Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Showing posts with label Catatan Hati. Show all posts
Showing posts with label Catatan Hati. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Catatan Hati

Suatu keyakinan.. pernah ku titipkan kepada anak muridku "andai Allah hilangkan sesuatu, pasti DIA akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik." Keyakinan itulah yang sepatutnya masih hidup di dalam hati setiap muslim. Keyakinan yang mapan terhadap-NYA. Sebagaimana Nabi Ibrahim yg tidak goyah imannya kala diperintahkan sesuatu yang amat sukar dilakukan oleh manusia biasa. Keyakinan Nabi Ismail kala menyerah tengkuk untuk disembelih. Renungkanlah.. juga buat diri sendiri-penulis yang masih mentah dgn liku-liku dan lurah juga ranjau kehidupan. Ya, semoga kita semua dikurniakan hati yang cekal. :)

Saturday, April 16, 2011

Catatan Hati

PernahkaH ANDA dipersalahkan atas apa yg anda tidak lakukan, kemudian org turut menuding jari kepada anda.. Dan anda disisihkan oleh hampir semua org atas tuduhan tersebut. Malah ada di antara mereka menghukum anda dgn pelbagai kesimpulan, sehingga akhirnya anda terpaksa mengundur diri.. Mudahnya manusia mencipta fitnah! Atas dasar gamakan2 yg terlintas di benak..

Friday, April 15, 2011

Catatan Hati

Pernah tak anda berasa seperti tiada esok untuk anda? Rasa 'yatim' sangat.. Itulah yang saya rasa hari ini. Hanya mampu tangiskan, untuk mereda perasaan..