Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Sunday, March 23, 2014

Di Sebalik 3 Jiwa 1 Cinta

Sebenarnya sebelum novelet 3 Jiwa 1 Cinta ini terhasil asalnya ia adalah sebuah cerita khusus untuk awal remaja yang lebih menekankan gejolak rasa seorang gadis yang baru beralih dari dunia kanak-kanak ke alam remaja. Tajuk asalnya ialah "Seindah Dahlia.
Tambah kapsyen
Hmm.. pasti ramai mengatakan taju asal ini mcam tajuk lama. He.. saya sendiri akui. Sebab itulah tajuk ini tidak dikekalkan.
Sebenarnya manuskrip novel ini saya hantar pada tahun 2010 lagi kepada editor Amir Abd Hamid di Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Setelah diedit dan terdapat banyak kesilapan pihak editor menawarkan supaya saya tukar genre novel ini kepada dewasa.
Ah, kekangan masa yang tak terhitung apatah lagi saya seorang guru. Tambahan lagi PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) baru dikenalkan pada tahun itu (2012). Lama kan saya menulis. Hu.. memang. Tambahan lagi saya pula tengah pregnant. Sangatlah penat!
Sekali lagi editor cuba mudahkan saya dengan menawarkan agar saya bergabung dengan "Nurin Hanna" atau nama sebenarnya Norlida Mohd Nor utk menulis novelet, memandangkan terdapat kesamaan tema di antara cerita kami berdua.
Sekali lagi saya perlu mengedit semula. Sebab itulah editor selalu pesan agar menghantar sinopsis dahulu sebelum mengarang agar tidak menyusahkan penulis itu sendiri.
So, tak boleh kata apa, memang salah sendiri.
Kemudian saya berdepan dengan masalah penyakit arwah anak saya, Nadhrah Husna yang mengidap penyakit jantung.
Berdepan dengan pelbagai kesukaran sehinggalah ditakdirkan pembedahan jantung arwah di IJN tidak berjaya, sekali lagi penulisan novelet di pihak saya terhenti setelah dihempap dengan ujian ini. Berbulan-bulan saya mengambil masa mengumpul kekuatan untuk bangkit semula.
Di dalam novelet 3 Jiwa 1 Cinta ada saya muatkan gambaran perasaan seorang ibu apabila mendepani masalah penyakit anak, iaitu gambaran perasaan saya sendiri, yang mana menjentik satu gaya baru dalam penulisan novel saya.
Dan akhirnya pada tahun ini 2014 novelet ini siap.

Saya amat berterima kasih dengan editor AMir dan isteri serta pihak Galeri Ilmu kerana datang menziarah arwah anak di IJN. Mereka turut menyumbangkan doa dan bacaan yasin untuk keselamatan arwah. Turut memberi sumbangan yang kami tidak jangka. T.kasih tak terhingga. Begitulah episod cerita di sebalik novelet 3 Jiwa 1 Cinta ini.

Saturday, February 1, 2014

Novelet 3 Jiwa 1 Cinta

Novel ke-2 penulis Rohaida Abd Rahim dgn nama pena "Naimal Aina" yg pernah mggunakan "Naurah Musyahidah" sbg nama pena sebelum ini. Dapatkan sempena Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Wednesday, August 14, 2013

Saturday, August 3, 2013

Menjelang 'Idul Fitri

'Idul Fitri bakal menjelang, kuih pun mungkin berbalang-balang, Bagaimanakah iman di dada yang  bidang? :) Walau bagaimanapun selamat hari raya buat semua pengunjung blog ini. Semoga hati yg fitrah kembali mengisi

Sunday, July 7, 2013

MarHAban Ya Romadhan

Selamat menyambut Ramadhan buat semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini amat bermakna malah Lebih BErmAkna buat SaYa terutamanya dan semua :)

Monday, June 3, 2013

Duhai Idola Inspirasiku

 
Aisyah,
kisahmu menambat hati
membuatkan jiwa ingin sptmu
Khadijah
Jiwamu sungguh mutmainnah
sukarnya untk mnggapai akhlaqmu
Bgtu jua Hafsah
Cmburumu
ada kala meresahkn Nabi
Pun bgtu kau tetap di sisi
... bersama Rasulullah yg
kami sgt cintai
Wahai Rasul
andai kau ada lg
pasti brebut2 kami
ingin pergi merebut
kasihmu
mengadu setiap rasa
mengadu setiap tangis
mengadu segala2nya
hanya kau insan yg amat2
mengerti hati wanita
kami
tak lupa
hati semua lelaki

 -Naurah Musyahidah-
31 Mei 2013
Jumaat
10.35pg

Saturday, April 13, 2013

Manfaat SEBUAH NasihaT

 

Memberi nasihat memang mudah, malah kerana mudahnya memberi nasihat sehingga adakalanya ia dianggap ocehan atau leteran yang tidak mempunyai nilai. Sejajar dengan peranan Islam itu sendiri sebagai agama nasihat, maka setiap insan yang mengimani Islam itu perlu selalu menasihati sekurang-kurangnya kepada diri sendiri.
          Bagaimanapun, untuk menerima nasihat dan mengamalkan apa yang dinasihati itu tidak semudah yang dijangkakan. Apabila seorang anak dinasihati, ia kan membela diri dengan egonya sama ada menangis atau meragam. Seorang wanita akan merajuk menunjuk tersinggungnya hati. Seorang lelaki menunjuk berang lantas mengherdik pantas "Siapa kau hendak menasihatiku". Demikian susahnya untuk menerima nasihat.
         Kesabaran untuk memberi NASIHAT dan menerima NASIHAT sebenarnya harus seiring. Mungkin pada hari ini orang yang kita nasihati menunjuk geram dengan nasihat kita, atau kita sendiri yang tercabar hati nurani dengan nasihat orang kepada kita. Terasa diri tidak ada salah dan tidak kena belaka nasihat yang diberi. Namun, nasihat yang benar-benar lahir dari hati yang tulus akan menunjuk KESANNYA jua kecuali bagi insan yang memang ALLAH sengaja tidak membuka hatinya untuk menerima nasihat seperti FIRAUN, malah Iblis itu sendiri. Kalau bukan hari ini ia menerima nasihat yang diberi, mungkin esok, mungkin sebulan lagi, setahun lagi, dua tahun lagi, 10 tahun lagi. Begitu juga diri KITA. Andai hari ini kita rasa tertampar dengan penasihat yang tidak disangka munculnya, bahkan sangat TIDAK BERTAULIAH bagi kita mungkin lambat-laun sama ada esok atau tahun depan, 10, 20, berpuluh-puluh tahun nanti baru hati kita terasa MANFAAT sesebuah nasihat tersebut.
        Hanya mampu kita lakukan ialah BERDOA supaya hati kita dibuka Tuhan melihat kesalahan kita dan juga MELIHAT manfaat NasihaT tersebut. Semoga kita tidak termasuk di kalangan orang yang dikeraskan hati kerana PENOLAKAN kita terhadap sesuatu NasihaT.