Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Friday, March 2, 2018

Kajian Perbandingan: Bible & Al-Quran

 

 
 
 
 
 
4 Votes
Boleh rujuk:

https://hikmatun.wordpress.com/2008/07/13/pembatas-kepalsuan-dan-kebenaran-bab-1-2/

Assalamu’alaikum w.b.t….  Berikut ini adalah satu artikel yang telah ditulis oleh saudara Shahil bin Talib berkenaan dengan perbandingan antara Islam dan Kristian. Satu pengkajian yang akan menghuraikan mana yang benar dan mana yang bathil, bukan bertujuan untuk menghina mana-mana pihak, tetapi atas dasar untuk kita semua kembali kepada kebenaran dan demi kebahagiaan kita di dunia dan akhirat. Atas permintaan beliau maka saya edarkan di sini tulisannya dan saya akan membahagikannya kepada beberapa bahagian kerana artikel itu terlalu panjang. Bagi yang mahu download secara penuh, boleh lah ke ruangan download e-kitab atau klik link di bawah.  Sekian dimaklumkan, jazaakumullahu khoirol jazaa’  🙂
Pembatas kepalsuan dan kebenaran
Pembatas kepalsuan…
Hosted by eSnips
Download e-book penuh
Oleh : Shahil Talib
KATA PENGANTAR
Buat para pembaca yang budiman,
Sesungguhnya manuskrip tidaklah tertulis melainkan bertujuan untuk mengajak para pembaca kembali menyemak dan merungkai kepercayaan yang dimiliki dari zaman berzaman, dari sebarang kesesatan dan keraguan. Sesungguhnya kepercayaan yang benar adalah kepercayaan apabila diucapkan dapat dibuktikan bertepatan dengan kenyataan dan bersesuaian dengan penerimaan akal secara fitrah, dan jika ia satu peristiwa ia mungkin berlaku pada hukum fitrah akal akan terjadi. Kepercayaan yang tidak bersesuaian dengan fitrah dan tiada jalan bagi akal untuk membenarkannya, bukanlah suatu kebenaran melainkan angan-angan semata-mata. Orang yang membenarkan sesuatu kepercayaan yang palsu adalah umpama orang yang buta berjalan dimalam yang gelap. Ia meraba-raba dan tidak sedar ia berjalan di tepi jurang yang sangat bahaya.
Kajian manuskrip ini tertumpu kepada dua agama iaitu Kristian dan Islam. Tetapi tidak sekali-kali bertujuan untuk merendah-rendahkan agama Kristian, menyinggung atau menghina penganutnya tetapi hanya semata-mata sebagai wadah pembuka minda logika kearah mencari kebenaran. Ia akan menerangkan beberapa kesamaran dan ketidak pastian yang telah dipegang berakar umbi dari zaman-berzaman, di kalangan saudara kita penganut agama Kristian. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan satu provokasi agama, tetapi ia adalah satu tafsiran Bible menggunakan method logika. Dan bagi pembaca beragama Kristian pula diharap berlapang dada dengan kritikan-kritikan yang dilakukan terhadap Bible dan ajaran Kristian. Orang yang berlapang dada adalah tanda orang yang berjiwa besar.
Penulis telah meminta pendapat rakan karib penulis yang alim dan mahir dalam ilmu keislaman tentang niat penulis, iaitu ustaz Ismail bin Yusuf. Beliau menyarankan penulis berkecimpung secara serius dalam kajian perbandingan Islam Keristian ini sebagai satu daripada metodologi dakwah.
Kepada  saudara kita yang beragama Kristian, anda juga berhak meneliti al-Quran sebagaimana yang telah dilakukan oleh sarjana-sarjana Kristian di Eropah dan berhak membuat tafsiran sendiri. Kemudian tafsiran-tafsiran ini sama-sama diperdebatkan dengan secara jujur tanpa emosi. Ia diharap akan menjadi satu pintu bagi membuka ruang berfikir bagi mereka yang menyintai ilmu pengetahuan untuk mencari kebenaran. Bagi pembaca beragama Islam, manuskrip ini adalah memadai untuk memahami agama Kristian dan permasalahan-permasalahan di dalamnya.
Sebagai permulaan, marilah kita semua mengamati dengan saksama satu ayat dari al-Quran dan satu ayat dari Bible iaitu bermaksud, “Dengan keterangan-keterangan dan kitab-kitab (Taurat, Zabur dan Injil), dan Kami turunkan kepada engkau (Wahai Muhammad) peringatan (al-Quran), supaya engkau terangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan mudah-mudahan mereka adalah kaum yang berfikir”. (an-Nahl 16: 14: 44). “Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawaban kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah itu dengan lemah lembut dan hormat. Hendaklah hati nurani kamu murni supaya apabila kamu difitnah kerana hidup dengan baik sebagai pengikut Kristus, orang yang memfitnah kamu akan menjadi malu” (1 Petrus 3: 15-16).
Yang benar,
Shahil bin Talib al-Ahmadi
BAB 1
TUJUAN HIDUP MANUSIA ADALAH UNTUK KESELAMATAN DANKEBAHAGIAAN
Apakah tujuan hidup manusia di muka bumi ini? Tujuan hidup manusia di muka bumi adalah tidak lain melainkan untuk hidup didalam keselamatan dan  kebahagiaan. Ia tidak terkecuali samada orang beragama ataupun yang tidak menganut sebarang agama seperti Athies contohnya. Tidak ada seorang manusiapun yang tidak mahu hidup di dalam keadaan tersebut Cuma mungkin cara untuk mendapatkan kebahagiaan itu mungkin berrbeza.
Mengapakah kebahagian dan keselamatan menjadi tujuan pokok kehidupan manusia bukannya kemewahan harta? Jawabannya ada dicontohkan di dalam kehidupan seharian. Harta tidak mendatangkan kabahagiaan, ramai orang kaya raya tetapi hidup berantakan. Walaupun kaya tetapi anak menjadi orang yang tidak berguna, kemudian hati tidak tenang kerana hati sentiasa bimbang takut harta dicuri orang. Ia sentiasa berjaga-jaga, takut dengan bayang-bayang sendiri. Tiada baginya tempat bergantung.
Namun bagi orang yang beragama mereka mempercayai kehidupan selepas mati. Keselamatan dan kebahagiaan  hidup selepas mati adalah tujuan utama mereka. Mereka tidak keluh kesah kerana mereka ada tempat pergantungan iaitu Tuhan. Tuhan adalah tujuan utama manusia walaupun hakikat Tuhan itu berbeza-beza mengikut kepercayaan masing-masing.
TUHAN ADALAH PUNCA KESELAMATAN DAN KEBAHAGIAAN
Punca keselamatan dan kebahagiaan adalah Tuhan. Tuhan adalah pencipta segala makhluk dan alam maya ini. Dialah pengatur perjalanan ciptaanNya itu. Oleh yang demikian Dialah Pencipta Keselamatan dan Kebahagiaan kerana Dialah segala kekuatan dan kebahagiaan.
Semua manusia mempunyai naluri rasa berTuhan. Walaupun orang Athies berkata tidak  adanya Tuhan, tetapi di dalam hati kecil mereka tetap mempercayai Tuhan. Joseph Stalin seorang Bapa Komunis Rusia apabila hampir saat kematiaannya juga menyebut Tuhan kerana tidak tertahan dengan kesakitan sakerat maut. Mereka tidak mempercayai alam ghaib dan alam ruh tetapi apabila hendak mati mereka memanggil sesuatu dari alam ghaib pula.
Oleh yang demikian wajiblah bagi orang yang percaya kepada agama mengenal Tuhan. Orang yang mengaku beragama tetapi tidak mengenal tuhan bukanlah dinamakan beragama tetapi hanyalah orang yang berangan-angan jua.
ALAT DAN CARA UNTUK MENGENAL TUHAN
Alat untuk mengenal Tuhan adalah akal. Ia merupakan anugerah Tuhan yang sangat tinggi nilainya. Ia dikurniakan supaya manusia mencapai ketinggian darjat melebihi haiwan. Dengan akal manusia dapat membenar keyakinan dalam beragama. Dengan akal manusia menentukan logik iaitu samada sesuatu perkara itu boleh diterima atau tidak. Pada dasarnya sesuatu yang tidak diterima akal maka ia tertolak melainkan kes-kes tertentu seperti mukjizat umpamanya. Maka mana-mana kepercayaan yang menyimpang dari logik akal yang jernih, kepercayaan itu boleh dipersoalkan. Dengan akal juga manusia dapat mengenali Tuhan melalui tanda-tanda penciptaan alam, yang mana alam merupakan tanda yang paling utama untuk tujuan itu.
Akal bukanlah Syaithan seperti anggapan sesetengah ajaran agama. Ia sangat mulia yang merupakan rahsia Ketuhanan. Haqiqat akal tidak dapat diketahui oleh manusia melainkan sedikit sahaja, itu pun kepada orang-orang yang menjadi pilihan Tuhan.
Haqiqat kemuliaan dan tugas akal ini banyak sekali disebut di dalam al-Quran. Antaranya ialah yang bermaksud: “Dengan keterangan-keterangan dan kitab-kitab (Taurat, Zabur dan Injil), dan Kami turunkan kepada engkau peringatan (al-Quran), supaya engkau terangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan mudah-mudahan mereka adalah kaum yang berfikir”. (an-Nahl 16: 14: 44). Ayat ini menerangkan ALLah Taala telah menurunkan kitab Taurat, Zabur dan Injil kepada Nabi Musa, Nabi Daud dan Nabi Isa Alaihisslam, dan juga Suhuf  kepada Nabi Ibrahim. Ia bertujuan untuk menjelaskan bahawa ALLah Taala adalah tunggal dan tidak bersekutu dengan yang lain dan juga menjelaskan segala peraturan agama. Kemuncaknya ALLah Taala menurunkan al-Quran kepada Nabi Penutup Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, untuk menyampaikan dan memberi peringatan bahawa mentauhidkan ALLah Taala bukanlah perintah yang baru, melainkan lanjutan dari ajaran kitab-kitab yang terdahulu itu. Dan peringatan itu mengajak untuk memikirkan tentang diri dan Tuhan, dan hubungan antaranya.
Untuk berlaku adil, disini diperturunkan ayat-ayat Bible kitab suci agama Kristian yang menyatakan fungsi dan kepentingan akal. Antaranya, “Amsal ini dapat mengajar orang yang tidak berpengalaman supaya berfikiran tajam dan mengajar orang muda menjadi pandai dan bijaksana. Amsal ini dapat menambah pengatahuan orang bijaksana dan dapat membimbing orang terpelajar. Dengan demikian mereka dapat memahami makna yang tersirat dalam Amsal, kata-kata dan soalan yang dikemukakan oleh orang bijaksana. Untuk memperoleh pengetahuan, pertamanya kamu mesti hormat dan takut kepada Tuhan. Orang bodoh tidak tahu menghargai hikmat dan tidak mahu belajar. Hai anakku perhatikanlah kata-kata bapa dan ibumu” (Amsal 1: 4-7). Dan lagi. “Dengarlah, hikmat sedang berseru di jalan raya dan pasar, memanggil orang dengan suara yang lantang…Hai orang yang bodoh, berapa lama lagi kamu hendak menjadi orang bodoh? Berapa lamakah lagi kamu akan mengolok-ngolokkan pengetahuan?…” (Amsal: 1: 20-22). Dan lagi, “…dengarkanlah apa yang bijaksana dan cubalah memahaminya. Mohonlah dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat pengetahuan dan mintalah pengertian. Carilah perkara itu seperti mencari emas dan perak. Barulah kamu tahu makna takut kepada Tuhan dan kamu akan mendapat pengetahuan tentang ALLah” (Amsal 2: 1-6). Dan lagi, “… hendaklah kamu bijak dan cerdas…jangan tinggalkan hikmat maka hikmat itu akan melindungi kamu…perkara yang paling mustahak kamu lakukan ialah mencari mendapat hikmat. Apapun yang kamu kejar ialah mendapat pengertian…” (Amsal 4: 5-7). Maka jelas sekali bahawa disamping beriman dan mengamalkan perintah Tuhan, akal fikiran yang tajam adalah alat untuk menjadi bijaksana, menambah pengetahuan dan untuk memahami kitab suci. Dan ia hendaklah dilakukan dengan sepenuh hati yakni bersungguh-sungguh mengkaji dan meneliti sesuatu ajaran. Hanya orang yang berfikir dan mempunyai ilmu sahajalah yang akan mengenal Tuhan. Dan lagi, “Ketika Paulus membela diri, Festus bersuara: Kamu gila. Ilmu kamu yang banyak membuatkan kamu gila.Tetapi Paulus menjawab: Hamba tidak gila, Tuan Yang Terutama. Kata-kata yang hamba ucapkan adalah benar dan keluar dari akal yang waras…” (Kesah Rasul-Rasul 26: 24-25)
Dengan kata lain, orang yang menolak penggunaan akal dalam mencari Tuhan adalah orang yang durhaka kepada Tuhan itu sendiri. Mereka ini diibaratkan meraba-raba dimalam hari dengan lampu di tangan tetapi tidak menggunakannya. Mereka inilah orang-orang yang menghampiri jurang kebinasaan yang dalam.
TEMPAT LETAK TUJU UNTUK MENGENAL TUHAN
Adapun tempat letak tuju untuk mengenal Tuhan ialah alam dan diri manusia sendiri. Tanpa keduanya manusia akan meraba-raba untuk mengenal Tuhan.
Adapun alam adalah tempat untuk memikirkan kejadiannya. Padanya manusia akan mendapati bahawa alam ini tidak akan terjadi dengan sendirinya. Bahkan orang Atheis yang tidak mempercayai Tuhan pun apabila ditanya tentang kejadian alam, ia akan merujuk kepada teori atom, yang mana atom-atom yang kecil berpadu dengan melalui proses berbilion tahun yang lalu, kemudian membentuk alam ini. Demikian juga apabila melihat kepelbagaian ragam kejadian alam menunjukkan ia adalah ciptaan Tuhan.
Demikian juga kejadian diri manusia juga adalah tempat terbaik untuk mengenal Tuhan. Ia adalah pertunjuk langsung untuk mengenal Tuhan. Tubuh manusia adalah pertunjuk keujudan Tuhan, mata manusia adalah pertunjuk melihatnya Tuhan, telinga manusia adalah pertunjuk mendengarnya Tuhan, mulut manusia adalah pertunjuk berkata-katanya Tuhan. Cuma haqiqatnya mestilah kejadian manusia itu bersalahan dengan haqiqat keujudan Tuhan, kerana jika bersamaan akan ternodalah Kemuliaan Tuhan yang wajib bagiNya sifat Kemuliaan. Perbahasan untuk mengenal Tuhan melalui diri ini sangatlah panjang dan memerlukan pengkhususan. Namun kenyataan di atas adalah memadai sebagai kunci untuk tujuan tersebut.
SYARAT UNTUK MENGENAL TUHAN
Dalam  sebagai alat untuk mengenal Tuhan, akal tidaklah berfungsi tanpa sebarang syarat. Seperti juga manusia yang mana syarat hidupnya adalah nyawa. Tanpa syarat tertentu akal tidak akan dapat mengenal Tuhan samasekali. Jika dicuba juga untuk mengenal Tuhan tanpa syarat tersebut kemungkinan besar kesesatan akan berlaku. Tuhan tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia melainkan dengan penuh kesempurnaan. Maka Ia tidak menciptakan akal melainkan dengan syaratnya sebagai panduan untuk supaya ia berfungsi dengan baik untuk mencapai tujuannya.
Adapun syarat untuk mengenal Tuhan dikenali sebagai Hukum Fitrah Akal. Hukum Fitrah Akal ini terbahagi kepada Wajib Pada Akal, Mustahil Pada Akal dan Harus Pada Akal.
Wajib pada akal
Wajib pada akal bermaksud akal mempercayai atau menerima keujudan sesuatu dan tidak diterima samasekali oleh akal sesuatu itu tidak ujud. Contohnya akal mempercayai alam semesta ini mesti ada yang menjadikannnya. Akal yang sihat tidak menerima samasekali alam ini terjadi dengan sendirinya. Wajib pada akal ini berkait rapat dengan Wajib Pada Adat seperti contohnya iaitu adat api bersifat membakar kayu yang kering dan tidak kayu yang basah.
Mustahil pada akal
Mustahil pada akal bermaksud akal tidak mempercayai dan menolak samasekali sesuatu itu ujud. Contohnya akal menolak samasekali alam terjadi dengan sendiri tanpa pencipta. Mustahil Pada Akal ini juga berkait dapat dengan Mustahil Pada Adat seperti contohnya api tidak akan membakar kayu yang basah melainkan kayu yang kering.
Harus pada akal
Harus pada akal bermaksud akal mempercayai sesuatu itu mungkin terjadi dan mungkin juga tidak terjadi. Contohnya akal mempercayai alam ini terjadi dengan Kehendak Tuhan dan jika tidak dikehendaki Tuhan ia tidak akan terjadi. Harus Pada Akal ini juga berkait dengan Harus Pada Adat seperti contohnya walaupun api akan padam disiram air tetapi ia berupaya menyala juga seperti lava gunung berapi di dasar laut.
HATI DAN HUBUNGANNYA DENGAN AKAL
Hati adalah tempat terakhir tersimpannya maklumat yang telah diteliti oleh akal. Ertinya apabila akal telah menilai dan memutuskan sesuatu perkara itu dengan Hukum Fitrahnya, keputusan itu akan dihantar ke dalam kotak hati. Namun demikian hati akan hanya menerima keputusan yang dibuat oleh akal dengan Hukum Fitrah yang betul. Contohnya jika akal mengatakan wajib Tuhan itu bersifat Maha Sempurna, hati pasti akan menerimanya. Akan tetapi jika hati dipaksa juga menerima keputusan yang bertentangan dengan Hukum Fitrah Akal seperti mengatakan Tuhan itu seperti haiwan, kemudian akal berkata ia benar dengan alasan ia tertulis di dalam kitab, maka manusia telah menipu dirinya sendiri dan itu bukanlah mengenal namanya melainkan satu kesesatan yang dianggap benar.
MASALAH DAN KESALAHAN YANG TERJADI DALAM MENGENAL TUHAN
Walaupun manusia telah dikurniakan akal tetapi ramai dari mereka gagal mengenal Tuhan. Ini disebabkan mereka tidak tahu menggunakan syarat tersebut dengan betul. Sepatutnya sesuatu yang  dilihat oleh akal wajib berlaku hendaklah diterima dan yang dilihat mustahil berlaku hendaklah ditolak. Namun ramai manusia yang gagal berbuat demikian. Ada setengahnya mempercayai sesuatu yang mustahil  walaupun akal dengan terang menolaknya. Contohnya walaupun mempercayai Tuhan adalah sesuatu yang sewajibnya sempurna tetapi mereka tetap menyerupakan Tuhan dengan makhluk.
Mengapakah keadaan ini terjadi? Jawabnya kerana mereka meletakkan syarat untuk mengenal Tuhan itu ditempat yang salah. Dalam erti kata lain mereka meletakkan mustahil pada akal itu ditempat yang wajib. Maka jadilah mereka mempercayai Tuhan itu seperti makhluk, pada hal sepatutnya wajiblah pada akal Tuhan itu Maha Suci dari kekurangan, dan menyerupai makhluk itu adalah satu kekurangan maka mustahil. Dalam erti yang lain juga akal mereka mengakui apa yang ditentukan oleh Hukum Fitrah Akal yang mengatakan wajib tetaplah wajib dan yang mustahil tetaplah mustahil. Akan tetapi oleh kerana mereka terpaksa mempercayai kitab agama mereka, mereka terpaksa meletakkan Hukum fitrah itu ditempat yang salah atas dasar keimanan semata-mata.
Sesungguhnya inilah kesalahan besar yang berlaku kepada kebanyakan orang didalam usaha mengenal Tuhan. Namun oleh kerana ia telah diakui sebagai kepercayaan agama, ia sangat sukar diperbaiki walaupun segala hujah dan dalil tentang kesalahannya sangat terang terbentang di hadapan mereka.
CONTOH TERBAIK DIDALAM MENGENAL TUHAN
Untuk mengenal Tuhan,di samping akal kita juga memerlukan dua perrkara yang lain iaitu pancaindera yang sihat dan perkhabaran yang benar. Ketiga-tiganya berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan sama sekali. Jika ditinggalkan salah satu daripadanya maka tujuan untuk mengenal Tuhan tidak akan tercapai. Jika hanya ada akal yang sihat tanpa pancaindera dan perkhabaran yang benar atau sebaliknya, maka Tuhan sekali-kali dapat dikenal.
Marilah kita ambil satu contoh yang sangat baik iaitu usaha Nabi Ibrahim Alaihissalam mengenal Tuhan. Pada satu malam Nabi Ibrahim telah melihat bintang di langit. Baginda merasa takjub kerana melihat kecantikan bintang yang begemerlapan dan berada di tempat yang paling tinggi iaitu di langit. Timbullah difikiran Baginda bahawa bintang itulah Tuhan. Tetapi tidak lama kemudian apabila hari hampir pagi Baginda melihat cahaya bintang mulai pudar dan kemudian bintang itupun menghilang. Melihatkan keadaan itu Baginda berkata bahawa bintang bukanlah Tuhan kerana ia tenggelam dan tidak kelihatan diwaktu siang.
Pada malam berikutnya Baginda melihat pula bulan. Seperti juga melihat bintang, Baginda merasa lebih takjub melihat kecantikan bulan melebihi kecantikan bintang. Maka Baginda berkata bahawa selayaknya bulan adalah Tuhan. Tetapi apabila menjelang pagi bulan juga menghilang. Maka Baginda berkata pula bahawa bulan bukanlah Tuhan kerana mustahil Tuhan boleh menghilang akibat siang.
Dan apabila hari siang matahari memancarkan cahayanya yang terang dan panas. Maka Baginda mengambil keputusan bahawa mataharilah Tuhan, kerana cahayanya melebihi cahaya bulan dan bintang, dan kelihatan begitu hebat. Tetapi apabila malam menjelang matahari juga menghilang ditelan kegelapan malam.
Keadaan ini membuatkan Baginda berfikir bahawa Tuhan bukanlah jenis yang lemah, yang boleh menghilang akibat sesuatu keadaan. Dan akhirnya Baginda berkata dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan bukanlah dari jenis alam, Tuhan Maha Gagah Perkasa yang Bersalahan dengan makhluk, dan mempunyai segala Sifat Kesempurnaan.
Kesah ini dipetik dari al-Quran iaitu kitab suci Agama Islam, dalam surah al-An’am 6: 7: 76-79. Mungkin penganut agama lain akan merasa tersinggung kerana kesah dari al-Quran dijadikan contoh. Tetapi ia sangatlah sesuai kerana menunjukkan bagaimana Nabi Ibrahim Alaihissalam telah meletakkan Hukum Fitrah Akal ditempat yang betul sesuai dengan fungsinya sebagai alat utama untuk mengenal Tuhan.
KITAB SUMBER KEPERCAYAAN AGAMA
Tidak dapat tiada setiap agama mesti mempunyai kitab sebagai sumber ajaran. Secara umumnya difahami bahawa kitab suci sesuatu agama itu adalah perkataan Tuhan (selepas ini akan disebut Firman). Firman ini disampaikan oleh Tuhan kepada manusia kepada penyebarnya (selepas ini disebut Rasul) melalui  satu perantara (selepas ini disebut Malaikat) dalam  bentuk lafadz-lafadz (selepas ini disebut wahyu).
Di dalam kitab ini termuat segala asas-asas dan cabang-cabang ajaran agama itu. Pada dasarnya tujuan setiap agama adalah menyeru kepada kebaikan kerana itulah tujuan agama. Jika ia menjurus kepada kejahatan, ajaran kitab itu bukanlah sumber agama. Haqiqat ini sememangnya dipersetujui oleh semua penganut agama samada agama samawi atau bukan agama samawi
Krateria asas untuk menentukan kesahihan kitab suci dari Tuhan
Walaupun sesebuah kitab suci itu dipercayai dari Tuhan, tetapi ia tidaklah boleh diterima tanpa diuji. Batu ujiannya ialah tidak lain dari syarat iaitu Hukum Fitrah Akal yang diterangkan dahulu. Antara krateria asas itu ialah seperti berikut:
Kitab suci wajib bebas dari pertentangan ayat dan fakta
Krateria ini adalah krateria yang pokok paling asas untuk menentukan sesuatu kitab suci itu benar-benar Firman Tuhan. Sebarang pertentangan antara ayat akan menyebabkan kesahihan kitab itu akan tertolak atau setidak-tidaknya kesuciannya boleh dipertikaikan.
Apabila terdapat satu fakta itu menunjukkan perbezaan, tidak dapat tiada salah satu darinya mesti salah. Hukum Fitrah Akal dan Hukum Fitrah Adat menyatakan mustahil kedua-dua fakta adalah benar. Contoh yang paling jelas ialah, maklumat pertama mengatakan anak A adalah 2 orang dan maklumat kedua mengatakan anak A adalah 3 orang. Maka tidak dapat tiada jika anak A adalah 2 orang maka maklumat yang mengatakan anak A adalah 3 orang  adalah salah. Begitulah juga sebaliknya. Demikian juga seperti contoh, maklumat pertama mengatakan Ahmad adalah cucu Ali melalui Osman, tetapi maklumat kedua pula mengatakan Ahmad adalah cicit Ali melalui Osman dan Razak. Maklumat yang manakah benar? adalah mustahil Ahmad cucu dan cicit Ali dalam satu keadaan.
Apabila terdapat dua fakta berbeza persoalan asas yang akan timbul ialah adakah Tuhan tersilap atau terlupa didalam menurunkan wahyuNya. Jika salah satu dari dua fakta itu mesti salah, maka tidak dapat tiada Tuhan sebagai pemberi fakta itu mesti tersilap atau terlupa menyebabkan ia mengeluarkan fakta yang salah. Tetapi hendaklah diketahui bahawa sifat lupa dan silap adalah sifat kekurangan dan ia  hanya  berlaku pada manusia sahaja dan mustahil berlaku kepada Tuhan. Tuhan sekali-kali tidak bersifat silap dan lupa kerana Tuhan wajib bersifat Maha Sempurna. Maka setiap kitab suci mestilah bebas dari kesalahan dan pertentangan ayat dan fakta dari sebesar-besar hinggalah sekecil-kecilnya. Mungkin ada yang berkata kesilapan kecil tidak menjejaskan kesucian kitab itu. Tetapi kesalahan tetap kesalahan tidak mungkin dikatakan kebenaran.
Maka atas dasar ini jika terdapat dua fakta yang bertentangan di dalam sesebuah kitab suci, maka tidak syak dan tidak dapat ditolak lagi bahawa ia bukanlah Firman Tuhan melainkan karangan manusia, atau setidak-tidaknya ia telah dicampur adukkan dengan tulisan tangan-tangan kotor manusia. Maka ketulinan kitab suci itu wajib dipersoalkan. Kerana jika kesalahan itu terbukti maka penganutnya pasti akan dipandang sinis oleh orang yang cintakan kebenaran.
Kitab suci wajib bebas dari keraguan.
Keraguan akan kesahihan sesebuah kitab suci itu akan timbul apabila terdapat fakta-faktanya yang tidak dapat diterima akal. Mengikut Hukum Fitrah Akal, ia akan menolak apa juga fakta atau maklumat yang mustahil. Apabila terdapat dua fakta yang bertentangan, salah satu darinya mesti salah. Seperti yang telah diterangkan, fakta yang salah hanya datang dari manusia kerana manusia bersifat lemah. Hukum Fitrah Akal  juga menolak jika terdapat kesah-kesah yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk seperti lembu, gajah dan sebagainya. Tetapi jika perkara luar biasa yang bertentangan dengan adat atas dasar mukjizat, ia adalah dalam perbahasan yang tersendiri.
Maka atas dasar ini apabila sesuatu kitab suci itu mengandungi fakta-fakta yang bertentangan walau satu sahaja, ia akan mendatangkan keraguan bahawa ia telah dicerobohi oleh pendapat manusia dan ia bukanlah kitab dari Tuhan. Kerana mustahil Tuhan bersifat lupa atau bodoh. Dari itu sesiapa yang mempercayai sesebuah kitab yang meragukan maka ia sebenarnya telah tertipu dalam keadaan yang ia tidak sedari.
Faktor sejarah.
Faktor sejarah juga memainkankan peranan penting didalam menentukan kesahihan sesuatu kitab itu benar-benar dari Tuhan. Secara umumnya apabila sesuatu ajaran agama itu diturunkan dari Tuhan melalui RasulNya, ia akan dihafal dan juga akan ditulis diatas lembaran-lembaran seperti kulit-kulit binatang ataupun tulang-tulang dan sebagainya. Terdapat juga proses pembukuan apabila terdapat faktor-faktor yang lain yang memerlukan pembukuan (seperti peperangan) yang menyebabkan penghafal ajaran itu ramai yang terkorban.
Satu contoh terbaik yang boleh dipaparkan ialah proses pembukuan al-Quran iaitu kitab suci agama Islam, iaitu agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Apabila Nabi Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam menerima wahyu Baginda akan membacakan kepada Sahabat-sahabatnya. Wahyu ini akan dihafal oleh sebilangan besar Sahabatnya itu samada yang rapat dengan Baginda mahupun yang jauh. Orang yang mengahafal al-Quran ini dipanggil Huffadz. Kaedah hafalan ini adalah keistimewaan masyarakat Arab sehingga mereka dapat mengingat catatan salasilah, hari-hari bersejarah mereka dan syair-syair. Maka dalam keadaan demikian al-Quran diturunkan dan mereka menghafal al-Quran tanpa masalah. Mereka juga terkenal dengan semangat yang kuat dengan tidak menghiraukan keseronokan tidur malam untuk menghafal al-Quran. Bahkan menghafadz al-Quran adalah satu kebanggan dan jihad mereka kepada ALLAh Taala. Antara huffadz dizaman Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Talhah, Sa’ad Ibn Mas’ud, Hudzaifah, Salim, Abu Hurairah, Ibn Umar, Ibn Abbas, Amru, Abdullah ibn Amri, Muawiyah ibn Zubir, Abdullah ibn Sa’ib, Aisyah, Hafsah, Umm salamah dan lain-lain. Ini tidak termasuk yang terbunuh didalam peperangan Yamamah dan Bii’r Ma’unah.
Selain dari itu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam juga melantik beberapa penulis wahyu. Wahyu-wahyu ini ditulis diatas pelepah-pelepah kurma, kulit-kulit  dan tulang-tulang binatang; dan disimpan dengan baik dan selamat. Antaranya ialah SayyidinaAbu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiyah, Abbas ibn Sa’id, Khalid ibn Walid, Ubai ibn Ka’ab, Zaid ibn Thabit dan lain-lain. Kaedah ini berterusan sehinggalah kezaman Khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Siddik.
Pada zaman Sayyidina Abu Bakar, berlaku perang Yamamah. Dalam peperangan ini ramai Sahabat yang terkenal Huffadz terkorban. Sayyidina Umar al-Khattab salah seorang Sahabat Besar yang paling prihatin terhadap maslahah umat Islam, berasa kuatir jika ia berlarutan kemungkinan al-Quran akan lenyap. Dengan alasan-alasan yang kukuh, beliau telah mencadangkan kepada Sayyidina Abu Bakar agar al-Quran dibukukan. Pada mulanya Sayyidina Abu Bakar menolak kerana ia dianggap bida’ah. Namun setelah dibentangkan hujah yang kukuh tentang kewarannya, ia dipersetujui.
Untuk tujuan tersebut Sahabat Besar yang terkenal dengan keperibadian yang paling luhur, Zaid ibn Thabit telah ditugaskan untuk mengumpulkan wahyu al-Quran. Semua Sahabat yang pernah mendengar wahyu daripada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dipanggil untuk membentangkan hafalan mereka. Syarat-syarat yang ketat dikenakan terhadap pembentang wahyu tersebut. Orang yang diketahui buruk akhlaknya, kurang daya ingatannya dan diragui pernah berjumpa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wasallam ditolak dari  menjadi pembentang wahyu. Setiap ayat yang dibentangkan tidak akan diterima untuk direkodkan melainkan setelah mendapat pengesahan dari dua orang saksi yang cukup adil yang menyaksikan ia diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ini bertujuan mengelakkan al-Quran dipertikaikan dimasa hadapan. Pekerjaan ini dilakukan dengan cukup teliti dan bersungguh-sungguh tanpa mengira penat lelah siang dan malam.
Apabila telah tiada lagi Sahabat yang datang membentangkan wahyu, maka segala wahyu yang dikumpulkan itu dibukukan atau lebih dikenali sebagai musyhaf al-Quran. Musyhaf ini dkenali sebagai Musyhaf Induk. Ia kemudian disalin kepada beberapa Musyhaf yang kemudiannya dihantar kebeberapa daerah untuk diguna pakai oleh umat Islam. Musyhaf  Induk disimpan oleh Sayyidina Abu Bakar. Kemudian semua ayat-ayat Quran yang ditulis diatas kulit dan tulang binatang dibakar untuk mengelakkan al-Quran dibaca secara terpisah-pisah. Dizaman Sayyidina Uthman pula dilakukan beberapa proses dan kaedah. Musyhaf –musyhaf  ini perbaiki dari masa kesemasa dari segi meletakkan baris huruf, tanda-tanda bacaan, kaedah resmi bacaan dan lain-lain untuk memudahkan orang yang tidak tahu bahasa Arab untuk membacanya. Namun dari segi ayat tidak sekali-kali diubah atau ditambah. Dan ditetapkan juga kaedah bacaan mengikut lughah Arab Quraisy untuk mengelakkan pertikaian cara bacaan. Mustahak difahami, pembakaran dan perbaikan hanyalah pada masalah teknikal iaitu untuk mengelakkan pemisahan ayat-ayat dan meletakkan tanda-tanda adalah baggi memudahkan orang yang tidak tahu bahasa Arab untuk membaca al-Quran. Ini harus difahami supaya tidak timbul tuduhan ia adalah merubah al-Quran.
Selain dari musyhaf induk, al-Quran juga dihafal dari zaman kezaman dari dahulu hinggalah kehari ini. Mereka ini disebut Huffadz. Mereka ini menjadi pemelihara kesahihan al-Quran. Al-Quran baru yang telah siap dicetak mestilah disemak oleh Huffadz-huffadz ini disamping merujuk kepada teks asal.  Dengan maksud yang lain kaedah penyemakan ini adalah turun temurun dari zaman selepas terhasilnya Musyhaf Induk hinggalah kezaman ini. Dengan ini ketulinan al-Quran tetap terpelihara. Sejarah telah membuktikan apabila ada sahaja orang yang cuba memalsukan al-Quran maka tetap ada Huffadz yang tampil memperbetulkannya. Pada sekitar tahun 1998 yang lalu terdapat satu usaha mencipta surah al-Quran yang dinamakan surah al-Muslimun dan ia tersebar diinternet. Namun dengan mudah dikesan dan dibenteras oleh para Huffadz. Hinggalah kehari ini ketulinan al-Quran tetap terpelihara.
Tidaklah diketahui adakah agama lain seperti Kristian terutamanya, mempunyai krateria ini dalam menentukan kesahihan Bible. Sejarah telah menceritakan bahawa penganut-penganut ajaran Injil yang asli telah mengalami berbagai siksaan yang kejam dari Maharaja Rome, menyebabkan ramai yang dibunuh. Terdapat beberapa keputusan iktiqad adalah terhasil daripada undian dibeberapa persidangan (Lihat bab 5: Fakta-fakta yang harus diketahui: Perkembangan iktiqad agama Kristian)). Mana-mana iktiqad yang bertentangan dengan keputusan tersebut ditolak dan kitab-kitabnya dibakar. Ahli-ahli dan pakar-pakar sejarah Kristian juga tidak dapat menentukan dengan tepat siapakah pengarang setiap bahagian Bible melainkan dengan andaian-andaian semata-mata. Contohnya tiada dokumen yang sahih bahawa Yohanes (Dan mungkin tiga pengarang yang lain) adalah sezaman dengan Jesus, atau setidak-tidaknya menerima ajaran Bible secara bermata rantai dari Jesus. Demikian juga jika diteliti sebahagian besar Perjanjian Baru adalah perkataan Paulus dan bukan perkataan Jesus.  Bahkan ahli-ahli dan pakar-pakar sejarah Kristian juga tidak dapat memastikan bahawa Bible adalah Firman terus dari Tuhan.
Faktor bahasa
Faktor bahasa memainkan peranan penting dalam menentukan kesahihan kitab suci itu terutama didalam memberi penafsiran dalam tempoh masa yang  panjang dimana ia telah diguna pakai oleh berbagai bangsa di merata dunia.Untuk memudahkan kefahaman, dua contoh akan diambil iaitu al-Quran kitab suci agama Islam dan Bible kitab suci agama Kristian.
Al-Quran adalah kitab berbahasa Arab. Dari zaman dahulu hingga sekarang dan disetiap tempat, al-Quran yang digunakan tetap berbahasa Arab. Tidak terdapat dan tidak dibenarkan samasekali al-Quran diterjemah seratus peratus kebahasa yang lain. Jika hendak diterjemah, ia hendaklah dibuat secara bersebelahan iaitu bahasa Arab disebelah kanan dan bahasa terjemahan disebelah kiri pada satu muka surat. Ini bertujuan supaya orang yang tidak memahami bahasa Arab dapat memahami maksud al-Quran.
Untuk membuat penafsiran ayat, berbagai aspek mesti diambil kira. Salah satu darinya ialah faktor bahasa. Dari itu setiap tafsiran mestilah mengikut tatabahasa Arab itu sendiri. Dengan pengertian lain apabila berlaku pertentangan tafsiran, maka tatabahasa Arab bagi ayat berkenaan adalah sumber rujukan. Oleh yang demikian perkerjaan mentafsir al-Quran ini mesti dilakukan oleh orang-orang yang mahir dengan aspek-aspek bahasa Arab seperti nahu, saraf, balaghah dan sebagainya. Bagi mereka yang tidak mahir perlulah membaca tafsiran-tafsiran pakar-pakar tafsir tersebut. Penafsiran mengikut bahasa terjemahan akan mengundang kesalahan yang mana kebarangkaliannya adalah besar. Jika al-Quran diterjemah seratus peratus kebahasa lain kemungkinan al-Quran akan berubah adalah sangat besar. Ini disebabkan setiap bangsa akan menulis tafsiran mengikut ayat dan kalimah-kalimah bahasa mereka. Jika ini berlaku terus menerus maka akan ujudlah al-Quran versi Malaysia, versi India, versi German dan sebagainya. Maka al-Quran akan menjadi bahan pertikaian dan tidak mustahil tangan-tangan kotor akan memasukkan jarumnya untuk memalsukan al-Quran.
Terdapat juga sesetengah ayat Quran diturunkan dengan bersebab. Contohnya ayat mengharamkan arak diturunkan kerana terdapat seorang Sahabat yang tersalah membaca ayat Quran semasa sembahyang akibat mabuk. Sebab turun ayat ini dalam istilah ilmu tafsir dinamakan Asbabun Nuzul. Ia juga salah satu syarat untuk mentafsir al-Quran. Contohnya hukum minuman yang memabukkan adalah haram. Maka mengatakan minum arak dibolehkan asalkan tidak mabuk adalah salah kerana bertentangan dengan sebab dan tujuan ayat itu.
Injil yang diwahyukan kepada Jesus (Mengikut agama Islam adalah Nabi Isa Alaihissalam) adalah berbahasa Ibrani. Namun pada dunia hari ini bahasa Injil (Pada hari ini disebut Bible) adalah mengikut bahasa setempat seratus peratus. Amatlah sukar untuk mendapatkan Injil berbahasa Ibrani. Dipercayai hampir semua Bible terjemahan adalah berasal dari Bible berbahasa Greek.  Di Indonesia Bible adalah berbahasa Indonesia seratus peratus, demikian juga di Malaysia, England, Perancis dan sebagainya semuanya berbahasa dimana negara itu menterjemahnya. Telah sedia maklum lain bahasa lain tatanya. Tatabahasa Inggeris berlainan dari tatabahasa Melayu. Contohnya didalam apa juga surat perjanjian dan kes mahkamah, apabila berlaku kekeliruan kefahaman maka teks Inggeris adalah penentu. Tetapi  bagaimana pula dengan orang Perancis? Mereka juga akan mengatakan teks berbahasa Perancis jadi penentu. Contohnya anak boleh ditafsirkan sebagai anak haqiqi pada satu ayat tetapi pada ayat yang lain menunjukkan penghormatan. Maka anak telah mempunyai dua tafsiran. Jika anak boleh ditafsirkan berlainan mengikut konteks ayat, bagaimanakah untuk mempertahankannya hanya pada satu tafsiran? Perbandingan yang baik boleh dilihat pada ayat berikut didalam  Bible berbahasa Indonesia, “ Dan apabila anak-anak ALLah melihat anak-anak perempuan manusia….” (Kejadian 6: 2) dan didalam Bible Berita Baik cetakan Malaysia “ Dan ketika makhluk-makhluk Ilahi itu melihat anak-anak perempuan manusia….” (Bab dab pasal yang sama). Sekilas pandang dua kalimah itu adalah berbeza kerana anak adalah khusus dan makhluk adalah umum. Persoalannya mengapa perlu berbeza kalimah jika ia mempunyai maksud yang sama? Penafsir boleh berkata makhluk Ilahi itu adalah anak-anak manusia tetapi orang boleh membantah ia juga boleh ditafsirkan dengan jin, melainkan jika ada ayat lain yang menerangkan ia sebenarnya anak manusia. Dan dari maklumat terbaru tardapat paderi Kristian yang mengatakan dosa yang ditanggung oleh manusia bukanlah dosa warisan Adam tetapi kecenderungan menusia untuk melakukan dosa. Dari manakah ia mendapat dalil untuk membuat penafsiran baru?
Di dalam Bible Berita Baik cetakan Malaysia, terdapat ayat yang menyatakan Nabi Ibrahim Alaihissalam telah menjadikan Hagar gundiknya (Kejadian 16: 3). Tetapi di dalam Bible versi King James menyatakan Hagar dijadikan isteri (To be his wife- isteri, bukan to be his concubine- gundik). Ini satu persoalan yang mana benar. Yang jelas gundik berlainan dengan isteri kerana ayat Bible “Solomo mempunyai 700 isteri dan 300 gundik” (1 Raja-Raja 11: 3) jelas membezakan isteri dan gundik. Adakah gundik adalah isteri tidak resmi? Jika benar apakah maksud isteri tidak resmi itu, adakah isteri tanpa perkahwinan atau isteri yang sah tetapi tidak boleh dibawa kemajlis resmi? Jelas sekali Bible Berita Baik dan Bible King James telah bercanggah fakta. Ini adalah contoh kecil yang boleh mengundang perbezaan tafsiran. Jika ini berlarutan tidak mustahil dalam masa seratus tahun kalimah anak-anak ALLah akan bertukar kepada kalimah yang tidak diketahui. Maka apabila berlaku demikian dimanakah lagi keasliaan sesebuah kitab suci itu.
