Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Sunday, March 15, 2015

Komet ISON


 shahgazer

Komet ISON diintai Hubble

Decrease Font SizeIncrease Font SizeText SizePrint This Page 
comet ison from hubble
Wow! Lihatlah sahaja foto Komet ISON yang diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble, pada 10 April lepas.
Photo Credit: NASA’s Hubble Space Telescope provides a close-up look of Comet ISON (C/2012 S1), as photographed on April 10, when the comet was slightly closer than Jupiter’s orbit at a distance of 386 million miles from the sun. Credit:NASA, ESA, J.-Y. Li (Planetary Science Institute), and the Hubble Comet ISON Imaging Science Team.
Walaupun komet ini berada pada jarak sejauh planet Musytari, iaitu pada kedudukan 634km JUTA km dari Bumi, ia sudah pun menunjukkan ciri-ciri yang begitu aktif.
Kiraan kasar oleh ahli astronomi, berdasarkan foto ini, menunjukkan nuklues Komet ISON ini mempunyai saiz sekitar 4-6 km sahaja.
Ini boleh dianggap kecil, dan tidak sepadan dengan tahap aktiviti yang sedang menggila sekarang.
Kenapa saya katakan ‘menggila’?.  Berdasarkan laporan saintis, koma (debu gas disekeliling nuklues) komet ini sudah pun lebih besar saiznya daripada benua Australia! Itu belum lagi panjang ekornya, yang dikatakan mencapai panjang 92,000km!
Komet ISON ini termasuk di dalam kumpulan komet yang dipanggil sungrazers. Apabila ia ‘corner baring’ ketika ia bergerak dan berpusing begitu hampir dengan matahari pada bulan November nanti, ais-aisnya akan meruap akibat suhu yang amat panas daripada matahari.
comet ison orbit

Rajah menunjukkan orbit komet ISON yang sungguh elips. Pada kedudukan perihelion, ia berada jauh ke dalam daripada orbit Utarid!
Andaikata ia ‘selamat’ iaitu tidak hancur sepenuhnya selepas pusingan maut itu tadi, diramalkan ia akan bersinar hampir 10 kali jauh lebih terang daripada cahaya Bulan purnama!
Jika dapat dilihat di langit ketika itu, ia akan kelihatan seperti sebuah bintang fuzzy yang terang menyinar disebalik langit biru waktu siang!
Walau apa pun, kita tunggu sahaja bulan-bulan mendatang, kerana sebagaimana diceritakan sebelum ini, komet ialah sebuah makhluk yang amat sukar diramal perubahannya. Ia mungkin menjadi terang penuh gilang gemilang atau sekadar setitik ‘bintang’ yang kelam sahaja!
Saya secara peribadi mendoakan agar komet ISON ini akan menjadi jauh lebih awesome berbanding komet PanSTARRS sebelum ini!




No comments: