Selamat Maal-Hijrah 1435H

Selamat Maulidurrasul

Friday, June 4, 2010

Zamil Amri

ZAMIL AMRI

Zamil berlenggang menuju ke kelas. Di sisinya ada sebuah kotak berwarna hitam. Sambil tersengeh dia mengetuk-ngetuk kotak itu.
Dia terjenguk-jenguk sebelum masuk ke dalam kelas. Ha, cantik! Tak ada orang… He!He! Kotak hitam yang dijinjingnya diletakkan di atas meja.
“Hoi!Buat apa tu?”
Zamil berpaling. Eleh! Si ‘skema’ ‘ni’ lagi!
“Tak beratur ke?” Menyinga sahaja Amri menyoal. Seorang pengawas yang terkenal dengan dedikasinya.
“Dedikasi ke ‘tedy basi’..” cebek Zamil, setiap kali pengawas tersebut dipuji di perhimpunan. Zamil menapak penuh aksi ke arah Amri.
“Wahai Encik Amri… kita ni nak beratur ke..nak apa ke…tak payah disuruh. Kita punya kaki, kita punya pasallah”.
Amri menarik nafas, menelan amarah. Pandangannya terarah kepada kotak hitam di atas meja. Sekelip mata sahaja kotak itu telah berada di dalam pangkuan Amri.
“Woi, tu kotak aku! Letak balik!”
Zamil risau. Kalaulah kotak itu dibuka, pasti lipas-lipas tersebut merempuh keluar. Habislah ‘plan’ aku.
Amri sengeh.
“Aku punya tangan, aku punya pasallah!” tempelak Amri terus membawa pergi kotak tersebut.
* * *
Tengahhari itu, ketika Zamil baru hendak mengangakan mulut menyambut nasi lemak dari tangannya, Zamil dipanggil ke bilik guru disiplin.
Apa pula kali ni? Itulah soalan yang berputar dalam kotak fikir setiap teman-teman sekolahnya. Sudal arif benar dengan keletah si Zamil. Tidak boleh duduk diam. Ada-ada sahaja karenahnya.
“Cantik hadiah awak beri kepada saya. Mesti mahal kan.”
Zamil tegak berdiri. Tajam sindiran Cikgu Saif setajam matanya menjeling.
Dikerling ke luar cermin gelap yang memagari bilik tersebut. Ternampak kelibat si Amri. Mesti si ‘skema’ ‘ni’ punya kerja! Pantas hatinya menuduh.
Zamil menunduk mencerlung lantai. Hanya telinga yang tetap setia menadah ceramah berjela daripada Cikgu Saif. Sudahnya Zamil dikenakan hukuman mengelilingi surau sebanyak tujuh kali. Apalah punya nasib!
“LabbaikAllahu ma labbaik. Labbaika la syarika lak labbaik..” Suara Amri mencuit gegendang telinga Zamil. Secebis senyuman sinis dihadiahkan. Zamil menunjuk penumbuk sulungnya.
* * *

Kereta Mercedes Benz berwarna ‘krim’ berhenti di perkarangan sekolah. Zamil berpaling memandang Encik Harun. Encik harun memahami pandangan tersebut.
“Ayah minta maaf, ayah tidak dapat ambil Zam nanti.”
Memang dah agak! Cemuhnya di dalam hati. Terbayang-bayang di ruang kornea kemesraan yang sengaja disembunyikan ayahnya dengan Kak Salmi, setiausaha Syarikat Tour and Trade milik si ayah.
“Ayah ada urusan penting .” Tanpa dipinta Encik Harun memberi alasan.
“Dengan Kak Salmi?” Zamil meneka.
“Itu urusan ayah, dan Zam tak ada hak ambil tahu…” Encik Harun mula berang.
“Zam malu dengan sikap ayah, Zam malu!” Zamil meluahkan rasa terbuku. Terbayang lagi ketika ayahnya memeluk setiausaha itu. Jijik sekali Zamil melihatnya.
“Zam mlau mempunyai ayah yang begini jijik.”
“Zam.”
“Ayah bukan sahaja berjawatan besar, tetapi juga bernafsu besar.”
“Zam!”
Zamil meraba pipi. Pedih ditampar ayah. Namun, pedih di hati lebih terasa.
“Kalau beginilah sikap Zam, ayah terpaksa hantar Zam ke rumah nenek.” Encik Harun membuat keputusan.
“Kenapa? Ayah takut semua rahsia kejijikan ayah selama ini terbongkar.” Lidahnya masih petah berkata-kata.
