d) Kumpulan Sosial
(e) Kumpulan Individu
Kumpulan Sama
Kebolehan
Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai
kumpulan akademik. Pelajaran seperti matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar
mengikut kumpulan ini. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhati-hati membahagikan
murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu. Pembahagian murid-murid kepada
kumpulan-kumpulan yang lemah. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung
membawa kepada bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai
daripada murid-murid dalam kumpulan cerdas dan lemah. Guru hendaklah lebih
menitikberatkan keperluan kumpulan yang lemah ini.
Kumpulan Pelbagai
Kebolehan
Kumpulan ini terdiri daripada
murid-murid yang pelbagai kebolehan. Kalau murid-murid dibahagikan mengikut
kumpulan ini, dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada murid-murid
yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang
pandai melukis, ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja
praktikal. Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. Biasanya
kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek. Oleh itu kumpulan
yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan kerja projek yang berjaya.
Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan individu.
Kumpulan Tahun Persekolahan
Guru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama kumpulan tahun
persekolahan lain melakukan kerja sendiri. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza.
Setiap darjah ada kumpulan:
§ lambat
§ sederhana
§ cerdas
Guru mengajar
mengikut darjah secara bergilir. Sediakan lembaran kerja untuk semua kumpulan.
Kumpulan Sosial
Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan
Kumpulan Pelbagai Kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada
penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. Di sini kanak-kanak diberi peluang memilih
kumpulan-kumpulannya sendiri. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya
termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi
dan kerehatan.
Kumpulan Individu
Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan
murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara
individu.
6.4 Rancangan
Pengajaran Kelas Bercantum
Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran.
Guru-guru yang
terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yang disediakan
oleh PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa. Sukatan Pelajaran tersebut perlu
diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum.
Guru yang
mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan sukatan
pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian bagi setiap
mata pelajaran supaya dapat diajar serentak. (rujuk Rancangan Pengajaran
Harian)
Mata pelajaran
dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelas
bercantum. Guru perlu mengubahsuai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaan
dapat diajar dengan serentak. Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar
pada satu masa, kaedah pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan.
4.2 Rumusan
Diambil
daripada : Modul BPG(2007). Kelas Bercantum.
Penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi
guru berdasarkan surat pekeliling K.P Bil.256/1961. Rancangan Pengajaran Harian
sangat penting kerana
a) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian.
b) ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata pelajaran.
c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid.
d) dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum selesai dalam
rancangan untuk setahun.
e) sebagai panduan dan membantu
guru-guru lain yang mengambil alih mengajar sesuatu darjah.
Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan
pelajaran harian tetapi lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan
saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan.
Kita
telah sampai ke akhir topik mengenai perancangan untuk mengajar. Mari kita
membuat ringkasan isi penting dalam topik ini.:
- Kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.
- Antara ciri-ciri kelas bercantum adalah kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja, murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan; bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka, guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas dan strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.
- Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut : kumpulan Sama Kebolehan; kumpulan Pelbagai Kebolehan; kumpulan Tahun Persekolahan; kumpulan sosial; kumpulan individu
- Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru kerana merupakan rujukan untuk persediaan harian dan pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan
Teks Bacaan Asas Rujukan
Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan
Arends, R.I. (2001). Learning To Teach. Boston : McGraw Hill. Anthony Candia, (1989), Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Kelas Bercantum.
Asmah bt. Hj Ahmad, (1989), Pedagogi 2, Siri Pendidikan Logman.
Kementerian Pelajaran malaysia, (1982), Buku Panduan Khas Kelas Bercantum Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia, (1980 - pindaan, 1982), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Kelas Bercantum. Bahagian Pendidikan Guru.(2007). Modul Kelas Bercantum. Putrajaya.
Sunday, April 27, 2014
Sunday, March 23, 2014
Di Sebalik 3 Jiwa 1 Cinta
Sebenarnya sebelum novelet 3 Jiwa 1 Cinta ini terhasil asalnya ia adalah sebuah cerita khusus untuk awal remaja yang lebih menekankan gejolak rasa seorang gadis yang baru beralih dari dunia kanak-kanak ke alam remaja. Tajuk asalnya ialah "Seindah Dahlia.
Hmm.. pasti ramai mengatakan taju asal ini mcam tajuk lama. He.. saya sendiri akui. Sebab itulah tajuk ini tidak dikekalkan.
Sebenarnya manuskrip novel ini saya hantar pada tahun 2010 lagi kepada editor Amir Abd Hamid di Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Setelah diedit dan terdapat banyak kesilapan pihak editor menawarkan supaya saya tukar genre novel ini kepada dewasa.
Ah, kekangan masa yang tak terhitung apatah lagi saya seorang guru. Tambahan lagi PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) baru dikenalkan pada tahun itu (2012). Lama kan saya menulis. Hu.. memang. Tambahan lagi saya pula tengah pregnant. Sangatlah penat!
Sekali lagi editor cuba mudahkan saya dengan menawarkan agar saya bergabung dengan "Nurin Hanna" atau nama sebenarnya Norlida Mohd Nor utk menulis novelet, memandangkan terdapat kesamaan tema di antara cerita kami berdua.
Sekali lagi saya perlu mengedit semula. Sebab itulah editor selalu pesan agar menghantar sinopsis dahulu sebelum mengarang agar tidak menyusahkan penulis itu sendiri.
So, tak boleh kata apa, memang salah sendiri.
Kemudian saya berdepan dengan masalah penyakit arwah anak saya, Nadhrah Husna yang mengidap penyakit jantung.
Berdepan dengan pelbagai kesukaran sehinggalah ditakdirkan pembedahan jantung arwah di IJN tidak berjaya, sekali lagi penulisan novelet di pihak saya terhenti setelah dihempap dengan ujian ini. Berbulan-bulan saya mengambil masa mengumpul kekuatan untuk bangkit semula.
Di dalam novelet 3 Jiwa 1 Cinta ada saya muatkan gambaran perasaan seorang ibu apabila mendepani masalah penyakit anak, iaitu gambaran perasaan saya sendiri, yang mana menjentik satu gaya baru dalam penulisan novel saya.
Dan akhirnya pada tahun ini 2014 novelet ini siap.
Saya amat berterima kasih dengan editor AMir dan isteri serta pihak Galeri Ilmu kerana datang menziarah arwah anak di IJN. Mereka turut menyumbangkan doa dan bacaan yasin untuk keselamatan arwah. Turut memberi sumbangan yang kami tidak jangka. T.kasih tak terhingga. Begitulah episod cerita di sebalik novelet 3 Jiwa 1 Cinta ini.
![]() |
| Tambah kapsyen |
Sebenarnya manuskrip novel ini saya hantar pada tahun 2010 lagi kepada editor Amir Abd Hamid di Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Setelah diedit dan terdapat banyak kesilapan pihak editor menawarkan supaya saya tukar genre novel ini kepada dewasa.
Ah, kekangan masa yang tak terhitung apatah lagi saya seorang guru. Tambahan lagi PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) baru dikenalkan pada tahun itu (2012). Lama kan saya menulis. Hu.. memang. Tambahan lagi saya pula tengah pregnant. Sangatlah penat!
Sekali lagi editor cuba mudahkan saya dengan menawarkan agar saya bergabung dengan "Nurin Hanna" atau nama sebenarnya Norlida Mohd Nor utk menulis novelet, memandangkan terdapat kesamaan tema di antara cerita kami berdua.
Sekali lagi saya perlu mengedit semula. Sebab itulah editor selalu pesan agar menghantar sinopsis dahulu sebelum mengarang agar tidak menyusahkan penulis itu sendiri.
So, tak boleh kata apa, memang salah sendiri.
Kemudian saya berdepan dengan masalah penyakit arwah anak saya, Nadhrah Husna yang mengidap penyakit jantung.
Berdepan dengan pelbagai kesukaran sehinggalah ditakdirkan pembedahan jantung arwah di IJN tidak berjaya, sekali lagi penulisan novelet di pihak saya terhenti setelah dihempap dengan ujian ini. Berbulan-bulan saya mengambil masa mengumpul kekuatan untuk bangkit semula.
Di dalam novelet 3 Jiwa 1 Cinta ada saya muatkan gambaran perasaan seorang ibu apabila mendepani masalah penyakit anak, iaitu gambaran perasaan saya sendiri, yang mana menjentik satu gaya baru dalam penulisan novel saya.
Dan akhirnya pada tahun ini 2014 novelet ini siap.
Saya amat berterima kasih dengan editor AMir dan isteri serta pihak Galeri Ilmu kerana datang menziarah arwah anak di IJN. Mereka turut menyumbangkan doa dan bacaan yasin untuk keselamatan arwah. Turut memberi sumbangan yang kami tidak jangka. T.kasih tak terhingga. Begitulah episod cerita di sebalik novelet 3 Jiwa 1 Cinta ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)









