Andai Kumiliki Kecantikan Itu
Cerpen
Oleh : Rohaida Abd Rahim
CAHAYA | September - Oktober 2009 15
Page 18
CAHAYA | September - Oktober 2009
16
“Tapi mak..”
“Tak ada tapi-
tapi lagi, mak
akan hantar
rombongan
meminang
segera,” pangkas
ibunya.
“Tapi mak..”
Dia masih
berusaha
menelurkan
hasrat hatinya.
memandang.
“Ada apa abang Farez?”
Gemersik suara itu dapat
dikenalinya. Farez menoleh terus.
Demi terpandangkan wajah itu,
hati dipagut damai.
Salwa senyum. Farez terpaku.
Apakah dia telah melihat gerak-
geriku?
Salwa senyum terus.
“Abang Farez nak jumpa kak
Ayu ye?”
Farez terdiam. Tercari-cari
jawapan yang sebaik mungkin. Dia
mengangguk akhirnya.
“Dia sibuk ke?”
Salwa senyum lagi. Sekilas hati
Farez macam terpukau dengan
senyuman itu. Memang senyuman
Salwa tidak secantik Ayu. Namun,
senyumannya itu pada Farez
sangat manis.
“Taklah. Kalau abang Farez
nak jumpa, pergilah! Kak Ayu tak
sibuk tu”
“Abang nak jumpa dia
ada hal. Hal penting..” Farez
memaksudkan hal ibunya hendak
menjodohkannya dengan Ayu
biarpun dia tahu Salwa tidak dapat
menangkap maksudnya.
Salwa
memandang
saja
Farez yang sedaya upaya cuba
menjelaskan maksud daripada
pertemuan itu. Dia tidak mengerti.
“Boleh tahu.. hal penting itu?”
Tidak disangka-sangka soalan itu
keluar dari bibir Salwa.
Dahi Farez berkerut seribu.
“Kalau tak boleh, tak pelah!”
Selamba jawapan Salwa. Dia
ingin berlalu.
“Salwa.”
Farez
memanggilnya.
“Kalau lepas jumpa kak Ayu
abang nak jumpa Salwa, boleh
tak?”
Dahi Salwa pula berkerut.
“Mmm.. baiklah!” Akhirnya
jawapan itu diberi.
Farez bertemu empat mata
dengan Ayu. Dia ragu-ragu
hendak memulakan ujaran.
“Ayu.. dah tahu kan
rancangan mak?” tanyanya.
“Hmm..”
Ayu
mengangguk.
“Ayu setuju?” tanya Farez
terus.
Ayu menundukkan wajah.
Terdiam lama.
“Abang tak setuju.” Tanpa
sempat Ayu memberi jawapan dia
terlebih dahulu memuntahkan apa
yang di dalam hatinya.
Ayu memandang Farez. Tidak
disangka ayat itu yang keluar dari
bibirnya.
“Abang nak minta Ayu tolak
peminangan itu..”
Ayu memandang wajah Farez
tak berkelip.
“Ayu boleh tolong abang
kan?”
Ayu mengangguk akhirnya.
Cerpen
CAHAYA | September - Oktober 2009
16
Page 19
CAHAYA | September - Oktober 2009 17
* * *
Salwa hairan melihat Ayu
yang meluru masuk ke bilik sambil
menangis.
“Kenapa dengan kak Ayu,
abang?” Salwa terus bertanya
apabila datang berjumpa dengan
Farez.
“Kenapa dengan dia?” Farez
bertanya balik.
“Kak Ayu masuk bilik dalam
keadaan menangis.”
“Menangis?” Farez tertanya
balik. “Mungkin dia masih cuba
menerima
kenyataan”
Farez
membuat kesimpulan.
“Kenyataan? Kenapa? Ada
sape-sape meninggal ke?”
Farez senyum.
“Dia baru tahu...” Farez terhenti
daripada terus berkata-kata.
“Dia baru tahu apa?” soal
Salwa terus.
Farez menghadap Salwa betul-
betul. Dia merenung Salwa.
“Dia baru tahu..”
* * *
Kata-kata
itu
masih
bersenandung di fikirannya.
“Dia baru tahu yang abang
tak mencintainya,”ujar Farez.
Salwa
macam
terkejut.
Tak sangka perkara itu yang
membuatkan kak Ayu menangis.
“Abang rasa abang cintakan
Salwa…Bukan. Abang yakin abang
mencintai Salwa. ”
Pemberitahuan itu merupakan
satu pengkhabaran gembira
buatnya, tapi di sudut hatinya
terendam rasa sedih buat kak Ayu.
Dia cuba menjenguk kak Ayu
di dalam bilik, tetapi bilik itu masih
berkunci.
Di dalam bilik, Ayu menunaikan
Solat Tahajjud… Setelah selesai,
dia memberi salam. Tangannya
lantas ditegakkan ke hadapan.
Dia berdoa..
“Segala puji bagi Allah Tuhan
sekalian alam dengan pujian
sebagaimana pujian orang yang
sering memuji-Mu, sebagaimana
pujian orang yang sering bersyukur
kepada-Mu
atas
sebanyak
nikmat-nikmat-Nya dan sebanyak
pertambahan nikmat-Nya.
Ya Allah sejahterakanlah
Saidina Nabi Muhammmad, kaum
keluarga baginda dan sahabat-
sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, Ya Tuhanku..
ampunkan dosaku dan dosa kedua
ibu bapaku… dan kasihanilah
mereka seperti mana mereka
membesarkan aku sejak aku
kecil, juga ampunkan dosa para
Muslimin dan Muslimat.. Mukminin
dan Mukminat yang masih hidup
atau yang telah meninggal dunia.
Ya Allah, ampunkanlah kami
dan saudara-saudara kami yang
lebih terdahulu beriman sebelum
kami, dan janganlah jadikan
di dalam hati kami perasaan
iri hati kepada orang-orang
yang beriman. Ya Tuhan kami
sesungguhnya Engkau Maha
Penyantun dan Maha Penyayang.
Ya Allah tabahkanlah hatiku
untuk menerima ketentuan-Mu.
Gantikanlah dengan mengurniakan
‘kecantikan’ kepadaku di sisi-Mu.
‘Kecantikan’ iman dan cinta-Mu
ya Allah.. yang buat aku bahagia
bersamanya.. Sehingga aku rasa
tidak memerlukan apa-apa lagi di
dunia ini.. Ya Allah seandainya aku
memiliki ‘kecantikan’ itu..”
Salwa yang sedang menekap
telinga ke pintu bilik Ayu turut
bersuara perlahan: “Ya Allah
seandainya aku juga memiliki
‘kecantikan’ itu…”
Selamat Maal-Hijrah 1435H
Selamat Maulidurrasul
Friday, November 18, 2011
Thursday, September 22, 2011
‘Makcik’ ku sayang verse ‘Budak hingusan'
Berdesing hati Salwa Fu’adah mendengarnya. Memang sejak dari mula dia tidak menggemari dengan rancangan ini. Dipujukkan juga hatinya mendengar nasihat ayahanda tercinta. Tapi, apabila mendengar kelantangan suara dan kebengisan wajah lelaki itu, hatinya bagai hendak menarik balik keputusan itu.
“Awak cuba cermin muka awak!” ujar lelaki itu, Imran Zakuan. “Yelah! Muka awak tak nampak tua! Tapi sebenarnya awak lebih tua daripada saya. Takkan saya nak tengok isteri saya berkedut dulu daripada saya! Lagipun awak ni layak saya panggil makcik tau tak!”
Makcik? Bagai tersiram minyak petrol ke api yang marak, Salwa Fu’adah tidak dapat menahan marah.
“Siapa nama awak?” soal Salwa kasar.
“Imran Zakuan”, Lelaki itu menjawab.
“Ya, adik Imran Zakuan atau anak Imran Zakuan.. Ingat makcik ni berkenan sangat ke dengan cik adik? Bagi makcik.. adik Imran Zakuan ni budak hingusan saje!” Salwa Fu’adah melepaskan kata.
Bagai peluru dari senapang, kata-kata itu membidik terus ke jantung Imran Zakuan. Terbelalak biji matanya mendengar.
Serentak itu, Salwa Fu’adah menyambar tas tangannya dan berjalan keluar dari restoran itu.
Dia ingat dia hebat sangat! Ingat aku ni tak ada citarasa ke? Sampai nak ambil orang sebaya adik seperti dia sebagai calon suami? Kalau bukan kerana ayah.. dia tak akan hadiri majlis janji temu itu. Berlagak! Perasan! Sumpah seranah Salwa Fu’adah bertubi-tubi. Sehingga tanpa sedar dia berjalan ke lorong pejalan kaki yang sunyi tak berpenghuni.
Tiba-tiba sekujur tubuh besar muncul di hadapannya. Salwa berpaling ke kiri.. Juga ada seorang lelaki yang kecil sedikit daripada lelaki tadi datang merapatinya. Salwa berpaling ke kanan pula.. Seorang lelaki yang berpakaian selekeh menuju ke arahnya. Salwa menoleh hendak patah balik. Dia mula mengangkat langkah seribu.
Tetapi, Salwa Fu’adah tersilap jalan. Jalan yang diambilnya adalah jalan mati. Mata Salwa Fuadah melingas ke kiri kanan menyorot wajah lelaki-lelaki asing itu. Terdetik seribu sesalan kerana tidak menguasai ilmu mempertahankan diri.
“Awak nak apa?? Duit?”
Lelaki-lelaki itu menyeringai ketawa.
“Boleh juga..”sambut salah seorang daripada lelaki-lelaki itu, lantas menyambar tas tangan Salwa Fu’adah.
Badan Salwa menggigil apabila lelaki-lelaki itu tetap tidak beranjak setelah mendapat tas tangannya. Mereka menghampiri Salwa Fu’adah..
“Ingat Allah! Jangan buat macam ni..” Salwa Fu’adah merayu.
Nampaknya kata-kata Salwa Fu’adah sedikit pun tidak memberi kesan kepada mereka. Mereka tertawa mendekati dan Salwa Fu’adah menjerit sekuat hati.
“Tolong!”
Di dalam benak, Salwa berdoa: Ya Allah selamatkan aku!
Dush!
Satu tendangan hinggap ke bahu salah seorang lelaki itu. Satu penumbuk melayang ke muka lelaki yang seorang lagi. Setiap orang lelaki itu, mendapat habuan pukulan daripada Imran Zakuan. Salwa terpacak menyaksi adegan itu di depan matanya. Tak sangka adegan yang selama ini dilihatnya di dalam drama..benar-benar berlaku di hadapannya.
Lelaki-lelaki itu melarikan diri kerana tidak tahan dipukul oleh Imran Zakuan. Kemudian, Imran Zakuan datang merapati Salwa.
“Awak okay?”
Salwa tertunduk tidak menjawab. Sebaliknya, hinggutan bahu Salwa sebagai jawapan. Dia menangis teresak-esak.
Imran Zakuan gelabah. Perempuan yang dilihatnya garang ketika memarahinya tadi kini kelihatan lemah di hadapannya. Perempuan itu kelihatan keanak-anakan. Perlahan-lahan Imran Zakuan menyeluk saku. Dikeluarkannya sapu tangan dan dihulurkan kepada Salwa.
Lambat-lambat Salwa menyambut. Dikesatnya air mata yang berlinangan.
“Terima kasih ya!”ujar Salwa lembut. Imran Zakuan mengangguk-angguk. Mereka berjalan beriringan sehingga ke kereta Salwa. Sesampai di kereta, Imran bersuara:
“Balik dengan sayalah!”
Salwa Fu’adah memandang wajah itu. Tiada senyuman. Penuh kesungguhan.
“Tapi..”
“Tak pe! Mudharat.. Demi bapa awak..” Ujaran Imran itu memancing persetujuannya. Sudahnya mereka berdua balik dengan kereta ProtonExora Imran Zakuan.
Sunyi menyelubungi suasana di dalam kereta itu. Imran Zakuan membuka radio. Terdengar dendangan lagu “Kalimah Cinta” oleh kumpulan In-team berkumandang. Masing-masing dibawa berfikir tentang kata-kata dalam lagu itu.
“Siapalah aku.. menolak cinta.. yang hadir di jiwa.. tanpa dipaksa..” Serentak dengan lirik lagu itu mereka sama-sama saling berpandangan. Kemudian, sama-sama membuang pandang ke luar cermin kereta.
Zup! Berdesup di dalam hati mereka rasa debaran kerana hanya berdua ditemani lagu sedemikian rupa.
Imran Zakuan bagai tak dapat memadam wajah Salwa tadi. Caranya memandang menusuk ke hati. Dan debaran indah itu datang tanpa diundang. Salwa turut dihimpit perasaan gelisah.
“Ehem!Ehem!” Imran Zakuan berdehem beberapa kali. Cuba menghambat kesunyian yang menyelubungi mereka.
“Minta maaf ya!”tercetus ujaran itu dari bibir Imran Zakuan.
“ Ya?” Salwa berpaling. Tapi, hanya dapat memandang wajah itu sedetik. Cepat-cepat dia melarikan matanya daripada bertentangan dengan Imran Zakuan. ‘Budak hingusan’ yang dikatanya tadi begitu mendebarkan hatinya kini. Kenapa dia nampak Imran begitu segak malam ini..?
“Pasal tadi..”,jelas Imran.
“Saya pun minta maaf..” ujar Salwa. “Pasal tadi”, jelas Salwa pula.
Imran memberhentikan kereta sesampai di hadapan rumah Encik Ariff, ayah Salwa. Salwa membuka pintu kereta, berpaling kembali kepada Imran sebelum keluar:
“Terima kasih!”
Imran tersenyum berkata: “Ilalliqo’” Hati Salwa berkencang hebat mendengar ayat itu. Ayat Bahasa Arab yang bermaksud “Semoga kita berjumpa lagi!”. Selepas berkata begitu, Imran segera memecut keretanya.
“Macam mana?” Datang soalan dari ayahnya, Encik Ariff.
“Entahlah..” jawab Salwa.
Entahlah?
* * *
“Tak kot!” jawab Imran kepada ayahnya, Encik Ismail.
“Tak??” Tercengang.
“Dia macam..” Sedetik fikirannya dihidang kembali dengan senyuman dan ucapan terima kasih Salwa. “Entahlah!”
* * *
“Saya pun tak tahu ayah..” ujar Salwa Fu’adah. Sekilas terimbas kembali wajah Imran Zakuan ketika melontarkan kata-kata tajam di restoran itu. Kemudian, wajah itu berganti pula dengan kelembutan layanan Imran Zakuan selepas menyelamatkannya. Ah, dia hanya menganggap ku sebagai seorang kakak atau pun makcik!
“Makcik??”
Encik Ismail tercengang.
“Ya, saya seperti makcik kepada dia!” Salwa Fu’adah mengiyakan.
Petang itu redup kerana hari seperti hendak hujan. Mereka bertemu enam beranak di rumah Encik Ariff. Encik Ismail, Puan Khadijah, Encik Ariff dan Puan Busyro tak puas hati. Mereka nak tanya dari hati ke hati kepada anak mereka.
“Siapa kata?” tanya Encik Ismail
“Saya kata”, Imran Zakuan mencelah. Semua mata menuju kepadanya.
“Dan saya pula budak hingusan saja bagi dia!”
“Siapa kata?”
“Saya.” Suara halus Salwa menyambut. Pandangan mata mereka beralih pula kepada Salwa Fu’adah.
“Ya Allah! Apa hal kamu berdua ni?” getus Puan Busyro.
Imran Zakuan tak sedap duduk. Hatinya mendesak-desak untuk bercakap.
“Memang awak makcik”, ujarnya lagi. “Tapi, itu dulu..”
Hm?
Wajah Salwa Fu’adah terangkat melihat Imran Zakuan.
“Saya bersedia menerima Salwa Fu’adah sebagai isteri saya..” Terlepas juga kata- kata itu dari bibir Imran. Salwa terpana. Mata mereka bertentangan.
“Sah?” tanya Encik Ismail kepada Encik Ariff.
“Sah?” Encik Ariff bertanya pula kepada Salwa. Salwa tersenyum malu menundukkan wajah. Senyuman itu berjangkit pula kepada Imran Zakuan.
“Belum lagi!” Puan Khadijah menyampuk. Seisi keluarga tergelak.
Di luar rumah pelangi terpancar indah setelah hujan reda.
Hasil Nukilan;
Naurah Musyahidah (nama pena)
Thursday, September 8, 2011
Edisi Merdeka
Jangan Sampai Kita JATUH CINTA Dengan Dunia
Pepohon cintaku
Kian merimbun
Semakin dicantas
Makin bertunas
Tidak mampu
Mendustai hatiku
Rasa cinta
Fitrah manusia
Siapalah aku..
Menolak cinta
Yang hadir di jiwa
Tanpa dipaksa
Hidup ini
Tidak akan sempurna
Tanpa Cinta
Dari Tuhan Yang Esa
Lirik lagu “Kalimah Cinta” nyanyian kumpulan In-team ini sering berkumandang di corong radio. Kata-kata yang menyimpan maksud yang tersendiri.
Dustalah manusia yang menyatakan dapat hidup tanpa cinta. Penciptaan kita adalah natijah daripada cinta Allah kepada hamba-Nya. Kalau bukan kerana cinta Allah, manusia tak akan dapat hidup sebegini selesa di atas dunia.
Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulumiddin menyifatkan dunia sebagai karya syair Allah dan Allah sebagai ‘Pengarangnya’. Namun, berapa orang yang dapat telusuri nilai cinta yang Allah tamsilkan dengan cinta antara insan.
Cinta termulia cinta kepada-Nya. Cinta terhina cinta kepada dunia. Kecintaan yang melampau kepada dunia membuatkan pemiliknya bertambah hina di sisi manusia, malah lebih hina daripada haiwan. Betapa tidaknya? Manusia berubah menjadi rakus, tamak, zalim dan bengis hanya kerana kecintaan kepada dunia. Ekoran daripada desakan-desakan perasaan ini, manusia merampas hak orang lain dengan mencuri, membunuh, memperkosa dan mengawal kebebasan orang lain.
Berapa ramai orang yang merdeka di dunia, tapi hati dan nuraninya terpenjara. Orang mukmin hatinya merdeka. Kerana dunia hanya berada di tangannya bukan di hatinya. Lihat kisah Asiah, permaisuri Firaun. Biarpun dirinya terkurung, tetapi jiwanya merdeka. Kesanggupannya untuk mati di tangan Firaun demi mempertahankan iman di dada telah membuktikan yang hatinya merdeka dari diterjah ketakutan dan sebagainya.
Berapa ramai orang yang menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya? Apa yang berlaku, sebahagian daripada remaja kita seolah-olah menganggap hukum-hukum Tuhan adalah penjara apabila mereka dengan sebolehnya ingin membebaskan diri dari lunas Ilahi. Mendakap kebebasan pada pandangan mereka yang sebenarnya memenjarakan jiwa mereka dengan nafsu dan emosi.
Sepatutnya gejala-gejala seperti bohsia, bohjan, black-metal, mat rempit, minah rempit dan sebagainya tidak berlaku andai remaja benar-benar menghayati dengan hati dan nurani erti kemerdekaan dari cara hidup Islam itu sendiri. Merdeka dari sudut Islam adalah merdeka dari pautan nafsu dan gejala-gejala yang dimurkai Allah.
Ingat jangan sampai kita jatuh cinta dengan dunia sehingga tiada kesempatan untuk mengenal cinta-Nya yang lebih mulus, luhur dan mulia..
-naurah musyahidah-

Sunday, August 14, 2011
Karya Naurah Musyahidah
Hasil Penulisan yang Diterbitkan
Sajak: Inspirasi Cinta Nan Suci dalam “Dewan Agama dan Falsafah, Mac 2005”
Cerpen: Sebuah Perkongsian dalam “Dewan Agama dan Falsafah, Julai 2005”
Artikel: “Al-Ruh Menurut Ibn Qayyim Al-Jawziyyah”, Jurnal Usuluddin (2007) bil: 26, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Artikel: Solat Sebagai Tanda Terima Kasih dalam “Cahaya Mei-Jun 2008”
Artikel: Solat Sebagai Tanda Terima Kasih dalam “Utusan Melayu, Isnin 7 Julai 2008, Bil: 276, Tahun: 6, m/s: 12”
Cerpen: Siapa Sangka dalam “Anis, Ogos 2008”
Sajak: Bila Ku Terpandang Wajahmu (Khas Buat Siti Mahayom Lazim) dalam “Mingguan Wanita, 21 November 2008”
Cerpen: Redha-Mu dalam “Keluarga Harmoni, 1-15 Mac 2009”
Cerpen: Benih Cinta Nasuha dalam “Mingguan Wanita, 27 Mac 2009”
Sajak: Insan Didikan Allah dalam “Cahaya Mac-April 2009”
Sajak: Adakah Rasulullah Menitiskan Air Mata dalam “Harakah, 13 April 2009”
Sajak: Terimalah Mufaraqahku dalam “Harakah, 18 Mei 2009”
Cerpen: Jalan Ke Syurga dalam “Mingguan Wanita, 22 Mei 2009”
Cerpen: Andai Kumemiliki Kecantikan Itu dalam “Cahaya September-Oktober 2009”
Cerpen: Nur Kasih III dalam “Harakah, 11 Disember 2009”
Cerpen: Sesuci Kasihmu dalam “Anis, 1 Februari 2010”
Cerpen: Ria Itu Sendu Bagiku dalam “Harakah, 15 Februari 2010”
Sajak: Wanita…Syurga Atau Neraka dalam “Dara.Com, 1 Mac 2010”
Sajak: Melihat Cermin dalam “Harakah, 8 Mac 2010”
Sajak: Orang Yang Mencintai Ilahi dalam “Dara.Com, 1 April 2010”
Sajak: Rasa Kantuk dalam “Harakah, 23 Ogos 2010”
Sajak: Apabila Tuhan… dalam “Harakah, 29 Oktober 2010”
Sajak: Tudung Labuh dalam “Harakah, 3 Disember 2010”
Sajak: Andai dalam “Harakah, 24 Disember 2010”
Buku:
Novel Motivasi Remaja: Bukan Sekadar Kawan, Terbitan: Galeri Ilmu Sdn. Bhd., 2010

Friday, August 12, 2011
Aku Tak PErCaYA lagi
Aku tak percaya lagi
pada apa yang kau beri
aku menangis di sini
menginsafi salah diri
aku berhenti berharap
menerima segalanya
mungkin ini yang tersurat
buat diriku yang alpa
tiada erti derita
bagi insan yang bertaqwa
kerana itu semua
hanya ujian dari-Nya
Aku pulang tanpa dendam
kuterima ketentuan-Mu
Aku pulang tanpa dendam
Oh ya Tuhan
Ampunilah dosaku...
>Hasil ubahsuai daripada lagu SHEILA on 7<

Wednesday, August 10, 2011
Teori Darwin
Teori yang paling popular diperkatakan asal-usul kejadian manusia ialah Teori Evolusi Darwin. Teori ini diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang bernama Charles Robert Darwin. Beliau menegaskan dalam teori beliau segala benda yang hidup termasuk manusia dan haiwan lain berasal dari keturunan yang sama. Beliau berpendapat keturunan yang awal ini kemudiannya berubah dari satu tahap kepada satu tahap yang lain demi menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang sering berubah.
Hasil dari perubahan-perubahan yang mengambil masa bertahun-tahun begitu berlaku maka lahirlah makhluk yang digelar manusia. Beliau mengutarakan pendapatnya dalam buku hasil karyanya yang betajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859.
Begitulah pandangan beliau.
Pada pendapat saya jika hal yang demikian benar-benar berlaku, maka kita pasti akan bertemu dengan makhluk-makhluk pertengahan yang mempunyai sebahagian daripada badannya berupa haiwan dan sebahagian lagi berupa manusia, separuh binatang laut, separuh burung, atau separuh haiwan darat biasa kerana teori evolusi beliau menerangkan bahawa haiwan-haiwan begini wujud.
Namun hingga ke hari ini makhluk seumpama begitu masih tidak dijumpai sehinggakan pengasas teori ini (Darwin) ragu-ragu dengan teori rekaannya. Untuk membuktikan wujudnya haiwan-haiwan pertengahan seperti ini, maka wujudlah penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh ahli-ahli sains tertentu untuk menyokong teori ini.
Contohnya pada tahun 1912 diisytiharkan penemuan tulang rahang dan tempurung otak makhluk yang digelar Piltdown Man. Tulang-tulang ini ditemui di Piltdown, England oleh seorang ahli sains yang bernama Charles Dawson. Ia dikatakan makhluk dari spesis pertengahan antara binatang dan manusia.
Selepas beberapa ujian yang dilakukan terhadap penemuan makhluk tersebut, akhirnya pada tahun 1953 didedahkan bahawa tulang rahang itu sebenarnya diambil dari seekor orang hutan yang baru meninggal dunia dan tempurung otaknya ialah tempurung otak manusia yang sebenar. Hal ini telah dilaporkan dalam artikel yang bertajuk Smith Woodward’s Folly oleh Stephen Jay Gould dalam majalah New Scientist, 5 April 1979.
Begitulah kejadian yang berlaku antara tahun 1859 hingga tahun 1979. Teori Darwin masih diragui kebenarannya.
Secara dasarnya teori ini menafikan kewujudan tuhan. Pada hari ini para saintis mula mempertikaikan pandangan ini. Seorang pakar sains yang bernama Dr. Lee Spetner telah mengkaji proses mutasi di peringkat molekul selama bertahun-tahun lamanya. Beliau menegaskan proses mutasi mengurangkan dan bukan meningkatkan maklumat genetik. Dalam bahasa yang mudah ia bermaksud mutasi menyebabkan kecacatan dan bukannya kemantapan.
Justeru, Teori evolusi ini merupakan teori yang dangkal dan tidak dapat diterima oleh sains. Dari sudut pandangan agama pula, teori ini membuang kuasa tuhan dan menggantikannya dengan Kuasa Kebetulan atau Kuasa Semula Jadi. Jika kita berpandukan teori ini, akan timbul pelbagai persoalan. Sebagai contoh, bagaimana sel pertama wujud? Bagaimana sel ini mampu berkembang dengan sendiri untuk menjadi makhluk yang pertama? Bagaimana ia menyusun protein-protein dengan teratur sehingga mampu melahirkan makhluk yang kompleks?
Pada hari ini, semakin ramai para saintis yang mempertikaikan teori evolusi Darwin. Islam menentang teori Darwin sebagaimana Islam menentang kesemua teori yang tidak saintifik apatah lagi yang jelas mengingkari kewujudan kuasa tuhan. Umat Islam tidak sepatutnya melupakan sabda Nabi Muhammad S.A.W. dan firman Allah:
“Manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal dari tanah”
Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud.
Dalam ayat Al-Quran pula:
Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat yang kering (yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya roh (cipptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. Maka bersujudlah para malaikat itu kesemuanya bersama-sama. Kecuali Iblis. Ia enggan ikut bersama-sama (malaikat) yang sujud itu. Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?”. Berkata Iblis: “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah ciptakan dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”.
Surah Al-Hijr : 28-33
Dalam Surah Al-Hijr ayat 28 hingga ayat 33, telah diterangkan sebanyak dua kali kejadian asal manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S. Maka fikir-fikirkanlah kembali kejadian asal-usul kita yakni manusia dan ingatlah Al-Quran merupakan sumber rujukan yang tidak diragui kebenarannya
rujukan:http://realitihidupku.wordpress.com/2008/12/23/005-antara-teori-darwin-dan-pandangan-islam/

Wednesday, July 27, 2011
Setinta pengalaman
Terkenang satu peristiwa ketika daku masih belajar di Universiti Malaya. Saat waktu aku hampir hendak menghadapi pepriksaan. Ketika itu kami diberitahu bahawa subjek hadith kami hanya perlu menghafaz 3 hadis. namun, di saat daku sedang studi, hati tertarik-tarik untuk menghafaz 1 lagi hadis. maka, aku mengikut gerak hatiku. saat
menjawab kertas peperiksaan, tanpa disangka-sangka seorang pengawas pepriksaan membuat pengumuman bahawa arahan di dalam kertas peperiksaan ditukar. Jadi, kami dikehendaki menjawab 4 soalan yg melibatkan 4 hadis. Aku melihat hadis yg ke-4 yg perlu dijawab soalan2nya. Aku terpempan saat itu apabila mendapati hadis yg keempat itu adalah hadis yg hatiku tertarik untuk dihafal. Oleh itu, aku dpt menjawab dengan mudah peperiksaan itu. Di saat baru kusedar yg inilah bantuan-Nya. Saat kuceritakan kpd salah seorang senior, dia berkata: mungkin ini berkat usahaku menjaga hati dan pandangan. Subhanallah, banyak lagi sebenarnya bantuan dari-Nya. antaranya ketika aku mngambil PMR tahun 1996, sehingga menobatkan aku salah seorang pelajar cemerlang yg mendapat 9A. ketika itu bilangan pelajar yg berjaya mendapat keputusan tersebut hanya 22 org di Maktab Mahmud Alor Setar.
Terkenang 1 hadith "Ittaqu firasatal mukminin, fa innahum yarau bi nuriLLAH". maksudnya: "takutilah kamu akan firasat org mukmin, kerana mereka melihat dgn nur dpd Allah".

Subscribe to:
Posts (Atom)