Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Friday, April 24, 2020

Ateisme

Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan. Kepercayaan Ateisme bertentangan dengan teisme, yang merujuk kepada kewujudan sekurang-kurangnya satu Tuhan. Walaupun penafian tuhan sudah wujud pada zaman-zaman kuno, contohnya pada zaman jahiliah, tetapi hanya pada abad ke-19, ateisme membentuk menjadi satu fahaman dan aliran pemikiran, dengan adanya ahli fikir yang berterus-terang menafi kewujudan tuhan dengan dalil-dalilnya yang tersendiri. Tokoh-tokoh ateisme yang terkenal ialah Friedrich Nietzsche (1844–1900), dan juga Karl Marx (1818–1883).
Terma "Ateisme" berasal daripada bahasa Yunani ἄθεος (atheos), yang bermaksud, "tanpa Tuhan". Terma ini digunakan oleh golongan yang menafikan kewujudan Tuhan yang disembah oleh golongan majoriti dalam sesebuah masyarakat. Dengan perkembangan "kebebasan minda" (freethought) dan kritikan terhadap agama, penggunaan terma "ateisme" kemudiannya menjadi lebih spesifik dan terurus. Abad ke-18, Zaman Kesedaran, menyaksikan antara individu pertama yang menggelarkan diri mereka sebagai "ateis', manakala Revolusi Perancis merupakan antara peristiwa pertama yang menyaksikan pergerakan politik yang menyokong idea pemikiran manusia.
Hujah-hujah menyokong ateisme mengambil pendekatan sejarah, falsafah dan sosial. Antara rasional untuk menafikan kewujudan Tuhan adalah kekurangan bukti empirikal, permasalahan kesengsaraan dan permasalahan logikal.
Jangkaan bilangan ateis sukar untuk ditentukan disebabkan kemunculan ateisme yang berbagai. Beberapa tinjauan global berkaitan dengan subjek ini telah dilakukan oleh Gallup International. Tinjauan Gallup International 2015 menunjukkan seramai 11% daripada 64,000 responden merujuk kepada diri mereka sebagai "ateis yakin", manakala tinjaun terdahulu pada tahun 2012 menyaksikan seramai 13% responden menggelarkan diri mereka sedemikian. Menurut tinjauan-tinjauan ini, benua Eropah dan Asia Timur merupakan kawasan dengan kadar ateisme tertinggi. Pada tahun 2015, seramai 61% penduduk Cina merujuk kepada diri mereka sebagai "ateis". Menurut tinjauan "Eurobarometer", seramai 20% penduduk European Union (EU) mendakwa ketidakpercayaan terhadap "Tuhan atau apa-apa entiti ketuhanan".
Friedrich Nietzsche merupakan antara ahil falsafah yang latang sekali menyaran kepada ateisme, dengan pernyataannya "Tuhan Sudah Mati" (Jerman: Gott ist tot). Adapun pernyataan beliau telah menggemparkan masyarakat barat pada zaman itu. Pernyataan beliau menandakan bermulanya perubahan nilai pusat dalam umat Barat. Dengan itu, sistem nilai umat Barat, mula berubah dan tidak lagi berpusat pada akidah Kristian.

Dalil-dalil ateisme


Untuk dalil-dalil kewujudan tuhan sila rujuk Tuhan
Sebagai satu fahaman, ateisme mempunyai dalil-dalilnya sendiri untuk menafi kewujudan tuhan. Dalil-dalilnya adalah seperti di bawah
  • Kewujudan tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan
    Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima oleh deria manusia dan tidak pula dapat dikesan olehmesin-mesin. Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.
  • Masalah kesengsaraan di atas bumi
    Adanya kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan bahawa Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Sekiranya Tuhan yang berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud, mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan kesengsaraan ini terus berlaku?
  • Masalah Logikal
    Soalan "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?". Soalan ini menunjukkan sifat Maha Berkuasa yang ada pada Tuhan sukar melalui ujian logik.
  • Teori Penipuan-Sendiri(Teori Pragmatisme)
    Manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk menghadapi kematian ataupun kesusahan.
  • Ketidaksinambungan
    Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan tersendiri dan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang Maha Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.

Faktor-faktor kemunculan ateisme

Kemunculan ateisme merupakan satu fenomena sosial yang berlaku di masyarakat moden. Faktor-faktor kemuculannya adalah seperti di bawah:
  • Perkembangan Teknologi dan Sains
    Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup. Pengetahuan dalam sains juga membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semestayang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan.
  • Fahaman Sosial-Progresif
    Fahaman sosial progresif menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Lebih-lebih lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji nilai lama. Dengan anggapan agama satu pemboleh ubah dalam masyarakat, orang yang kuat berpegang agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu nilai negatif dalam masyarakat ini.
  • Faktor Moraliti
    Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut terhadap neraka ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap bahawa kebolehan manusia untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan kewujudan tuhan dan syaitan.

Lihat juga

DID Kecelar

Kecelaruan personaliti (split personality) atau  disebut "Dissociative identity disorder" merupakan salah satu diagnosis psikiatri dan menerangkan keadaan dimana seseorang itu memaparkan identiti yang berbeza atau personaliti yang berbeza. Kecelaruan personaliti ini merupakan salah tu daripada penyakit psikologi. Kecelaruan personaliti dalam maksud mudah ialah apabila seseorang mempunyai dua atau lebih personaliti dalam masa yang berbeza. Kadangkala mereka akan muncul baik, dan tanpa sebarang amaran mereka akan berubah menjadi seorang yang negatif.

Kecelaruan personaliti ini boleh dibahagikan kepada empat iaitu :

Pertama: Ciri-ciri Personaliti Pradominan: Ganjil dan Esentrik

1.Kecelaruan Paranoid - memaparkan tingkah laku ganjil seperti mengesyaki org lain, tidak mempercayai orang, sensitif dan selalu menyalahkan org lain.

2. Kecelaruan personaliti skidzoid - ketidakpusan hati dalam membentuk hubungan emosi yg baik dengan orang lain dan mempunyai beberapa kawan rapat yang terpilih yang tidak ramai.

3. Kecelaruan Personaliti Skizotipal - menunjukkan gaya komunikasi , fikiran dan aksi yang aneh . Individu ini sering memencil diri daripada berinteraksi sosial, tidak banyak mengadakan hubungan peribadi yg bermakna, mengelak diri drp berinteraksi, sensitif, pentingkan diri dan pertuturan juga tidak jelas .


4. Kecelaruan personaliti pengelakkan - satu kecelaruan yang menjelaskan tentang seseorang individu yang sering mengelak daripada mengadakan hubungan intim kerana bimbang ia tidak akan diterima oleh orang-orang tertentu.



Terdapat banyak punca terjadinya kecelaruan personaliti ini , antaranya ialah :

- Faktor biologi -  genetik, ketidakseimbangan hormon dan pemakanan.

- Faktor pembelajaran serta proses pelaziman yang tidak sesuai.

- Faktor Psikososial - kejadian trauma pada zaman kanak-kanak seperti dipukul, kemalangan atau kematian ibu bapa. Pengalamann ini akan menyebabkan satu trauma psikologi yang tidak mudah luput. Tekanan hidup lazimnya akan menyebabkan trauma yang dialami pada masa yang lampau itu timbul semula. 

Ramai Saintis Mengakui Kebenaran al-Quran

Ramai saintis mengakui kebenaran AlQuran

14 Komen
 
 
 
 
 
 
2 Votes

Salaam alaikum w.b.t…. Tahukah anda betapa ramainya saintis telah membuat pengakuan bahawa banyak kandungan dalam AlQuran menepati ilmu sains dan teknologi sekarang ini. Dan banyak penemuan-penemuan baru sebenarnya telah terkandung maksudnya di dalam AlQuran. Di sini disertakan beberapa dari kata-kata pengakuan mereka.
“Agama dapat menjadi petunjuk yang berhasil untuk pencarian ilmu pengetahuan. Dan agama Islam dapat mencapai sukses dalam hal ini. Tidak ada pertentangan antara ilmu genetika dan agama. Kenyataan di dalam al-Quran yang ditunjuk­kan oleh ilmu pengetahuan menjadi valid. AI-Quran yang berasal dari Allah mendukung ilmu pengetahuan.
– Prof. Dr. Joe Leigh Simpson , Ketua Jurusan Ilmu Perbidanan dan Ginekologi dan Prof. Molecular dan Genetika Manusia, Baylor College Medicine, Houston, Amerika Syarikat.
“Nabi Muhammad SAW sebagai buku ilmu pengetahuan dari Allah. “
– Prof. Marshall Johnson, Guru Besar ilmu Anatomi dan Perkembangan Biologi, Universiti Thomas Jefferson,
Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
“AI-Quran adalah sebuah kitab, petunjuk, kebenaran, bukti,” dan kebenaran yang abadi bagi kita sampai akhir zaman. “
– Prof. TVN Persaud , Ahli anatomi, ahli kesihatan kanak-kanak, dan ahli ginekologi perbidanan dan ilmu reproduksi di Universiti Manitoba, Winnipeg, Menitoba, Kanada.
“Semua yang tertulis di dalam al-Quran pasti sebuah kebenaran, yang dapat dibuktikan dengan peralatan ilmiah. “
– Prof. Tejatat Tejasen, Ketua Jurusan Anatomi Universiti Thailand, Chiang Mai
“…metode ilmiah modern sekarang membuktikan apa yang telah dikatakan Muhammad 1400 tahun yang lalu. AI-Quran adalah buku teks ilmu pengetahuan yang ringkas dan sederhana untuk orang yang sederhana. “
– Prof. Alfred Kroner , Ketua Jurusan Geologi Institut Geosciences, Universiti Johannnes Gutterburg, Maintz, Jerman.
“AI-Quran adalah kitab yang menakjubkan yang menggambarkan masa lalu, sekarang, dan masa depan. “
– Prof. Palmer , Ahli Geologi ternama Amerika Syarikat.
“llmuwan itu sebenarnya hanya menegaskan apa yang telah tertulis di dalam al-Quran beberapa tahun yang lalu. Para ilmuwan sekarang hanya menemukan apa yang telah tersebut di dalam al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu.”
– Prof. Shroeder , Ilmuwan kelautan dari Jerman
“Dengan membaca al-Quran, saya dapat menemukan jalan masa depan saya untuk investigasi alam semesta,”
– Prof. Yoshihide Kozai , Guru Besar Universiti Tokyo dan Direktor The National Astronomical Observatory, Mikata, Tokyo, Jepun.
Dipetik dari buku Bukti Kebenaran Quran / oleh Abdullah M. al-Rehaili
Advertisements

Bagaimana Hendak Tenangkan Hati

1. Membaca dan mendengarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

2. Menyayangi orang miskin

Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

>3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas

Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

>4. Menjaga silaturahim

Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

>5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“

Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


>6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit

Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


>7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah

Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


>8. Tidak meminta kepada orang lain

“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


>9. Menjauhi hutang

Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


>10. Selalu berfikir positif

Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?


Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh


Saya harap artikel ini sikit sebanyak memberikan panduan kepada mereka-mereka yang bermasalah dalam mencari ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup, insyaAllah.