HAQIQAT KEBENARAN
Kebenaran ialah sesuatu yang diucapkan dan ucapan itu menepati kenyataan. Dengan maksud yang lain ialah terdapat keserasian dan penyesuaian antara ucapan mulut dan kenyataan dzahiriah. Contohnya jika dikatakan si A mempunyai seorang anak, maka kenyataannya A adalah mempunyai seorang anak, bukannya dua atau lebih dari seorang anak. Walaupun demikian mu’jizat, karomah, irhas dan sihir adalah diluar konteks ini dan ia memerlukan satu penjelasan yang tersendiri
Ucapan di mulut pula adalah lahir dari penelitian akal dan pembenaran hati. Apabila akal meneliti dan dibenarkan oleh hati, maka ia akan dituturkan oleh mulut. Hati tidak akan membenarkan sesuatu yang diluar hukum fitrah akal. Hukum fitrah akal pula ialah wajib, mustahil dan harus pada akal, yang mana berkait pula dengan wajib, mustahil dan harus pada adat. Inilah yang dimaksudkan dengan hakikat kebenaran. Maka jika sesiapa yang memberikan definasi asas kebenaran yang lain, ia menempuh jalan yang sukar untuk membahaskan kebenaran agama.
Oleh yang demikian mempercayai dua kenyataan yang berbeza pada satu masa atau satu orang yang sama, adalah bukanlah dikatakan kebenaran sama sekali. Jadi mempercayai A mempunyai anak B dan C sahaja, dan dalam masa yang sama juga mempercayai A mempunyai anak B, C, dan D, adalah satu perbuatan memperbodohkan ciptaan akal yang dicipta oleh Tuhan. Inilah krateria asas untuk menilai samada sesuatu kitab itu adalah Firman ALLah atau ciptaan manusia, atau pun telah ditulis dengan campur tangan nafsu manusia.
MANUSIA YANG TERTIPU
Ketahuilah bahawa sebesar-besar kebinasaan manusia ialah tertipu didalam masalah untuk mengenal Tuhan, lebih-lebih lagi jika mereka tidak tahu bahawa mereka telah tertipu. Ini disebut pada istilahnya sebagai jahil yang bersusun. Inilah jahil yang paling hina dalam pandangan agama dan kemanusiaan.
Seperti yang dijelaskan, sebab manusia terjerumus didalam jurang kehinaan ini kerana mereka tidak mahu menerima fitrah kejadian akal yang diciptakan untuk manusia. Bahkan ada agama mengatakan akal dan kepandaian manusia adalah sia-sia yakni tidak boleh dijadikan alat untuk mengenal Tuhan dan mentafsir kitab suci. Dengan demikian jika terdapat pertentangan ayat mereka mengatakan kedua-duanya benar dengan alasan ianya wahyu Tuhan.
Dengan alasan kitab suci itu wahyu Tuhan, mereka mengatakan untuk mentafsir dan memahaminya haruslah dengan menyerahkannya kepada Tuhan itu sendiri. Dengan erti yang lain mereka memulangkan kepada Tuhan mengapa pertentangan fakta di dalam kitab suci itu berlaku dan mengapa perlu mempercayai kedua-dua pertentangan fakta mesti diyakini benar. Dengan erti yang lain juga, mereka memiliki akal ciptaan Tuhan tetapi menentang Fitrah Akal yang juga ciptaan Tuhan itu sendiri.
ISLAM DAN KRISTIAN
Islam dan Kristian adalah dua agama yang mendominasi kepercayaan sebahagian besar manusia di muka bumi ini. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa penganut kedua-dua agama ini terdapat di seluruh dunia walaupun dengan peratus yang berbeza. Keadaan ini tidak berlaku kepada agama-agama lain seperti Hindu dan Budha ataupun kepercayaan-kepercayaan lain.
Fakta sejarah telah menyatakan pergeseran sering terjadi kepada kedua-dua penganut agama ini dalam membuktikan kebenaran masing-masing. Sering kali berlaku tuduh menuduh antara mereka yang mana masing-masing mengatakan agama merekalah yang benar. Kadang-kadang ia begitu sengit hingga mencetuskan peperangan seperti perang Salib. Walaupun perang Salib diwar-warkan sebagai perang merebut jajahan tetapi ia sebenarnya adalah peperangan antara agama.
Pada zaman muta’akhir ini pertentangan secara peperangan fizikal telah hampir tidak berlaku lagi tetapi diganti dengan peperangan saraf. Dialog dan perdebatan secara intelektual telah dilakukan. Contohnya pada sekitar pertengahan tahun sembilan puluhan telah diadakan dialog antara Barat dan Islam telah diadakan di Kuala Lumpur. Demikian juga perdebatan-perdebatan ilmiah dilakukan seperti antara Syeikh Ahmad Deedat dari Afrika Selatan, Syeikh Bahudin Mudhari dari Indonesia, Syeikh al-Maududi dari India; dengan paderi-paderi seperti Jimmy Swargart, Billy Graham dan penganut Kristian yang lain. Kaedah ini adalah lebih baik kerana ia dapat memperlihatkan kebenaran secara ilmiah.
BAB 2
SATU PEMBEDAHAN TERHADAP BIBLE
Untuk menentukan kebenaran antara agama Kristian dan Islam, satu penilaian secara kritikal hendaklah diadakan. Penilaian ini hendaklah dilakukan dengan mengambil kira fakta-fakta kedua-dua agama itu sendiri disamping fakta-fakta luaran yang menepati kewajaran Fitrah Akal. Para penganut agama Kristian tentunya tidak keberatan dan berbangga jika Bible dikaji dari segala sudut bagi menyerlahkan lagi rahsianya, dan tentunya sebagai kitab yang dipercayai wahyu Tuhan ia mestilah tahan diuji.
Namun untuk tujuan ini para penganut Kristian hendaklah melihat dengan akal dan mati hati yang nurani setiap hujah yang diketengahkan. Hendaklah melihat dengan minda terbuka dan menerima jika hujah yang diberikan bertepatan dengan fitrah. Ini selaras dengan tuntutan Bible itu sendiri, “Cintailah Tuhan ALLahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu dan dengan segala kekuatanmu” (Markus 12: 30). “Berbahagialah orang yang tidak mengikut nasihat orang yang jahat, tidak mengikut contoh orang yang berdosa, atau bergaul dengan orang yang menghina ALLah, tetapi suka mentaati Taurat Tuhan dan merenungkannya siang dan malam” (Mazmur 1:1-2) Dan lagi hendaklah tidak emosional dan bersabar meneliti manuskrip ini walaupun tidak menepati citarasa dan kepercayaan, dan mencabar keegoan “Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawaban kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah itu dengan lemah lembut dan hormat. Hendaklah hati nurani kamu murni supaya apabila kamu difitnah kerana hidup dengan baik sebagai pengikut Kristus, orang yang memfitnah kamu akan menjadi malu” (1 Petrus 3: 15-16).
ADAKAH BIBLE KALAM ALLAH
Penganut agama  Kristian mempercayai Bible adalah kitab yang mengandungi Firman Tuhan. Ini adalah sesuai dengan Bible sebagai punca kepercayaan agama Kristian. Namun tidaklah adil jika ia diterima begitu sahaja tanpa penyelidikan dan penelitian normal. Kerana jika dilihat dengan akal yang jernih, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan keyakinan bahawa Bible adalah Firman Allah perlu dinilai semula. Diantara perkara-perkara tersebut adalah seperti di bawah:
Pertentangan ayat dan perbezaan fakta yang nyata di dalam Bible
Dari penelitian singkat, terdapat beberapa pertentangan ayat atau fakta di dalam Bible. Pertentangan ini adalah sangat jelas kerana ia melibatkan fakta dan peristiwa langsung.
1.“Daud menewaskan 18,000 orang Edon di Lembah Asin” (Samuel 8:3) BERRTENTANGAN DENGAN, “Abisai menewaskan 18,000 orang Edon di Lembah Asin”.
2. “Yoram anak Tou’ (2 Samuel 8:10) BERTENTANGAN DENGAN, ‘Hadoram anak Tou” (Tawarikh 18:12): Versi Indonesia.
3. “Yusuf anak Yaakub anak Matan anak Elizar anak Eliud anak Akhim anak Zadok…’(Matius 1:6) BERTENTANGAN DENGAN, “Yusuf anak Eli anak Matat anak Lewi anak Malkhi anak Yanai anak Yusuf…’(Lukas 3:23).
4. ‘Seorang Malaikat turun dari langit dan duduk atas batu dekat kubur Jesus” (Matius 28:2) BERTENTANGAN DENGAN, “…lalu mereka masuk ke dalam kubur dan nampak seorang pemuda berjubah putih dalam kubur Jesus’ (Markus 16:5) BERTENTANGAN DENGAN, “Sementara mereka termangu-mangu akan hal itu tiba-tiba dua orang berdiri dekat mereka” (Lukas 24:4) BERTENTANGAN DENGAN, “…Sambil menangis nampaklah ia dua Malaikat dalam kubur” (Yohanes 20: 11)
5.“Daud menawan 1,700 askar berkuda” (2 Samuel 8: 4) BERTENTANGAN DENGAN, “Daud membunuh 7,000 pemandu kereta kuda’ (1 Tawarikh 19: 18).
6. ‘Daud merampas banyak gangsa dari Betah dan Berotai” (2 Samuel 8: 8) BERTENTANGAN DENGAN, “Daud menjarah banyak sekali gangsa dari Tibhat dan Kun” (1 Tawarikh 18: 8)
7. “Solomo mempunyai 40,000 buah kandang untuk kuda” (1 Raja-raja 4: 26) BERTENTANGAN DENGAN, “Solomon mempunyai 4,000 buah kandang untuk kereta kuda” (2 Tawarikh 9: 25)
8. “Aminadab, anak Ram, anak Hezron” (Rut 4: 18-22) BERTENTANGAN DENGAN, “Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron” (Lukas 3: 33-34).
9. “Kemudian Huram (orang suruhan Solomo) membuat tangki bulat…tangki itu dapat menampung 40,000 liter air” (1 Raja-Raja 7: 26) BERTENTANGAN DENGAN, “…tangki itu dapat menampung air 60,000 liter” (2 Tawarikh 4:5).
10. “Pada pukul tiga petang, Jesus bersuara lantang ketika disalib” (Matius 27: 46) BERTENTANGAN DENGAN, “mereka menyalibkan Dia pada pukul 9 pagi” (Markus 15: 25) BERTENTANGAN DENGAN, “pada pukul dua belas tengahari matahari tidak bersinar lagi…”(Lukas 23: 44).
11. “Tuhan murka kepada umat Israel…Tuhan berfirman kepada Raja Daud: Adakan pembancian penduduk Israel dan Yehuda” (2 Samuel 24: 1) BERTENTANGAN DENGAN, “Iblis hendak menyusahkan orang Israel, oleh itu dia membujuk Raja Daud supaya membanci penduduk Israel” (1 Tawarikh 21: 1).
12. “Apabila Yudas si pengkhianat tahu Jesus telah dijatuhi hukuman mati, dia menyesal lalu mengembalikan tiga puluh keping wang perak kepada ketua imam Yahudi…kemudian Yudas melemparkan wang emas itu ke dalam rumah Tuhan… kemudian dia pergi menggantung diri…ketua imam memungut wang itu, mereka menggunakannya untuk membeli tanah sebagai perkuburan orang Yahudi…dinamakan Tanah Darah” (Matius 27: 3) BERTENTANGAN DENGAN, “Yudas membeli sebidang tanah dengan upah yang diterimanya kerana melakukan perbuatan jahat (mengkhianati Jesus). Di situ dia jatuh lalu mati, perutnya terbelah dan isi perutnya terburai…disitu dinamakan Tanah Darah” (Kisah Rasul-Rasul 1: 18-19).
13. “Setelah hari sabtu berlalu dan fajar mula menyinsing pada hari ahad, Maria Magdalena dan Maria yang lain pergi ke kubur Jesus” (Matius 28: 1) BERTENTANGAN DENGAN, “Setelah hari sabtu berlalu, Maria Magdalena, Salome dan Maria ibu Yakobus, pada hari ahad mereka pergi ke kubur Jesus” (Markus 16: 1-2) BERTENTNGAN DENGAN, “Pada hari minggu semasa hari masih gelap, Maria Magdalena pergi ke kubur (Yohanes 20: 1)
Untuk menganalisa perkara di atas, persoalan asas yang timbul ialah mengapakah terjadi perbezaan di atas? Adalah mustahil satu peristiwa yang berlaku dan bilangan orang dalam satu peristiwa adalah berbeza. Lebih menghairankan lagi dikatakan bahawa ayat yang berbeza itu adalah ucapan Tuhan. Mari kita analisa satu persatu perbezaan di atas.
Peristiwa peperangan Daud dengan orang Eden adalah peperangan yang satu. Tiada pertunjuk dari Bible untuk mentafsirkan ia adalah dua atau peperangan yang berbeza walaupun ia disebut dibeberapa tempat dalam Bible. Jadi yang menewaskan orang Edon samada Daud atau Abisai, mustahil kedua-duanya melainkan mereka merupakan rakan sepasukan. Jika kedua-duanya didakwa dalam satu pasukan maka hendaklah ditunjukkan bukti dari Bible. Demikian juga jika ia adalah dua peperangan berbeza maka hendaklah juga dibuktikan tarikh peperangan yang berlainan itu.
Demikian juga perbezaan anak Tou, siapakah sebenarnya Yoram atau Hadoram? Adakah mereka orang yang sama atau berbeza? Jika berbeza siapakah anak Tou yang sebenarnya? Dan jika orang yang sama adakah ia mempunyai dua nama? Jawabannya hendaklah dengan bukti Bible sendiri samada dari segi tafsiran bahasa mahupun fakta.
Demikian juga dengan salasilah Jesus yang begitu berbeza antara tulisan Matius dan Lukas. Adakah salasilah itu semuanya mempunyai dua nama? Namun tiada pertunjuk dari Bible menyatakan demikian dan juga tidak pernah berlaku di dalam kejadian manusia begitu ramai orang mempunyai dua nama.
Demikian juga peristiwa kebangkitan Jesus adalah satu peristiwa. Seorang rakan penganut Kristian Seven-day mengatakan ia berlaku dalam masa yang berlainan. Namun tiada pertunjuk dari Bible mengatakan demikian. Dan adalah mustahil Jesus bangkit dalam dua masa yang berlainan secara serentak, seperti juga mustahil seseorang lahir dalam dua masa berasingan. Terdapat seorang lagi rakan panganut Kristian Anglican apabila ditanya perbezaan hal kebangkitan Jesus ia termangu-mangu dan mencari-cari jawaban dimana jelas sekali jawapannya adalah andaian semata-mata.
Demikian juga dengan perbezaan kandang kuda Solomon yang manakah yang benar dan tiada pertunjuk menyatakan perbezaan jumlah itu kerana perbezaan masa, atau adakah Tuhan tidak dapat membezakan antara angka 4,000 dan 40,000? Jika dikatakan satu kereta kuda ditarik oleh 6 ekor kuda, maka jumlah kandang baru mencapai 24,000 kandang. Jika 40,000 kandang kuda bermakna satu kereta kuda perlu ditarik oleh sepuluh ekor kuda.
Demikian juga perbezaan tempat Daud merampas gangsa tiada pertunjuk menyatakan ia adalah negeri  dan masa yang berbeza. Demikian juga isipadu tangki yang dibena oleh Daud adalah berbeza dan tiada pertunjuk mengatakan ia dua tangki yang berlainan.
Dan lebih menjolok mata lagi ialah dalam Rut menyatakan salasilah Aminadab hingga keHezron adalah melalui Ram, tetapi Lukas menyatakan salasilah Aminadab hingga keHezron adalah melalui Admin dan Arni. Perbezaannya ialah dua keturunan. Yang manakah kenyataan yang benar?.
Dan lagi yang manakah yang benar muatan tangki air yang dibena oleh Huran, adakah 40,000 liter air atu 60,000 liter?
Dan lagi pukul berapakah sebenarnya Jesus disalib, pukul 3 petang atau pukul 9 pagi ataupun pukul 12 tenghari?
Dalam Samuel ALLah dijadikan pemerintah sedangkan Tawarikh Iblis dijadikan pemerintah, yang manakah benar?
Dan lagi, Matius mengatakan Yudas melemparkan wang, imam Yahudi menggunakannya untuk membeli tanah kubur orang Yahudi dan Yudas mati menggantung diri. Tetapi Petrus pula mengatakan Yudas menggunakan wang itu untuk membeli tanah kubur dan dia mati di telan bumi di situ dengan perutnya terbelah dan isi perutnya terburai. Juga persoalan yang manakah benar.
Akhir sekali ialah perbezaan jumlah orang yang pergi ke kubur Jesus yang dikatakan oleh Matius, Markus dan Yohanes, yang manakah yang benar?
Di atas hanyalah sebahagian daripada perbezaan-perbezaan yang dikesan secara nyata dari Bible. Ini belumlah lagi termasuk perkara-perkara simbolik. Perbezaan-perbezaan ini hendaklah di ambil kira secara serius untuk menentukan kesahihan Bible sebagai Firman Tuhan.
Apakah yang dapat dinilai oleh akal yang waras
Manusia yang mempunyai akal yang sihat tidak akan dapat menerima dua kenyataan yang berbeza yang berlaku dalam satu masa, kedua-duanya benar. Tidak dapat tiada salah satu darinya mesti salah. Ini adalah hukum Fitrah Akal yang dicipta oleh Tuhan. Kesalahan adalah sifat manusia. Tidak diterima akal kesalahan adalah sifat Tuhan walau apa jalan sekalipun. Orang yang mengatakan Tuhan berbuat silap adalah orang yang tertipu dalam beragama. Maka adalah mustahil Tuhan menurunkan wahyunya dalam keadaan silap, seperti mustahil Tuhan mengatakan kepada Matius, Markus, Lukas dan Yohanes empat versi berbeza pada satu-satu perkara. Seperti juga mustahil Aminadab adalah cucu Hezron, dan dalam masa yang sama ia juga cicit Hezron. Dia menjadikan peristiwa yang satu tetapi menyampaikan empat versi yang berbeza kepada empat orang yang berlainan. Demikian juga dengan hal-hal yang lain. Mengapakah jadi demikian? Adakah Tuhan terlupa? Mustahil samasekali Tuhan lupa kerana lupa adalah sifat kekurangan dan kemanusiaan. Mengatakan Tuhan melakukan kesalahan adalah satu perbuatan yang sangat menghinakan.
Mata hati dan akal yang terang dapat mengambil iktibar dari kehidupan seharian. Banyak perkara mustahil yang tidak boleh diterima berlaku. Walaupun ia berlaku kepada Nabi-nabi tetapi ia disebut mukjizat dan ia adalah bidang kajian yang tersendiri. Sebagai contoh, kita mempunyai seorang adik yang dilahirkan di hospital. Orang yang berada didalam bilik bersalin adalah ayah, ibu dan kakak kita atas kebenaran doktor. Bila mereka pulang kerumah ayah berkata kepada kita bahawa yang menyambut kelahiran adik kita adalah dua orang nurse dengan diawasi seorang doktor perempuan. Tetapi ibu kita pula berkata yang menyambut adik kita adalah seorang nurse dengan diawasi dua orang doktor lelaki. Dan kakak kita pula berkata kelahiran adik kita disambut oleh seorang bidan kampung dengan diawasi seorang Penghulu. Maka apakah tanggapan yang terpahat pada fikiran kita ketika itu? Siapakah yang kita akan percayai antara ketiga-tiganya? Tidak dapat tiada dengan akal yang normal kita akan mengatakan hanya satu sahaja kenyataan itu yang benar dan yang lain adalah salah dan pelapornya adalah pendusta. Maka atas jalan ini dan atas Fitrah Akal yang benar beranikah kita mengatakan hanya Matius (atau salah seorang dari Markus, Lukas dan Yohanes) sahaja yang benar didalam kenyataan tentang kebangkitan Jesus dan yang lain adalah salah? Ketahuilah sesungguhnya keberanian menerima kebenaran yang disertakan hujah yang kukuh adalah satu kemuliaan yang tinggi buat manusia.
Keimanan hati terhadap kitab suci adalah bergantung kepada kepercayaan oleh akal terhadapnya. Hati akan menolak sesuatu yang ditolak oleh akal. Kenyataan yang mengatakan bahawa keimanan akan menimbulkan kefahaman walaupun tanpa melalui penelitian, adalah slogan yang tidak menepati kejadian kemuliaan akal. Demikian juga menghukumkan sesebuah kitab itu adalah benar dengan alasan ia wahyu Tuhan walaupun terdapat kesalahan yang menjolok mata adalah kesilapan yang sangat besar. Maka mempercayai dua adalah empat, anak adalah bapa dan lain-lain yang seumpamanya dengan alasan ia wahyu Tuhan adalah menipu diri sendiri..Atas dasar ini, perkataan yang paling sesuai untuk ialah, ayat-ayat yang bertentangan di atas adalah dicipta oleh penulis-penulis Bible itu sendiri kerana  pertentangan ayat itu mustahil dilakukan oleh Tuhan.
Adakah satu pendustaan ?
Apabila sesebuah kitab itu dikatakan dari firman Tuhan, ia mestilah benar dari segala sudut. Selain mesti bebas dari pertentangan ayat dan diluar kewajaran akal, ia mestilah juga benar dari segi kenyataan. Apabila sesuatu ayat mengatakan terdapat sesuatu maklumat di sesuatu surah, maka mestilah maklumat tersebut ada di surah yang dimaksudkan. Adalah mustahil Tuhan berfirman menyatakan sesuatu maklumat tetapi maklumat yang dinyatakan tidak ada. Namun inilah yang terjadi pada Bible.
Terdapat dua ayat yang disebut di dalam Bible yang mengatakan ia tertulis dalam sesuatu surah, tetapi gagal dijumpai dalam surah yang dinyatakan itu. Ayat pertama, “Petrus berkata lagi: Hal itu berlaku, kerana di dalam kitab Mazmur tertulis: Biarlah rumahnya menjadi kosong, janganlah tempat itu didiami orang. Ada tertulis juga: Hendaklah orang lain mengambil alih tugasnya” (Kesah Rasul-Rasul 1: 20). Ayat yang kedua pula ialah, “Dalam al-Kitab ada tertulis ALLah berfirman: Kebijaksanaan orang bijak akan Aku musnahkan dan pengertian orang berilmu akan Aku lenyapkan” (1 Korintus 1: 19).
Ayat di atas sangat jelas bukan simbolik. Jika simbolik sekalipun pasti sarjana-sarjana Kristian akan menjumpainya. Ternyata dua kenyataan tersebut tidak terdapat di dalam surah yang dimaksudkan. Apakah tanggapan kita para pembaca sekelian? Adakah ayat di atas adalah perkataan rekaan yang dinisbahkan sebagai wahyu Tuhan oleh Petrus dan Paulus? Atau adakah Mazmur dan al-Kitab yang disebutkan itu bukan Mazmur dan Bible yang ada sekarang ini? Yang pasti tidak akan ada penganut Keristian yang berani mengatakan Mazmur dan al-Kitab yang disebutkan itu adalah bukan Bible sekarang ini. Namun peluang adalah diberikan kepada rakan Kristian untuk membuktikan dua kenyataan itu ada di dalam Bible.
Tiga tingkatan ayat di dalam Bible
Jika diteliti dengan cermat, segala kesaksian dalam Bible terbahagi kepada tiga tingkatan. Tingkatan pertama ialah ayat-ayat yang menunjukkan ia Firman Tuhan, kedua ayat-ayat yang menunjukkan perkataan Rasul dan ketiga ayat-ayat yang menunjukkan perkataan pehak ketiga.
Contoh ayat tingkatan pertama ialah, “Aku akan mengutus seorang Nabi kepada mereka, Nabi seperti engkau, daripada bangsa mereka sendiri…” (Ulangan 18: 18) dan “Aku telah menghapus dosa kamu seperti awan dibawa angin. Kembalilah kepada Ku kerana Akulah yang menyelamatkan kamu” (Yesaya 44: 22). Ayat pada tingkatan ini jelas adalah dikategorikan sebagai Firman Tuhan.
Contoh ayat tingkatan kedua ialah, “Jesus menjawab: Inilah hukum yang paling utama, dengarlah hai bangsa Israel, Tuhan ALLah kita Dialah Tuhan yang Esa…” (Markus 12: 29). Tingkatan adalah sabda seorang suruhan Tuhan yakni satu individu yang lain dari Tuhan.
Contoh ayat tingkatan ketiga ialah, “Dari jauh Jesus nampak sebatang pokok ara yang lebat daunnya. Ia mendekati pokok itu untuk melihat samada pokok itu berbuah…” (Markus 11: 12). Tingkatan ini menunjukkan perkataan seorang periwayat yang lain dari tingkatan pertama dan kedua yang tidak dapat dipastikan.
Ketiga-tiga tingkatan ayat tersebut jelas adalah berbeza dan dari sumber yang berbeza. Namun ketiga-tiga tingkatan ini disamaratakan  di dalam Bible dimana tidak ada pengasingan antara Firman Tuhan, Jesus, Rasul-Rasul dan perkataan pehak ketiga yang tidak dapat dipastikan penuturnya. Maka di dalam Bible terdapat ayat yang bercampur aduk antara Firman Tuhan dan juga perkataan manusia. Bahkan kesah-kesah yang berbau lucah (akan disebutkan di dalam pasal: Batu pengujian Bible: 2 Timotius 3: 16-17) pun terdapat di dalam Bible. Dalam keadaan ini pembaca Bible terpaksa membuat saringan terlebih dahulu menyebabkan mereka kelihatan agak malang. Dengan keadaan ini dapatkah Bible dipercayai sebagai firman Tuhan seratus peratus?
Apa pendapat sarjana Kristian sendiri tentang Bible
Untuk mengelakkan kita dikatakan sengaja mencari kesalahan Bible tanpa menelitinya melalui pandangan para ilmuan Kristian, sekarang mari kita lihat apa yang diperkatakan oleh sarjana dan penganut Kristian sendiri mengenai Bible:
Dr. W. Graham Scroggie dari Institut al-Kitab Moody iaitu salah satu misi peyebaran Bible dunia berkata dalam bukunya yang bertajuk Apakah Bible Firman ALLah di halaman 17, “Bible adalah karangan manusia. Walaupun demikian ada orang yang bertaklid buta tanpa pedoman ilmu telah menyangkal kenyataan ini. Kitab-kitab itu melalui fikiran manusia, ditulis dalam bahasa manusia. Diabadikan dengan tangan-tangan manusia dan memiliki gaya karektor manusia”. Dia melanjutkan lagi pada halaman 29, “Dan kita hendaklah bersikap adil apabila kita membicarakan apakah Bible Kalam ALLah, sambil kita mesti mendengar apa yang Bible hendak katakan tentang dirinya sendiri. Dalam mahkamah, kita mengandaikan setiap saksi berkata benar dan setiap apa yang disampaikannya harus diterima kecuali dia dibuktikan pula seorang pendusta ataupun seorang yang harus dicurigai. Sesungguhnya al-Kitab harus diberi kesempatan untuk didengar dan dengan sabar menerima pembicaraannya”. Dr. Scroggie berkata lagi dengan memetik pendapat Dr. Yoseph Parker, berkata “Kitab apakah Injil itu dengan kandungannya yang beraneka ragam?…keseluruhan halamannya membicarakan nama-nama yang kabur dan lebih banyak membicarakan tentang salasilah dari hari Qiamat. Kisah-kisahnya diceritakan sseparuh jalan dimana malam akan tiba sebelum kita tahu dimana letaknya kemenangan (cerita-cerita yang dikesahkan tergantung tanpa menunjukkan maksud secara jelas).
Ny. Ellen G. White dari gereja Seven-day dalam bukunya bertajuk Komentar al-Kitab jilid 1 halaman 14 berkata, “Al-Kitab hari yang kita baca hari ini adalah karya tangan penyalin-penyalin yang mula-mula telah melaksanakan pekerjaan mereka dengan sangat teliti. Tetapi para penyalin itu tidak mungkin tidak salah, dan nyata sekali Tuhan tidak layak memelihara mereka dari kesalahan selama penyalinan”.
Perkataan-perkataan di atas bukanlah keluar dari mulut seorang Hindu ataupun Muslim tetapi keluar dari pendita Kristian. Kedua-duanya mengatakan Bible adalah karya tangan-tangan manusia. Namun yang utama pada penulis ialah membuktikan adakah Bible firman ALLah atau sebaliknya. Maka untuk bersikap adil, maka penulis memetik sebanyak mungkin ayat-ayat Bible sendiri bagi membuktikan sesuatu hujah, sesuai dengan saranan Dr. Scroggie “…Kita mesti mendengar apa yang Bible katakan tentang dirinya dan harus diberi kesempatan untuk didengar…” sesuai dengan perbicaraan mahkamah dimana seseorang akan didapati bersalah apabila dibuktikan bahawa ia bersalah.
Batu pengujian  Bible – 2 Timotius 3: 16-17
Sebagai sebuah kitab suci yang dianggap dari Tuhan, Bible telah menyebutkan ia adalah pertunjuk terbaik kepada manusia didalam menuju kebahagiaan abadi. Ini telah dinyatakan dengan ayat berikut, “Semua yang tertulis dalam al-Kitab diilhami ALLah memang berguna untuk mengajar apa yang benar, menegur dan membetulkan apa yang salah, dan untuk mengajar orang, supaya  hidup menurut kehendak ALLah (Terdapat pebezaan kalimah dalam versi Indonesia). Dengan al-Kitab, orang yang mengabdikan diri kepada ALLah dapat dilengkapi dengan sempurna untuk melakukan segala pekerjaan yang baik” (2 Timotius 3: 16-17). Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa Bible adalah kitab untuk menuntun moral manusia kearah kebaikan. Dengan maksud yang lebih jelas ialah oleh kerana Bible adalah Firman ALLah, maka setiap ayatnya tanpa terkecuali adalah  memberi pertunjuk dan mengajak kearah moral yang baik. Dengan demikian semua manusia adalah mempunyai sikap, sifat dan kelakuan yang baik. Maka kesimpulannya  Bible keseluruhannya mempunyai empat prisip iaitu pertama pengajaran, kedua teguran yakni menyatakan apa yang salah dan apa yang benar, ketiga memperbetulkan apa yang salah, dan keempat mengajar dan melatih manusia bagaimana untuk menjalani kehidupan yang dikehendaki ALLah. Penulis secara jujur berpendapat, struktur ayat ini menunjukkan ia bukti yang jelas tentang tujuan Bible diturunkan ke atas muka bumi, dan hakikat ini tidak dapat disangkal lagi. Setujukah anda? Para penganut Keristian pasti tanpa akan menyetujuinya dan tidak akan ada yang berani menyangkalnya.
Seorang rakan Kristian Seven-day apabila diajukan huraian seperti di atas, dengan segera mengakuinya tanpa bertangguh-tangguh. Sikap beliau tidaklah menghairankan kerana sebagai penganut Kristian, adalah wajib baginya mempercayai bahawa seluruh kandungan Bible dari Perjanjian Lama hingga ke Perjanjian Baru adalah Firman Tuhan. Kewajiban ini ini mesti dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun. Namun sekilas pandang beliau dilihat sangat tergesa-gesa mengiakan huraian yang penulis ajukan. Penulis telah bertanya kepada rakan Kristian Seven-day tersebut, adakah prinsip kelima selain dari empat prinsip tersebut. Ternyata ia gagal menjawabnya.
Untuk lebih memudahkan kefahaman, mari kita meninjau  ayat-ayat Bible yang dilihat cukup sesuai untuk membuktikan Bible menepati empat prinsip di atas atau ia perlu dikategorikan kepada prinsip kelima, dengan contoh berikut:
1. Kejadian 38: 7-26
“Yehuda (ayah bangsa Yahudi, yang darinya berasal perkataan Judea atau Judaism) mempunyai tiga anak lelaki iaitu Er, Onan dan Syela. Er anak pertama menikah dengan seorang wanita bernama Tamar. Namun Er adalah jahat pada pandangan Tuhan lalu Tuhan membunuhnya” (Kejadian 38: 7).
‘Kemudian berkata Yahuda kepada Onan anak kedua: hampirilah isteri abangmu (bersetubuhlah dengannya) dan bangkitkanlah keturunan abangmu. Tetapi Onan tahu bukan ia mempunyai keturunan itu nanti yakni anak tersebut tidak membawa namanya. Lalu apabila bersetubuh dengan bekas kakak iparnya, ia membuang maninya di luar kemaluan bekas kakak iparnya. Oleh kerana perbuatannya ini jahat dimata Tuhan, maka Tuhan membunuhnya” (Kejadian 3: 8-10).
“Yehuda memulangkan menantunya Tamar kerumah orang tuanya sementara menanti Syela dewasa bagi menunaikan tugas memberi kakak iparnya seorang bayi. Namun Yehuda berkata, jangan-jangan ia akan mati seperti abangnya (Yehuda percaya kepada tahyul dan dia takut Syela juga akan mati seperti kedua-dua abangnya)” (Kejadian 38: 11).
“Tamar mendapat tahu mertuanya  akan pergi ke Tinna untuk mencukur bulu kambing. Ia merancang untuk mencegah mertuanya (ia hendak membalas dendam kerana kelalaian mertuanya menjalankan tugas memberinya bayi). Ia duduk di tepi jalan dan mengetahui mertuanya pasti akan menegurnya. Apabila Yehuda melihat Tamar ia menyangka Tamar seorang pelacur kerana menutup mukanya, lalu berkata kepada Tamar: marilah aku mahu menghampiri (bersetubuh dengan) engkau. Jawab Tamar: asal sahaja engkau (Yehuda) memberikan tanggungan dan jaminan  kepadaku. Kemudian Yehuda mengaku akan memberikan tanggungan seekor anak kambing selepas bersetubuh dengan Tamar; dan memberikan cincin, gelang dan tongkat sebagai cagaran pengiriman tanggungan itu. Kemudian Yehuda pun bersetubuh dengan Tamar bekas menantunya itu”. (Kejadian 38: 18).
“Setelah tiga bulan, kehamilan Tamar mula kelihatan. Yehuda amat marah kerana menyangka Tamar melacurkan diri. Dia berkata: bawa perempuan itu keluar dan bakar dia. Namun Tamar mengirimkan cincin, gelang dan tongkat kepada Yehuda agar ia mencarikan tuan punya barang-barang itu yang telah menghamilkannya (Tamar dengan cerdik telah memerangkap Yehuda), ia berkata: bersama lelaki yang mempunyai barang-barang ini. Yehuda mengenali barang-barangnya dan berkata: bukan aku, tetapi perempuan itulah yang benar kerana memang aku tidak memberikan dia kepada Syela anakku yang masih hidup. Kemudian Yehuda tidak bersetubuh lagi dengan perempuan itu” (Kejadian 38 26).
Direngkaskan cerita, kemudian Tamar melahirkan dua anak kembar yang dinamakan Peres dan Zerah. Kemudian Perez diabadikan sebagai salah seorang dari salasilah Jesus iaitu: Jesus anak Daud anak…. anak Peres anak Yehuda….  (Lukas 3: 23-33).
2. Kejadian 19: 30-36
Direngkaskan seperti berikut: Setelah memabukkan Lot, pada malam pertama si kakak tidur dengan ayahnya. Dan pada malam esoknya si adiknya pula tidur dengan ayahnya dalam keadaan ayahnya Lot tidak sedar kerana mabuk, dengan tujuan mendapatkan benih dari ayahnya. Maka mengandunglah keduanya dari benih ayahnya itu”
3. Kejadian 35: 22
Direngkaskan seperti berikut: Ruben anak lelaki tertua Ya’kub menyetubuhi isteri ayahnya ketika ia tiada di rumah. Hal ini diketahui Ya’kub tetapi ia tidak memarahi anaknya itu bahkan Tuhan tidak menyatakan walau satu celaanpun.
4. Samuel 13: 5-14
Direngkaskan: Amnon seorang putera Nabi Daud (seorang anak yang mulia dari Nabi yang mulia) dengan tipu muslihat memperkosa saudara perempuannya Tamar. Tuhan tidak menghukumnya (sebagaimana membunuh Er dan Onan) bahkan tidak menegurnya.
5. 2 Samuel 16: 21-23
Direngkaskan: Absalom membentangkan sebuah khemah di atas Sotoh dan membaringkan sepuluh gundik ayahnya dan memperkosa mereka satu persatu di hadapan seluruh Bani Israel.
6. Yehezkiel 16: 23-24
Direngkaskan: dua pelacur Yahudi yang tidak pernah puas (maka mereka membayar pelanggan berbanding pelacur lain yang dibayar pelanggan). “Dia membentangkan kakinya untuk setiap orang yang lewat”
7. Yehezkiel 23: 1-35
Direngkaskan: dua beradik yang tinggal di Mesir, kakaknya bernama Ohola dan adiknya bernama Oholiba. Mereka menjadi pelacur. mereka melayani semua gulungan dan bangsa. Segala perlakuan pelacuran mereka digambarkan dengan terperinci: …… mereka menelanjangi dia….. sebaik sahaja Oholiba melihat gambar itu berahinya memuncak…. Merekapun datang melakukan hubungan jenis dengannya…. Dia penuh berahi kepada lelaki yang bernafsu kuat seperti keldai dan kuda jantan…
8. Kidung Agung 1: 12-13
Rajaku berbaring diperbaringan, kekasihku seperti mur yang harum berbaring di atas buah dadaku… .
9. Kidung Agung 3: 1-4
Direngakaskan: Malam-malam aku mencari kekasihku… aku menemui kekasihku, aku memeluknya dan tidak mahu ku lepaskan… sampai aku membawanya kerumah ibuku, ke bilik ibu yang melahirkan aku… .
10. Kidung Agung 5:3
Pakaianku telah ku tanggalkan, mengapa aku harus memakainya lagi. Kainpun telah aku cuci, mengapa aku harus mengotorkannya lagi (maksudnya minta bersetubuh?)?
10. Kidung Agung 7: 1-9
Direngkaskan: Alangkah cantiknya engkau hai gadis… lengkung pehamu seperti perhiasan karya tangan seniman… buah dadamu seperti dua anak rusa… buah dadamu seperti gugusan anggur…
11. Kidung Agung 8: 1-4
Direngkaskan: …engkau disusui ibuku sendiri…supaya aku boleh mencium engkau… aku membawa engkau ker rumah supaya engkau boleh mengajar aku bercinta…”
12. Amsal 31: 6-7
Arak minuman orang yang hampir mati dan yang sengsara. Biarlah mereka meminumnya untuk melupakan kemiskinan dan sengsara
13. Yohanes 2: 7-10
Direngkaskan: Jesus berkata: isikanlah tempayan itu dengan air. Mereka mengisinya hingga penuh. Kemudian Jesus berkata: sekarang ambillah air itu dn hidangkan kepada ketua majlis. Ketua majlis mengecap air yang sudah menjadi wain itu. Ketua majlis berkata kepada pengantin: Biasanya orang menghidangkan wain yang terbaik dahulu kemudian barulah wain biasa.
14. 1 Timotius 5: 23
Janganlah minum air sahaja, tetapi minumlah sedikit wain untuk menolong pencernaanmu, kerana engkau sering sakit.
Apabila diteliti semua ayat-ayat di atas, persoalan yang ingin ditimbulkan ialah pada prinsip 2 Timotius 3: 16-17 manakah untuk ayat-ayat di atas? Untuk tujuan itu marilah kita teliti semula ayat-ayat tersebut satu demi satu.
Apakah pengajaran dari pembunuhan Tuhan keatas Er dan Onan? Apabila kita jahat dimata Tuhan, Ia akan membunuh kita. Jadi atas prinsip manakah keadaan ini ditempatkan? Adakah mengajar, menegur, membetulkan kesalahan atau mendidik kehidupan? Yang pasti bukti kasih saying Tuhan ialah pembunuhan bukan teguran. Kemudian diceritakan pula Yehuda bersetubuh dengan menantunya tamar hingga melahirkan dua orang anak, yang mana seorang darinya tersenarai dalam salasilah Jesus. Sekali lagi ditanyakan pada prinsip manakah kesah ini ditempatkan? Adakah kesah ini menempati prinsip mengajar dan mendidik menurut kehendak ALLah? Nampaknya tidak. Jadi dimanakah kebenaran 2 Timotius 3: 16-17 yang mengatakan keseluruhan Bible adalah menuntun moral manusia?
Kemudian apakah pula pengajaran kesah anak-anak Lot bersetubuh dengan ayahnya itu? Adakah ia menempati prinsip mengajar? Jawabannya juga nampaknya tidak. Adakah menempati prinsip mendidik menurut kehendak ALLah? Nampaknya jawabannya juga tidak. Soalannya jika 2 Timotius 3: 16-17 menyatakan Bible seluruhnya adalah menempati empat prinsip itu, mengapakah jawabannya tidak?
Demikian juga persoalan yang serupa dihadapkan kepada ayat Samuel, Yehezkiel, Kidung Agung dan yang seumpamanya. Logiknya jika para penganut Keristian mempercayai Bible keseluruhannya adalah wahyu ALLah, ia mestilah menempati empat prinsip 2 Timotius 3: 16-17 itu, sesuai pula dengan kepercayaan bahawa 2 Timotius 3; 16-17 adalah perkataan Paulus dengan bimbingan Tuhan. Jika keadaan ini tidak berlaku, kesimpulan yang boleh dibuat ialah 2 Timotius 3: 16-17 adalah perkataan palsu Paulus. Jika 2 Timotius 3: 16-17 benar-benar Firman Tuhan melalui Paulus maka ayat-ayat diatas dan yang senada dengannya harus disingkirkan dari kandungan Bible supaya Bible keseluruhannya benar-benar mengajar, menegur, membetulkan apa yang salah dan mengajar orang mengikut kehendak ALLah. Ataupun jika penganut Keristian tetap mempercayai kebenaran 2 Timotius 3: 16-17, maka kesah-kesah diatas mestilah diikuti sebagai panduan hidup. Ia hendaklah diajar diperingkat Tadika, seterusnya diperingkat sekolah rendah, menengah dan seterusnya di universiti yakni dijadikan sebagai teras mata pelajaran agama Kristian. Ini adalah logika yang paling mudah untuk difahami.
Di dalam Bible terdapat larangan melakukan zina, “… jangan berzina” (Keluaran 20: 14). Jika dibaca dengan teliti perbuatan zina Yehuda dengan menantunya, dan perzinaan Lot dengan anak-anaknya, tidak terdapat satupun celaan dari Tuhan. bahkan kaum Amon dan Moab telah mendapat perlindungan dan kemuliaan Tuhan, “Tuhan telah berfirman kepada kita (Musa): pada hari ini kamu akan melalui wilayah Moab, melintasi kota Ar. Kemudian kamu akan dekat dengan negeri orang Amon keturunan Lot. Jangan ganggu atau serang mereka, kerana Aku tidak akan memberikan kamu sedikitpun dari bahagian tanah (atau apa sahaja harta mereka) yang telah Aku berikan kepada mereka.(Ulangan 2: 18-19) Demikian juga Ruben tidur dengan isteri ayahnya, Amon memperkosa saudaranya, Absalom memperkosa 10 gundik ayahnya, semuanya tidak mendapat hukuman mahupun celaan dari Tuhan. Apakah perkataan yang sesuai untuk perbuatan tersebut? Setiap perbuatan yang haram pasti akan mendapat celaan dan hukuman Tuhan (Er dan Onan dibunuh Tuhan kerana jahat dimataNya). Dengan berdasarkan ayat berikut “Yesus… menurut pendapat orang dia anak Yusuf anak Eli anak Matat… anak Perez anak Yehuda” (Lukas 3: 23-33), sesuaikah Tuhan dinisbahkan turun ke dunia melalui seorang manusia yang lahir dari perbuatan zina?
Demikian juga dengan Amsal 31: 6-7, Yohanes 2: 7-10 dan 1 Timotius 5: 23 yang menceritakan arak, apakah pengajarannya? Adakah mengambil arak sedikit untuk tujuan kesihatan adalah memberi menafaat? Jika diukur dengan kayu pengukur 2 timotius 3: 16-17, ia jelas bertujuan  mengajar apabila ada keramaian dan majlis hendaklah dihidangkan arak, minum arak untuk menghilangkan resah gelisah dan memulihkan kesihatan tubuh. Tetapi yang nyata penyakit ketagihan arak sudah menjadi barah di negara-negara Barat terutamanya. Tetapi rakan Seven-day berkata arak yang yang disebut itu bukanlah arak yang memabukkan tetapi anggur yang baik. Penulis mengatakan ia telah silap memahamkan kalimah arak dan anggur kerana arak, anggur dan wain adalah satu perkataan yang sinonim yang tiada pertunjuk Bible yang membezakannya. Bahkan arak yang dibuat dizaman ini walaupun harganya mencecah ribuan ringgit, ia tetap dibuat dengan campuran bahan kimia yang memudharatkan dalam jangka panjang. Bahkan tidak terdapat seorangpun doktor di dunia samada Islam atau Kristian mengatakan wain itu menyihatkan kesihatan. Maka dimanakah kebenaran kata-kata Paulus bahawa wain mencernakan sistem tubuh?
Penganut Kristian selalu berkata, tidak boleh memetik satu atau dua ayat sahaja untuk mentafsir Bible. Bible hendaklah dilihat secara keseluruhan. Disini kita mengingatkan mereka lagi bahawa apabila berlaku pertentangan ayat, tidak dapat tiada satu dari ayatnya perlu ditinggalkan kerana mustahil kedua-duanya benar. Contohnya terdapat dua perkhabaran jumlah anak, perkhabaran A ada 2 anak dan B ada 4 anak. Maka yang benar mestilah samada 2 atau 4. Tidak berlaku jawabannya 2 dan 4. Dan tidak mungkin samasekali perzinaan yang haram dapat dihalalkan dengan mentakwilkan dengan ayat yang lain, atau mengatakan perzinaan Tamar dan Yahuda adalah halal dengan alasan ia adalah wasilah kelahiran Jesus yang mulia. Fahamkah anda?
Kita selalu menceritakan kepada kanak-kanak berbagai dongeng seperti serigala dan anggur, anjing dan bayang-bayang. Ia bukan sekadar hiburan tetapi mengandungi nilai moral yang tinggi. Janganlah kerana kita tidak mampu mendapatkan sesuatu maka kita kata ia tidak baik seperti serigala yang gagal mencapai segugus anggur maka dikatanya anggur itu masam. Dan janganlah kita bersikap tamak haloba seperti anjing ketika melihat bayangan di dalam air, melepaskan tulang di mulutnya untuk merebut bayangan tulang pada anjing di dalam air. Itu hanya dongengan. Tetapi bagaimana pula kesah-kesah di atas yang dikatakan Firman Tuhan, apakah nilai moral yang boleh didapati darinya?
Tidaklah menghairankan jika masalah moral yang begitu teruk telah melanda masyarakat Barat. Perhubungan jenis sesama lelaki (Gay) dan wanita (Lesbian) adalah sangat berleluasa. Demikian juga pergaulan bebas dan hidup serumah tanpa nikah. Bahkan yang paling mengejutkan ialah perhubungan sumbang antara ayah dan anak perempuan telah mencapai angka yang tinggi di Amerika syarikat. Hal ini telah ditangisi oleh paderi terkemuka Jimmy Swaggart dalam bukunya Incest. Incest bermaksud perzinaan antara dua ahli keluarga yang sangat rapat. Paling mengejutkan ialah pasangan Gay dan Lesbian ini diresmikan secara sah melalui upacara pernikahan di gereja Methodith yang mana disiarkan secara langsung di media elektronik. Adakah ini pengaruh dari kesah-kesah di atas, yang disahkan sebagai Firman Tuhan melalui Paulus dalam Timotius 3: 16-17? Jika kita menceritakan kepada kanak-kanak A bahawa kita apabila bertemu harimau, kita akan membunuhnya; maka kanak-kanak itu tidak akan rasa takut bila disebut harimau. Tetapi jika kita menceritakan kepada kanak-kanak B kita akan lari bila bertemu harimau, nescaya sikap kanak-kanak itu adalah sebaliknya. Fizikal kita adalah menurut apa yang kita makan, moral dan mental kita adalah menurut apa yang anda baca dan percayai.
Di Afrika Selatan, 300,000 dari empat juta penduduk kulit putihnya adalah pencandu alkohol. Pencandu alkohol kulit hitam adalah lebih banyak dari penduduk kulit berwarna yang lain. Paderi tersohor, Jimmy Swarggart dalam bukunya Alcohol, mendedahkan di Amerika mempunyai 11 juta penagih dan 44 juta penagih tegar. Jadi apakah pengajaran dari ayat Amsal, Yohanes dan 1 Timotius yang telah disebutkan?
George Bernard Shaw seorang pemikir besar Inggeris, setelah meneliti Bible mengatakan “Bible adalah kitab yang paling merbahaya di muka bumi. Jagalah kitab tersebut dalam almari berkunci. Letakkan ia ditempat tinggi yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak dan laranglah anak-anak anda dari membacanya”. Dalam majalah The Plain Truth, sebuah terbitan “World Churh of Tomorrow” dalam satu artikalnya mengatakan “Banyak badan-badan penapis akan memberikan rating X kepada Bible”. Oleh yang demikian, apakah kita masih enggan menilai kembali kepercayaan bahawa Bible adalah kitab yang suci yang diturunkan oleh Tuhan?
Satu penghinaan Matius dan Lukas ke atas Tuhan mereka sendiri
Penganut Kristian pasti tersinggung jika dikatakan Bible mereka adalah ciptaan manusia atau setidak-tidaknya telah dicampuri oleh goresan pena tangan-tangan manusia. Mereka akan mengatakan bahawa tidak mungkin di dalam Bible terdapat kesalahan, dan tidak mungkin kisah-kisah di dalamnya palsu kerana Rasul-Rasul yang menulis Bible adalah melalui ilham dari Roh ALLah (Berkenaan Roh ALLah, lihat bab 3: iktiqad asas Kristian: Triniti). Mereka menjerit-jerit mengatakan Bible benar! benar! dan benar!.
Penganut Kristian terlebih tersinggung lagi jika orang bukan Kristian melemparkan tuduhan atau menghina Jesus dengan perkataan atau sangkaan yang keji. Pada mereka Jesus adalah begitu suci yang mana tiada makhluk di dalam dunia sesuciNya. Tetapi apakah yang akan diperkatakan oleh penganut Kristian jika sendiri Bible tidak segan-segan menceritakan kisah-kisah yang berbau lucah. Nabi-nabi digambarkan tidak bermoral dan suka berzina, dan perlakuan seks digambarkan dengan cukup terperinci (Lihat Kidung Agung). Namun penulis tidaklah hairan dengan sikap ini. Untuk menggambarkan Jesus seorang yang paling suci yang tiada lain sesucinya, Nabi-nabi selain Jesus perlulah diperlihatkan dengan gambaran yang lebih rendah dariNya. Seorang rakan pengkhutbah gerjeja Anglican pernah berkata “Sesungguhnya Lot bukanlah satu peribadi yang baik…”, bahkan dikatakan Lot bukanlah seorang Nabi.
Namun penganut Kristian yang begitu bersemangat untuk memartabatkan Jesus setinggi langit, terpaksa pula membaca salasilah Jesus dengan mata terpejam. Mereka seolah-olah membisu apabila Matius dan Lukas memasukkan Jesus dalam salasilah yang keji. Lukas yang didakwa Rasul telah diilhamkan oleh Roh ALLah telah menulis di dalam Injilnya bahawa Jesus telah lahir dari rentetan salasilah dari perzinaan Yahuda dan Tamar (Lukas 3: 23-33). Begitu memalukan umat Kristian! Jelas sekali Matius dan Lukas telah menyebabkan penganut Kristian terpaksa memikulkan penghinaan ini ke pundak Roh ALLah. Mereka telah menjatuhkan hukuman kepada Tuhan mereka dengan dengan kitab Tuhan sendiri. “Kemudian ALLah berfirman, dan inilah firmanNya: …jangan berzina…” (Keluaran 20: 14). Orang-orang yang lahir diluar pernikahan dan semua keturunannya sampai kesepuluh tidak boleh menjadi warga umat Tuhan. Adakah Jesus tidak tergulung dalam keturunan penzina kerana Ia tidak termasuk didalam gulungan kesepuluh? Tidak tergambar di dalam pemikiran yang waras Tuhan terpaksa menghinakan diriNya sebegitu rupa atas alasan kasih sayangNya kepada manusia. Maka penganut Kristian terpaksa membuat dua pilihan, pertama adakah mereka menerima bahawa Bible adalah kalam suci dari ALLah? Jika ya, mereka terpaksa menelan iktiqad bahawa Tuhan mereka adalah dari keturunan yang keji. Dan kedua jika mereka enggan menerima kenyataan itu, mereka terpaksa mengakui bahawa Bible mereka mengandungi fakta palsu. Diingatkan semula bahawa, sesebuah kitab akan dikatakan suci hanya apabila ia bersih 100 % dari fakta-fakta palsu.
Mengapa diilhamkan hanya kepada Matius dan Lukas
Di antara keempat-empat Bible Perjanjian Baru, daftar salasilah Jesus hanya disebut di Dalam injil Matius dan Lukas. Ternyata Roh ALLah memberi ilham daftar tersebut hanya kepada Matius dan Lukas tetapi tidak kepada Markus dan penulis paling genius, Yohanes.
Walaupun demikian, perbezaan jumlah salasilah antara kedua-dua daftar yang disebutkan oleh Matius dan Lukas adalah sangat menjolok mata. Disebutkan bahawa perbezaan salasilah antara Matius dan Lukas adalah 16 orang. Penganut Kristian memegang perkataan Paulus yang mengatakan bahawa penulis Bible sentiasa didalam bimbingan Roh ALLah dengan kegitu kukuh. Maka Roh ALLah mengilhamkan kepada Matius bahawa Jesus anak Daud melalui Solomon, kemudian mengilhamkan pula kepada Lukas bahawa Jesus anak Daud melalui Natan. Nampaknya bukan sekali Roh ALLah kebingungan dalam menentukan daftar salasilah ini.
Seorang kenalan Anglican bertaraf tenaga pengajar gereja berkata salasilah dari Matius adalah mengikut susur galur sebelah ibu sementara salasilah dari Lukas adalah mengikut susur galur sebelah bapa. Apabila disemak semula di dalam Bible, ternyata pendapatnya itu adalah tidak benar. Lukas menyatakan, semua salasilah melalui bapa, demikian juga kata Matius. Jelas sekali ia adalah salasilah melalui bapa, nama ibu hanya sampingan untuk keterangan. Contohnya “…Perez dan Zerah (Ibunya Tamar), Boas (Ibunya Rahab), …Solomo (ibunya bekas isteri Uria),…” (Matius 1: 2-6a, – 16). Jelas sekali ibu hanya sebagai keterangan sahaja kerana tidak mungkin berlaku seseorang itu mempunyai ibu yang berlainan. Demikian juga jika dikatakan salasilah sebelah ibu, tidak mungkin bapanya orang yang berlainan. Oleh yang demikian hujahnya yang mengatakan dua salasilah itu tidak bertentangan kerana berlainan susur galur adalah tidak benar sama sekali, dan jelas ia adalah pertentangan yang sangat mendasar, yang mustahil berlaku kepada wahyu Tuhan. Beliau juga berkata Markus dan Yohanes tidak diilhamkan salasilah Jesus kerana Bible mereka bedua lebih menjurus kepada hukum dan pengajaran dan tidak kepada peristiwa. Namun penulis melihat ia hanya satu tafsiran untuk mengelakkan dari keempat-empat Bible itu dari anggapan perselisihan.
Apakah tanggapan anda? Jawanan yang tepat ialah tanggapan yang kabur yang dipaksakan  telah mengalahkan kebenaran yang terang.
Bukan Roh ALLah sumber inspirasi Matius tetapi Markus
Jika tajuk di atas diberikan oleh seorang Muslim, Hindu atau Budha, kemungkinan besar mereka hanya akan tinggal nama sahaja di muka bumi ini. Ekstrimis Kristian mungkin akan memancung tengkuk anda. Tetapi bagaimana pula jika ia diperkatakan melalui mulut sarjana teologi Kristian sendiri?. J.B Philips seorang Anglican mengatakan “…He has used Mark’s Gospel freely..” yang bermaksud Ia (Matius) telah meniru Injil Markus dengan sesuka hatinya.. Kata-kata ini ditulisnya pada kata pengantar The Gospels translated into Modern English by J.B Philips, The Gospel of Matthew.
“Setelah Jesus pergi dari situ Ia melihat seorang yang bernama Matius duduk di rumah cukai, lalu Ia (Jesus) berkata kepadanya (Matius): Ikutlah Aku. Maka berdirilah Matius, lalu mengikut Dia (Jesus)” (Matius 9: 9). Siapakah penulis atau pengarang ayat di atas? Tanpa memerlukan pakar bahasa, ayat di atas tidak menunjukkan Jesus atau Matius yang mengarangnya. Adakah ia terbit dari suatu mimpi? Jika ia terbit dari mimpi sekalipun, siapakah yang meriwayatkan mimpi itu? Pastinya sesiapa yang berfikiran waras sukar menerima ayat-ayat seperti itu sebagai firman ALLah.
Pengakuan Lukas
Kita tidak perlu memakai fatwa Paulus yang mengajar kata-kata hikmat bahawa setiap orang yang memperkatakan Bible adalah kosong dari dirinyanya sendiri, melainkan dengan bimbingan Roh ALLah. Lukas secara simbolik telah menolak kata-kata hikmat itu dengan katanya “Tuan Teofilus terhormat, banyak orang telah berusaha membuat laporan tentang peristiwa yang berlaku dikalangan kami. Mereka menulis sesuai dengan apa yang diceritakan kepada kami oleh mereka yang menyaksikan peristiwa itu dari permulaan dan mengisytiharkan berita itu. Tetapi sekarang saya telah menyelidiki peristiwa itu dari permulaannya, maka ada baiknya saya menulis satu laporan yang teratur untuk tuan. Supaya tuan dapat tahu dengan lengkap bahawa apa yang diajar kepada tuan adalah benar” (Lukas 1: 1-4).
J.B Philips sekali lagi memberi komentarnya “Menurut Lukas sendiri, ia telah membandingkan dengan saksama dan menyunting peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Tetapi nampaknya ia telah menggunakan bahan-bahan tambahan dan kita dapat meneka beberapa sumber yang diambilnya (iaitu bersumberkan Markus)”.
Pengakuan dan perkataan sarjana-sarjana Kristian merupakan boomerang kepada penganut Kristian. Boomerang adalah sejenis senjata makan tuan satu kaum di Afrika  yang mana apabila dilontarkan ia akan kembali berpusing kepada tuannya. Penganut Kristian bawahan masih teraba-raba mencari dalil untuk mengesahkan Bible adalah firman Tuhan, sedangkan dalam masa yang sama sarjana-sarjana mereka sendiri menafikan. Jawaban yang pasti akan dilontarkan kepada J.B Philips ialah “Anda adalah Kristian yang sesat, yang tidak mendapat bimbingan Roh ALLah” ataupun “J.B Philips membuat kajiannya untuk dijual sebagai bahan dagangan bagi mengisi perutnya”.
“Yesus… menurut pendapat orang dia anak Yusuf anak Eli anak Matat… anak Perez anak Yehuda” (Lukas 3: 23-33). Apakah maksud menurut pendapat orang yang disebut oleh Lukas itu? Mengapakah Lukas yang dikatakan menulis Biblenya dengan bimbingan Roh ALLah masih mengikut pendapat orang lain? Sungguh menakjubkan apabila perkataan ini dikatakan Firman Tuhan!
Ayat kembar: Satu plagiat (peniruan)
Penulis telah membentangkan dalam bab yang lalu pertentangan-pertentangan ayat yang menjolok mata, yang tidak dapat dipersatukan sama sekali (Lihat bab 2: Adakah Bible Kalam ALLah: Pertentangan ayat). Ini belumlah lagi termasuk ayat-ayat yang bertentangan dalam maksud yang simbolik. Penganut Kristian pasti bersorak riang apabila disadurkan kepada mereka bahawa Bible adalah kitab yang menakjubkan, Pasti! Sorak mereka. Disamping memperlihatkan ayat-ayat yang bertentangan yang jelas menunjukkan perbuatan tangan-tangan manusia yang bernafsu, Bible juga memperlihatkan ayat-ayat kembar seiras dimana hampir 95 % tidak berbeza.
Marilah membuat penyemakan pada 2 Raja-Raja 19: 1-38, 20: 1-19 dan membandingkannya dengan Yesaya 37: 1-20, 39:1-8, perhatikanlah ayat demi ayat. Penulis perturunkan sebahagian darinya seperti berikut:
1.“Apabila raja Hizkia mendengar laporan mereka, baginda mengoyakkan pakaiannya kerana sedih…Pegawai Asyur itu mendengar bahawa raja Asyur telah meninggalkan Lakhis dan sedang berperang menentang Libna, sebuah kota yang berdekatan…Kemudian Yesaya mengirim perkhabaran kepada raja Hizkia bahawa Tuhan, ALLah Israel telah mendengar doanya…” (2 Raja-Raja 19:1-37) KEMBAR DENGAN “Apabila mendengar laporan mereka, Raja Hizkia mengoyakkan pakaiannya kerana sedih…Pegawai Asyur  mendengar bahawa rajanya telah meninggalkan Lakhis dan sedang berperang dengan Libna…Kemudian Yeyasa mengirim perkhabaran kepada raja Hizkia bahawa Tuhan, ALLah Israel telah mendengar doanya…” (Yesaya 37: 1-38).
2.“Kira-kira pada masa itu raja Hizkia gering dan hampir mangkat…Kira-kira pada masa itu, raja Merodakh-Baladan anak Baladan, raja Babiliona, mendengar raja Hizkia gering…” (2 Raja-Raja 20: 12-19) KEMBAR  DENGAN “Kira-kira pada masa itu, raja Hizkia gering dan hampir mangkat…Kira-kira pada masa itu, raja Babiliona, iaitu raja Merodakh Baladan anak Baladan mendengar raja Hizkia gering (perbezaan: Dan baru sembuh!)” (Yesaya 39: 1-8).
Apakah tanggapan kita tentang persamaan ini? Adakah ia kalimah ayat-ayat peristiwa yang sama yang diilhamkan oleh Roh ALLah kepada dua orang Rasul yang berbeza? Jika jawabannya ya, mengapakah Roh ALLah menurunkan salasilah Jesus yang berbeza kepada Markus dan Lukas? Hingga kini sepanjang pengetahuan penulis, tidak terdapat dokumen yang  menunjukkan siapakah pengarang kitab Raja-Raja. Maka tidak syak lagi ia satu plagiat, tetapi persoalannya siapa memplagiat siapa? Kita menuntut jawaban dari penganut Kristian kerana hal ini berlaku kepada kitab suci mereka sendiri.
Bible masakini bukanlah Injil Jesus
Telah ternyata bahawa Bible sekarang bukanlah Injil yang dibawa oleh Jesus. Selain dari bukti pertentangan ayat dan  bukti  kenyataan-kenyataan di luar kewajaran akal, Bible sendiri menyatakan ujudnya Injil asli Jesus.
Dalam Bible ada menyebutkan “Setelah Yohanes dipenjarakan, Jesus pergi ke Galilea dan mengisytiharkan Berita Baik daripada ALLah. Dia berkata: Masanya sudah tiba, tidak lama lagi ALLah akan memerintah. Bertaubatlah daripada dosa kamu dan percayalah kepada Berita Baik ini” (Markus 1: 14-15). Dan lagi, “Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidupnya yang sejati, tetapi sesiapa yang mengorbankan hidupnya untuk ku dan untuk Berita Baik dari ALLah, akan menyelamatkannya” (Markus 8: 35). Dan lagi “Pada suatu hari, Jesus mengajar dan menyampaikan Berita Baik di dalam rumah Tuhan” (Lukas 20: 1)
Apakah maksud berita baik ini? Ia adalah Bible. Di dalam Bible cetakan Lembaga al-Kitab Indonesia, ia disebut Injil. Bible cetakan Malaysia juga dinamakan al-Kitab Berita Baik. Adakah Bible ini yang dimaksudkan Jesus. Penulis sangat pasti bahawa penganut Kristian akan menjawab ya. Namun kita mengajukan satu soalan yang sangat mudah, jika jawabannya ya mengapakah empat Bible masakini dinamakan sebagai Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas dan Injil Yahya dan mengapakah tidak disebut Injil Jesus?
Bible Berita Baik cetakan Malaysia dan juga mana-mana Bible pun adalah dikarang oleh Matius, Markus, Lukas dan Yohanes selepas beberapa lama kematian Jesus. Demikian juga surah-surah Perjanjian Lama dan Baru yang lain, yang ada diantaranya tidak dapat dipastikan pengarangnya.Terdapat ayat yang menyatakan tentang kematian Musa, “Kemudian Musa hamba Tuhan meninggal di tanah Moab sebagaimana yang telah diFirmankan Tuhan. Tuhan mengebumikan Dia di satu lembah di Moab yang bertentangan dengan kota Bet Peor. Tetapi sampai hari ini tiada yang tahu tempat kubur itu. Musa berumur seratus dua puluh tahun ketika Dia meninggal. Waktu Dia meninggal badannya masih kuat dan penglihatannya masih terang. Umat Israel berkabung bagi Musa selama tiga puluh hari di dataran Moab” (Ulangan 34: 5-8).
Tanpa memerlukan kajian atau bimbingan Roh ALLah, jawabannya bukanlah Musa yang menulis ayat tersebut. Tidak mungkin Musa menulis hal-hal kematiannya sendiri dengan begitu terperinci sebelum Ia meninggal dan tidak menjadi tradisi orang-orang Yahudi menulis berita kematiannya sebelum meninggal? Yang pastinya penganut Kristian akan berkata tiada bezanya Bible sekarang dengan yang ada pada Jesus kerana Bible sekarang dikarang dengan bimbingan Roh ALLah. Bagi penulis jawaban ini tiada nilai sama sekali jika mereka tidak dapat menolak bahawa Bible sekarang ini bukan Injil asli Jesus dengan secara ilmiah (Lihat bab 5: Fakta-fakta yang harus diketahui: Bible).
Kenalan Anglican pula berkata Jesus tidak mempunyai Injil. Haqiqat Injil (atau Berita Baik) itu adalah diri Jesus sendiri. Ertinya Jesus itu adalah penyelamatan, kebaikan, pengajaran dan kehidupan baru. Maka Matius, Markus, Lukas dan Yohanes hanyalah menterjemahkan haqiqat itu kedalam tulisan. Namun tafsiran ini kelihatan sudah jauh ketinggalan dan semata-mata untuk menutup kelemahan setelah begitu lama penganut Kristian gagal menunjukkan Injil Jesus. Lebih-lebih lagi keempat-empat Bible itu menunjukkan beberapa pertentangan kenyataan yang sangat mendasar.
Berbagai versi Bible
Bible Katholik
Bible Katholik Roma (RCV) diterbitkan di Theims pada tahun 1582 dari terjemahan Bible berbahasa Latin Jerome. Ia kemudian diterbitkan semula di Douay pada tahun 1609. Oleh yang demikian Bibel versi ini adalah dianggap menepati Bible tertua yan boleh didapati. Walaupun demikian seluruh Gereja Protestan mengutuk RCV kerana terdapat kitab tambahan yang diragukan. Protestan dengan berani telah membuang tujuh kitab itu dari kitab Tuhan mereka iaitu Kitab Yudith, Thobit, Barukh, Ester, I dan II Makabe, Sirakh dan Kitab Kebijaksanaan.
Bible Protestan
Bible utama Protestan ialah versi King James (King James Version – KJV / Authorised Version- AV). Ia disahkan dan diterbitkan pada tahun 1611 dengan perintah Raja James I. Ia kemudian disemak dan diperbaharui semula pada tahun 1952 (Revise Vesion / Versi yang diubah- RV), dan kemudian disemak dan di perbaharui lagi supaya lebih “up to date” pada tahun 1971 (Revised Standard Version / Versi Standard yang telah diubah- RSV). Pehak Gereja Katholik walaupun mengetahui dan menolak ajaran Protestan, tetapi menggalakkan pengikut mereka membeli dan menggunakan RSV ini.
Dunia Kristian memandang tinggi RSV sebagai Bible terkini dan terbaik yang telah dihasilkan. Antara pandangan-pandangan tersebut ialah:
1. Versi terbaik yang dihasilkan pada abad sekarang (Akhbar Gereja Inggeris).
2. Sebuah terjemahan yang terlengkap oleh sarjana-sarjana yang bijak pandai (Time Supplement).
3. Kitab kesayangan dari AV yang digabungkan menjadi satu tejemahan yang terbaik (Life dan Work).
4. Kitab terbaik dan lebih mendekati yang asal (The Times)
5. Injil RSV adalah hasil usaha 32 sarjana dan dibantu oleh sebuah Panatia Penasihat yang mewakili 50 mazhab agama (Penerbit Collin)
Namun ditengah-tengah pujian yang tinggi terhadap KJV ini, ia tidak telepas dari mendapat kritikan. Di bahagian pengantar KJV terbitan tahun1971 itu terdapat ungkapan dari penerbitnya yang mengatakan, “Namun KJV memliki cacat-cacat yang serius. Dan cacat-cacat ini terlalu banyak dan terlalu serius sehingga memerlukan satu penyemakan semula”.
Jelaslah disini bahawa Bible masa kini bukanlah lagi Injil yang asli daripada Jesus. Ia merupakan gabungan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, yang telah mengalami semakan dan pembetulan beberapa kali. Adalah diluar kewajaran bahawa manusia membuat semakan terhadap Firman Tuhan. Apa yang berlaku ialah, setiap penyemakan itu bertujuan memperbaiki yang dianggap kecacatan. Apakah Firman Tuhan mengalami kecacatan? Jika berlaku kecacatan apakah yang kesimpulannya? Adakah kesimpulannya Tuhan silap atau lupa? Jika ya adalah mustahil tetapi jika tidak jawabannya ialah tangan-tangan kotor manusialah yang merubahnya. Tetapi amat sedikit penganut Kristian menyedari perkara ini. Jika mereka mengetahui pun mereka tidak akan memperdulikannya kerana bimbang dituduh sesat oleh pehak gereja.
KJV ini pula telah diterjemah berbagai bahasa di dunia dan menjadi teks resmi. Teks inilah juga yang kebanyakan digunakan oleh gereja di Malaysia samada dalam bahasa Inggeris ataupun terjemahan. Yang jelas terjadi bila diterjemah ia mengalami perubahan maksud. Contohnya di dalam Bible King James,  “Hagar…to be his (Abraham) wife” (Kejadian 16: 13) tetapi di dalam Bible terjemahan “Hagar dijadikan Abraham gundiknya” (Bab dan fasal yang sama), sedangkan isteri dan gundik adalah dua perkataan yang berbeza kalimah dan juga maksud.
Bersambung ke

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 3 – 5

Pembatas kepalsuan dan kebenaran
Pembatas kepalsuan…
Hosted by eSnips
Advertisements
Report this ad
Report this ad

No comments: