Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Tuesday, July 7, 2015

Perlukah Bertaqlid?

Dialog Syeikh Dr. Abdul Malik bin Abdur Rahman as-Sa'adi (SS) & Pemuda Anti Taqlid (P)

SS : Bagaimana kamu belajar solat?

P : Melalui seseorang yang mengajarkannya kepada saya.

SS : Adakah dari al-Quran atau hadis?

P : Tidak.

SS : Bukankah ini juga taqlid kepada seseorang yang mengajarkan kamu solat?

P : Saya cuma membaca Sebuah buku karangan seorang ulama pada zaman kini yang membahaskan tentang solat.

SS : Ini juga bertaqlid kepada pengarang kitab tersebut.

P : Bertaqlid itu bid'ah.

SS : Kenapa?

P : Kerana ia tidak pernah dilakukn oleh Rasulullah SAWndan para sahabatnya, bahkan tidak pernah diperintahkan oleh syariat sebelum ini.

SS : Bagaimana kamu tahu bahawa ia tidak pernah disebut?

P : Aku mendengar Syeikh fulan mengatakan sedemikian.

SS : Ini juga adalah taqlid (kepada pendapat Syeikh tersebut)

Syeikh As-Sa'adi (SS) kemudiannya menasihatkan pemuda tersebut dan golongan sebegini dengan katanya:

SS : Kenapakah Wahai saudaraku, kamu anti kepada mengikut seorang yang hidup pada zaman yang hampir dengan zaman Rasulullah SAW, yang mahir dalam selok-belok Bahasa Arab dan dalam memahami hadis Rasulullah SAW, kemudian kamu merelakan dirimu bertaqlid kepada seseorang yang hidup pada zaman ini yang ilmu, kefahaman, wara' dan takwanya tidak mencecah lebih dari buku lali ulama terdahulu?


[Berdasarkan buku di bawah tajuk " Bertaqlid Tetapi Anti Kepada Taqlid, Syeikh Abdul Malik Abdur Rahman as- Sa'adi, m/s:43. Juga buku " Kekeliruan Umat Inilah Jawapannya" susunan dan olahan oleh Ustaz Muhadir Haji Jol, m/s: 315-316]

No comments: