Sumber: http://titian-sebenar.blogspot.my/2012/01/siapa-pencipta-allah.html
Pelikkan soalan ini?
Inilah persoalan yang sering dijadikan ‘umpan’ untuk mempertikaikan kewujudan
pencipta kepada alam semesta
pencipta kepada alam semesta
Setiap kali muslim berjaya membuktikan kewujudan Allah melalui bukti penciptaan
alam, maka ternyata golongan anti-Tuhan akan sewenang-wenangnya berkata,
‘ Kalau semua benda ada pencipta, maka siapa cipta Allah??
alam, maka ternyata golongan anti-Tuhan akan sewenang-wenangnya berkata,
‘ Kalau semua benda ada pencipta, maka siapa cipta Allah??
InsyaAllah, dalam artikle ini kita akan membincangkan persoalan ini
Definisi Allah menurut al-Quran
Sebelum kita menjawab persoalan ini, ada baiknya kita mengetahui definisi asas
bagi Allah
bagi Allah
Al-Quran telah memberikan penjelasan yang mudah lagi ringkas berkenaan dengan
-sifat Allah
-sifat Allah
Allah menerangkan sendiri akan diriNYA dalam surah al-Ikhlas 112:1-4
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2)
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3)
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ((4
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3)
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ((4
Terjemahan: Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah
Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tidak
pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia
Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tidak
pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia
Dari ayat di atas, Allah mendefinikan diriNYA sebagai Tuhan yang satu, tempat
tumpuan hajat bagi makhluk dan sama sekali tidak sama dengan makhlukNYA
tumpuan hajat bagi makhluk dan sama sekali tidak sama dengan makhlukNYA
Allah juga menyatakan diriNYa sebagai yang awal dan akhir yakni tidak dicipta
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (3)
Terjemahan: Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
Maka, sifat Allah tidak sama dengan sifat makhluknya, makhluk dicipta sedangkan Allah tidak tercipta
Bahasa mudahnya, selagi mana sesuatu itu tercipta, ia tidak dikenal sebagai Allah kerana definisi Allah bermaksud tidak tercipta
Pertanyaan yang bercanggah dengan logik dan tidak berkesudahan
Setelah kita faham definisi Allah, maka tidak timbul siapa yang mencipta Allah. Persoalan tersebut jatuh dalam persoalan yang salah kerana bercanggah dengan definisi
Sebagai contoh, kita tidak akan tanya kepada seorang lelaki, ‘berapa hari anda mengalami haidh?? atau sejak bila anda mengalami kanser ovari?
Soalan-soalan ini tidak relevan kerana secara lazimnya lelaki yang normal tidak mengalami haidh ataupun mempunyai ovari
Ataupun soalan seperti ‘apakah warna bagi muzik rock itu?? Bagaimana mungkin kita menjawab persoalan ini sedangkan muzik tidak mempunyai warna?
Kegagalan menjawab soalan-soalan ini tidak mengaibkan kita kerana soalan-soalan itu sendiri salah
Tambahan, jika kita cuba juga menjawab persoalan tersebut walaupun ia tidak logik, ia akhirnya akan membawa kepada persoalan yang tidak berkesudahan
Sebagai contoh, katakan kita jawab ‘A’ sebagai pencipta Allah, maka soalan seterusnya yang pasti timbul ialah siapa cipta A? Katakan pula kita jawab “B” yang mencipta ‘A’, maka timbul pula persoalan siapa yang mencipta ‘B”?
Akhirnya persoalan ini akan menjadi tidak berkesudahan sampai bila-bila. Persoalan yang tidak berkesudahan ini akhirnya tidak membawa apa-apa manfaat
Akhirnya persoalan ini akan menjadi tidak berkesudahan sampai bila-bila. Persoalan yang tidak berkesudahan ini akhirnya tidak membawa apa-apa manfaat
Bidasan anti-Tuhan
Golongan anti-Tuhan mengemukakan dua bidasan kepada hujah-hujah diatas.
Mereka katakan:
Pertama: penciptaan alam tidak berlaku kerana penciptaan Allah tidak berkesudahan.
Bayangkan contoh berikut, A ingin membunuh B, tetapi A perlukan izin dari C, C pula perlukan izin D, D pula perlukan izin E dan seterusnya sampai tidak berkesudahan. Persoalannya, jika jalinan ini berterusan, apakah A akhirnya boleh membunuh B??? Sudah tentu tidak kerana keizinan itu bersifat infiniti
Oleh kerana penciptaan Allah bersifat tidak berkesudahan, maka penciptaan alam ini juga tidak berlaku. Bagaimana Allah boleh mencipta alam sedangkan penciptaan diriNYA sendiri tidak berkesudahan?? Inilah juga bukti Allah tidak wujud kerana penciptaanNYA yang tidak diketahui
Kedua: klaim yang sama boleh diberikan kepada alam itu sendiri
Jika golongan yang menyakini Allah mengatakan Dia wujud dengan tanpa dicipta, maka golongan anti-Tuhan juga boleh membuat klaim yang sama. Bahkan dengan mudah kami menggantikannya dengan nama seperti spaghetti monster, unicorn dan sebagainya. Apa bukti ia adalah Allah?
Bantahan kepada hujah anti-Tuhan
Pertama: Kegagalan memahami definisi Allah dan analogi yang rapuh
Penciptaan Allah dan penciptaan makhluk tidak sama dari sudut definisi. Bahkan penciptaan Allah tidak berlaku sama sekali kerana definisi Allah ialah tidak tercipta. Sedangkan penciptaan makhluk memang sesuai dengan definisi makhluk itu sendiri. Mengaitkan penciptaan makhluk dengan penciptaan Allah adalah kesalahan fatal dan kegagalan memahami definisi
Sebagai contoh, bagaimana Allah dianggap tidak tercipta dan tercipta dalam masa yang sama??
Sepatutnya, menggunakan analogi anti-Tuhan itu sendiri membuktikan tiada pencipta bagi Allah dan bukannya Allah tidak wujud!! Yakni kegagalan menerangkan siapa pencipta Tuhan menunjukkan pencipta Tuhan tidak wujud!!
Solusi mudah untuk menyelesaikan soalan yang tidak berkesudahan itu ialah dengan mengatakan Allah adalah pencipta mutlak dan terakhir. Maknanya tiada lagi pencipta kepada Allah. Ia bukan asumsi mentah semata-mata sebaliknya bersesuai dengan definisi yang disebutkan di atas
Kedua: Kewujudan Allah tidak bergantung kepada “PenciptaNYA”
Allah telah menjelaskan bahawanya diriNYa tidak sama dengan makhluk, dia telah ada dan sentiasa ada tanpa perlu kepada pencipta. Dialah pencipta mutlak
Andaikata kita tidak mengetahui siapa pencipta kepada Allah, apakah itu bermaksud DIA tidak wujud??
Bayangkan contoh berikut, anda pergi ke sebuah syarikat multinasional, dalam fikiran anda, dah tentu syarikat ini mempunyai pemilik mutlaknya. Sekiranya anda tidak kenal kepada pemilik mutlaknya, apakah itu bermaksud pemilik mutlak itu tidak wujud??
Contoh lain, jika anda terlibat dengan penggalian purba di tempat yang bersejarah, anda terjumpa artifak berusia jutaan tahun. Anda dengan pasti menyatakan tempat tersebut pernah diduduki manusia. Persoalannya, hanya anda tidak tahu dengan pasti siapa mereka, apakah itu bermaksud tempat itu tidak pernah diduduki manusia?
Ternyata ketidaktahuan kepada pencipta Allah tidak mencacatkan sifat Allah itu sendiri ataupun menafikan kewujudanNYA
Ketiga: Pernyataan Allah tidak tercipta hanya unik bagiNYA
Mengapa kita tidak boleh mengumumkan sifat ini kepada selain Allah yakni seperti unicorn, flying spaghetti monster dan sebagainya?? Jawapannya mudah, kesemua figure-figur tersebut adalah makhluk dan tercipta sedangkan definisi Allah hanya unik kepada diriNYA.
Alam ini terlingkup dengan masa dan ruang sedangkan Allah tidak terlingkup dengan sifat-sifat makhluk tersebut
Kesimpulan
Pertanyaan ‘Siapa pencipta Allah’ adalah pertanyaan yang tidak logik, bercanggah dengan definisi Allah itu sendiri. Allah wujud tanpa bergantung dan memerlukan kepada sesiapa.
Seharusnya bagi seorang muslim apabila diajukan dengan soalan ini beriman dengan hadith sahih berikut
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لَا يَزَالُ النَّاسُ يَتَسَاءَلُونَ حَتَّى يُقَالَ: هَذَا
خَلَقَ اللهُ الْخَلْقَ، فَمَنْ خَلَقَ اللهَ؟ فَمَنْ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا، فَلْيَقُلْ: آمَنْتُ بِاللهِ "
Terjemahan: Dari Abu Huraira, katanya: Berkata Rasulullah sallahu a’laihi wassalam, ‘Manusia akan terus bertanya sehinggalah dikatakan, ‘ Ini diciptakan Allah, maka siapa yang mencipta Allah? Barangsiapa yang mendapati sesuatu dari (soalan) itu, maka katakanlah, ‘Amantu Billah ( Aku beriman kepada Allah)
Rujukan: Sahih Muslim, Bab Penjelasan Was-Was dalam Iman dan apa yang perlu dikatakan apabila mendapatinya, no 212
Dalam riwayat yang lain juga disebutkan tambahan, ‘Aku beriman kepada Allah dan Rasulnya’ dan disarankan untuk berta’awudz.
waAllahu a’alam
No comments:
Post a Comment