APAKAH HUKUM BERZIKIR SAMBIL MENARI?
by Khairy Tajudin · April 22,
Sufi
Mukadimah
Isu ini hangat diperkatakan oleh semua pihak. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Facebook kami, kami mahu membincangkannya secara khusus seperti yang telah dijanjikan. Bersama dengan isu ini, banyak tajuk berkaitan yang lain dan kami tidaklah membincangkannya kecuali tajuk ini sahaja supaya ia lebih terfokus dan sampai kepada sasaran. Justeru, Bayan Linnas pada kali ini kami namakan dengan Penjelasan Berhubung Hukum Zikir Menari.
Pada masa ini, isu ini begitu hangat diperbahaskan.
Maka, kami kemukakan di sini pelbagai pandangan dan hujahan berdasarkan nas atau fatwa yang dikemukakan. Semoga pencerahan ini memberi kefahaman yang baik kepada kita. Amin.
Definisi Zikir
Pelbagai maksud dan definisi dapat diberikan kepada pengertian zikir. Dari segi bahasa zikir bermaksud mengingati. Semantara dari segi istilah pula zikir merupakan mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.
Selain itu, zikir juga dapat diertikan sebagai sebahagian daripada rangkaian iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Mengingati Allah mendorongkan seseorang melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya. Mengingati Allah adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
Zikir terbahagi kepada dua samada qalbi (dalam hati) atau lisani (iaitu pada lafaz lidah).
Zikir orang-orang soleh adalah dengan tasbih, tahmid, takbir dan tahlil sementara zikir orang yang berpaling daripada Allah iaitu dengan nyanyian yang melalaikan, ghibah (mengumpat orang lain), namimah (mengadu domba), dan kekejian. Seorang penyair menggambar golongan ini dengan menyatakan:
Definisi Menari
Definisi menari dalam Kamus Dewan menari bermaksud melakukan tari (gerakan badan serta tangan dan kaki berirama) mengikut rentak muzik manakala berdansa bermaksud menari cara Barat. Ini bermakna menari lebih luas konsepnya dan contoh-contoh ayat boleh dilihat dalam kamus, buku, majalah dan artikel yang berkaitan.
Hukum Gerakan Dalam Zikir
Sebelum dibincangkan tajuk utama iaitu zikir dalam keadaan menari, suka dinyatakan bahawa zikir dalam keadaan bergerak adalah perkara yang dibolehkan kerana ia menyebabkan badan menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan ibadat zikir. Mereka berdalilkan kepada nas al-Qur’an dan hadith antaranya:
Firman Allah SWT
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ
Maksudnya: “…(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring…”
(Surah Ali Imran: 191)
Al-Maghari berkata: “Sepanjang menjalani kehidupan, mereka tidak pernah lupa kepada Allah SWT malahan mereka sering mengingati Allah SWT dengan hati yang terang dan menyedari sepenuhnya bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi dirinya.”
Adapun dari segi hadith Ummu al-Mukminin Aisyah RAnha pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Hukum Zikir Dalam Keadaan Menari
Setelah melihat kepada isu yang begitu hangat ini, kami mendapati terdapat dua pandangan dengan masing-masing berhujah. Secara ringkasnya seperti berikut.
Pertama: Haram
Antaranya firman Allah SWT:
Antara hujah golongan ini adalah Rasulullah SAW tidak melakukannya begitu juga secara umumnya para Sahabat tidak melakukannya kecuali sebahagian kecil sahaja di kalangan mereka.
اللَّـهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ
Maksudnya: “Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) al-Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Rabbnya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allâh…”
(Surah al-Zumar: 23)
Ayat ini juga membantah tarian-tarian atas nama ibadah kerana ia telah menjelaskan keadaan orang Mukmin saat mendengar zikir yang disyariatkan. Keadaan orang Mukmin yang mengenal Allah SWT, yang takut kepada hukuman-Nya, ketika mendengarkan firman-Nya, janji dan ancaman-Nya, hati mereka melunak, air mata bertitisan, bergementar kulit, tampak khusyuk dan penuh ketenangan.
Seterusnya mereka bersandarkan kepada ijma’ ulama’ yang melarang serta menganggap perbuatan tarian seperti itu adalah bid’ah yang ditegah. Antara tokoh yang tegas dengan pendapat ini adalah:
• Imam Abu Bakar al-Turtusi
• Imam Taqiyuddin al-Subki
• Imam Ibn Hajar al-Haitami
• Imam al-Qurtubi
• Imam Ibn Kathir
• Syeikh Ibrahim bin Muhammad al-Hanafi dan lain-lain lagi.
Antara kaedah yang masyhur digunakan ialah:
الأَصْلُ فِي الْعِبَادَاتِ الْحَظَرُ أَوِ التَّوَقُّفُ
Maksudnya: Asal pada ibadat adalah haram atau tawaqquf
Maksud tawaqquf adalah terhenti kepada dalil. Jika terdapat dalil hukumnya dibolehkan. Sebaliknya jika tiada dalil, hukumnya adalah haram. Kaedah ini telah digunakan oleh ramai tokoh ulama’ antaranya :
• al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari
• Imam al-Zurqani dalam mensyarahkan kitab al-Muwatta’
• Imam Ibn Muflih dalam al-Adab al-Syar’iyyah
• Imam al-Syaukani dalam Nail al-Authar dan ramai lagi.
Antara tokoh ulama’ terdahulu yang memfatwakan ketidakharusan berzikir dalam keadaan menari ialah:
• Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi ketika ditanya dalam isu ini beliau menyatakan: “Sesungguhnya pelaku perbuatan ini bersalah, kehormatan dirinya jatuh. Orang-orang yang mengamalkan perbuatan ini secara berterusan kesaksiannya ditolak disisi syara’, perkataannya tidak diterima, rentetan daripada ini, tidak diterima periwayatannya dalam hadis Rasulullah SAW, tidak diterima juga kesaksiannya dalam melihat anak bulan Ramadhan, dan tidak diterima berita-berita agama yang dibawa. Manakala keyakinan bahawa dirinya cinta pada Allah, sesungguhnya kecintaan dan ketaatan tersebut mungkin terjadi selain dari amalan ini, dan mungkin dia mempunyai hubungan dan amalan yang baik dengan Allah selain daripada situasi yang disebutkan ini.
Sedangkan amalan ini merupakan satu maksiat dan permainan senda gurau, yang dikeji oleh Allah dan Rasul-Nya, dibenci pula oleh ahli ilmu dan mereka menamakan berbuatan ini sebagai bid’ah dan melarang dari berlakunya. Tidak boleh bertaqarrub dengan Allah dengan melakukan maksiat kepada-Nya, tidak boleh juga ketaatan kepada Allah terjadi dengan melakukan larangan-Nya. Barangsiapa yang menjadikan wasilah kepada Allah dengan maksiat dia patut dipulau dan dijauhkan, dan barangsiapa menjadikan permainan dan persendaan sebagai agama, mereka adalah seperti orang yang berusaha menyebarkan kerosakan diatas muka bumi, dan orang-orang yang ingin sampai kepada Allah bukan dengan cara Rasulullah SAW dan sunnahnya, maka dia sangat jauh untuk mencapai apa yang diidamkannya”. (sebahagian fatwa yang mengutuk penggunaan seruling, tarian dan pendengaran muzik oleh Imam Ibnu Qudamah. Rujuk http://majles.alukah.net/t36981/)
• Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abd al-Salam melalui kitabnya Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam 2/349-350 antara lain menyebut: ” …Manakala tarian dan tepukan : ianya adalah keringanan (akal) dan kebodohan menyerupai gerakan perempuan, tidak ada yang melakukan demikian itu kecuali orang yang cacat akalnya, atau berpura-pura lagi pembohong, bagaimana dia boleh menari mengikuti dengan irama nyanyian daripada orang yang telah hilang jiwanya, dan telah tiada hatinya! Sedangkan Rasulullah SAW telah pun bersabda : (Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun yang selepasnya, kemudian yang selepasnya).
Tidak pernah seorang pun yang boleh diikuti amalan mereka melakukan sebarang perbuatan demikian, sesungguhnya demikian itu hanyalah penguasaan syaitan keatas suatu kaum yang menyangka lenggokan mereka ketika mendengar(nyanyian yang dianggap zikir) adalah bentuk pergantungan dengan Allah Azza wa Jalla. Sesungguhnya mereka telah tertipu dengan apa yang mereka kata, dan menipu dalam apa yang mereka dakwa. Mereka mendakwa bahawa mereka mendapat dua kelazatan ketika mendengar apa yang didendangkan,
Pertama. kelazatan ma’rifah dan keadaan bergantung pada Allah. Kedua, kelazatan suara, lenggokan nada, kata-kata yang tersusun yang membawa kepada kelazatan nafsu yang bukan dari agama dan tiada kaitan dengannya. Tatkala makin besar dua kelazatan ini yang mereka rasa, mereka tersilap dan menyangka bahawa terkumpulnya kelazatan itu berlaku dengan ilmu ma’rifat dan keadaan, akan tetapi tidak begitu, bahkan yang sering berlaku hanyalah kelazatan nafsu semata yang tiada kaitan dengan agama.
Sebahagian ulama mengharamkan tepukan tangan, kerana hadis Rasulullah SAW (Sesungguhnya tepukan hanya untuk perempuan) dan Rasulullah melaknat perempuan yang menyerupai lelaki, begitu juga lelaki yang menyerupai perempuan. Barangsiapa yang merasai kehebatan Allah, dan menyedari kebesarannya, tidak dapat dibayangkan akan timbul dari dirinya tarian dan tepukan, dan tidak timbul tarian dan tepukan kecuali dari orang yang dungu lagi jahil, tidak akan berlaku pada yang berakal dan mulia. Bukti kejahilan pelaku kedua perbuatan ini ialah bahawasanya syari’at tidak mengajarkannya tidak dari Al-Quran, juga tidak dari Al-Sunnah, juga tidak dilakukan walau seorang dari nabi-nabi, dan tidak diendahkan oleh pengikut-pengikut para nabi, bahkan ianya hanya dilakukan oleh golongan jahil lagi bodoh yang terkeliru hakikat sesuatu dengan nafsu mereka.