“Zam tak heranlah.. Kalau ayah nak hantar Zam ke rumah nenek. Itu lebih baik daripada saban hari menatap perlkuan dosa ayah.”
“Baik. Kalau itu yang Zam mahu dan jangan lagi sekali-kali meminta bantuan ayah selepas ini.”
Encik Harun memandangnya serius. Zamil tahu, ayahnya benar-benar bertegas kali ini.
“Baik.”
Sebagai anak lelaki yang pantang dicabar, Zamil akur dengan keputusan itu. Sejurus dia melepaskan kata, pintu kereta dihempas kuat. Beberapa orang pelajar dan ibu bapa yang berada berdekatan sedikit terkejut. Dan dia mula menjadi sasaran mata-mata mereka. Pastinya di dalam kepala seiap mereka, dia dibayangkan sebagai seorang anak yang kurang ajar. Dan salah satu daripada mata-mata tesebut ialah sepasang mata kepunyaan Naurah, gadis yang pernah cuba dipikatnya dahulu.
Ah, lantaklah apa korang fikir! Ligat kakinya mengatur langkah. Ketika dia dalam berusaha melarikan diri dari tempat tersebut, tidak semena-mena dia terlanggar sesusuk tubuh tegap. Dan Zamil sudah dapat meneka empunya gerangan pemilik tubuh sasa itu tatkala tepamdamgkan ‘blazer’ dan tali leher yang terlilit kemas.
Pandangan diangkat merenung sekeping wajah yang tidak pernah jemu-jemu mengganggunya.
“Aku terpaksa mengambil tindakan ke atas kau.” Amri bersuara.
Terpaksa.. Zamil mengejek di dalm hati. Ungkapan yang sama didengarinya dari mulut lelaki itu semenjak dia mula menjadi sasaran Amri.
“Apa pula kesalahan aku kali ini? Aku kacau cikgu… kacau budak perempuan.. tak ‘tight in’ baju.. tak ikat tali kasut.. tak pakai ‘name-tage’?”
“Ha, itu betul! Tak pakai ‘name-tage’..” sambut Amri pantas.
“Jadi, berapa pula aku kena bayar?” Zamil yang sudah arif benar dengan Amri terus mengajukan soalan.
Amri senyum.
Zamil melihat jengkel.
“ Aku rasa denda itu terlalu ringan bagi kau. Aku nak beri ‘name-tage’ baru kat kau”
Sudahnya, sekeping manila kad tertulis “ PERHATIAN SAYA TAK PAKAI NAME-TAGE” tergantung di lehernya.
Zamil masih ingat ketika dia didenda cuci tandas dulu kerana mengacau budak perempuan. Nasib baik pakcik yang mencuci tandas itu baik orangnya. Dia terlepas daripada denda tersebut. Bukannya dia yang minta simpati, tetapi pakcik itu yang tidak mahui dibantu. Katanya, takut nanti baju sekolah basah. Alangkah baiknya kalau ayahnya pun begitu!
Teringat kepad si ayah membuatkan jiwa mudanya panas. Segalanya masih segar di ingatan. Tragedi yang telah merampas sebahgaian kebahagiaannya. Terlalu sukar untuk dipadam.
Tuhan… dulu dia bukan sebegini. Sebelum berpindah sekolah, dia adalah murid pintar, rajin, berdisiplin dan berhemah tinggi. Pernah menyandang jawatan sebagai pengawas. Juga menjadi kebanggaan dan kesayangan guru.
Zamil sendiri tidak mengerti kenapa dia berubah sikap. Menjadi seorang yang amat nakal. Mungkinkah didorong oleh tekanan perasaan yang ditanggungnya?
Mak… hampir menitis air mata kelakiannya mengingatkan nama itu. Terasa hidup ini kelamapabila terpaksa menerima hakikat bahawa ibu sudah tiada di alam buana. Pertengkaran suami isteri yang pada mulanya hanya kecil, kemudian semakin parah dan berakhir dengan kematian.
“Mak!” Hanya teriakan yang berkumandang tatkala melihat tubuh ibu bergolek dari satu anak tangga ke satu anak tangga.
Zamil mendaptkan si ibu. Darah merah memekat mncurah-curah keluar menuruni kaki ibu. Tiada lagi hamburan kata-kata untuk membalas ujaran ayah. Hanya cungapan nafas yang tedengar.
Zamil berusaha mengangkat tubuh ibu, lalu diribanya.