Sesungguhnya Allah telah berfirman: (“…Dan kami telah turunkan padamu sebuah kitab yang menerangkan segala perkara…). Ulama salaf terdahulu telah pergi, begitu juga dengan golongan terhormat dari golongan khalaf kemudian, tiada sebarang perkara yang mengelirukan mereka. Barangsiapa yang melakukan yang demikian, dan yakin bahawa itu merupakan suatu tujuan dirinya, demikian itu bukanlah suatu yang mendekatkan dirinya pada tuhannya, dan sekiranya dia meyakini bahawa demikian itu tidak dilakukan kecuali ingin bertaqarrub dengan Allah, sangat kejinya apa yang telah dilakukan, kerana dia menyangka perbuatan ini sebahagian dari ketaatan, sedangkan ianya hanya suatu bentuk kebodohan”
Kedua: Harus
Mereka berhujahkan kepada umum ayat dan beberapa dalil daripada hadith antaranya firman Allah SWT:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ
Maksudnya: “…(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring…”
(Surah Ali Imran: 191)
Imam al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menyatakan bahawa sebagaimana yang diceritakan daripada Ibn Umar RA dan Urwah bin al-Zubair RA serta jamaah daripada sahabat RA, mereka telah keluar untuk menyambut hari raya di musolla dan berzikir kepada Allah. Tatkala dibacakan ayat di atas, mereka bangun berzikir dalam keadaan berdiri sebagai tabarruk muwaffiqh ayat tersebut.
Firman Allah SWT:
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ
Maksudnya: “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.”
(Surah Al-Nisa’: 103)
Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ al-Ahkam menyebut: Dalam ayat di atas, Allah menyatakan anak Adam melakukan urusan mereka dalam tiga keadaan. Ianya seolah-olah membataskan mengikuti masa.
Antara hadith yang digunakan oleh golongan ini adalah
Daripada Aisyah RA berkata:
جَاءَ حَبَشٌ يَزْفِنُونَ فِي يَوْمِ عِيدٍ فِي الْمَسْجِدِ، فَدَعَانِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَوَضَعْتُ رَأْسِي عَلَى مَنْكِبِهِ، فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَى لَعِبِهِمْ، حَتَّى كُنْتُ أَنَا الَّتِي أَنْصَرِفُ عَنِ النَّظَرِ إِلَيْهِمْ
Maksudnya: “Telah datang orang Habsyah menari pada hari raya di masjid. Lalu Nabi SAW memanggilku dan aku meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda. Aku menonton tarian mereka sehingga aku mengalihkan pandanganku daripada mereka.”
Riwayat Muslim (892)
Daripada Saidina Ali RA berkata:
زرت النبي صلى الله عليه وسلم مع جعفر وزيد بن حارثة ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم لزيد : ( أنت مولاي ) فبدأ زيد يحجل ويقفز على رجل واحدة حول النبي صلى الله عليه وسلم ، ثم قال لجعفر : ( أما أنت فتشبهني في خَلقي وخُلقي ) فحجل جعفر كذلك ، ثم قال لي : ( أنت مني وأنا منك ) فحجل خلف جعفر
Maksudnya: “Aku telah menziarahi Nabi SAW bersama Ja’far dan Zaid bin Harithah. Maka bersabda Nabi SAW kepada Zaid: ‘Awak adalah bekas hambaku.” Zaid kemudiannya merasa amat suka dan menggerakkan badan kerana kegirangan atas sebelah kaki di hadapan Nabi SAW. Kemudian Nabi berkata kepada Ja’afar: ‘Awak pula sama sepertiku dari segi rupa bentuk dan akhlak.’ Maka Ja’far menggerakkan badan kerana kegirangan kemudian Rasulullah SAW berkata kepadaku pula: ‘Awak daripadaku dan aku daripadamu.’. Lantas Saidina Ali menggerakkan badan kerana kegirangan di belakang Ja’far.”
Riwayat Ahmad (2/213)
Al-Allamah al-Kattani menafsirkan perkataan (حجل) dengan menari dalam keadaan tertentu. Sama seperti pendapat Ibn Hajar al-Asqalani.
Selain itu, diriwayatkan oleh Abu Naim, daripada al-Fudhail bin ‘Iyadh RH berkata:
كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا ذكروا الله تعالى تمايلوا يمينا وشـمالا كما يتـمايل الشـجر في يوم الريح العاصف إلى إمام ثم إلى وراء.
Maksudnya: “Bahawa sahabat Rasulullah SAW ketika berzikir bergoyang-goyang ke kanan dan ke kiri seperti mana pokok bergoyang ditiup angin kencang ke hadapan kemudian ke belakang.” (al-Tartib al-Idariyah, Abd al-Hayy al-Kattani, 2/134)
Adapun pendapat ulama’ yang mengharuskannya pula antaranya ialah
• Al-Allamah Ahmad Zaini Dahlan tatkala disebut hadith dan nas berkenaan dengan Ja’far, mengambil hukum bahawa Rasulullah tidak mengingkari perbuatannya dan atas dasar inilah ia dijadikan sumber hujah bagi golongan sufi menari ketika merasai keseronokan dalam majlis zikir.
• Syeikh ‘Attiyyah Saqar dalam kitabnya yang terkenal Fatawa min Ahsanil Kalam menyebut:
وقد قال المحققون ان الكذر كأية عبادة لا يقبل الا اذا كان خالصا لوجه الله لا رياء فيه ولا سمعة
Sungguh telah berkata oleh segala ulama’ Muhaqqiq akan bahawasa zikir itu seperti ayat ibadat, tak diterima melainkan apabila ia ialah bersih semata – mata kerana Zat Allah, tiada jenis riak padanya dan tiada sum’ah.
وكذلك اذا صحب الذكر أصوات صاخبة أو حركات خاصة تذهب الخشوع كان عبادة ظاهرية جوفاء خالية من الروح ومثل ذلك اذا كانت المجالس تؤذي الغير كالمرضى المحتاجين الى الراحة أو المشتغلين بمذاكرة علم أو عبادة أخرى اهـــ
Demikian itu juga apabila bersama zikir ini suara-suara yang bingit atau gerakan-gerakanyang tertentu yang menghilangkan akan khusyuk nescaya adalah ia ialah ibadat zahir serta sunyi daripada ruh ibadat, dan seumpama demikian itu ialah apabila majlis-majlis ini ialah menyakiti orang lain seperti orang-orang sakit yang mmerlukan rehat atau orang-orang yang sibuk dgn muzakarah ilmu atau ibadat yg lain.
• Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi menyatakan di dalam Majalah al-Tasawwuf al-Islami:
إذا لم تجد فيه نصاً فالأمر على الإباحة لأن النهى على التحريم افعل ولا تفعل فهو على مطلق الإباحة وإذا كان التمايل صناعيا كان نفاقا وإذا كان التمايل طبيعيا كان وجداً لا سيطرة للإنسان عليه والذكر راحة نفسية وعلى كل حال فالذاكرون وإن تمايلوا فهم خير من الذين يتمايلون فى حانات الرقص
Apabila tak dijumpai satu nas pun pada masalah ini maka perkara ini adalah harus kerana larangan atas mengharamkan itu ialah sighah if’al dan la taf’al, maka ia semata – mata harus, dan apabila condong badan (bergerak) badan dibuat-buat nescaya adalah ia nifaq dan apabila condong tubuh itu dengan semulajadi, maka ia adalah rasa batin, tidak boleh dibuat-buat perasaan tersebut, dan zikir itu ialah kerehatan diri dan pada setiap kelakuan. Maka orang yang berzikir itu sekalipun bergerak badan mereka itu, lebih baik daripada mereka yang bergerak yakni bergerak – gerak mereka dalam tarian di kedai arak.
Tarjih
Selepas meneliti beberapa hujah dari dua aliran yang mengharamkan dan yang membenarkannya, kami berpendapat:
i. Pengharaman zikir dalam keadaan menari adalah lebih kuat kerana kaedah yang digunakan amat jelas.
ii. Hadith yang digunakan untuk mengharuskan zikir dalam keadaan menari lebih bersifat menggambarkan berita gembira yang diperolehi daripada Rasulullah SAW, bukannya mereka berzikir semasa itu. Ini adalah dua keadaan yang berbeza.
iii. Begitu juga perlakuan itu adalah hanya beberapa orang sahabat sahaja, bukan keseluruhan dan ia tidak ada kena mengena dengan zikir.
iv. Seterusnya mereka menggunakan perkataan tamayul yang memberi maksud menggoyangkan atau melenggokkan sedikit badan. Ia bukanlah seperti menari.
v. Kami juga berpendapat, maksud gerakan yang diharuskan itu hanya gerakan yang kecil atau sedikit seperti kepala dihayun ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan sepertimana yang dilakukan oleh seseorang ketika asyik berzikir. Maka, ini tidak menjadi masalah dan dibolehkan.
vi. Hujah yang mengharuskan itu telah dijawab oleh ramai ulama seperti nas-nas yang dikemukakan lebih bersifat umum dan bukan dimaksudkan secara khusus berdasarkan wajah istidlal yang digunakan.
vii. Begitu juga kedudukan hadith seperti hadith Saidina Ali. Terdapat padanya dua illah.
• Hani’ bin Hani’ dianggap jahalah dari segi halnya tau keadaannya.
• Tadlis Ibn Ishaq al-Sabi’i.
Justeru hadith ini dianggap lemah oleh kebanyakan ulama’ hadith.
viii. Fatwa Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abd al-Salam dan Ibn Qudamah al-Maqdisi begitu kukuh untuk menjadi penguat dan sandaran pengharaman zikir dalam keadaan menari.
Kenyataan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan supaya orang Islam tidak meniru amalan berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menari kerana perbuatan itu disifatkan sebagai ajaran yang menyeleweng.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya telah mengeluarkan larangan tersebut dalam laman web e-fatwa menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-48 pada 3 April 2000.
“Beberapa tahun lalu budaya berzikir sambil menari ini tersebar di Malaysia dan ketika itu Jakim telah pun mengeluarkan larangan kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh atau mengikut cara tersebut.
“Bagaimanapun kejadian yang sama berlaku lagi, justeru Jakim menegaskan sekali lagi bahawa budaya berzikir sambil menari itu merupakan ajaran yang menyeleweng dan bertentangan dengan budaya masyarakat Islam di negara ini,” katanya.
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Dalam isu seperti ini, amatlah perlu kita memahami hakikat tasawwuf sebenar dan juga tareqat supaya apa yang kita amalkan benar-benar mengikut yang diredhai Allah SWT.
Syeikh Dahlan al-Qadiri dalam kitabnya Siraj al-Talibin telah menyebut bahawa hukum belajar tasawwuf adalah wajib aini bagi setiap mukallaf. Ini kerana sebagaimana wajib mengislahkan yang zahir, begitu juga wajib mengislahkan yang batin. Benarlah kata Imam Malik
Siapa yang bertasawwuf tanpa faqih dia mungkin membawa kafir zindiq.
Siapa yang mempelajajari feqah tanpa tasawwuf, dia boleh membawa fasiq.
Siapa yang menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia yang sebenarnya tahqiq.
Tatkala kita ingin mendekatkan diri kepada Allah samada melalui ilmu atau penghayatan amalan maka hendaklah ia benar-benar mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah.
Syeikh Abdul Qadir al-Jailani pernah berkata dan mewasiatkan kepada anaknya: “Terbanglah kamu ketika kamu menuju kepada Allah dengan dua sayap iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul.” Hal ini amat penting kerana sehebat mana manusia sekalipun, jika rujukannya bukan lagi Kitabullah dan Sunnah Rasul maka mudahlah terbelit dengan godaan syaitan.
Justeru, amat wajar kita melakukan sesuatu benar-benar dengan kefahaman dan sebaliknya tanpa ilmu, seseorang itu mudah terpedaya dan tergelincir daripada hakikat Islam yang sebenar. Bacalah kitab-kitab tasawwuf seperti Minhaj al-Abidin oleh Imam al-Ghazali, Mukhtasar Minhaj al-Qasidin oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi dan lain-lain ulama sufi yang muktabar.
Sekali lagi kami tegaskan hukum zikir dalam bentuk tarian tidak dibolehkan sama sekali. Walaubagaimanapun, jika bentuk goyangan sebahagian kepala atau badan dalam keadaan sedar, waras, tidak dibuat-buat, disamping menjaga adab tatasusila dan tidak berlebihan, maka adalah diharuskan.
Kami menjawab persoalan berkaitan tasawwuf ini begitu banyak melalui buku kami, A – Z Tentang Tasawwuf dan juga kitab Ahasin al-Kalim Syarah al-Hikam. Semoga dengan sedikit pencerahan ini menjadikan kita benar-benar memahami akan hakikat Islam yang sebenar untuk kita amali yang akhirnya menuju kepada Allah SWT mengikut yang diredhai-Nya. Semoga kita semua menjadi hamba-hamba-Nya yang bernaung di bawah kehidupan Islam yang sebenar dan merasai kemanisan dalam hati ketika beramal. Amin.
Penutup
Alhamdulillah, selesailah sudah Bayan Linnas Siri ke-17 berkenaan dengan hukum zikir dalam keadaan menari. Dengan menekuni kedua-dua pendapat dan hujah, alangkah baik kita melandasi bahtera kehidupan kita terutamanya pengamalan ibadat ‘ala basirah dan mengikut hadyun nabawi kerana sudah barang tentu mendapat keselamatan di dunia dan akhirat. Pada saat yang sama juga hendaklah kita melazimi dan membanyakkan zikir sebagaimana galakan Islam itu sendiri melalui nas al-Qur’an dan hadith supaya kita berzikir dengan sebanyak-banyaknya.
Syariat Islam tidak menyebut secara jelas dan terang tentang kebolehan tarian ketika berzikir, baik dalam al-Qur’ann maupun Hadith. Hal itu juga belum pernah dilakukan oleh mana-mana Rasul dan Nabi pun dan begitu juga mereka yang mengikut jejak langkah Rasulullah di kalangan sahabat. Atas asas inilah alangkah baiknya kita berpada dengan berzikir bersungguh-sungguh sepertimana yang dilakukan di kalangan khalayak masyarakat kita ketika ini dengan menjaga adab dan tatasusilanya.
Tarian zikir yang dilakukan oleh sebahagian manusia penuh dengan keadaan yang kurang baik. Sementelahan lagi, ia membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) kepada penganut agama lain atau wanita dan kanak-kanak yang kecil begitu juga mencampur adukkan antara maksiat dan ibadat. Lebih dibimbangi lagi, sudah ada unsur muzik yang dimasukkan sama yang banyak melalaikan hati ketika berzikir.
Akhir kalam, saya berdoa kepada Allah mudah-mudahan Allah menunjukkan kita kepada jalan keredhaan-Nya dan selamat daripada sebarang maksiat. Amin.
Akhukum Fillah,
DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Muft Wilayah Persekutuan.
19 April 2015 bersamaan 29 Jamadil Akhir 1436H
Pembaca diprsilakan untuk ke laman rasmi di bawah untuk lebih makluman:
khairytajudin.com
Selamat Maal-Hijrah 1435H
Selamat Maulidurrasul
Tuesday, February 14, 2017
Friday, February 10, 2017
Friday, February 3, 2017
Wednesday, July 15, 2015
Zikir Menari?
Akhir-akhir ini heboh diperkatakan berhubung wujudnya aktiviti berzikir sambil berdiri dengan menari dan menyanyi.Ia berlaku di kalangan ahli sufi. Ada murid sufi berzikir dan berqasidah memuji Nabi SAW sambil menyanyi serta menari secara berkumpulan. Sekali pandang, ia kelihatan ganjil dan sekaligus memberikan impak yang negatif terhadap ahli sufi dan amalan zikir
Cara Berhibur?
Memang benar di kalangan ahli sufi terdapat apa yang dipanggil (as-Sima') dan tarian (ar-Raqsu) CUMA ia tidak sama dengan nyanyian dan tarian yang difahami pada masa ini.
As-Sima' di kalangan AHLI TASAWUF merupakan aktiviti riadah kerohanian yang diamalkan oleh para murid bagi tujuan penyucian dan pembersihan jiwa sejak zaman- berzaman. Perkara ini dinyatakan dalam kitab berjudul ar-Rasqu wad-Sima' inda Turuq as- Suffiyah yang dikarang oleh Asy-Syeikh as- Sayyid ibn Idris bin as-Sayyid Al- Hassan Al- Idrisi.
As- Sima' dan ar-Rasqu atau ada ketikanya dipanggil juga sebagai Al- Hadrah di kalangan para murid sufi, adalah seumpama RIADAH bagi MEMBERI KEREHATAN kepada orang awam. Jika orang awam BeRHIBUR dengan cara mereka, maka para Murid SUFI berhibur dengan cara berZIKIR serta berQASIDAH memuji Nabi sambil menyanyi dan menari secara berkumpulan.
Bezanya?
Ia bukan seperti aktiviti atau persembahan nyanyian yang difahami hari ini yang biasanya ada di pusat- pusat karaoke atau pentas yang melibatkan percampuran Lelaki dan Perempuan. Seandainya kita mengharuskan nasyid dan lagu- lagu dakwah, kenapa kita mengharamkan zikir- zikir yang melibatkan pergerakan yang tidak bercampur unsur- unsur maksiat! Kenapa kita boleh memPERKENALkan senaman sambil Berzikir di dalam aktiviti summercamp tetapi mengharamkan zikir ini?
As-Sima' ialah istilah TASAWUF yang digunakan bagi merujuk kepada mendengar syair- syair yang indah merdu yang mengagungkan Allah SWT dan Junjungan Baginda SAW.
Pada ASALnya ia didendangkan oleh seorang penasyid UTAMA (qauwal), manakala yang lain mendengarnya atau mengikutinya.
Ia BUKAN SUATU yang WAJIB dalam mana- mana tarekat, tetapi HANYA bagi murid yang ingin 'berehat' seketika setelah penat berzikir atau beramal seperti kelaziman.
FITNAH
Masalahnya apa yang diviralkan di whatsaap dan internet bukan yang sebenarnya. Didapati video yang diviralkan adalah bukan dari kumpulan TASAWUF yang benar, yakni yang diakui kebenarannya, malah ada di dapati video yang diviralkan adalah video tarian gelek yang tiada kaitan langsung dengan kumpulan Tasawuf yang benar.
Apa Sandaran atau Nas?
Pertama, kita lihat dahulu apakah hukum nyanyian.
Nyanyian yang seperti difahami hari ini bercampur lelaki dan perempuan, seni kata memuji dan memuja wanita, sememangnya dihukumkan HARAM atau sekarang- kurangnya MAKRUH oleh kebanyakan ahli Feqah (Fuqaha').
NAMUN, nyanyian Sufi BUKAN sebegitu.
Nyanyian tanpa unsur-unsur melalaikan (lagha), dihukum HARUS oleh para Fuqaha'.
BAHKAN, nyanyian yang bertujuan untuk merangsang kerinduan kepada alam akhirat dan keghairahan kepada keredhaan Allah SWT dan kecintaan kepada Baginda SAW adalah digalakkan.
SUARA yang merdu merupakan anugerah Allah SWT. Baginda SAW sendiri memerintah agar Al- Quran dibacakan dengan suara yang elok sepertimana mahmud hadis: " Elokkan bacaan Al- Quran dengan suara kamu. Sesungguhnya, suara kamu yang elok akan menambahkan kecintaan Al- Quran." ( Musnad ad- Darimi)
DALIL:
Para sahabat pernah melakukannya. Sayyiditina Aisyah r.anha, Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa pernah suatu ketika sekumpulan Sahabat Ethiopia berkumpul dan menyanyi di dalam Masjid Nabawi dengan cara nyanyian dan tarian menurut budaya mereka:
SATU: Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa apabila orang ramai berkumpul (di masjid), Sahabat Rasulullah SAW daripada kalangan orang Afrika mula meluahkan kegembiraan mereka dengan tarian bangsa mereka, diiringi gendang (duff) di perkarangan Masjid Nabawi (berhampiran dengan pintu sebelah kanan menuju ke rumah Baginda SAW). Apabila orang ramai bersorak riang dan gembira melihat persembahan itu, kanak- kanak Madinah berkumpul membentuk bulatan besar mengelilingi mereka yang membuat persembahan dan memuji- muji Baginda SAW.
Baginda SAW berdiri dan melihat mereka membuat persembahan sambil tersenyum. Mereka secara berirama mengungkapkan sesuatu dalam bahasa mereka dengan diiringi ketukan gendang sehingga Baginda SAW bertanya, " Apa yang mereka katakan?" Lalu mereka menjawab dalam Bahasa Arab, " Muhammad Abdun Soleh" ( Muhammad hamba yang soleh).
DUA: Saiyyiditina Aisyah r.anha pula yang pada ketika itu berada dalam rumahnya meriwayatkan bahawa ketika peristiwa ini berlaku, beliau tiba- tiba mendengar Baginda SAW memanggil namanya, " Wahai Aisyah, keluar segera." Aisyah berkata Baginda SAW tersenyum melihat persembahan itu dan bertanya sama ada beliau ingin turut serta, dan beliau menjawab, " Ya".
Baginda membawa Aisyah ke tempat orang ramai dan meletakkan beliau di atas belakangnya untuk memberi peluang Aisyah melihat dengan lebih jelas. Aisyah masih ingat bagaimana pipinya menyentuh pipi Baginda SAW apabila beliau membongkok untuk melihat persembahan tarian itu. Aisyah berkata, " Aku merendahkan kepala dan bahu aku sehingga pipi aku bertemu pipi Baginda SAW dan aku melihat di celah- celah telinga dan bahu Baginda SAW.
" Apabila berlalu masa, Baginda SAW bertanya adakah aku sudah puas dan mahu pergi, lalu aku menjawab belum dan mahu terus menontonnya dan Baginda SAW membenarkannya. Selepas berlalu seketika, Baginda bertanya lagi adakah aku sudah puas, dan aku menjawab, " Ya."
Aisyah berkata," Pada ketika itu aku hanya seorang perempuan muda dan sudah tentu suka menonton persembahan seperti ini."
TIGA: Kemudiannya Anas bin Malik meriwayatkan, selepas itu Umar Al- Khattab muncul dan apabila beliau melihat ada tarian dan nyanyian di dalam Masjid Nabawi, beliau lantas mengambil batu- batu kecil dan membalingkannya ke arah penari agar mereka berhenti.
Apabila Baginda SAW perasan bantahan Umar r.a., Baginda SAW berkata kepada Umar:
"Biarkan mereka, wahai Umar! Biar mereka bergembira dan aku tidak suka melihat wujudnya kejumudan dalam agama ini."
Dalam riwayat yang lain, Baginda SAW dilaporkan berkata kepada penari dan penyanyi Afrika itu dengan kata- kata,
" Teruskan dengan duff dan tarian kamu, wahai Bani Arfidah! Agar kaum Yahudi dan Kristian mengetahui bahawa ada kelonggaran dalam agama kita."
Peristiwa ini diriwayatkan dalam banyak kitab hadis termasuk SAHIH BUKHARI, MUSLIM, HAKIM dan lain- lain. Para ulama hadis, fuqaha' dan ulama sufi telah mensyarahkan dengan panjang lebar akan peristiwa ini.
[daripada Majalah Q&A, halaqah TASAWUF, oleh Ustaz Nik Roskiman Abdul Samad, Mantan Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAK dan Penolong Pendaftar Kanan di ISTAC ]

Tuesday, July 7, 2015
Perlukah Bertaqlid?
Dialog Syeikh Dr. Abdul Malik bin Abdur Rahman as-Sa'adi (SS) & Pemuda Anti Taqlid (P)
SS : Bagaimana kamu belajar solat?
P : Melalui seseorang yang mengajarkannya kepada saya.
SS : Adakah dari al-Quran atau hadis?
P : Tidak.
SS : Bukankah ini juga taqlid kepada seseorang yang mengajarkan kamu solat?
P : Saya cuma membaca Sebuah buku karangan seorang ulama pada zaman kini yang membahaskan tentang solat.
SS : Ini juga bertaqlid kepada pengarang kitab tersebut.
P : Bertaqlid itu bid'ah.
SS : Kenapa?
P : Kerana ia tidak pernah dilakukn oleh Rasulullah SAWndan para sahabatnya, bahkan tidak pernah diperintahkan oleh syariat sebelum ini.
SS : Bagaimana kamu tahu bahawa ia tidak pernah disebut?
P : Aku mendengar Syeikh fulan mengatakan sedemikian.
SS : Ini juga adalah taqlid (kepada pendapat Syeikh tersebut)
Syeikh As-Sa'adi (SS) kemudiannya menasihatkan pemuda tersebut dan golongan sebegini dengan katanya:
SS : Kenapakah Wahai saudaraku, kamu anti kepada mengikut seorang yang hidup pada zaman yang hampir dengan zaman Rasulullah SAW, yang mahir dalam selok-belok Bahasa Arab dan dalam memahami hadis Rasulullah SAW, kemudian kamu merelakan dirimu bertaqlid kepada seseorang yang hidup pada zaman ini yang ilmu, kefahaman, wara' dan takwanya tidak mencecah lebih dari buku lali ulama terdahulu?
[Berdasarkan buku di bawah tajuk " Bertaqlid Tetapi Anti Kepada Taqlid, Syeikh Abdul Malik Abdur Rahman as- Sa'adi, m/s:43. Juga buku " Kekeliruan Umat Inilah Jawapannya" susunan dan olahan oleh Ustaz Muhadir Haji Jol, m/s: 315-316]

Fatwa Tauhid 3 Darul Ifta' Misriyyah (Pusat Fatwa Republik Mesir)
No.Siri: 6623,Tajuk: Sekitar Pembahagian Tauhid dan Hukum Mengkafirkan Orang-orang Islam, Tarikh: 3/2/2007
Soalan: Kami telah mengkaji permintaan yang berkaitan pada no.184, bagi tahun 2007M yang mengandungi:
Terdapat seorang pemuda di salah sebuah perkampungan di Al- Bahirah yang mengkafirkan semua penduduk dengan hujah bahawa mereka bertawassul dengan Nabi SAW dalam doa kepada Allah, mengambil barakah dengan menziarahi makam Saiyidina Husain. Dia mendakwa bahawa sesiapa sahaja yang melakukan seperti itu, termasuk di dalam orang-orang yang syirik yang beriman dengan Tauhid Rububiyah tetapi tidak beriman dengan Tauhid Uluhiyyah. Adakah ada JENIS-JENIS Tauhid? Adakah orang-orang yang SYIRIK mengakui Tauhid Rububiyyah? Adakah BERTAWASSUL dengan Nabi SAW dan mengambil BARAKAH dengan menziarahi makam- makam para WALI dikira sebagai SYIRIK? seperti mana yang dikatakan oleh pemuda tadi?
Jawapan:
... Dan pembahagian Tauhid kepada Uluhiyyah Dan Rububiyyah adalah daripada Pembahagian-Pembahagian yang BAHARU yang TIDAK datang daripada generasi Salafus Soleh. Dan orang PERTAMA yang menciptanya-mengikut pendapat yang masyhur-ialah Syeikh Ibnu Taimiyyah,semoga Allah merahmatinya.(Ada juga yang berpendapat bahawa yang mula- mula memperkata tentang ya ialah Ibnu Bathah al- Hanbali al- Mujassim (307H- 387H), kemudian dihidupkan semula oleh Syeikh Ibnu Taimiyyah.Semoga Allah ampunkan kesalahan mereka.Amin.) Ia kemudian ya diambil (di kembangan) daripadanya oleh sesiapa yang memperkata tentang ya selepas itu.
Dan yang Hasil ( apa yang boleh difahami) daripada perkataannya (Syeikh Ibnu Taimiyyah) dalam perkara itu ialah: Sesungguhnya Rububiyyah adalah mentauhidkan Allah dalam perbuatan-Nya, dan Uluhiyyah ialah mentauhidkan Allah dalam perbuatan hamba. Dan sesungguhnya kedua- duanya, apabila bersama, berpisah dan apabila berpisah bersama mksudnya: Setiap salah satu DARIPADA kedua-duanya, mengandungi/meliputi yang lain ketika dibahaskan satu- satu dan DIKHUSUSKAN maknanya ketika DIBEZAKAN perbezaan istilahnya kerana Uluhiyyah mengandungi Rububiyyah dan Rububiyyah MeLAZIMkan Uluhiyyah. Perkataan (beliau) ini JIKA sampai kepada perbahasan sebegini, tidak ada apa-apa masalah padanya.
(APA yang MENJADI MASALAH ialah)melainkan beliau (Syeikh Ibnu Taimiyyah) telah melampau dalam dakwaannya bahawa Tauhid ini( iaitu Tauhid Rububiyyah ) TIDAK CUKUP dalam perkara keimanan kerana orang- orang Musyrik juga mengakui Tauhid Rububiyyah. Dan kebanyakan kumpulan umat ini yang trdiri daripada Mutakallimin ( 'ulama Tauhid yang menggabungkan naqal dan akal) dan selain daripada mereka telah berasa CUKUP tentangnya dan mereka MENGAMBIL MUDAH tentang Tauhid Uluhiyyah.
Dan pendapat yang menyatakan bahawa sesungguhnya Tauhid Rububiyyah sahaja tidak mencukupi untuk menentukan KEIMANAN adalah pendapat yang BID'AH, yang bertentangam dengan IJMAK umat Islam sebelum Ibnu Taimiyyah. Ia malah BERTENTANGAN dengan perkataannya sendiri yang menyatakan sesungguhnya Tauhid Uluhiyyah mengandungi Tauhid Rububiyyah Dan sesungguhnya Tauhid Rububiyyah meLAZIMkan adanya Tauhid Uluhiyyah kerana kaedah mengatakan: "Terbatalnya yang melazimi, menunjukkan atas terbatalnya yang dilazimi." (Maksudnya, oleh kerana Tauhid Rububiyyah melazimkan adanya Tauhid Uluhiyyah, jadi jika tiada Tauhid Rububiyyah, maka Tauhid Uluhiyyah juga turut tidak ada).Maka, jika orang-orang Musyrik tidak mengakui Tauhid Uluhiyyah, maka TIDAK BETULLAH dakwaan selepas itu yang mengatakan mereka (orang-orang Musyrik)mengakui Tauhid Rububiyyah pula kerana kaedah mengatakan: "Perlunya ketiadaan yang DILAZIMI dengan ketiadaan yang MELAZIMI." (Maksudnya, oleh kerana Tauhid Rububiyyah meLAZIMkan adanya Tauhid Uluhiyyah, jadi, Tauhid Uluhiyyah akan TIADA, jika Tauhid Rububiyyah JUGA tidak ada)
Dan apabila diterima pengakuan orang-orang Islam dengan Tauhid Rububiyyah, maka TIDAK BOLEH untuk mendakwa bahawa mereka ( orang-orang Islam)TIDAK BERIMAN dengan Tauhid Uluhiyyah pula kerana menjadi KEMESTIAN untuk kedua-duanya SALING melazimi (berkait) di antara satu dengan yang lain. Oleh itu, bagaimana mungkin mengitsbatkan (menetapkan adanya) yang dilazimi sedangkan melazimi tidak ada?
Dan SESUNGGUHNYA ahli Ilmu telah bangun MENOLAK pendapat ini dan mereka menerangkan tentang kefasadannya (bahaya yang dibawa dalam PEMBAHAGIAN tauhid ini) dan menerangkan bahawa ia (pembahagian tauhid sebegini) adalah batil (tertolak), TIDAK ADA DALIL atasnya. Dan sesiapa pun boleh dibetulkan pendapatnya melainkan Nabi SAW.
[Fatwa ini boleh dibaca di:http: //www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=6623. Boleh juga merujuk Makalah yang ditulis oleh Dr. Abdullah Umar Kamil yang berjudul Kalimah Hadi'ah fi Bayan Khatho' at- Taqsim ats-Tsulatsi li at- Tauhid]

Subscribe to:
Posts (Atom)