“Mengucap mak..” Suaranya bergetar.
“Zam…” tangan lemah ibu cuba menggapai pipinya. Dan…akhirnya tangan itu terkulai layu bersama hembusan nafas terakhir. Air mata berjurai ke pipi, merenung tajam si ayah yang berdiri kaku melihat adegan yang berlaku.
“Kalau dapat anak perempuan, mak nak beri nama Jasmin.” Gembira sungguh ibu apabila dikhabarkan bahawa dia disahkan mengandung. Pernantian sekian lama, akhirnya tertunai juga.
Zamil lebih-lebih lagi. ‘Excited’ bukan main. Baru pertama kali hendak mendapat adik.
“Kalau lelaki macam mana, mak?” Dia menyoal pula.
“Kalau lelaki, kita letaklah nama Zamri”, ayahnya mencelah.
“Mana boleh. Nanti celaru pula dengan nama Zam. Kalau Naim, macam mana mak?”
Si ibu mencebek.
“Macam ni jelah.. kita gabung dua-dua nama. Nazam. Apa macam?” suara ayahnya.
Ibu dan Zamil sama-sama menggerut dahi.
“Mana ada orang nama macam tu!!” suara Zamil dan ibu hampir serentak.
Namun, itu cuma tinggal dalam lipatan sejarah. Ibu keguguran teruk hari itu. Darah yang keluar semacam tidak mahu berhenti. Zamil tidak dapat membayangkan betapa hebatnya kesakitan yang ditanggung ibu kala itu. Kesakitan zahir dan batin. Ibu menderita hingga ke hujung kematiannya. Impian suci ibu terkubur. Hati ibu hancur. Sikap ayah mengecewakan. Tidak patut ayah berperangai begitu. Tidak patut!!!
Jeritan itu hanya bergema di runag dada. Sekian lama dia memendam rasa. Membutakan hati dan perut dengan sikap ayah. Mengharap ayah berubah.
Sebaliknya, ayah kian menjadi-jadi sejak ketiadaan ibu. Mungkin pemergian ibu membuka ruang kebebasan yang lebih luas kepada ayah untuk melancarkan strategi kejantanannya. Bukan sorang dua.. malah sudah berpuluh betina menjadi mangsa kejijikan ayah. Apabila perbuatan ayah dapat dihidu oleh anak sendiri, ayah berjanji bahawa tidak akan mengulanginya. Ayah seolah-olah benar-benar menyesal. Tetapi, cuma sekejap. Kemudian, ayah buat lagi.
Kini Zamil sudah tidak tahan. Keputusannya untuk memaafkan ayah di atas kematian ibu serasa ingin ditarik balik. Syah bukan sahaj tidak berubah, malah ayah seperti tidak pernah kesal dengan kematian ibu. Ayah semacam lebih suka ibu mati. Ayah memang tidak ada hati! Tidak ada perasaan! Ayah bukan seorangn ayah! Bukan seorang manusia!
Beg ‘Olotto’ diselongkar. Zamil membawa keluar ‘waklkman’ pemberian ibu yang sekian lama berada di dalm simpanannya. ‘Phone’ disumbat ke telinga. Seketika lagu “ Town Up Girl” dendangan Westlife berkumandang menguasai tumpuan fikirnya. Kepala terangguk-angguk menurut rentak tari lagu.
“Oi, Zam! Zam!” Fadhli menyiku.
“Eh! ‘Lu’ nie apa hal?” Terasa diganggu agaknya, Zamil mula bersuara tinggi.
“Tu!Tu!” Fadhli menelunjukkan jari ke hadapan.
Tampak Amri berjalan menuju ke arah mereka.
“Lantaklah! Dia ingat dia tu hebat sangat..”
Zamil semakin mengangguk-anggukkan kepala. Sengaja menunjuk-nunjuk. Biar sakit hati pengawas itu.
“Oi, setan!” Amri menyumpah.
“Apa kau cakap?” zamri berpura-pura tidak dengar.
Amri menarik ‘phone’ dari lubang telinga Zamil. Menghampirkan muka ke muka Zamil. Hampir melagakan hidungnya dengan hidung Zamil.
“ Aku kata kau setan.” Amri bersuara keras. Dengusan nfas panas terasa ‘meruap’ ke muka Zamil.
“ Eii, busuknya bau mulut kau!” Zamil menunjuk geli geleman.
“Banyak kali sudah aku memberi amaran kepada kau. Kali ini terpaksa aku mengambil tindakan terhadap kau.”
Zamil mencebek mengejek.
“Bak sini ‘walkman’ tu!” suara Amri.
“Nah!” ‘Walkman’ dihulurkan. Seketika Amri hendak menyambut, zamil menarik balik hulurannya.
“Eh! Eh!” acah Zamil.
“Nak?!!” Zamil mengunjuk-unjuk ‘walkman’ ke muka Amri. Dan sekali lagi Zamil berbuat perkara yang sama setiap kali tangannya cuba merampas ‘walkman’ dari tangan Zamil. Kali ini dia berjaya. Kemudian, berlakulah adegan tarik-menarik di antara mereka berdua. Dan secara tidak langsung wujud dua kumpulan penyokong. Sekumpulan pelajar menyokong Zamil, dan sekumpulan lagi menyokong Amri. Ketika itulah, tiba-tiba tangan Amri terlepas dari pegangan, lalu ‘walkman’ itu terhumban ke sudut kelas. Zamil cepat-cepat mendapatkan ‘walkman’nya. Ternyata ‘walkman’ telah rosak.
Perlahan-lahan Zamil bangun berdiri merenung serius pengawas tersebut. Hati mendidih. Melihat barang kesayangan musnah. Barang yang banyak menyimpan nostalgia silam. Semacam dirasuk sesuatu, Zamil meluru ke arah Amri dan menjunamkan kepala penumbuknya ke muka Amri. Terhuung pengawas tersebut menerima penumbuk sulungnya. Amri meraba pipi yang berdarah.
“Kau ingat kau pengawas… kau boleh buat apa yang kau suka ha?”
Mata Amri tidak berkedip memandang muka bengis Zamil. Pertama kali, dia melihat Zamil seberang itu. Kalua tidak kerana kawan-kawan datng menahan, pasti dia dihadiahkan sebiji penumbuk lagi oleh lelaki yang sedang menggila tersebut.
“Kau kata aku setan…” Zamil meronta-ronta dari pegangan kawan-kawannya. Ptui! Dia meludah.
“Kaulah setan sebenarnya… tak berhati perut!!!” Zamil menjerit meluah kemarahannya.
“Zamil! Kenapa menjerit macam orang gila ni ha?” Suara Cikgu Saif menyergah, menyebabkan semua pelajar bercempera menghindarkan diri dari tempat kejadian.
Zamil terdiam. Cuma mata merenung tajam wajah Amri.
“ Amri, apa yang berlaku ni ha?” Amri memandang Zamil. Melawan tenungan Zamil.
* * *
Tin coca-cola dihumban ke semak. Zamil melompat turun dari motor kapcainya. Motor Honda buruk hasil tinggalan datuk. Beg ‘Olotto’ tergalas di bahu kanan. Dia telah ‘bersalin kulit’. Jeans biru dengan t-shirt hitam bersalut di badan. Sekejap lagidapatlah dia merayau-rayau sekitar bandar Alor Star. Begitulah caranya dia menghabiskan minggu pergantungan sekolahnya. Oleh kerana dia hendak menjaga hati nenek, dia keluar rumah dengan seragam sekolah, kemudian ‘bersalin kulit’ di tandas City Point.
Puas merayau-rayau, dia masuk bermin video game dalam Cyber Café. Terkadang rasa jemu bertamu di hati. Kalu boleh pergi sekolah kan bagus. Boleh juga menyakat orang. Paling seronok kalau dapat bersoal-jawab dengan si Amri itu. Tengok mukanya merah menyinga. He! He! Garang konon. Terkadang kalau sehari tidak dapat bertengkar dengan pengawas itu, rasa rindu pula. Tetapi, perbuatannya hari itu benar-benar membuatkan Zamil marah.
“Jangan harap aku kasi satu sen pun!”
Zamil mencari arah suara itu datang. Ternampak Amri sedang dikepung oleh sekumpulan budak samseng di perkarangan tempat meletak kereta.
“Betul! Kau tak nak kasi?” Seorang pemuda remaja berbadan sedikit gempal berjalan mengelilinginya sambil menggosok-gosok kepala penumbuk di tangan.
“Kalau aku tak nak kasi, bagaimana?” Amri masih tegar menjawab.
Ego tak bertempat!, desis hati Zamil.
“Kalau kau tak nak kasi…” He!He! Seorang remaja lainyang berbadan sedikit kurus menyeringai.
Buk!
“Inilah akibatnya.”
Amri terduduk ditujah penumbuk remaja tersebut. Dia cuba bangun melawan. Namun, belum sempatdia membuka apa-apa langkah, lahi sekali dia dihadiahkan sebiji penumbuk ditambah tendangan yang bertalu-talu dari remaja-remaja tersebut.
“Yah!”
Tendangan kaki Zamil mengenai salah seorang remaja berlima itu. Terhuyung sedikit remaja tersebut.
“Eh! Eh! Jebat!” Remaja itu mengejek disambut tawa-tawa liar kawannnya.
“Nak tolong Tuah ke?” Ha! Ha ! Mereka ketawa lagi.
Mata Zamil terarah kepada Amri yang sedang mengerang kesakitan. Dia mula membuka langkah dan memecut laju.
* * *
Amri terbaring di ats katil lemah. Guru-guru dan kawan-kawan yang tadi datang melawatnya telah pulang. Dia dilayan seperti putera raja hari itu. Aap sahaj yang dikehendakinya, akan dipenuhi.
Amri cuba bangun. Sakit di perut masih berbisa. Habis satu badannya lebam-lebam. Mujur Zamil cepat-cepat menghubungi pihak polis. Kalau tidak, tidaktahulah apa nasibnya kala itu. Walaupun Zamil nakal, namun sebenarnya dia memiliki sekeping hati yang mulia.
Semasa diserang budak-budak samseng itu, dia tidak menyangka orang yang dibahasakan ‘Jebat’ oleh mereka itu adalah Zamil. Sungguh. Dia tidak menyangka.
“Assalamu’alaikum.” Terdengar orang memberi salam. Amri tersenyum menjawab.
“Cikgu datang sorang?”
Cikgu Saif senyum.
“Tak. Dengan Zamil” Ternampak Zamil melangkah masuk menghampiri.
“Hai.” Zamil cuba senyum.
“Hai”, balas Amri lambat-lambat.
“Dah sihat?”
“Emm.”
“Kamu berdua bersenmbanglah ya! Cikgu keluar dulu.”
Serentak pandangan mereka mengekori gerak langkah Cikgu Saif.
“Maaf kerana tinggalkan kau hari itu” Zamil menutur kata.
“Aku yang sepatutnya meminta maaf kerana rosakkkan ‘walkman’mu”, ujar amri pula.
“Ah, kau terpaksa jalankan tanggungjawabmu!” balas Zamil. Amri tergelak.
“Perli ke?” Amri menduga.
“Aku faham tugas sebagai seorang pengawas”, Zamil menutur kata lagi.
“Aku betul-betul terhutang budi denganmu, Zamil”, ujar Amri setulus hati.
“Kau telah berjaya menjadi hero, tahu tak? Rasanya sekarang ini namamu semakin ‘glamour’ daripada namaku.”
“Yalah, hero yang paling nakal!”Selamba Zamil membalas. Mereka ketawa.
“Aku ada hadiah untukmu.”
“Ha, itu Cikgu Saif telah bawakan!”
Zamil berpaling kepada Cikgu Saif yang sedang membawakan satu kotak berbalut kertas bunga.
“Ambillah” Zamil teragak-agak untuk menyambut huluran Cikgu Saif.
“Jangan risau, hadiah ini lebih mahal daripada hadiah yang awak nak beri kepada saya”, giat Cikgu Saif membuatkan mereka bertiga tergelak. Apatah lagi teringatkan kotak hitam yang cuba dihadiahkannya kepada Cikgu Saif.
“Bukalah” gesa Amri.
Zamil mengoyak kertas bunga tersebut. Kotak di dalam kertas itu dibukanya. Rupa-rupanya ‘walkman’ baru jenama Sony.
“Terima kasih, Amri.”
Amri senyum melihat kegembiraan yang terpancar dari wajah Zamil.
Tangan Cikgu Saif menepuk-nepuk bahu Zamil. “Saya harap tahun ini awak lebih berusaha untuk SPM tahun depan. Saya tahu awak pernah menjadi kebanggaan sekolah.”
Zamil kehairanan.
“Naurah telah memberitahu segalanya kepada saya.” Tanpa dipinta Cikgu Saif memberitahu.
“Dia pernah belajar satu sekolah dengan awak. Katanya, awak popular di sana. Tentu ramai peminat kan?”
“Tak adalah…” Zamil merendah diri.
Terimbas kembali kenangan di sekolah dahulu. Juga tragedi semalam. Yang passtinya dia harus tabah mengharungi segala getir hidup. Hidup ini perlu diteruskan.



-TAMAT-

No comments: